Sunday, February 20, 2011

Opor Sotong




Pertama kali CT masak Opor Sotong ni sejak bergelar isteri. Pelik tapi benar ... hehehe. Sebelum ni ada gak lah makan opor tapi opor nangka. Tapi bukan CT yang masak, arwah mak yang masak memang sedap. Sesedap macamana pun kita masak, hasil air tangan ibu lagi sedap dari kita kan. Yang CT tahu lah kan, bila dah masak lauk opor ni kalau makan esoknya baru sedap. Sebab dah serap rempah2 kat lauk tu. Lauk opor ni selalunya memang banyak guna rempah2 dan bahan2 yang lain. Agak cerewet juga lah kalau nak masak. Tapi yang CT cuba masak opor sotong resipi dari Yatie, memang senang dan sedap. Sampai my laling CM dah tengah2 malam masih cari lagi lauk ni dan makan lagi... hehehe. Alhamdulillah dan terima kasih buat Yatie kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Lain kali CT nak cuba guna udang atau ayam pulak, cubalah dulu mana tahu sedap juga kannn.


OPOR SOTONG
Resipi dari Yatie

Bahan-bahan:
1 kg sotong - di cuci, rebus sekejap dan toskan
2 sudu besar serbuk besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang putih - di kisar
1 biji bawang besar - di kisar
1 inci kunyit hidup - di kisar
1 inci halia - di kisar
15 tangkai cili kering (5 sudu besar cili kisar)
1 inci lengkuas - di titik 1 batang serai - di titik
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
3. Masukkan lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut, masak hingga wangi.
4. Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
5. Biarkan pekat dan akhir sekali masukkan sotong.
6. Gaul sebati dan matikan api. Bolehlah di hidangkan.


Donut Lembut




Kalau selalu makan donat agak2 nya bole naik tak badan CT ni...hahaha. Ya ampunnn...dah kecik tu jangan perasan lah nak gebus macam donut pulak.. hahaha. Ini lah hasil kerja tangan CT semasa anak2 cuti kat rumah. Donat ni memang selalu CT buat guna resipi dari HaSue. Senang, ringkas dan mudah nak menyediakan nya. Siapa nak kerja susah2 kan, semua tak mahu. Tapi kalau ada yang mahu... eloklah tu rajin namanya. CT tak lah serajin mana pun, sekadar buat suka2 tu okey lah ..hihihi. Donat ni memang lembut kalau setakat makan 3 ketul lah memang tak cukup kot rasanya. Kalau CT 5 ketul tu dah cukup lah... hehehe. Okey lah resipi dah ada kat senarai Dapur CT tu, tapi hari ni rajin CT c&p jer dari blog HaSue. Terima kasih daun keladi, kalau resipi yang sedap ni berulang kali nak buat lagi...ngeeeee.


Donut Lembut
Resipi dari HaSue

Bahan-bahan:
500 gm Tepung gandum berprotein tinggi (guna tepung biasa pun ok)
1 Peket yis segera -11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
50 gm Marjerin
1 Sudu makan (penuh) Shortening (lelemak adunan) - Letak lebih sikit pun takpe
2 Sudu makan (penuh) gula pasir
2 Sudu makan susu pekat / 2 sudu makan susu tepung (ikut citarasa) - Letak kedua2 lagi sedap
1 Biji telur - dipukul sekejap
1/2 Sudu teh garam
Gula halus atau topping kegemaran anda
190 ml - 200 ml air suam2 kuku (bergantung pada kualiti tepung)

Cara-cara:
1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2.

6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je) Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sebab adunan mengandungi telur).

8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...