Wednesday, July 3, 2013

Sotong Masak Hitam


Assalamualaikum... Salam manisss dan salam penuh keceriaan untuk semua. Awal pagi lagi CT dah tayang menu lauk-pauk hehe. Ye lah, kot-kot awal pagi lagi ada yang dah mula mencari idea menu apa untuk di masak hari ini. Haa.. inilah satu menu yang sangat ringkas dan mudah penyediaannya. Selain mudah, sesuai pula digandingkan dengan lauk-pauk lain seperti sayur goreng contohnya. Hmmm... terus jadi lapar dan tak sanggup nak tunggu sampai waktu makan tengahari hehehe.

Resepi ni adalah salah satu dari 10 resepi CT yang telah disiarkan dalam Majalah RASA keluaran bulan Julai 2013. Untuk sepanjang minggu ni dan minggu-minggu berikutnya, CT akan kongsikan semua resepi tersebut di sini secara marathon ye. Kemudian CT akan turutkan pula 8 resepi biskut tradisional yang telah di sunting oleh Majalah KELUARGA yang mana sama seperti Majalah RASA juga adalah merupakan anak syarikat Kumpulan Karangkraf.


Menu Sotong Masak Hitam ni adalah salah satu dari hidangan lauk pauk yang menjadi kegemaran CT sekeluarga. Sebenarnya lauk sotong ni biasanya CT masak kering. Tapi idea untuk menjadikannya berkuah timbul bila majalah RASA meminta resepi lauk-pauk yang berkuah. Jadi CT lebihkanlah sedikit bahannya dari biasa dan tambah sedikit air untuk menjadikannya berkuah. Tapi letak sikit je sebab sotong akan mengeluarkan air bila di masak.



Bercerita tentang lauk berasaskan sotong ni, waktu CT budak-budak dulu, jarang dapat makan lauk-pauk seafood macam ni. Maklumlah, CT ni berasal dari keluarga susah dan adik-beradik pula ramai iaitu 11 orang. Kalau arwah mak masak lauk sotong dan terpaksa dikongsikan pula dengan 11 adik-beradik, dapatlah seorang 3 atau 4 potong. Itupun potongan kecik-kecik. Perangai CT pulak masa kecik-kecik dulu bila makan sotong ni suka masukkan daging sotong tu dalam jari buat macam cincin, sebab CT suka makan sotong tu last sekali. Sambil menyuap nasi, CT akan gigit sikit-sikit je dan baki yang besar akan dimakan last sekali. Kenangan sungguh... hehehe

Jika CT masak resepi berasaskan sotong, CT lebih suka memilih sotong yang bersaiz kecil atau sederhana besar sebab CT kurang menggemari sotong yang bersaiz besar. Sebab yang besar tu CT rasa kalau masak macam tawar dan rasa lain pulak kat tekak hehehe. Tapi janganlah ikut macam CT ye, sebab selera masing-masing tak sama kan. Jadi ikutlah selera sendiri sebab bila dimasak tu akan masuk perut sendiri kan. Okeylah, CT berhenti sampai di sini dulu. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT, daaa....


Sotong Masak Hitam

Bahan-bahan :
600 gram sotong saiz sederhana besar
1 labu bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawng putih - diketuk
7 batang cili padi - diketuk
1/2 inci lengkuas - diketuk
3 batang cili hijau - dihiris
1 sudu besar kunyit serbuk
7 batang kacang buncis - potong 2 inci
Garam secukup rasa.
Sedikit air jika perlu
Minyak masak - untuk menumis

Cara-cara :
1. Bersihkan sotong. Jangan dibuang dakwat hitamnya. Lumur sotong dengan serbuk kunyit dan biarkan sebentar dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan cili padi, lengkuas, sotong dan kacang buncis kacau rata. Biarkan sebentar 5 minit dengan api sederhana. Kacau sekejap-sekejap.
4. Masukkan cili hijau, garam secukup rasa. Perasakan dan matikan api. Angkat, sedia dihidang.

12 comments:

  1. Salam kak ct..morning...kat umh sury sotong2 ni agak kurang sikit...jarang2 lh masak nya..tapi klau ada mmg suka rebus je,pastu cicah dengan sambal cili + bwg putih +limau..pehh..lama gak x makan sotong ni..:-D
    Mak dulu suka masak kicap or kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Sury.. oh ya kak ct tak pernah rebus sotong lagi. kalau masak bening tu suka juga. nanti leh cuba resipi dari Sury pulak ya :)

      Delete
  2. sedap ni...saya suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong makanan kegemaran ramai ni Lily anak2 pun pasti suka kan

      Delete
  3. Adoyaiiii CT.... mengancamnyaaa...

    ReplyDelete
  4. menyelerakan! simple jer resepi ni... sesuailah bg isteri yg agak 'pemalas' mcm i... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mudah lagi nampak sedap andai kita memasak dengan penuh rasa ikhlas kan Mas Michiko

      Delete
  5. apasal link dr blog kak ct tak ada di dasbor blog mimie ekks???
    konpiyuss...
    jd tak da entri terbaru dr kak ct...
    klik langsung blog kak ct ternyata dah ada entri baru...
    waaa...rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimie..dah tukar link blog kak ct yang baru tak. Ini link baru sudah ditukar nanti uppdate balik ya. rindu juga sama masakan Mimie

      terima kasih sudi berkunjung lagi xoxo

      Delete
  6. Apa maksud jgn buang dakwat ye? Asingkan dr sotong atau biar je dia dlm sotong masa siang? Pastu bila nak letak dakwat tu? Letak dakwat time gaul ngan serbuk kunyit ke? Sorry byk tanya sbb x pernah masak sotong ngan dakwat. Tu yg nak cuba. 😊

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...