
Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Hari ni CT tak update entri masakan ye. Sebab hari ni CT nak berkongsi kegembiraan CT kerana 8 daripada resepi yang pernah CT publish telah di paparkan dalam 6 muka surat di majalah AROMA keluaran bulan April 2012.

CT masih lagi ingat, ketika CT mula-mula berblog dalam blog masakan ini pada tahun 2009 dulu, blog masakan adalah salah satu aliran blog yang terpencil dalam dunia dan kelompoknya sendiri. Kitarannya agak terasing dan hanya berkisar di kalangan kepompongnya saja. Namun kini, blog masakan sudah mula menonjolkan diri dan menjadi salah satu aliran penulisan blog yang tak kurang popularnya. Dan kini, bukan sekadar golongan chef, atau golongan wanita yang season di dapur. Tetapi kini golongan anak muda, malahan tidak terkecuali golongan anak muda yang lelaki turut sama memeriahkan dunia masakan. Semuanya gara-gara kehangatan rancangan masakan realiti TV yang sedikit sebanyak turut menambahkan lagi tempiasnya dalam mempopularkan aliran blog masakan.

Fenomena ini amat menggembirakan CT sebab masakan adalah satu-satunya aliran blogging yang sehati dan sejiwa dengan minat CT. Maklum sajalah, untuk suri rumah sepenuh masa seperti CT, blogging masakan adalah salah satu hobi yang dapat memberikan manfaat bukan saja untuk CT dan keluarga tetapi juga kepada semua yang membaca blog CT. Dengan blogging ini, CT dapat mencuba pelbagai variasi masakan yang bukan saja dapat dinikmati oleh keluarga tersayang malah dapat juga dikongsikan kepada semua pembaca blog CT yang berminat untuk mencubanya.

CT ingin merakamkan ribuan terima-kasih kepada pihak AROMA terutamanya Cik Nur Aziera Ridzuan yang telah menghubungi CT mula-mula sekali dan memberi peluang untuk resepi Dapur CT dipaparkan dalam Majalah AROMA bulan April 2012 ini. Juga kepada Ketua wartawannya iaitu Akmar Jamaludin yang juga kemudiannya telah juga menghubungi CT untuk membuat penggambaran di rumah, tetapi terpaksa CT tolak. InsyaAllah dimasa yang lain lagi jika berpeluang. Dan tak lupa juga, ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang-penyumbang asal resepi yang antara resepinya telah CT cuba dan kongsikan dan telah kini terpapar untuk tatapan semua dalam majalah tersebut.

CT amat gembira diberi peluang sebegitu kerana bukan lagi sekadar dikitaran dunia cyber, tetapi dengan diberi peluang untuk muncul dalam media cetak seperti ini dapat memberi peluang untuk CT berkongsi resepi kepada mereka yang tidak melayari dunia internet. CT anggap ini adalah penyuntik semangat untuk CT untuk membuat dan memberi yang lebih baik lagi dimasa hadapan. Akhir-kata, pastinya ucapan yang paling tinggi adalah buat suami tersayang yang memberi sepenuh sokongan dan tunjuk ajar, baik dari cara untuk mengambil gambar sehinggalah kepada cara penulisan CT di blog ini. Tanpa sokongan insan tersayang, tak mungkin CT akan pergi sejauh ini. Apa yang pasti, jalan ini masih jauh dan semoga CT terus diberi kesihatan yang baik supaya CT dapat terus menulis dan berkongsi lebih banyak lagi dan lebih baik lagi untuk semua pembaca blog CT yang tersayang dimasa yang mendatang, InsyaAllah. Akhirkata, salam sayang dari CT untuk semua. Muahss!
salam kak CT tahniah.. sangat cantik semua gambar2 tu.. akak memang layak suka sangat tgk..
ReplyDeletetahniah kak situ,mmg akk sangat layak..tumpang bangga dengan hasil kerja akk..:)
ReplyDeletesry..error type he hee..kak siti..
ReplyDeleteAssalammualaikum
ReplyDeleteTahniah! memang CT hebat beralsi di dapur. InsyaAllah akan beli.
Dia bayar?
CT,
ReplyDeleteTahniah!!!!
akak suka tengok gambar2 yang Ct amek..sangat mengujakan..betul Ct kata...mmg skrg dah mula zaman kehangatan blog masakan.
cuma blog akak ajer yang tak fofular macam CT dan yang lain2..baik yang baru maupun yang lama...hheheheheee..
As'salam kak CT Comel ..suka bangga dah teharu lah...Tahniah buat kak Ct Sekelurga yeee...mmg..resepi dlm tu sdp2 belaka...pic akk pun cantik...kerjas ama akk suami istri....Maju Kak TC....
ReplyDeleteJuwita Jamaludin ~
ReplyDeleteSalam ceria Ita, Alhamdulillah, terima kasih untuk segalanya, semoga Ita juga turut akan berpeluang menikmati kegembiraan seperti ini Insya'Allah :)
zila 4ever ~
ReplyDeleteSalam ceria Zila
Alhamdulillah... terima kasih Zila :)
mama ju ~
ReplyDeleteWa'salam Mama Ju, terima kasih moga apa yang kita lakukan dan kongsikan bersama mendapat keberkataan dari NYA..Aminnn
KakAsma ~
ReplyDeleteSalam ceria Kak Asma, terima kasih banyak2 kak. Insya'Allah blog Kak Asma akan turut sama memeriahkan stuasi seperti ct juga Kak, Insya'Allah..
Sheila Shafeareen ~
ReplyDeleteWa'salam Sheila, terima kasih Sheila. apa yang diberikan adalah anugerah dariNYA. Moga apa yang k.ct lakukan ini mendaat sokongan penuh dari keluarga dan suami.
Salam kak CT! bravooo!!! tahniah!!! comelllllllllllll akak dlm gmbr tuuu ececece...
ReplyDeleteAssalam CT cayanggg....waaaaahhh, tahniaaahh, tahniaaaahhh....akak tumpang vanggaaaa....semoga CT lebih lagi rajin untuk kedapur dan bereksperimen dengan resepi dan gambar2 sudah tentunya meletupsss!! Keboooommmm, lebarkan lagi sayapmu okeehhh....tahniah sekali lg CT, muaahhh!
ReplyDeleteijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika cayanggg...hahaha. gambar jer ke yang comel,alahhh.. tak ada duit RM yang pepellah nak bagi. duit jepun banyak..hahaha
Terima kasih Ika untuk ucapan itu, moga kegembiraan ini dapat k.ct kongsikan bersama Ika juga :)
Assalamualaikum, slmt pagi kak Ct
ReplyDeleteTahniah! mas tumpang gembira, semoga kak ct terus berjaya dan berjaya ye :)
Sangat2 cantik dan menarik gambar2 masakkan kak Ct. Harus mas cari majalah Aroma tu nnt :))))
Ummi ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Ummi cayangggg! akak..terima kasih untuk segalanya. segala perkongsian kegembiraan ini ct hadiahkan juga buat kak Ummi. jika tidak kerana sokongan bersama ct tak akan sampai sejauh ini kan Kak Ummi. Insya'Allah selagi sihat ct akan teruskan berblog kak :)
Terima kasih sekali lagi kak Ummi untuk ucapan ini...muahhhh!
Mas ~
ReplyDeleteWa'salam Mas, terima kasih. alhadulillah... jika ada kesudian belilah majalah AROMA untuk memeriahkan suasana ya Mas..hehehe
Terima kasih Mas :)
salam Ct...
ReplyDeleteSekalung Tahniah dari ita dan keluarga buat CT
Semoga ianya membangkitkan lagi semangat CT untuk berkarya dan menghasilkan idea yang lebih baik lagi..
Ita dah dapatkan satu.. untuk kenangan.. ^_^
As salam kak Ct..
ReplyDeleteTahniah juga dr Lin kak Ct...walaupun dh lama x merasa masakan kak Ct, tp tgk gambo dlm majalah dan blog pun jd le..hehehehe
Moga terus maju dn berjaya kak Ct...
tahniah kakkkkkkk.. semoga akak terus berkarya dengan resepi2 hebat dan terus suksess melangkah dengan kejayaan seterusnya.. keep up a good work!!
ReplyDeletesalam ct..
ReplyDeletetahniah..... tumpang gembira.semoga lebih lagi usahanya.yang pasti gambar2nya memang menarik..
tahniah CT! sangat bangga dgn pencapaian CT nih.. mmg k.nor sentiasa admire hasil kerja CT tak kira lah dr segi masak2 tu maupun gambo2 yg diambil/post.. mmg semua cantik2 .. keep up the good work.. semoga melangkah lebih jauh lagi. kita org support dr belakang :)
ReplyDeleteTahniah buat kak CT, kejayaan akak kebanggaan semua, penyunting semangat untuk suri2 khusyuk di dapur.
ReplyDeleteTahniah kak CT. Lepas ni mesti keluar menu yg lagi menarik...
ReplyDeletetakhniah kak ct! satu permulaan yang baik!
ReplyDeleteTahniah...Tahniah...Tahniah... Bravo... Keep up your good work.. Yang penting kita enjoy doing what we like, betul tak..??
ReplyDeletetahniah...tahniah...tahniah kak...semoga lg sukses dan share lg menu yg sedappp2 n gambar lg cantik2...hihihi
ReplyDeletetaniah kak....
ReplyDeleteaka hanim
ReplyDeletetahniah kak ct. teruskan usaha dengan menghasilkan resepi2 yang baru. hanim dah cuba buat resepi puding berlapis. sedap. sadisnya hanim x dapat nak N3 dlm blog. PC kat umah tak ok lagi. huhuhuhu ...........
Selamat petang kak Ct...
ReplyDeletewaw....waw...tumpang gumbira dengan Kak Ct bab resepi dah kena tayang kat Aroma...Tahniah yer kak...
tahniah CT..
ReplyDeletememang ditunggu2 kehadiran karya CT masuk ke majalah kerana karya CT (baik masakan maupun gambarnya) semua cantik2... tumpang bangga dengan pancapaian CT.. tak sia2 usung kamera & segala kesana sini semata2 utk dptkan gambar yg mantops kan.. hehehe... tahniah sekali lagi..
tahniah kak...moga terus berjaya dan berjaya...hehehhe
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah,Tahniah buat akak sekeluarga...Yatie tumpang gembira dan berbangga dngn kejayaan akak ni...moga akak terus sukses dlm bidang yg di ceburi...sememangnya akak mmng layak..gambar2 kat blog ni semuanya menarik...
ReplyDeletetahniah CT.. tumpang gembira atas berita baik ini.. smga CT terus sukses.. mmg suke tgok pic2 di n3 CT.. semuanya mmg cantik2..
ReplyDeleteTahniah CT...bravo! bravo! sukenyaaa.... gee tumpang bangga
ReplyDeleteTahniah Ct.semua gambar2 masakan Ct cantik dan sesuai utk majalah. moga tambah bersemangat utk blog.
ReplyDeleteCongratz K CT
ReplyDeletememang akak deserve it coz all yr masakan all very mengancam & menyelerakan!
wow..congrat yah kak CT, you deserved it. photo nya selalu cantik dan menarik begitu juga dengan recipe nya. Sukses selalu yah kak.. ;)
ReplyDeleteTahniah sis...cukup bangga dgn apa yang sis capai...
ReplyDeleteTahniah Kak CT.. Semoga terus sukses.. Lama tak singgah ke blog akak..
ReplyDelete