Monday, October 7, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Assalamualaikum... Salam ceria dan salam penuh kerinduan buat semua teman-teman tersayang dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah, bertemu kita kembali setelah CT tidak bersiaran mengupdate blog selama seminggu. Asyik tenggelam timbul aje CT ni ye. Okeylah kan daripada CT tak timbul-timbul langsung, seminggu sekali pun jadilah ye hehehe. Sebenarnya minggu ni, minggu terakhir untuk projek yang CT usahakan tu siap. Jadi bermula minggu depan, merdekalah CT sekejap. Lama atau sekejapnya CT dapat berehat bergantung samada kerja untuk projek yang baru tu bermula segera atau dilewatkan sedikit. Tapi walau apapun, CT tetap akan cuba meluangkan masa bersama teman-teman di Dapur CT ini ye. 


Okeylah, kita bercerita tentang resepi pula ye. Resipi yang CT kongsikan pada hari ini memang sudah agak lama juga CT ingin mencubanya. Tapi baru sekarang CT dapat menunaikannya setelah kerajinan tu datang semula bila anak dara CT tu dah kembali semula ke kampus. Masa anak dara CT bercuti 6 bulan hari tu, kerja-kerja memasak dia yang kongker. CT hanya tunjuk-tunjuk dan tegur dari jauh aje hehehe. Ye lah, waktu bercuti lama macam tu lah kalau nak ambil peluang belajar memasak. Bila dah pandai, diri sendiri juga yang senangkan. Alhamdulillah sekarang anak dara CT tu dah boleh buat semuanya tanpa perlu bergantung tunjuk ajar dari mama dia lagi. 


Berbalik pada menu Kek Lapis Kukus Cream Cheese ni, ini salah satu kek yang rasanya super kebaboom. Serius CT cakap memang sedap kek ni dan setahu CT memang dah ramai juga yang telah mencubanya. Hanya CT aje yang ketinggalan hehehe. Untuk resepi yang CT kongsikan di sini, CT ambil resipinya dari blog Yatie. Terima kasih Yatie, suami dan anak-anak CT suka sangat-sangat dan memuji akan kesedapan kek ni. Insya Allah pasti akan diulang buat dilain kali nanti. Tambahan pula, anak dara CT dikampus tu pun dah mula menempah untuk di bawa balik ke kampusnya bila balik bercuti hujung minggu nanti hehehe.


Okeylah, CT berhenti dan minta undur diri sampai di sini dulu ye. Insya Allah jika diizinkan pasti akan ada entri seterusnya nanti ye. Sesibuk manapun CT nanti, CT akan cuba berkongsi masa dan resepi untuk teman-teman di sini ye. CT doakan semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan pekerjaan kita, Amiinnnn. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam sayang dari CT... daaaa



Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Bahan A:
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara penyediaan :
1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
3. Biarkan sebentar.

Bahan B (KEK):
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar / cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum *
3 sudu besar sebuk koko *
1 sudu kecil baking soda *
1/2 sudu kecil baking powder *
Nota: bahan bertanda* perlu diayak dulu

Cara penyediaan :
1. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
2. Masukkan air panas, susu dan minyak.
3. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati.
4. Biarkan sebentar dan bahagi adunan pada 2 bahagian sama rata. 

CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan kukusan dan balut tutup kukusan dengan kain bersih. Gunakan api sederhana.
2. Sapukan sedikit minyak / mentega di sekeliling loyang berukuran 8x8x3 inci dan alas dengan kertas minyak.
3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya ratakan, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit atau hingga masak.
6. Setelah kek betul-betul sejuk, boleh dipotong dan hidangkan.

13 comments:

  1. sungguh menggiurkan keknya kak. Boleh minta ya...

    ReplyDelete
  2. kangen sungguh, Siti :) - the cake is look so delicious ... yuuuumm

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CT cayang...alhamdulillah dah kembali update...semoga bertahan.. Waaah ada projek baru yea...xnak kongsikan di sini ke...apapun akak doakan yang terbaik buat kehidupan dan apa juga yg CT lakukan, semoga beroleh kejayaan jua hendaknya...ameeen.. Kek ni mmg best kan...anak2 akak pun suka sgt...nak buat selalu yg malas...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Che Ct
    Nmpk sedap n mcm lembut kek cream cheese ct.. kiter dh perap lama daa resipi nie hehehe entah bila adak nyer nk buat hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam nampak sedap sgt...anyway...saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  6. Salam CT..kek ni mmg sodap..rose dah cuba dan ank2 mmg suka

    ReplyDelete
  7. https://m.facebook.com/profile.php?id=640010216050050

    ReplyDelete
  8. Napa cake chocolate tu i kukus 30 minit pun x keras2 lagi bila msuk cheese tu tenggelam ma cake chocolate tu huhu sedih nya 1st time buat da mcm tu.. Di mana silap nya

    ReplyDelete
  9. kak, i'm your big fan! hehe.. :D i love this so much, chocolate and cheese is just perfect!
    i tried this recipe and posted it on my blog.. feel free to drop by, kak.. :)
    http://raf-selinda.blogspot.com/2014/04/steamed-layer-cream-cheese-cake.html

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan. Best2 resipi kat sini...gambar2 pun cantik. Jemput lawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com. Tq

    ReplyDelete
  11. Aslmkm..terima kasih atas perkongsian resepi ni..sya dh try buat n mmg menjadi..anak2 pn suka cuma suami ckp klu ltak coklat masakan atas kek tu lg sedap..rupanya die suka coklat yg meleleh ats kek tu..huhu.. Jemputlah lawat blog saya kalau ada kesempatan.. http://permatahatibidadariku.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...