Friday, December 19, 2008

Masak Apa Tuuuu.....




Masak apa tuuu...keh3 ni projek masak2 bila penyakit rajin dah datang ler... sampai dah rajin sangat banyak ler yang dibuatnya. Tapi kalau dah datang M pulak...emmm jangan disuruh lah duk kat dapur tu, lebih baik duk depan laptop duk kacau orang jer hua...hua...hua... Aritu gi blog K.Jun nampak muffin blackcurrent tu...emmm sedap lak...tapi tak der blackcurrent aku guna ceri merah jer, tu jer stok yg ada kat umah.. .coz atas dia kosong anak2 kata deko lah mama...aku balun letak coklat rice dengan jem strawberry hehehe...sori K.Jun ubah sikit yer. Yang nak makan pun anak2 ... jadi ikut kan jer lah. Oleh kerana banyak dapatnya aku bagi ler jiran sikit tuk merasa, jangan tidak kan hehehe. Yang lagi satu tu ...My laling CheMat dah lama oder kek puding karamel ni, terlanjur telur masih banyak lebih baik buat, kang CM dah merajuk susah lak nak pujuk. Kena tido luar lak kang hahahaha...sori yer ayang...Semlm lepas makan mlm, kasi ler CM rasa dan CM cakap sedap, lain kali bole buat lagi tak yah beli CM kata. Senyum sampai terlebih telinga ler aku. Sape nak puji kalau bukan suami sendiri kan..kan..kannnn. 'Dah bole bukak kedai bakery sendiri' CM cakap hahaha...masih kena belajar lagi ayangggg.. masih tak cukup ilmu didada ni...kalau setakat tuk makan sendiri bole ler. Apalagi layannnn ......

Nukilan:

Monday, December 15, 2008

Kek Lapis Masam Manis


Tadaaaa..!! Ini ler dia hasil Kek Lapis Masam Manis atau Kek Kukus Hawflakes... boleh gitu..?? Hari ni dari pagi tak tau nak masak apa, sambil kemas2 kat dapur ternampak ler asam manis ada 2 pek. Rasanya dah lama beli benda ni nasib baik belum expired erk hehehe.. cuma tak buat2 jer. Teringat lah pulak hari tu Hana ada buat kek ni. Teringin nak mencubanya... mana lah tahu menjadi kan? Semua nya 'Ter' dan jadi ler kek asam manis ni... lepas sejuk jer terus jer ngap tak tunggu2 lagi, haaa..tinggal setengah tuk my laling CM nanti balik keja nak kasi rasa lak. Hehehe selalu nya memang suruh CM rasa dulu sedap atau tak.. kalau ok.. lain kali boleh cuba lagi. Tapi kali ni aku dah rasa dulu dan sedap lak tu. Tq hana resepi yang sedap dan mencabar kesabaran K.CT duk kat depan dapur ni tau hehehehe... anak2 panggil kek ni polkadots...macam2 jer budak2 ni kan. Yok makann !!



Nukilan:

Thursday, December 11, 2008

Gathering Bersama Kak Ummi


Wajah2 blogger chef. Dari kiri ke kanan, Kak Intan, Kak Ummi & Kak Ina

Hari ni dalam sejarah kerana dapat berjumpa dengan Kak Ummi Kuantan. Memang seronok sangat2, di blog Kak Ummi lah aku banyak meluangkan masa mencari dan mencuba segala resepi. Lebih kurang kul 7.20 pagi dapat message dari Kak Ina kl. Bila tengok jer message tu, wahhh... ada perjumpaan bersama Kak Ummi. Mestilah aku suka, teruja nak jumpa you hehehe. Walau pun pertemuan tu tak dirancang lebih awal, tapi aku merelakan diri untuk berjumpa. Selepas mintak izin dulu dari my laling CM dan dapat green light. Aku pun reply message dari Kak Ina. Lepas anak aku Haqim dah gi sekolah, aku pun bersiap alah kadar, tapi wangi2 juga lah hehehe. Janji kul 8.40 pagi, tapi aku dah siap 10 minit lebih awal. Pada aku biar lah aku tunggu orang dari orang tunggu aku kan... kan...


Bergambar kenangan di Dani Cafe

Mula2 tu Kak Ina kata nak jumpa kat Pak Li Kopitiam tapi tak jadi. Jumpa di Dani Cafe kat area KWSP setapak jer, betul ke tak ejaan aku tu, ker salah nama tempat tu hahaha. Lupa lak nak tengok betul2 signboard tu tadi adehhh. Sampai2 jer kat situ...Kak Ummi n family dan adik Kak Ummi tengah bersarapan. Alah segan lah pulak ngan hubby Kak Ummi... macam tak der hidung lak aku pagi ni, tapi aku buat2 cool jer lah hehehe. Macam biasa lah bila dah jumpa berpeluk bercium segala, jangan ada yang jeles okey hehehe. Bila dah berjumpa apa lagi, berbual lah bla... bla... bla dan tak lama lepas tu Kak Intan pulak sampai. Masa ni husband kak Ummi dah balik dulu. Aku suka dan seronok berbual dengan Kak Ummi ni, peramah orang nya.


Menyinggah di klinik geng blogger, Dr. Inahar

Perjumpaan kami tak habis disitu, kami diarak naik kereta mewah Kak Ina. Mana lagi... gi serang kelinik Dr Inahar pulak kat Wangsa Maju. Macam biasa tanya khabar dan bla... bla... bla. Memang riuh dengan gelak ketawa kami berlima dalam tu. Bila dah puas, kami minta diri untuk beredar. Mintak maaf banyak2 ya Dr Inahar kalau kedatangan kami ni menganggu sedikit tugas di klinik tu. Mula2 Kak Ina hantar Kak Intan balik dulu, kemudian hantar aku pulak. Sebelum berpisah sekali lagi berpelukan, macam sayang je nak berpisah. Ya lah bukan selalu dapat berjumpa kawan2 blog ni kan. Aku dapat buah tangan dari Kak Ina, terima kasih. Mintak maaf lah tak ada buah tangan dari CT ya. Hanya untuk Kak Ummi jer yang sempat aku sediakan. Semoga kita akan dapat berjumpa lagi jika diizinkan ... InsyaAllah.


Sempat lagi check blood-pressure dgn Dr. Inahar hehe..


Bergambar kenangan beramai-ramai di klinik Dr.Inahar
-- 2 gambar terakhir, ehsan dari blog Kak Ina --


Nukilan:

Projek Kat Dapur Lagi





Hari ni aku datang ler rajin nak duk kat dapur lama sikit..walau pun badan ni ada rasa cam nak demam jer. Hari ni aku masak ayam kurma jer, coz dah 2 hari aku masak daging kan. Muak lah pulak makan daging ari2. Nak beli ikan pun cuma aku ngan CM jer yang makan..ank2 tak berapa suka sgt. Kalau ayam sume bedal tak yah di lawa terus jer ngap!! hehehe. Habis masak jer..teringin nak buat kek marbel lak..kebetulan CMG pun kata nak buat gak tapi tak tau lah, hehehe cam janji jer kan. Tapi aku punya biasa jer cuma tukar color kuning dan merah..sori yer Mat ubah2 resepi Mat hehehe. Color kuning tu Haqim yg suka, merah Azree yang mintak. Tu lah sume lain2 color nasib baik x mintak hitam kan..aku kasi hangus terus jadi hitam rentung hahaha..ada2 jer kan. Mula2 ingat nak buat banyak color, boleh panggil kek marble pelangi, ada gak kena marah ngan Mat lak. Tapi kek ni memang lembut dan gebu, masuk mulut cam ilang terus..ilang masuk perut lah tu hehehe..layannn...


Nukilan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...