Assalamualaikum... Salam mesra dan salam rindu buat semua pengunjung setia Dapur CT. Dua minggu CT menghilang, ke mana CT menyorok agaknya ye.. hehe. Sebenarnya seperti yang CT katakan sebelum ni, CT hanya mengambil kesempatan untuk merehatkan badan sempena seminggu cuti persekolahan anak-anak. Tup-tup tak sedar dah masuk minggu ke dua CT bercuti dari mengupdate blog rupanya.. hehe. Apa pun, hari ini CT kembali bersiaran seperti biasa ye. Rindu pada blog CT ni :)
Untuk entri hari ini iaitu entri pertama setelah CT bercuti panjang, CT kongsikan resepi Milk Cupcake yang seakan-akan muffin juga rupanya ni. Tak tahu nak panggil cupcake atau muffin. Tapi yang penting, teksturnya memang sangat lembut dan gebu. Pada asalnya, resepi yang CT olah hingga menjadi Milk
Cupcake ni adalah resepi sponge cake. Tapi kemudian CT olahnya hingga
menjadi seperti yang CT kongsikan ini.
Kadang-kadang tu memang ada
masanya kita terasa ingin bereksplorasi dengan sesuatu resepi yang ingin kita cuba mengikut
citarasa kita. Alhamdulillah percubaan ini menjadi. Dan untuk menepati
lagi citarasa CT, mulanya CT ingin tambahkan cip coklat, tapi kehabisan
stok pulak. Sebagai gantinya, CT tambahkan aje sedikit kismis di dalam
adunannya. Pendekkata, capai ajelah apa stok yang ada dalam tangan. Tapi
sedap juga jadinya hehehe.
Milk Cupcake ni memang lembut kejadiannya dan tanpa sedar
dalamasa CT shoot gambarnya tu rupanya habis juga 3 ketul CT makan
hehehe. Teringat yang CT buat tak banyak, terus CT berhenti makan. Nasib
baik CT tersedar. Kalau terus aje CT layan mengunyah, pastinya
anak-anak tak merasa nanti hehehe.
Pada teman-teman yang berminat nak mencuba resepi ni,
buatlah cepat-cepat tau. Jangan jadi macam CT. Dah lama resepi ni disalin
untuk dicuba, tapi baru sekarang CT membuatnya. CT jamin resepi ni pasti
menepati selera teman-teman yang sukakan cupcake/muffin yang gebu dan
lembut. Untuk adunan yang CT kongsikan di bawah tu boleh dapat dalam 12
biji. Jadi kalau nak dapat jumlah yang lebih, gandakan aje
bahan-bahannya tu ye.
Okeylah CT berhenti sampai di sini dulu, kita berjumpa lagi nanti untuk resepi yang lain pula ye. Terima kasih buat teman-teman yang sering memberi komen yang manisss buat CT. Sampai jumpa nanti, enjoy this ultra soft and fluffy cupcake.. daaa.....
Milk Cupcake
Bahan-bahan :
2 biji telur gred A
1/4 sudu kecil cream of tartar
1/2 sudu kecil esen vanila
75 gram gula kastor
80 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
30 ml mentega cair
80 ml susu - suhu bilik
1 sudu besar kismis - jika perlu
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160 -170' C. Susun cawan muffin dalam loyang muffin ketepikan.
2. Pukul telur sehingga ringan dan gebu. Masukkan cream of tartar dan esen vanila, pukul lagi. Kemudian masukkan gula kastor sedikit-sedikit dan pukul lagi sehingga sebati dalam 2 minit.
3. Masukkan adunan tepung, kacau mengunakan whisk, tambah mentega cair dan susu. Buat berselang seli dan diakhiri dengan tepung. Kacau sempurna tak perlu lama.
4. Sendukkan dalam cawan muffin 3/4 penuh dan taburkan kismis diatasnya. Buat hingga habis.
5. Bakar selama 15 minit atau hingga perang kemasan. Sejukkan diatas redai sepenuhnya. Ayakkan gula aising ketika menghidang.
As salam. Dok tertanya juga mana menghilangnya CT. Ok nnt nak cuba
ReplyDeletewa'salam, CT ada ni tak kemana2 pun tr kasih Azie sudi untuk mencuba :)
Deleteyummy..
ReplyDeleteHai Bbwana Adienia, you patut cuba Milk Cupcake tak menghampakan :)
Deletecumel2 cupcakenya...kita jarang buat cup cake kak...biasa makan versi buah tangan dari orang buat yg buat kenduri walimah tu ...(nampak sangat kita punya M nya kan..)
ReplyDeleteRohah selalunya cupcake ni memang versi comel2 aje, senang masuk mulut hehehe
DeleteSalam...fungsi cream of tar tar utk apa ya...kalau x letak boleh ke?
ReplyDeleteWa'salam cream of tartar ni berfungsi macam baking powder juga. jika tak mahu mengunakan nya juga tidak mengapa. mengunakan cream of tartar juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan.
DeleteSalam CT... cantek gebu cc tu... sedapp
ReplyDeleteKak..nk tanya susu tu guna susu apa?
ReplyDeleteCharmyiex, guna susu segar. pastikan dalam suhu bilik ya.
DeleteOkies..tq kak ct...
ReplyDeleteGebus lh kak..nampak sedap...nnti kite cube ..:-)
ReplyDeleteterima kasih dah share resepi ni kak...
ReplyDeletenak mimie buat untuk jual pula... ^_^
rindunyaaaaa dengan kak ct. Dah lama menunggu entri terbaru. Begitu muncul, kak ct buat Milk Cupcake. Mudah ni cara membuatnya. Jika ada waktu insya Allah mau coba.
ReplyDeleteSalam sayang buat akak.....
dari cuti sklh aritu nak buatkan CC utk anak2, tapi tertangguh je..bila tngk CT buat ni rasa nak buatlah plk....terliur di buatnya...
ReplyDeleteassalamualaikum kak CT,tima kasih share resipi CC yg simple n cepat dibuat.InsyaAllah pasti akan cuba satu hari nanti...
ReplyDeleteKak CT..miss u lah,nasib tak cuti lama lama..hehe
ReplyDeleteIni macam nya enak dan lembut...hmmm mai coba juga.anak anak pasti suka kan.. ;)
sedapnya kak ct, nampak sangat gebu kejadiannya, nanti2 nak buatlah
ReplyDeleterindu lah pada Ct lama tak nampak,akak pun nk try lah nmpak cnatik dan gebus ja
ReplyDeletesalam kak ct..suka jln2 kat blog kak ct..jemput singgah ke blog saya http://balqieschocolate.blogspot.com/ dan http://duniaresepizieana.blogspot.com/
ReplyDeleterajinnya kak ct. sy buat time raya je
ReplyDelete