Assalamualaikum... salam sayang dan salam rindu buat semua. Apa khabar teman-teman CT semuanya ye. CT harap semoga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa ceria setiap masa... Aamiin. Alhamdulillah, setelah 2 bulan meninggalkan blog CT tidak berupdate, hari ini CT dapat menjenguk sebentar dapur CT ni dengan resepi Snow Cheese Cake. Sesetengah teman rapat tahu sebab sebenar CT tidak dapat menyisihkan masa untuk dapur CT ni buat masa ini tapi cukuplah CT mengatakan yang CT agak terlalu sibuk buat masa ini dengan projek yang sedang CT usahakan. Bagaimanapun jika ada sedikit masa terluang, CT akan cuba luangkan masa untuk berkongsi resepi di sini dengan teman-teman semua ye.
Resepi yang CT kongsikan hari ini bukanlah resepi yang asing malah CT pasti ada antara teman-teman yang terlebih awal sudah mencubanya. Untuk CT pulak, setelah lama diperap keinginan untuk mencubanya tu, akhirnya datang juga kerajinan untuk CT membuatnya pula kali ini. CT dengar sudah ramai yang mencuba resepi kek ini malah yang mengambil pesanan untuk perniagaan mereka pula mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ucapan terima-kasih tidak terhingga harus dipanjangkan kepada pemilik asal resepi ini yang telah sudi berkongsikannya kepada kita semua. Semoga perkongsian ikhlas tersebut dibalas dengan kebaikan berlipat ganda baik di dunia mahupun di akhirat.
Snow Cheese Cake atau nama melayunya Kek Keju Bersalji. Memang meletop-letop kek yang mewah dengan cheese yang akan membuatkan penggemar cheese tidak akan berhenti dari menyorong piring untuk mintak ditambah lagi hehehe. Tidak terkecuali anak-anak serta diri CT sendiri. Wallahhh! memang sangat-sangat sedap, cuma takut bila dinikmati berlebih-lebihan nanti terasa badan seperti akan dipam-pam, jadi CT berhenti setakat 2 potong aje. Takut nanti badan tak maintain kecik lagi hehehe.
Pada yang belum pernah mencuba, CT sarankan agar cubalah nanti ye. Serius memang sedap hingga kawan-kawan anak CT yang di UiTM Shah Alam tu pun sampai mintak resipi nak mencubanya sendiri. CT cakap kat diorang, tunggu CT senang nanti akan CT buat lagi dan bawa ke UiTM sana, boleh kongsi merasa lebih sikit pada semua kawan-kawan dia. Kalau nak order lebih nanti pun boleh juga, tapi tunggulah mama CT ni free dulu ye.. hehehe.
Untuk kek yang CT kongsikan ini, resipinya CT ambil dari blog Mas Duniaku yang mana resipi asalnya adalah dari Sherry mz MyResipi, Alhamdulilah terima kasih banyak-banyak buat tuan punya resipi kerana berkongsikan resepi kek yang sangat sedap ini. Saranan CT, kalau nak makan kek ni sebaiknya dinikmati ketika kek tu sejuk, baru terasa umphhh nya! Dan lebih halus parutan kejunya, lebih nikmat lagi rasanya hingga terasa nak tambah lagi, lagi dan lagi... *wink*
Okeylah, CT mohon berundur sampai di sini dulu ye. Jika ada yang ingin mencuba, bolehlah semak resipi yang CT sertakan di bawah. Cuma pesan CT, bila berjaya membuatnya nanti, titipkan kredit pada penyumbang resepi yang asal ye, semoga segala perkongsian yang dipanjangkan sesama kita memberi berkat untuk kebaikan semua. Sehingga berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT..muahs! Daaa...
Snow Cheese Cake
Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan
Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.
Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Rindunyaaa...lama dapor maya CT tak berasap yer.... projek juta2 kew...?? hehehe.... semoga apa jua yang diusahakan, dipermudahkan Allah dan beroleh kejayaan... amin!
ReplyDeleterindu juga dengan semua kawan2 termasuk Gee. Juta ker..? juta rupiah hehehe. Aamiin..Insya Allah moga segalanya dipermudahkan InsyaAllah. Terima kasih ya :-)
DeleteSalam .. CT, just want to stop by and say how I miss you ... :))
ReplyDeleteWa'salam Fit..rindu juga sama kamu..moga beroleh kesejahteraan selalu ya Fit. terima kasih singgah dan meninggalkan komen yang manisss XOXO
Deletesedapnya kak....nak buat sendiri entah bila lahh...huhu...
ReplyDeleteSunah...kak ct nak kek lapis tau hihihi. Sunah kan rajin bila2 boleh buat :-)
Deleterindunya dengan kak Ct *peluk-peluk*. Akhirnya akak update blog lagi. Kecup sayang buat kak Ct. mmuaahh...
ReplyDeleteRindu banget sama Rina, juga menu2 yang enak diblognya..peluk2 juga XOXO
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleterindu sama kak ct.. ada kesempatan cepat2 mau masuk dapur nya. apalagi kalo ada cheese cake yg sedapp ini..good luck yah kak and all the best for secret project nya..hihihi
ReplyDeleteWelcome back!
ReplyDeletekalau tak tengok pd tajuk, saya ingatkan mi maggi cup yg belum rendam air panas... hahaha
WAAAA..enaknya!!
ReplyDeleteWah sedapnya.tq kak share resepi.
ReplyDeleteEnak banget!!!
ReplyDeleteEnak banget!!!
ReplyDeleteWow! Resipi yg best! Nanti diana Cuba ye..tq
ReplyDeleteSalam perkenalan
Salam bahan2 yg nk dipukul tu campur mcm tu je ke? Atau ada kena masuk tu dulu...nie dulu...
ReplyDeletePelanggan yang dihormati,
ReplyDeleteKumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.
Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com