Friday, July 29, 2011

Apam Yogurt Kukus




Assalamualaikum... Hari ni tanggal 29hb July genaplah usia anak dara CT 19 tahun. Siti Dalila / LILY yang dilahirkan pada hari Rabu juga pada waktu yang hampir sama dengan waktu CT dilahirkan. Selang seminggu jer birthday anak dara CT ni. Hari ini LILY tak dapat balik atas sebab2 urusan pembelajaran yang lebih penting di universiti tempat dia menuntut. Tapi tak mengapalah sebab minggu lepas kami dah sambut awal bersama-sama, jadinya minggu ni hanya ucapan selamat hari lahir je yang dapat kami sekeluarga berikan. Hari ini CT tak done nak buat kek birthday untuk anak dara CT ni. Mula2 ingat nak buat kan LILY kek batik, sebab dia suka kek tu. Itulah kek pertama yang dia belajar masa mula2 buat kek dulu. Tapi memandangkan insan2 dirumah ni tak berapa suka kek batik jadinya tak buat kek lah ya. Nanti bila buat tak ada siapa pulak yang nak menhabiskannya. Kerana My laling CM terlalu sibuk dengan kerja sekarang ni, tak dapatlah CT nak mengajak untuk pergi ke UITM Jengka untuk sambut birthday LILY kat sana. Insya'Allah sebelum puasa nanti CT akan cuba buat kek untuk LILY. Kek beli bolehlah kot, senang tak yah kotor2 kan dapur... hihihi

HAPPY BIRTHDAY My Beloved Daughter SITI DALILA / LILY... Doa dari Mama, Ayah, adik2 semua - Azree, Amir dan Amirul, semoga anak mama LILY sentiasa sihat sejahtera selalu, dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat Allah didunia dan akhirat serta mendapat perlindungan dari Allah selalu hendaknya... Aminnnn Ya-Rabbal Aa-laminn.

Kejarlah ILMU selagi terdaya, Buatlah AMALAN selagi sihat, Kejarlah MASA selagi kau terdaya, Ingatlah Allah walau dimana jua LILY berada.

Hari ni CT buat Apam Yogurt Kukus jer. Dari hari tu nak cuba membuatnya, memandangkan yogurt tak beli2 tu yang terbantut memanjang... hihihi. Resipi dari RIMA dan CT copy paste dari blog Kak Ummi jer. Terima kasih kepada kedua2 penyumbang resipi ni. Mintak halal ya Kak Ummi :D Izinkan CT panjangkan lagi resipi ini dalam Dapur CT. Okey kita lihat resipi ya :D


Apam Yogurt Kukus
Resipi : Rima
Sumber : Ummi Kuantan

Bahan-bahan :
2 cawan gula ( * akak letak 1 1/3 cawan je, tu pun manis)
1 sudu teh ovallete
2 cawan tepung
1 cawan yogurt segar asli
1 biji telor
1/2 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh serbuk koko ( * akak x letak - CT pun tak letak)
1 sudu teh pes coklat (CT letak perasa orange)
1 sudu teh pes keladi ( yum paste) ( * akak tambah)
Beberapa titis pewarna ungu (*akak tambah)

Cara-Cara :
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
2. Sementara itu, masukkan kesemua bahan dalam mangkuk (kecuali pewarna ungu dan pes coklat), pukul hingga sebati, bertukar warna putih pucat dan pekat beralun. (CT pukul sebentar gula dan ovallete selama 1 minit dulu) .
3. Asingkan 5 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna coklat. (*akak asingkan 4 sudu besar untuk coklat dan 4 sudu besar untuk pewarna ungu).
4. Masukkan adunan tanpa pewarna ke dalam plastik yg digunting bucunya agar mudah untuk picit ke dalam acuan yang sesuai. Kemudian paipkan hingga 3/4 penuh dan paipkan pula samaada yg bewarna coklat atau ungu di tengah-tengah adunan tanpa warna tadi.
5. Kukuslah selama 15 - 20 minit / hingga apam kembang mekar. ( * akak balut penutup kukusan dengan tuala semasa mengukus)




Thursday, July 28, 2011

Pandan Slice Cheese Cake




Assalamualaikum... Bersua kembali buat semua teman yang CT ingati selalu. Alhamdulillah.. hari ni CT tayang Pandan Slice Cheese Cake pulak. Dah lama juga CT nak buat Slice Cheese Cake ni. Haa.. baru ni sampai list dia, punyalah lama dok menunggu gilirankan... hehehe. Memang sedap sangat, kalau dulu bila nak makan atau nak merasa, CT beli jer kat kedai kek. Sebuku je dalam RM9.90 gitu, mahal kan. Tapi ni dah menjadi, bolehlah mencuba lagi... lagi... dan lagi. Memang berbaloi2 tak manis sangat sesuai dengan tekak CT yang memang tak gemar yang terlalu manis. Kena jaga kesihatan untuk amalan hidup yang sihat, betul tak..? Potongan kek slice tu tak berapa kemas, maklumlah nak cepat sebab anak2 semua dah nak makan sebelum ke sekolah... hihihi. Kira okeylah tu sebab Mama dia nak buat kek betul tak? Lepas2 ni kena stop dulu bab2 nak membaking kek dan muffin. Kita kena buat dessert pulak, maklumlah bulan puasa dah nak dekat, persediaan untuk hidangan berbuka puasa pulaklah ya.

Resipi asal dari Ros@Jintanmanis. Tapi CT copy paste dari blog Cikgu Hana... terima kasih untuk kedua2 adik kak CT ni ya. Semoga resipi yang disumbangkan ini memberi keberkatan buat kamu berdua... aminnn. CT mintak izin untuk diletakkan dalam Dapur CT juga. Selamat menjamu selera...Daaaaa....


Pandan Slice Cheese Cake
Resipi: Hana

Bahan-bahan:
4 - 5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M (CT guna telor gred B)
Beberapa titik esen vanila
Sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
Pewarna hijau

Cara-cara:
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. * hana masukkan sesudu kecil perisa pandan dan pewarna hijau. kacau.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan.
7. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit dan turunkan suhu 140 C selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.




Wednesday, July 27, 2011

Rich Chocolate Pudding




Assalamualaikum... Bersua kembali di Dapur CT. Pagi2 dah tayang puding ni ya, saje jer nak tayang bersempena cuaca yang panas dan cerah sejak2 ni. Desert penyejuk tekak macam ni memang amat sesuailah untuk dinikmati dalam cuaca panas kan. Resipi Rich Choc Pudding ni, lama betul CT tak buat. Bagi pengemar puding yang sarat dengan coklat pasti mengemarinya. Begitu juga dengan CT, amat mudah dan senang saje untuk menyediakan nya. Tapiiii... CT pulak lebih gemar menikmati puding bersama dengan buah2an koktel dan susu cair. Emmm... bila disejukkan dulu dalam peti ais, emmm terasa sungguh nikmatnya, letak susu tu lebih2 sikit bagi banjir lagilah nyaman... hihihi.

Ini salah satu hidangan pudding yang rasanya akan CT ulang-ulang membuatnya untuk hidangan buat keluarga tersayang dalam bulan puasa nanti, insya'Allah. Terima kasih buat Jun - Yummylicious untuk resipi yang sungguh sedap ni. CT panjangkan lagi resipi ini dalam Dapur CT untuk tatapan semua. Ada yang nak mencuba, silakannnn...


Rich Chocolate Pudding
Resipi: Jun - Yummylicious

Bahan-bahan :
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Kuah puding
1 tin buah2 cocktail, asingkan isi dan jusnya
1 tin susu sejat
Sedikit air gula

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer, untuk puding ni dan puding2 lain kalau nak senang keluarkan bila dah beku. Basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding, bila dah beku insyaAllah senang nak keluarkan.
5. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.




Tuesday, July 26, 2011

Mee Hoon Soto




Assalamualaikum... Salam mesra dan bertemu kembali di Dapur CT. Amboiii... lama betul Che CT ni dok bercuti memasak erk... hihihi. Bila dah bercuti ni nak sambung balik, punyalah liat seliat selipar jepun... hahaha. Ada yang RINDUUUU... hihihi. CT sebenarnya yang rindu nak BW, tapi faham2 jerlah bila tenet dah mula slow dah nak dekat hujung2 bulan nikan.

Berbalik pada menu CT hari ni iaitu Mee Hoon Soto yang sedap ni. Resipinya CT ambil dari CMG dan dah pernah CT buat sekali dulu. Memang sedap, masa tu CT buat untuk hidangan open house hari raya kat rumah tahun lepas. Banyak jugalah buat masa tu, alhamdulillah semua yang datang kata sedap. Kena pulak CT buatkan sambal kicap yang kaw2. Sampai meleleh hingus sesiapa yang makan masa tu... hihihi. Kesian kan, sape2 yang tak tahan pedas tu lain kali jangan amik sambal kicap CT tu banyak2 ya. Kalau yang tahan pedas tu tak apalah, sampai naik hitam kuah soto tu pun tak kisah... hihihi. Mee hoon soto ni CT buatkan sekali dengan bergedil kentang juga, dah kenalah tu. Memang sedap layan bergedil kentang ni bersama mee soto. Cuma dalam menu ni CT tak letak TAUGEH sebab kami sekeluarga tak suka makan taugeh, harap maklum ye... hihihi. Kalau ada yang nak mencuba, silakan ya. Terima kasih pada CMG diatas resipi yang sedap ni, CT mintak izin dipanjangkan lagi resipi ni dalam Dapur CT. Daaaa.....


Mee Hoon Soto
Resepi Asal: Mat Gebu

Bahan-bahan :
1 kg rangka ayam + kaki2 ayam (CT guna dada ayam dan peha ayam)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 pokok daun sup - hiris2
1 camca besar bawang goreng
2 biji bawang besar *
1 inci halia *
4 ulas bawang putih *
4 biji buah keras *
1/2 inci kunyit hidup *
1 camca teh lada hitam biji * ( * dikisar halus)
2 camca besar rempah kurma (mat guna jenama "Adabi")
2 camca besar rempah sup (mat guna jenama "Adabi")
3 liter air
1 kayu manis #
1 kuntum bunga lawang #
5 kuntum bunga cengkih #
3 biji buah pelaga # ( # rempah tumis)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:
Mee kuning / mee hoon secukupnya, celur dan toskan
Begedel
Sambal kicap
Bawang goreng
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan (CT tak letak, tak suka)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Soo hoon goreng
Tauhu, goreng dan hiris (CT tak letak)
Kacang tanah goreng (CT tak letak Hb tak suka)
Daging ayam yang disiat2 halus

Cara-cara :
UNTUK KUAH SOTO : Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus, rempah kurma dan rempah sup, kacau rata dan tumis hingga masak, kalau perlu tambah sedikit air. Masukkan rangka ayam + kaki ayam tadi, gaul rata dan tuang air. Masukkan daun sup, bawang goreng, lengkuas titik dan serai. Tambah kuib pati ayam dan sedikit garam. Kacau rata dan masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, renih selama 1 - 2 jam. Tambah garam secukup rasa dan matikan api.

UNTUK MEE SOTO : Letak secukupnya mee kuning/ mee hoon dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah secukupnya. Hias dengan benda selebihnya dan hidangkan bersama sambal kicap.

CATATAN MAT GEBU :- Rebus sekali bahagian ayam yang berdaging selama 25 minit dalam kuah soto, angkat, sejukkan dan carik2. Boleh ganti mee kuning dengan mee hoon atau nasi impit/ketupat. Kalau guna nasi impit, boleh diadakan soo hoon goreng (goreng soo hoon dalam minyak panas, tapi soo hoon JANGAN dicuci!!)





Bergedil Kentang
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
4 biji kentang saiz sederhana
Minyak untuk menggoreng
1 biji telur
Hirisan daun sup/bawang
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar

Cara-cara :
1. Kentang di buang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu sedang2. Kmudian di goreng hingga masak.
2. Setelah di angkat, di lenyek semasa ia masih panas.
3. Setelah itu campurkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan hirisan daun sup/bawang ke dalamnya. Gaul sebati. Masukkan sedikit garam, gaul rata.
4. Kemudian, bolehlah dibulatkan dan leperkan sedikit kentang tadi mengikut saiz yang di sukai. Buat hingga habis.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan pukul sebentar. Tapiskan telur agar buih2 telur tidak terikut bila dicelup bergedil nanti. Masukkan begedil yang sudah di kepal kedalamnya. Dan kemudian bolehlah di goreng bergedil tadi satu persatu.
6. Goreng hingga keperangan dan angkat toskan minyaknya. Setelah siap semua bolehlah dihidang bersama mee hoon soto.


Saturday, July 23, 2011

Nasi Ketumbar bersama Acar




Assalamualaikum buat semua.... Apa khabar hari ni, CT harap semuanya sihat2 dan jaga kesihatan juga dalam cuaca yang panas kering sekarang ni. Bila dah nak dekat puasa ni, cuaca mesti panas. Itu yang akan menduga keimanan kita masa berpuasa nanti.

Di sini CT ingin mengucapkan berbanyak2 ribuan terima kasih diatas ucapan ikhlas dari teman2 yang tersayang, baik di Blog Dapur CT dan juga di Facebook. CT sungguh rasa terharu sangat2 diatas ucapan hari jadi yang diterima. Apa pun CT turut mendoakan yang sama buat semua teman2 CT walau dimana jua berada semoga sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan selalu mendapat keberkatan dariNYA didunia dan akhirat.. aminnn

Berbalik pada menu Dapur CT. Hari ni CT letak resepi Nasi Ketumbar yang CT kata nak letak hari tu. Dah rata2 yang membuatnya, baru ni sampai ke Dapur CT. Memang sedap, keharuman aroma nya semasa CT memasak nasinya..emmm wangi betul. Sampai anak CT pun cakap bau apa ni..? wanginyaaa... hihihi. Mama masak nasi special ker..? Adoii... suka betul hati CT bila anak2 suka makan apa yang kita masak ni kan. Nasi Ketumbar ni CT lawankan bersama Ayam Ros Pandan resipi dari CMG. Memang kenalah CT pun suka dan CT padankan juga hidangan nasi ni dengan Acar Timun dan Nenas dari Yatie. Terima kasih buat teman2 semua diatas sumbangan resipi yang sedap2 ini. Makanan yang enak macam ni memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga mahupun menjamu tetamu istimewa. Tapiiii.. jangan mintak tau, sebab dah habis dua hari yang lepas hahahaha, sebab CT beri laluan pada RVC tu dulu semalam... hihihi

CT minta izin pada tuan punya resipi ini untuk dipanjangkan lagi dalam Dapur CT, terima kasih ya. CT copy paste dari blog Nor. Sampai jumpa nanti... insyaAllah :D


Nasi Ketumbar
resipi : Q'ein @ MyResepi
sumber : Ayu Singapore & Nor Secubit Garam


Bahan-bahan :
500 gm beras
3 sudu besar mentega/minyak sapi
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak. Masukkan bawang & goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam.
3. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. (jangan lupa tutup periuk kemas2 lepas tu yer).
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

* Daun ketumbar yang diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dalam nasi..





Acar Timun Nenas
Sumber Asal: Yatie
Resepi Che CT


Bahan-bahan :
1 batang timun
1 biji nenas (sederhana besar)
2 batang lada merah- dihiris
2 batang lada hijau
1/2 biji bawang besar
3 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
1. Kupas kulit timun dan nenas, hiris nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Potong lada merah dan hijau serta bawang besar.
4. Campurkan bersama cuka, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan


Friday, July 22, 2011

Red Velvet Cake - Happy Birthday Che CT




Assalamualaikum.... Selamat Hari Lahir Puan Siti Delima @ Che CT. Hari ini genaplah usia Che CT 44 tahun. Amat terasa sangat2 yang umur kita ni dah meningkat sekarang ni. Perjalan masa terlalu cepat, sampaikan waktu yang berlalu memang terasa amat pantas sekali. Apa pun CT amat bersyukur sangat2 kerana dipanjangkan usia dan sentiasa disayangi oleh insan2 tersayang. Dihari lahir CT ini, tiada apa yang lebih istimewanya selain mendapat ucapan manis dari anak2 dan suami terchenta. Tepat jam 12.00 tengah malam My laling CM wish happy birthday to me terharu jap, suka sangat2. Yalah setahun sekali menyambutnya mestilah suka kan... hehehe. Dan subuh2 lagi dah dapat ucapan yang ikhlas dari anak2 " Selamat Hari Jadi MAMA.." dan satu ciuman sayang dari anak2. Sedih dan terharu sangat2 bila diri kita ini dihargai setiap kali bila tiba hari bahagia seperti ini kan.



Hari ini tiada makan2 diluar, CT celebrate makan kat rumah aje sebab my laling terlalu sibuk dgn tugasan kerjanya. Insya'Allah esok kalau my laling CM tak sibuk barulah buat belated celebration. Kerana hari ini hari bahagia CT, jadi CT buatlah kek untuk makan2 sendiri jer. Kira ini kek birthday lah ya... hihihi. Sendiri punya birthday sendiri kena buat, aci tak..?? hehehe. Resipi RVC ni CT copy paste dari blog Hana, terima kasih ya Cikgu Hana. Ingat nak letak buah strawberi, tapi dok kirim kat anak dara CT dah habis katanya. Selongkar dalam peti Doraemon jumpa buah pic ni ada lagi 4 ketul, jadilah sekadar untuk hiasan atas tu. Pertama kali deko kek, inilah hasil kerja keras tangan Che CT, comot sedikit... hihihi. OKlah, CT mohon berundur dulu, ada kerja yang nak dibuat. Sampai jumpa nanti. Assalamualaikum...


Red Velvet Cake
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com


Bahan Kek:
250 gm tepung kek *
1/2 sudu kecil garam *
15 gm @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113 gm @ 1/2 cawan butter
160 gm gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
1 sk esen vanila
240 ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2 sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:
227g cream cheese
227 mascarpone - ( hana ganti cream cheese)
115 gm @ 1 cawan gula kastor
360 ml @ 11/2 cawan whipping cream
( hana tambah susu segar sedikit untuk frosting yang agak lembut)

Cara-cara:
1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dengan sukatan yang sama.
2. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 - 2 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
7. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan hingga sebati.
8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. (CT guna loyang 8 inci dan bakar lebih kurang 50 minit).
9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.




Thursday, July 21, 2011

Ayam Ros Pandan




Assalamualaikum... Salam mesra untuk pengunjung setia Dapur CT. Hari ni tak nak bebel macam selalu menjela2 gitu kan. Nak cakap kontot2 jer senang... hihihi. Menu Ayam Ros Pandan ni CT lawankan bersama Nasi ketumbar. Tapi CT letak resepi ayam ni dulu, resepi Nasi Ketumbarnya CT letak kemudian ye.

Okey dah panjang dah ni, dah melebihi had yang telah ditetapkan tadi.. hahaha. Komen CT, ayam ni sangat sedap, dan ada bahan2 yang CT lebihkan sedikit sebab CT suka nampak rempah dia lebih, jadi CT adjust sikit2 lah resipi dibawah tu ya. Terima kasih pada CMG yang berkongsi resipi yang memang mantoppp! Jom layan resipi ya. Daaaaa...


Ayam Ros Pandan
Sumber Asal: Che Mat Gebu
Resepi: Che CT


Bahan-bahan :
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan - koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang - untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan kisar halus :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Cara - cara :
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
3. Tuang air dan kacau rata.
4. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
5. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng (CT tak tabur bawang goreng sebab my laling CM tak suka, dia kata nanti potong stim rasa masakan tu).




Wednesday, July 20, 2011

Mee Rebus - Menjalin Kasih




Assalamualaikum.... Selamat pagi :D Nak senyum dulu.. hehehe.. dah senyum baru boleh buat kerja rumah dengan sempurna. Mulakan hari dengan senyuman barulah hari bermula ceria betul tak. lagipun senyuman juga adalah ubat untuk awet muda kan kan kan... hihihi. Inilah menu di hari Rabu, Mee Rebus menjalin kasih... hahaha. Adoiii... bukan main lagi nama resipi ni kan, yelah.. mee tu menjalin kasih dengan telur, udang, tauhu dan limaunya. Kita yang memakannya bolehlah menjalin kasih bersama anak2 dan suami tercinta... hehehe.



Dah lama juga CT sekeluarga tak makan mee rebus ni. Sebab kat KL jarang dapat jumpa mee rebus yang sedap mengikut tekak orang JB nih. Kalau dulu duk kat JB, boleh kata bila teringin nak makan jer, CT mesti ajak my laling CM makan kat Mee Rebus Setulang Laut. Kat situ ada satu kedai yang jual mee rebus tersangat lah sedapnya. Setiap kali makan kat situ, mesti mintak yang special. Lagi satu kat JB yang CT belum pernah rasa lagi ialah Mee Rebus Tulang ZZ yang memang terkenal di Jalan Sultan Abdul Samad, berdekatan Jabatan Kimia Johor Bharu. CT pun baru tahu je ni. Nanti bila balik JB, CT akan cari dan cuba sendiri masakan dari En Zainal Abdul Aziz ni. Tapi sekarang kalau nak makan terpaksalah cari yang betul2 sedap kat KL ni. Buat masa ni masih belum jumpa lagi yang berkenan ditekak. Disebabkan susah nak jumpa, la ni CT buat sendiri, habis cerita hehehe. Resipi ni CT ambil dari blog Hana. CT tokok tambah sedikit mengikut selera CT lah. Okey jom kita jamu mata dan selera dipagi hari ni ya :D


Mee Rebus - Menjalin Kasih
Sumber Asal: Hana
Resepi: Che CT


Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - celur dan toskan
4 biji Bawang merah *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
5 batang cili kering - rendam dan direbus dahulu * (* blend halus)
300gm daging - direbus dan potong nipis2 . Air rebusan diketepikan
10 Ekor udang segar - kulit udang bersihkan, direbus dan air udang diketepikan
2 sudu sos tomato - boleh ganti ngan air asam jawa
Segenggam udang kering **
2 biji keledek sederhana **
2 sudu besar serbuk kari daging ** (** diblend halus - yang ini CT tambah)
Garam
Gula

Hiasan :
Telur Rebus, Tauhu goreng, Daun bawang / sup, limau kasturi / limau nipis dan lada hijau.

Cara-cara :
1. panaskan minyak. tumis bahan blend * hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bahan blend ** dan sos tomato. Kacau lagi hingga rata.
2. Masukkan air rebusan daging, rebusan udang dan daging. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga mendidih. kuah mestilah pekat baru sedap.
3. Akhir sekali baru masukkan udang. Kacau sekejap dan tutup api.
4. Boleh dihidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, limau kasturi/nipis, daun bawang / sup dan hirisan lada hijau.




Tuesday, July 19, 2011

Ayam Harum Thai




Assalamualaikum.... Hari ni CT sibuk sket.. macam semalam juga hehe. Dan maaf sebab semalam tak sempat nak BW macam selalu. Maklumlah dah nak dekat2 puasa ni, ada urusan lain yang terpaksa dilunaskan. Tapi bilamana ada masa terluang, CT akan mencuri masa tu untuk singgah blog teman2... InsyaAllah.

Resipi Ayam Harum Thai hari ni dari Oshin MyResipi, tapi CT dah lama ambil resipi nya dari Noreen yang duk kat UK tu. Ramai juga teman2 yang dah mencuba resipi ni, CT baru jer nak mencuba... hihihi. Ketinggalan saje lah CT ni kan. Apa pun resipi ni CT dok tokok tambah sedikit mengikuti selera CT tapi asas resepinya masih tetap sama. CT suka kalau resepi ayam macam ni sedikit pedas jadi CT tambahkan serbuk lada hitam. Terima kasih pada kedua2 penyumbang resipi ni dan izinkan CT panjangkan dalam Dapur CT. Selamat menjamu selera dan Jomlah kita layan resipi Ayam Harum Thai ni ya. Maaf gambar kurang memuaskan, CT kelam kabut sedikit hari ni... hihihi.


Ayam Harum Thai
Resipi Oshin Myresipi
Sumber Noreen


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji capsicum - belah 4 atau potong memanjang ikut suka
4 biji tomato - belah 2 (CT tambah)
1 sudu kecil lada hitam tumbuk (CT tambah)

Bahan2 hiris:
1 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * CT blender halus)

Bahan2 sos (disatukan):
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan jus limau nipis
Sedikit air (CT tambah)

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Gorengkan sehingga garing dan ketepikan. (CT goreng separuh lembab).
3. Panaskan minyak tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi dan masukkan lada hitam tumbuk.
4. Kemudian masukkan bahan2 sos dan kacaukan rata.
5. Masukkan serai, daun limau purut dan kacaukan rata. Boleh tambakan sedikit saje air jika inginkan bekuah sedikit.
6. Setelah itu masukkan pula ayam goreng, capsicum dan tomato biarkan sebentar.
7. Kacau sekejap dan padamkan api. Hidangkan dengan nasi hangat dan lauk sampingan lain. Selamat mencuba.




Monday, July 18, 2011

Pengat Durian




Assalamualaikum. Salam sejahtera di pagi Isnin yang cerah, semoga semua teman2 dan pengunjung yang tersayang sentiasa ceria dan cerah di hati. Ada bau durian tak? Apa kes pagi2 dah nampak durian di dapur CT ni ya? hehe.. Ini lah sarapan pagi CT sekeluarga hari ni, pengat durian yang dimakan bersama roti, salah satu sarapan fevret tapi amat jarang2 dibuat. kenapa ye? sebabnya, durian adalah buah yang bermusim hehe. Tapi CT dan suami bukanlah penggemar durian yang dimakan mentah. Cuma anak2 CT je yang hantu durian. Tu yang bila ternampak kat pasar tani semalam terus aje CT beli, buat santapan anak2 tersayang makan raja buah kegemaran dorang ni. Dan sebiji dari yang dibeli tu CT buat pengat durian.




Rasanya dalam sebulan yang lepas, CT ada tengok satu dokumentasi di TV3 tentang bagaimana durian sekarang dah diekspot ke luar negara dalam bentuk sejuk beku, dan kebanyakan kebun2 durian seluruh Malaysia juga sudah dipajak oleh pengusaha durian sejuk beku ekspot tersebut untuk bekalan kilang diaorang. Huh.. patutlah sekarang nampak yang bekalan durian tak semewah dulu. Dulu2 durian terlambak di mana2 dan dapat dibeli secara longgok dan murah. Sekarang ni dah susah sikit nak jumpa melambak macam tu dan kalau ada pun harganya dah mahal, dan dah jarang nak jumpa jual longgok2 macam dulu. Inilah yang dikatakan kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan. kalaupun nak mempromosikan raja buah ni di luar negara, janganlah sampai rakyat jelata tak dapat merasa. Okeylah, sebelum makin panjang CT membebel baik CT berenti dulu makan pengat ni hehehe. Jom kita semak resepinya ye.


Pengat Durian
Resepi Che CT

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan kacang hijau
10 ulas durian
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh dikurangkan ikut suka)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Kacang Hjau dibersihkan dan direbus hingga empuk, ketepikan.
2. Masukkan santan, air, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan ke dalam kacang yang direbus tadi. Masak dan kacau sebentar diatas api yang sederhana.
3. Setelah semua bahan2 mesra, masukkan durian. Kacau sentiasa hingga mendidih untuk mengelakkan daripada pecah santan.
4. Rasa kemanisannya dan bolehlah ditutup api. Enak dihidangkan bersama roti putih atau pulut kukus.






Saturday, July 16, 2011

Nasi Goreng Dapur CT



Assalamualaikum... Selamat pagi Sabtu yang ceria. Dah hujung minggu macam ni mestilah kita lebih ceria. Kalau ada yang tak ceria tu, marilah datang Dapur CT kita makan sama2 ehh... hihihi. Hari ni anak dara CT dah mula ada dirumah, Lily balik cuti seminggu. Bila dia dah balik ni, CT ada suatu urusan yang CT nak buat pada dia iaitu nak amik ukuran badan dia untuk jahit baju untuk raya. Maklumlah, cuma tinggal seminggu lebih je lagi dah nak sampai bulan puasa. Kalau amik ukuran masa tengah berpuasa, mesti raya nanti dah tak boleh nak pakai baju tu. Biasalah masa tengah tembam ni lah nak amik ukuran badan kan hehehe. Dah siap ambik ukuran, senang2 nanti CT tinggal nak gunting dan jahit jer...

Dok membebel sampai lupa pulak nak menjamu teman2 dengan nasi goreng ni. CT masak simple2 jer ni, dan guna lebihan nasi. Biasanya bila CT masak nasi, CT akan masak lebih sikit jadi bila ada lebihan tu, jadi mangsa untuk digorenglah jawabnya. Tapi jangan buat selalu tau, nanti kolesterol naik hehe. Okey kita layan lah menu simple Nasi Goreng Dapur CT ni ye...


Nasi Goreng Dapur CT
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
3 cawan nasi
200 gm Isi ayam - bersihkan dan potong dadu
100 gm Kubis - bersihkan dan hiris halus
1 Batang lobak - bersihkan, potong dadu kecil
2 Batang kacang panjang - bersihkan dan potong dadu kecil
6 Biji cili padi - hiris halus
1 helai daun limau purut - disiat2
1 sudu besar sos cili
Daun bawang /sup - dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Telur rebus dan Timun - Hiasan

Bahan tumbuk halus :
2 Ulas bawang putih
2 Biji bawang merah
1 inci Belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan daun limau purut sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam kacau2 hingga daging ayam kecut sedikit.
2. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan kubis. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan nasi, gaul mesra. Masukkan sos cili, garam dan hirsan daun bawang / sup dan kacau rata. Perasakan dan matikan api.
4. Hidangkan bersama bahan sampingan kegemaran masing2. Selamat menjamu selera :D




Friday, July 15, 2011

Rice Balls / Nasi Kepal




Assalamualaikum... Salam mesra dan salam sayang untuk pengunjung DDCT semua. Semalam CT kata mood agak merudum sikit kan, entah kenapa tapi biarlah berlalu pergi, kita lupakan aje kisah semalam ok. Hari ini CT nak mulakan dengan mood yang baru semoga kekal ceria sentiasa. Semoga teman2 CT juga ceria sepanjang masa hendaknya.

Resipi kali ni dari Kak Diana, memang pelik sikit bunyi resepi asalnya, Bitter Ballen Nasi. CM panggil Rice Ball dan CT pulak letak Nasi kepal... hahaha. CT pun tak tahu kenapa tak boleh nak masuk kat blog dia lagi. Tapi resipi ni CT ambil dari blog CikManggis @CM. Bila lihat nasi sejuk ada balance banyak, CT pun siap keluarkan segala yang nak masak dan mulakan projek ni. Adalah CT tambah2 bahan lain dalam tu. Ingat nak potong2 cili padi dan letak sedikit dalam tu, tapi takut anak2 tergigit nanti terlompat kepedasan pulak, jadi CT tak jadi letak. Sebagai gantinya CT gigit ajelah cili padi tu sikit bila makan dengan nasi tu. Pedas jugalah terasa tapi layan jer... hihihi. Dah macam makan vadai berulam dengan lada hijau baru kaw2 bila makan. Rise Ball / Nasi kepal ni memang sedap. Kalau dah anak2 suka, mamanya pun suka jugak lah. CT buat sebesar bola golf jadi makan pun puaslah kan. Anak CT yang bungsu Haqim pun suka, banyak jugalah dia seorang yang makan. Siap mintak lagi, tapi CT kata kena ingat orang belakang ya kalau makan... hihihi. Nampak gaya nya kena buat lagilah kalau permintaannnya tinggi :D Terima kasih untuk Kak Diana dan juga CikManggis @ CM. Izinkan CT panjang2 kan lagi resipi ni dalam Dapur CT pula ya.


Rice Balls / Nasi Kepal
Sumber: CikManggis
Resepi Che CT


Bahan-bahannya :
300 gm nasi putih (CT letak 500 gm)
1 keping dada ayam - ambil isinya dan dadu kecil2 (CT tambah)
2 tbsp tepung gandum (CT letak 2 1/2 sudu besar)
150 ml air (CT letak 160 ml)
1/2 kiub ayam (CT letak 1 kiub ayam)
3/4 tsp garam (CT letak 1 sudu kecil)
2 ulas bawang putih - ketuk (CT racik halus2)
1/2 tsp lada sulah (CT letak secubit jer)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (CT tambah)
4 tbsp sayur campur (CT tak letak stok tak ada)
2 batang kacang panjang - dibersihkan dan potong kecil2 (CT tambah)
1/2 batang carrot - dibersihkan dan potong dadu kecil2 (CT tambah)
1 tangkai daun bawang
3 keping keju slice (CT tambah sedikit keju parut)
sedikit butter untuk menumis
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan-bahan salut:
1 biji telur (CT guna 2 biji + 2 sudu besar air - kacau sebati)
Tepung serbaguna secukupnya (CT ganti dengan bread crumbs secukupnya)


Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan isi ayam dan gaul2 hingga isi ayam kecut sedikit dan masukkan 2 sudu tepung gandum, kacau sampai berketul-ketul baru masukkan air. Kacau rata masukkan kacang panjang, carrot, lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan kiub ayam.
2. Akhir sekali masukkan keju slice, carik-carikkan gaul rata.Tuangkan nasi putih dan kacau sampai sebati. Masukkan daun bawang. Kacau lagi hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan sebentar.
4. Kepal-kepalkan nasi bebentuk bebola kecik(guna sarung tangan plastik agar lebih mudah dan tak melekat ditangan) dan celup dalam telur dan golekkan atas tepung serbaguna adabi / bread crumbs.
5. Kemudian goreng sampai warna keemasan. Angkat dan tos atas paper. Hidang dengan sos cili atau mayonis. Ikut suka dan selera kegemaran anda. Selamat mencuba



Thursday, July 14, 2011

Kueh Seri Muka




Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua. Hari ni kita terus saja ke resepi ye. Pertamanya, CT agak terkejar2 dengan masa. Keduanya, CT kurang mood sedikit untuk berceloteh panjang hari ni. Sehingga bertemu kembali esok, kita semak terus resepi kuih ni ya.


Kueh Seri Muka
Sumber asal : 1001 Resepi
Resepi : Mat Gebu

Bahan Lapisan Bawah :
300 gram beras pulut (mat guna 350 gram)
200 ml santan cair (mat lebih kan 2 camca besar)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

Bahan Lapisan Atas :
300 ml santan
3 biji telur (mat guna gred B)
4 helai daun pandan, potong kecil
180 gram gula pasir
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara :
1. Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurang2nya 3 jam. Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
2. Kukus selama 25 - 30 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat (mat guna penekan kek lapis yang mat masukkan dalam plastik bersih). Sambung kukus untuk 10 minit lagi.
3. Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit.
4. Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan.



Wednesday, July 13, 2011

Ketam Masak Kari




Assalamualaikum.... Salam penuh keberkatan buat semua teman2 CT walau di mana jua berada. Tanpa banyak bicara di sini CT ingin kongsikan sekali lagi menu Ketam, menu khas untuk My laling CM. Ketam ni memang CT pun suka makan, tapi lauk ni hidangan khas untuk suami tersayang sebab CT ni tak makan kari hehehe. Anak2 pun suka juga ketam ni, cuma anak2 ni kurang pandai nak meratah ketam. Kang asik suruh CT jer tukang korek isi ketam tu entah bilalah nak makan nasi agaknya... hihihi. Senang cerita, tak nak banyak cakap, CT masak lauk sampingan lain jer untuk anak2. Kira adillah kan, suami makan lauk ketam masak kari, CT dan anak2 makan lauk yang lain.

Menu kari ketam ni CT letak sedikit cili merah sebab my laling suka rasa kari tu pedas sket. Bahan yang lain tu semuanya macam biasalah. Ikut selera masing2lah nak ubah sikit2 atau nak tambah apa2 pun tak kisah. Janji sedap kat tekak ye tak :D Jom kita semak resepinya ye.


Ketam Masak Kari
Resipi Che CT

Bahan - bahan :
3 ekor ketam - dibersihkan
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
11/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
Rempah 4 beradik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
2 batang cili merah
6 batang cili kering

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 beradik dan daun kari. Kacau sekejap dan masukkan bahan2 kisar kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari ikan, kacau sekata sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan cair, asam gelugur, garam, gula secukup rasa.
4. Masukkan ketam dan gaul rata dan biarkan sehingga ketam berubah warna.
5. Akhir sekali baru masukkan santan pekat. Bila dah mendidih perasakan, tutup api angkat dan hidangkan.




Tuesday, July 12, 2011

Kuih Putri Ayu




Assalamualaikum. Apa khabar semua di sana? CT harap semuanya sihat-sihat aje ye. CT pun alhamdulillah sihat walafiat juga. Kalau tengok gambar kuih putri ayu kat atas ni rasa tak macam suasana dah nak dekat hari raya? kannnn? hehehe. Resepi ni CT dah pernah letak dulu cuma kali ni CT letak lagi dalam suasana yang berlainan. Suasana yang macamana? Suasana macam masa kita kecik-kecik dulu masa mata kita rasa kelat-kelat je nak bukak sebab mak dan ayah kita kejut kita awal pagi buta sebelum subuh iaitu waktu bersahur di bulan ramadhan hehehe. Kalau zaman dulu-dulu orang pakai lilin atau pelita minyak tanah kan, jadi kat zaman moden ni CT gantikan lah dengan lilin wangi. Saja nak dapatkan mood gelap-gelap waktu bersahur tu hehehe. Heeee tak sabarnya nak pose dan nak raya!! hahahaha.. Okeylah, kita semak resepinya dulu ye.


Kuih Putri Ayu
Resipi dari Yatie

Bahan-bahan:
4 biji telor
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
perisa pandan, atau perisa kegemaran

Bahan Inti Kelapa:
2 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam

Cara Cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.

Inti Kelapa dan cara memasak:
1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...