Assalamualaikum ... Apa khabar semua teman-teman Che CT? CT doakan semoga semuanya didalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa hendaknya. Sudah agak lama CT menyepi diri dari berkongsi resepi seperti kebiasaannya di blog ini kan. Sebenarnya bukan sengaja CT menyepikan diri tapi sekadar berehat buat seketika kerana berkabung untuk kakak CT yang kehilangan suami beliau yang tercinta pada 10 April yang lepas. Hari ini CT kembali semula menemui semua teman-teman CT seperti biasa ye.
Alhamdulillah, untuk resepi hari ini, CT ingin kongsikan resipi yang senang dan mudah cara pembuatannya. Sebenarnya, ini kali kedua CT menggodek kek ini untuk dipublish di blog. Kali yang pertama tu, CT hanya buat separuh adunan sahaja dari resipi asal untuk santapan keluarga tersayang dirumah. Bila CT post kan di Facebook ada pulak yang berminat dan mintak resipinya. Memandangkan CT tak shoot gambar kek adunan yang pertama tu dengan sempurna untuk dikongsikan di blog, jadi sebagai memenuhi permintaan tersebut, CT baking sekali lagi dan kongsikan di sini khas untuk semua teman-teman CT diluar sana pula.
Resipi kek ini pernah CT buat sedikit masa dulu tetapi CT dah modify dan olah resepi tersebut menjadi Kek Kukus Lapis Biskut Merry (resepinya di SINI). Resipi asalnya pula adalah Kek Kukus Velvet Hawflakes yang dikongsikan oleh Fida Myresipi. Untuk resepi yang CT kongsikan hari ini pula, CT olahnya pula menjadi Kek Kukus Warna Warni pula. Suka pulak CT bermain dengan warna untuk adunan kek ini, seolah melakar warna ke atas kanvas lukisan pulak jadinya hehehe.
Bagi yang pernah mencuba resipi dari Fida ni, pasti pernah merasa kelembutan kek yang dikukus ni. Anak-anak CT makan pun berulang-ulang hingga tak sedar habis kek yang dihidang dipinggan. Terasa seronok bila makanan yang kita buat habis dinikmati oleh insan-insan tersayang kan. Rasa sangat dihargai dan terbayar penat lelah terutamanya sewaktu membaking kek ni memang bermandi keringat disebabkan oleh cuaca yang panas membahang ditambah lagi dengan kepanasan dapur.
Bagi yang ingin mencuba, bolehlah semak resipi ydi bawah tu ye. Sukatan gulanya telah CT kurangkan kepada 200 gram, sukatan asalnya ialah 225 gram. Selain dari itu, jika nak buat 1/2 adunan boleh guna loaf pan ukuran 9 x 5 x 3 inci. Jika buat adunan penuh boleh guna loyang berukuran persegi 8 x 8 x 3 inci.
Okeylah CT mohon berundur diri dulu ye. Buat teman-teman yang sudi singgah dan meninggalkan komen yang manis sepanjang ketiadaan CT seminggu yang telah lepas tu, CT ucapkan ribuan terima-kasih. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa....
Kek Kukus Warna Warni
Bahan-bahan :
5 biji telur grade A - dari peti ais
200 gram gula kastor
220 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung / masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan yang digemari
Cara-cara :
1. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. Alas loyang persegi dengan kertas minyak. Atau guna silicone mould jika ada.
2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak dan pewarna masakan.
3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 - 6 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung / masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
4. Sudukan adunan berselang seli warna secara bertompok-tompok dan lorek dengan dengan lidi sate dan kukus selama 5 - 7 minit dengan api perlahan.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan kukus lagi. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 minit dan tutup penutup kukusan dengan kain bersih.
6. Setelah kek masak biarkan di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya kek sejuk sepenuhnya.
sedapnya kak CT...cantik ja kejadiannya...=)
ReplyDeletetgok rupa kek ni rsa syg nk.mkn..tq for sharing the recipe..:-)
ReplyDeletecantiknya kek kukus warna warni akak..suka sangat tengok..x sabar mau try resepi ni sebab sebelum ni rajin buat resepi yang akak kongsikan dan semuanya sedap dan menjadi.tq..
ReplyDeleteCantik nya kakct, bahan simple tip bab nak lapis kukus yg tak rajin tu, nampak lembut gebu je kan tekstur dia
ReplyDeleteAs'salam kak CT sayanggg...
Deletecantiknya kek dan nampak sangat gebus!
nak sepotong, cecah ngan air tea o kurang manis tuuu~~
hehee . . .
Cantik merling2 kemeriahan warnanya
ReplyDeleteAssalamualaikum CT cayang...semoga segalanya kembali pulih dan CT rancak update blog selepas ini... Apapun, tengok tekstur kek2 kukus sana sini, semuanya meliurkan tekak ni...x tau dah mana satu nak buat...hehe
ReplyDeleteassalammualaikum kak ct...
ReplyDeletesemoga arwah di cucuri rahmat dr allah ye kak... dan keluarga yg di tinggalkan di beri ketabahan...amin..
cantik kek kukus tu....so kalerpull.... ^_^
Cantek..kaler2 fulll...semestinya sedap n gebusss kan...mmg terbaik :-)
ReplyDeleteAsslmkm kak ct.
ReplyDeleteCantik tau. Coloufull lagik. Mmg terliur tgk. Kena try jg ni. :-)
Cantik sekali kek kukus nya kak..sayang untuk di makan. Turut berduka cita ,semoga beliau mendapat tempat yang terbaik di sisi Nya.
ReplyDeleteKeluarga yang di tinggalkan di beri kesabaran.take care kak Ct sayang..
Salam Rindu CT dan takziah buat keluarga kakak... Semuanya ketentuan Allah bersabarlah yer...
ReplyDeleteCantik molek kek kukus CT tu...gebu jer
assalam kak ct
ReplyDeletesalam takziah ye
cantik warna warni
Salam Kak Ct, I am your new fan! Takziah buat your sister and family.
ReplyDeleteCantik cake kak CT, so colourful!
cantik & gebu...mesti sedap ni..
ReplyDeleteSalam takziah buat CT sekeluarga terutama kakak CT.. moga beliau tabah mengharungi kehidupan tanpa insan tersayang di sisi demi membesarkan anak2... amin..
ReplyDeleteakak belum pernah buat kek kukus yg ala kek butter begini selain dari kek coklat... nampak sedap tu... dulu pernah ada kwn yg tanya ada tak kek kukus selain kek coklat... hmm.. ada rupanya.. nnt bolehla bgi resepi ni pd dia... t.kasih CT..
I like your desserts and muffins, tarts...
ReplyDeletesalam hormat...terima kasih berkongsi resepi.. anyway, this website mcm kembar dengan www.azlitamasammanis.com ;) !
ReplyDeleteSalam....waaahhh...best nye tgk resepi....bole cuba ni kan
ReplyDeletefeel free to visit my blog...maybe anda org yg bertuah utk dapat duit raya???who knows kann
http://farihaabdul.blogspot.com/2013/05/gift-waaahhhh-hhadiah-and-duit-raya.html
Assalam sis..
ReplyDeleteLama x ziarah sini, gebu sungguh kek nih sis..
Sedapnyekek ini..
ReplyDelete