Sunday, August 30, 2009

Kuih Cara Manis




Ini menu kuih yg aku buat utk juadah berbuka hari ni. Simple dan senang jer nak buat kuih ni. Saiz dia pun tak besar jadi boleh sekali ngap jer masuk dalam mulut.. tapi tunggu bila dah sampai waktu berbukalah yer. Jom kita layan resepi ni. Aku CnP dari MyResepi.com jer hehe..


Kuih Cara Manis
Resepi dari Junjs11 MyResepi.com

Bahan-bahan: (utk 12 biji kuih)
100gm tepung
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan (boleh diganti dgn esen pandan)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
gula sebagai inti

Cara-cara:
1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje.

Wednesday, August 26, 2009

BBQ Chicken Rice




Menu hari ni simple jer... amik dari blog Suejoshua. Kebetulan ayam ada dalam peti ais tu. Kalau masak ikan, kesian pulak kat anak2 bujang aku tu. Yang sorang tu memang tak makan ikan, yang sorang tu lagi pulak tak gemar sangat. Kalau dipaksa anak2 ni makan gak, dah macam telan batu jerrr... sian kan. Tak sampai hati lak nak paksa2 anak2 ni. Okey meh lah layan resepi ni yok...


BBQ Chicken Rice
Resepi dari SueJoshua

Bahan-bahan:
5 cawan beras wangi - bersihkan dan toskan
3 helai daun pandan - disimpul
2 inci halia - diketuk
2 s/b butter
Rempah tumis - 4 beradik
Stok pati ayam secukupnya - mengikut sukatan beras
Garam dan perasa

Bahan ayam BBQ:
1 ekor ayam - dipotong 4 dan dibersihkan (ct potong kecil)
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
4 s/b BBQ sos
2 s/b serbuk cili
1 s/t serbuk lada sulah
6 s/b madu
Sedikit minyak
Garam dan perasa


Cara-cara membuatnya:

Untuk nasi:
1. panaskan butter didalam periuk rice cooker, kemudian masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan terlebih dahulu sambil dikacau sebentar, masukkan pula stok ayam, garam dan sedikit perasa, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
2. Alihkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan tekan on, sambung masak seperti masak nasi biasa.
3. Bila nasi masak, gaul gembur-gemburkan nasi perlahan supaya tidak melekit apabila hendak dihidangkan.

Untuk ayam:
1. Gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama 1 jam atau lebih.
2. Kemudian letakkan sedikit minyak kedalam dulang pembakar dan susunkan ayam yang telah diperap tadi dan bakar didalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak sambil balik-balikkan ayam supaya masak rata.
3. Bolehlah dihidangkan bersama nasinya, sup, sos sambal, timun dan ulaman yang lain.

Kuih Lompat Tikam




Kuih yang lembut2 ni memang kegemaran seisi rumah. Lembut jer dia masuk tekak. Kalau makan sejuk2 pun perghhh.... sodap tu. Resepi ni dari halaqah.net. Ni datang malas sebab tu guna loyang jer. Kalau datang rajin aku mesti deko dalam daun pisang hehehe. Malas nak pi cari daun tu yang dok tepek dalam loyang jer. Aku buat dua adunan dari resepi dibawah. Jom sila menjamu selera dan mata ya :-)


Kuih Lompat Tikam
Sumber dari halaqah.net

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
6 helai daun pandan (CT campur sedikit warna hijau)
2 cawan air
1 cawan santan + secubit garam

Bahan untuk Air Gula Merah:
1 cawan gula merah *
2 sudu besar gula *
2 cawan air *
(Bahan bertanda* dimasak hingga gula larut dan tapis)



Cara-cara membuatnya:

lapisan hijau:
1. Daun pandan dimesin dengan 2 cawan air dan tapis.
2. Masukkan 1 cawan tepung beras dalam air daun pandan dan kacau sebati.
3. Masak hingga pekat/masak. Tuang dalam loyang atau acuan yang disukai ratakan.

lapisan putih:
1. 1/2 cawan tepung beras digaul bersama 1 cawan santan dan garam.
2. Kacau sentiasa sehingga masak dan tuangkan keatas adunan hijau tadi dan ratakan.
3. Sejukkan. Dan masukkan dalam fridge. Hidang dengan air gula.

Tuesday, August 25, 2009

Bubur Pulut Hitam




Salam untuk semua... Ini bukan menu pertama dalam bulan puasa ya. Hari2 sebelum ni ada gak buat kuih. Dua hari lepas buat puding karamel dan agar2 santan (tapi bunyinya macam banyak jer erk hehehe).. Sebenarnya memang tak nak buat banyak2 menu, sebab bila dah makan nasi benda2 lain ni semua macam tak pandang jer. Tak elok membazir betul tak. dan tak baik untuk kesihatan hahaha. Untuk hari ni pulak aku buat bubur pulut hitam utk berbuka. Teringin nak makan dan dah lama tak buat. Okey... jom ler menjamu selera ya, sat lagi dah nak pi Solat Tarawih lak. Resepi ni dari Mat Gebu, CnP jer dari blog mat hehehe.


Bubur Pulut Hitam
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 4 - 5 jam
1 1/3 cawan gula (nak manis tambah lagi)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, diparut

Cara-cara:
1. Toskan pulut hitam kemudian rebus hingga pulut kembang. Tuang 1/2 cawan air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
2. Dalam pulut yang telah kembang tadi, masukkan daun pandan, gula pasir dan santan cair, masak atas api sederhana hingga mendidih dan gula hancur. Kacau rata dan rasa, jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Biar mendidih sekejap dan boleh matikan api.
3. Campur 1/4 camca teh garam ke dalam santan pekat tadi, kacau rata. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, sudukan 1 camca besar santan pekat. Gaul rata sebelum dimakan. Simpan santan pekat dalam peti sejuk jika tidak habis...

Thursday, August 20, 2009

Brownies Kukus




Brownies kukus ni aku buat petang tadi sebab dah tak tahan perut lapor hehe. Dok belek2 dalam petiais tak ada benda nak makan sob.. sob... Mini popia dah habis kena bedal haritu juga, jadi kenalah rajin dok belek2 resepi. Dok masuk kat umah RinnChan... ada resepi baru BROKUS (brownies Kukus) ni. Aku tengok cam senang jer nak disediakan, dan semua bahan2 dia pun ada dalam simpanan. Apa tunggu lagi teruskan projek untuk mengisi perot ngehh... ngehh... Aku buat dua versi, satu dalam loyang dan satu guna papercup hehehe.


Brownies Kukus
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm gula castor
150 ml susu cair
100 ml susu pekat manis
150 gm majerin

50 gm serbuk koko

150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit garam
2 biji telur gred A

Cara-cara:
1. Masak di atas api, gula castor, susu pekat, susu cair dan majerin hingga larut.
2. Larutkan koko dengan beberapa sudu adunan susu dan majerin tadi. Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
4. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan koko.
5. Tuang dalam loyang dan kukus selama 45 minit - 1 jam. Sejukkan dahulu sebelum dituang ganache.

Choc ganache:
150 gm whipping cream
200 gm cooking chocolate
1/2 sudu besar majerin
1 sudu kecil madu utk mengilatkan ganache

Masak whip cream hingga berbuih. Angkat dari api dan masukkan cooking choc yg telah dikiubkan. Kacau sebati. Masukkan majerin dan madu. Kacau rata.

Nota dari Rinn: Simpan semalaman dalam petisejuk. Hasilnya, brownies ini menjadi lebih lembap daripada baru-baru dikeluarkan dari loyang.

Wednesday, August 19, 2009

Ayam Grill Madu




Okey... ni menu ayam paling sodap dan yang dah keberapa kali aku buat dalam seminggu hehehe. Ni kes dah tak tahu nak masak apa lah kan. Macam biasa dok selongkar dapor Hana pagi2 hari lagi. Jumpa pulak resepi ayam grill madu ni, terus jer jalankan projek. Memang aku lebihkan madu baru nampak berkilatkan ayam tu. Resepi asal dari Choopy di MyResepi. Tapi aku amik dari dapor Hana jer, macam biasalah kalau datang rajin dok taip ler. Tapi datang kepala tengah ting tong, aku CnP jer lah ya ngeeee....


Ayam Grill Madu
Resepi dari Hana

Bahan-bahan:
500 gm ayam
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu

Bahan Tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar (hana bakar satu jam suhu 180).

Tuesday, August 18, 2009

Mini Popia




Haaa.... ni dia kudapan untuk aku makan sambil tengok tv malam ni hehehe. Sebenarnya nak perabis kan kulit popiah yang tinggal separuh dalam peti ais. Dah lama gak bertapa dalam tu, dah naik keras berdentum hahaha. Kebetulan my sis ada bagi banyak serunding kering hari tu. Dari dok sakit mata tengok serunding tu tak terusik, baik aku merajinkan diri buat mini popiah ni ngeeee.... Tak banyak pun yang dapat, ada lah satu balang kecik jer. Okey gak lah dapat masuk mulut dari masuk dalam tong sampah kan... kan... Okey kat sini aku carikan resepi mini popiah untuk you all buat ya. Sonang sangat2 buat dia kan... dan kalau ada yang rajin dok menggulung tu, bolehlah buat tuk raya nanti. Bolelah aku mengodernya nanti ya :-)

Dikesempatan ini juga aku nak amek peluang mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yg bakal menjelang tiba tak lama lagi dan sudi-sudikanlah mengambil e-Kad di SINI ya :)


Mini Popiah
Resepi dari Umi Kal Wheldon

Bahan-bahan:
3 sudu besar udang kering - di blend halus
6 tangkai cili kering yang telah - di blend halus
3 batang serai - di hiris halus
5 ulas bawang merah - di blend halus
3 ulas bawang putih - di blend halus
1 biji kelapa parut (boleh juga diganti dgn kelapa parut packet)
1/2 sudu kunyit serbuk
sedikit garam (jangan lebih garam sebab udang kering dah masin)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panas kan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah. Bila bawang telah kekuningan masukan cili kering masak sampai naik bau atau pecah minyak.
2. kemudian masukkan udang kering, kelapa parut, serai dan di kacau sampai kering. Bila sudah masak di angkat dan sejukan.
3. Sediakan kulit popiah, potong 4 dan masukan inti serunding dan di gulung seperti membuat popiah biasa dan di gamkan dengan air supaya tidak terbuka. Buat sampai habis. Kemudian di goreng di atas api yang sederhana.

Monday, August 17, 2009

Ikan Masak Taucu




Ini menu tengah hari merangkap ke dinner lah ya. Leceh nak masak berulang, so masak terus banyak2 sampai ke menu dinner. Resepi ni aku amik dari buku Resepi Bonda (koleksi masakan tradisional melayu). Buku resepi ni pemberian dari seseorang masa b'day aku hari tu. Banyak juga resepi yang sedap2 dalam tu. Masak ikan taucu ni selalu nya aku tak bubuh belacan. Tapi yang ini memang sedap.... ada aroma belacan perghhh.... membangkit selera makan. Kalau ada yang nak mencuba jom ler masak2 bersama resepi bonda :-)


Ikan Masak Taucu
Sumber dari Buku Resepi Bonda

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung (CT guna ikan tongkol)
2 labu bawang besar *
2 ulas bawang merah *
1 biji lada merah *
2 biji lada hijau *
4 biji cili padi *
1 camca kecil air asam jawa
2 camca besar kicap manis
sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar sos tomato
1 senduk taucu
1 camca besar minyak masak
garam
(Bahan bertanda * - dihiris)

Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.
2. Sapukan sedikit garam pada ikan dan goreng hingga garing
3. Angkat dan asingkan.
4. Masukkan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan cili padi kedalam kuali yang digunakan untuk mengoreng ikan tadi.
5. Goreng dan balik-balikkan.
6. Masukkan pula air asam jawa, belacan, kicap manis, sos tomato, taucu, gula dan garam. Kacau hingga rata.
7. Setelah mendidih baru masukkan ikan.
8. Balik-balikkan selama beberapa minit dan setelah kuahnya likat matikan api dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba ya.

Kek Coklat Kukus Dayang




Assalamulaikum.... salam sayang untuk semua. Dua hari tak menyibukkan diri di Dapur CT ni. Macam biasa lah kalau my laling dan anak2 ada dirumah, kenalah bagi masa untuk mereka. Nak duk kat depan tenet pun macam malas (memang tak nak duduk pun hehehe). Hari ni aku cuba buat kek coklat kukus dari Dayang Jack. Dari hari tu lagi dah amik resepi, tapi baru ni sempat membuatnya. Memang suka kek2 coklat ni sedapppp.... !! Masa dah masak kek ni, bila bukak jer aluminium foil tu emmm... bau susu pekat menyengat kat hidung.. wangi. Meh lah cuba baru bole rasa ada bunyi macam buih ker tak masa makan nanti hehehe. Memang sedap bole di beri 4 bintang dari 5. Dayang.... K.Ct CnP jer ya. Terima kasih lain kali bole cuba kek yang lain pulak ya Dayang :-)


Kek Coklat Kukus Dayang
Resepi dari Dayang Jack

Bahan-bahan: (untuk loyang 6 inci)
120 gm tepung naik sendiri + 4 sudu besar serbuk koko (diayak bersama)
4 biji telur gred A
5 1/2 sudu besar susu pekat manis
1/3 @ 1/2 cawan gula pasir (dikisar halus spt gula aising)
200 gm mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api kecil. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim (guna high speed).
3. Masukkan telur sebiji dan pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan sebiji lagi telur dan pukul lagi. Ulangi sampai habis.
4. Masukkan susu pekat. Putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
6. Akhir sekali, masukkan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dlm loyang kek dan tutup dengan kertas foil. Kukus selama 50 minit (guna api sederhana).

Untuk topping:
40 gm mentega (dipotong kecil2)
1 cawan susu segar
150 gm coklat masak

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dlm periuk dan kacau dgn cara double boiler sehingga coklat menjadi likat dan pekat. Kemudian hiasilah kek tadi dan taburkan coklat urai jika suka.

Friday, August 14, 2009

Acar Buah




Salam semua... pernah tak you all makan acar buah. Rasanya mesti pernah kan... kan... Kalau pi kenduri kawin ker mesti ada tuan rumah yang hidangkan acar buah atas meja. Tapi tak semua tempat yang ada. Kebetulan masa anak sedara aku kawin kat JB, my sister ada buat. Aku pun tumpang dua kaki dua tanganlah menolong sama membuatnya hehehe. Biasalah bila dah menolong tu kenalah ambil ilmu dan resepinya sekali. Tapi my sister pulak main curah semua bahan2 tanpa sukat2. Biasalah orang dah pro, kalau dah masak banyak2 tu mana nak sukat2 ni kan. Tapi kerana aku ni baik hati... aku tolong carikan resepi acar buah ni. Resepi ni aku amik dari chef tersohor Hanieliza (kak liza). Bagi yang nak mencuba tu boleh lah cuba ya. Makan dengan nasi putih pun sodap gak tau hehehe.


Acar Buah
Sumber dari FP Hanieliza

Bahan-bahan:
500 gm buah campur (kismis hitam/kuning, prune, aprikot, mangga jeruk, kurma & lobak asin.. potong kecil)
sedikit cili api jeruk (jika suka)
belimbing kecut (belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut)
jeruk limau


Bahan Mesin Halus:
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan (goreng tanpa minyak)
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak)


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi, garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

Thursday, August 13, 2009

Kuih Koci




Salam mesra semua.... hari ini aku buat kuih koci. Aku suka kuih ni "liat2 manja" gitu ahakss.. makin liat makin sedap ngeee.... Intinya awal2 dah buat dah, tapi baru hari ini sempat nak membuat kuihnya. Maklumler daun pisang ni kalau nak beli kena ikut musim gak. Kalau ada kat kedai, bolehlah beli. Kalau tak ada kena rembat pokok pisang orang ler gayanya kan hehehe. Resepi kuih koci ni amik di MyResepi oleh Mat Gebu. Tengah mood buat kuih2 tradisional pulak dahhh... hari tu buat kuih nagasari. Tapi tak sempat nak publish kat dapur ni dah pinish.


Kuih Koci
Resepi dari MyResepi.com

Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

Bahan untuk inti:
1 biji kelapa berkulit basah (yang tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain:
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara:
1. Untuk inti : Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
2. Untuk doh : Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
3. Untuk membuat kuih koci : Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
4. Tutup inti dengan doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

Bendi Goreng Dengan Udang Kering




Panjangnya nama sayur goreng ni erk hehehe. Inilah sayur untuk lauk makan malam ni. Sebenarnya hari ni aku masak lauk kari ayam. Oleh kerana aku tak suka makan lauk kari, jadi kenalah masak sayur untuk menu sendiri. Walaupun resepi ni nampak simple jerrr, tapi sedap. Resepi ni amik dari dapur Kak Ummi. Cuma aku ubah dan tambah sikit bahan2 dalam tu hehehe bole ya kak ummi cayanggg :-D

Bendi Goreng Dengan Udang Kering
Resepi dari Kak Ummi


Bahan-bahan:
15 batang bendi - basuh dulu kemudian potong serong
1 cawan isi ayam - yang dipotong kiub
Sebungkus fish ball - dibelah dua
3 ulas bawang merah - di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - di tumbuk halus
1 biji cili merah - hiris serong
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili... goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau - kacau 3 - 5 minit.
2. Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi hingga ayam masak sedikit.
3. Masukkan kicap, fish ball dan juga sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa (untuk menghilangkan lendir bendi).
4. Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.

Kuih Sagu




Buat kuih sagu ni untuk memenuhi tuntutan tekak yang dah lama tak makan kuih ni. Nak buatnya pun taklah sesusah mana pun... jerang air, masukkan itu ini, dah siap. Kuih yang paling senang seantero dunia... yooo ler tu hehehe. Dah ramai yang buat, aku ni yang ke berapa pun tak tahu ler kan. Resepi ni amik dari blog Kak Ummi kita tu lerrr, yang terror memasak tanpa jemu2 tu kan. Puji ada makna tuuu hehehe.


Kuih sagu
Resepi dari Kak Ummi

Bahan-bahan:
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah atau hijau

kelapa muda (parut dan gaul dengan sedikit garam)

Cara Memasak:
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut.

Monday, August 10, 2009

Puding Susu Berjagung




Tadaaa.... ni menu kedua hari ni. Dengan cuaca panas2 begini memang amat sesuai ler kalau buat dessert kan. Anak2 kat rumah dan my laling pun memang suka makan. Tambah lagi kalau sejuk2 masuk dalam tekak perghhhh.... makin batuk ler aku ni kang hehehe. Tak per dah baik pun harap2 jangan ler kena lagi. "Nak tau resepi sape ni?? Haa... sape lagi kalu bukan Ratu Dapur yang memang tersohor kat alam maya ni... Jun" (pinjam ayat Kak Ummi jap... hehehe). Resepi ni amik kat blog Kak Ummi jer yang cun melecun tu hehehe. Ni dah puji2 ni harap2 dapat ler merasa oreo cheese cake kak ummi tu nanti huhuhu. Okey tanpa buang masa mari kita makan sama2. Oppss...tapi you all kena lah buat juga baru leh makan sekali hehehe. Kak Ummiiii...CT CnP jer ya, malas nak taip ni. Tapi, oleh kerana aku gantikan fruit koktel tu dgn cream-corn jadi aku ubah namanya kepada Puding Susu Berjagung. Terima Kasih buat kedua chef berdua ni.. Muahhh!


Puding Susu Berjagung
Resepi dari Kak Ummi

Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail (CT ganti dengan jagung cream)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Rendang Daging




Salam mesra, salam rinduuuu pada kawan2 semua..... lama rasanya tak ke udara di Dapur CT ni. Terima Kasih banyak2 pada kawan2 yang singgah di Dapur CT ni ya. Walau pun puan dapur ni tak sihat tapi masih ada yg sudi datang dan jengah kesini. Alhamdulillah sekarang kita dah sihat sepenuhnya berkat doa dari semua juga. Oleh kerana badan dah segar dan kuat... bolehlah merempit dan panaskan enjin turbo ni balik hehehe. Resepi rendang daging ni boleh dipelbagaikan dgn macam2 hidangan kalau nak dimakan. Resepi ni amik dari Tulip77 di MyResepi.com. Tapi aku buat berkuah sedikit, bolehlah makan dengan nasi putih, nasi impit atau pun pulut kuning. Kalau nak lagi rajin buat ler roti jala ke, best juga hehehe. Jom ler belek2, risik2 resepi ni, mana tau ada yang tersangkut dan terkenan nak membuatnya lepas ni kan hehehe. Yok kita masak2 yokkkk....!!


Rendang Daging
Resepi dari MyResepi.com

Bahan-bahan:
800 gm - 1 kg daging lembu
200 gm kerisik
1 liter santan pekat
3 helai daun limau purut -hiris halus (yg ni CT tambah sendiri)
daun kunyit - hiris halus
garam secukup rasa
1 keping asam gelugor (yg ni CT tambah juga)

Bahan-bahan kisar:
2 labu bawang besar
8 ulas bawang kecik
5 ulas bawang putih
50 gm halia *
30 gm kunyit hidup *
30 gm lengkuas *
6 batang serai - dihiris kasar *
1 sudu teh jintan putih *
1 sudu teh jintan manis *
30 gm cili kering
1 sudu teh rempah kari (CT letak 2 sudu besar)
30 gm gula merah (boleh lebihkan jika nak lebih manis)
(Bahan bertanda * - CT goreng tanpa minyak sebentar)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging dan gaul rata. Kemudian masukkan santan. Masak dengan api sederhana hingga santan hampir kering.
3. Masukkan sekeping asam gelugor dan garam. Bila dan hampir masak masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau rata dan masak hingga kuahnya betul2 kering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...