Monday, July 4, 2011

Muffin Pandan Kukus




Assalamualaikum .... Salam sayang buat semua teman2 yang setia berkunjung ke sini. Terima kasih kerana masih mengingati CT dan DDCT... Alhamdulillah. Tanpa bicara panjang, CT ingin kongsikan sekali lagi resipi muffin coklat kukus dari MakLang Azie. Tapi walaupun ini hampir kepada resipi ulang tayang, tapi yang ini telah direnovate bukan saja rasanya tapi juga warnanya, dan sebab tu jugalah namanya pun telah bertukar dari Muffin Coklat kepada Muffin Pandan Kukus hehehe. Bercakap pasal resepi ulang tayang ni, kadang2 tu teringin juga nak membuat resipi yang pelik2 atau pun yang jarang2 dengar, tapi hajat tu kadang2 terbantut. Bukan takut apa, takut CT buat tapi dicuit sedikit aje, yang selebihnya CT juga yang kena habiskan nanti. Itu pun kalau CT larat untuk makan banyak2. Perut ni comel sangat, jadi ruang dalam tu pun comel gak ler.. hehehe.

Untuk resepi ni, CT gunakan pandan emulco dan letak sedikit pewarna hijau dalam tu. Maintain mekar walaupun CT kukus hanya selama 5 minit aje dengan api yang besar. CT suka buat muffin ni sebab senang untuk menyediakannya untuk sarapan anak2 dan suami terchenta di waktu pagi. CT buat pun hanya 1/2 adunan dari resipi asal. Masuk dalam muffin cup 2.0 oz kecil2 tu dan dapatlah 10 biji ngam2. Cukuplah untuk family CT yang kecil ni :DD


Muffin Pandan Kukus
Sumber : Maklang Azie

Bahan A:
2 cawan susu cair (CT guna susu segar)
1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair (CT guna minyak jagung daisy).
1 3/4 cawan gula castor
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250 gm tepung superfine (boleh ganti dengan tepung gandum jika tak ada)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar pandan emulco

Cara-cara:
1. Didihkan dahulu air dalam periuk kukusan.
2. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje.
3. Masukkan bahan B dan gaul rata. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak sedikit warna hijau + pandan emulco. Dan satu lagi dibiarkan plain saja.
4. Masukkan dalam piping beg yang bersih. Gunting sedikit kedua2 hujung piping beg dan paipkan serentak dalam muffin cup.
5. Letak 3/4 atau hampir penuh dalam muffin cup. Dan kukus selama 7 - 10 minit dengan api yang besar.

Tips :
Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok.




35 comments:

  1. Ct cantik mekar dia tu.. warna pun menarik.. pulak bila masuk dlm cup cam tu.. ita bekenan sangat dgn cup tu.. buatkan muffin tu nampak sangat cantik!

    muffin ni lebih kepada muffin atau mcm apam...??

    ReplyDelete
  2. A'salamualaikum...slmt pg...menarik lawa sagat apm ni tersenyum mekar...boleh cuba ni..suka rasa pandan...

    ReplyDelete
  3. akak...cantikknya mapin tu mekar tersenyum......
    geramm mas tengok.....

    ReplyDelete
  4. Salam kak CT cantek! GEBUUUUUUUUUUUUU sgt! geram betul tgk! sedap ni bau2 pandan kan kak :D ada lagi tak tu? kita kalau kukus2 gini dah terbyg kelapa parut walau tak kena makan dgn kelapa parut hihihi.... melainkan perasa coklat mmg takl mkn dgn kelapa parut hihihi....

    ReplyDelete
  5. Azlita Aziz ~

    Ita, nama memang muffin, tapi bila dah dikukus ct rasa boleh diketogerikan pada apam lah kot. sebab kalau muffin ni dia mesti padat kan.

    suka eh kat muffin cup tu. kat jb tak ada jual eh ita. nak suh ct beli kan ker? hihihi

    ReplyDelete
  6. Sheila Shafeareen ~

    Wa'salam sheila, silalah mencuba. dah ada juga teman2 yang buat muffin dari maklang azie ni :D

    ReplyDelete
  7. Salam pagi yg ceria CT...
    wah mekar setaman lah muffinpandan kukus CT nih... mama kalau tak silap pernah buat jgk tapi tak mekar lah... walaumcm mana pun rasa nyer mmg sedap..lembut & wangi daun pandan..

    ReplyDelete
  8. Mas ~

    mas dah pernah buat kan muffin ni, dia mekar masa mas buat macam tu. buat lagi lah mas senang jer tu :D

    ReplyDelete
  9. ijayuji ~

    Wa'salam Ika cyg :D betul2 tu, kak ct pun suka gak makan apam dengan kelapa parut segar. tapi yang ni tak pasti kalau makan dengan kelapa parut sesuai atau tak..hihihi. kena cuba gak lah kan baru tahu :D

    ReplyDelete
  10. Mama Hawa/Mama Nani ~

    Wa'salam Mama, oh ya ker. ct dah banyak kali buat semuanya memang mekar jer. ada gak teman2 yang tanya dia buat tak jadi mekar macam tu. mungkin ada sebabnya kot. tak apa Ma, cuba lagi mesti akan mekar lah tu.

    perasa pandan ni memang harum sikit lah Ma, ct pun suka :D

    ReplyDelete
  11. Assalam kak CT,yg versi coklat aritu pon sedap n lembut ajer,dah 2kali sy wat,kalo versi pandan pon mesti best sbab harum pandan kan,Comey sgt mapin akak,mekar betoi..

    ReplyDelete
  12. pagi kak CT...
    amboi gebu geban nye muffin tu... kembang setaman lagi... maveless... sedap tu pekena dengan teh o

    ReplyDelete
  13. Kak CT

    mapin ni nampak lembutt sekali..kita nak reserve pi wat ngan makcik kementot kita...dah byk gak resepi mapin kita reserve :)..meantime, hulur arr tu 2 ketul..

    ReplyDelete
  14. Zaliedana ~

    Wa'salam CT, memang betul. yang coklat tu sedap. Tapi yang versi pandan ni pun sedap gak. kalau suka pada aroma pandan bolehlah cuba versi pandan lagi CT. selamat mencuba ya :D

    ReplyDelete
  15. Cheq Sue ~

    Selamat pagi Sue, dah cuba buat belum ni..hihi. kak ct rasa sue mesti cuba sedap ni. kak ct kalau tak tahu nak buat apa tuk bf, yang nilah pilihan hati cepat dan ringkas jer nak sediakannya.

    ReplyDelete
  16. Yat Maria ~

    Yatt..silakan mencuba. kalau dah dapat kat tangan yatt tu nanti lailah cun banget kan..hihi

    sila2 mencuba cakap kat makcik kementot tu, buat cun2 eh nanti aunty ct bagi markah penuh.. hahaha

    ReplyDelete
  17. wah3x...mekarnya muffin CT... kembang setaman...mabeles!! yum2x..

    ReplyDelete
  18. Salam CT....

    Cantik mekar muffin pandan CT...teringin gak nak buat...cuma kalau kak cek buat mekarnya selalu senget sebelah...he he...senyum sumbingla rupanya....:)

    ReplyDelete
  19. Kak Ct..tersengih2 muffin akak tu..hehehee..

    ReplyDelete
  20. wahh.. kembang mekar! bagusnyer family akak.. kalau family tun, mapin2 ni wat snacking je.. time bekfes wajib masak makanan berat.

    ReplyDelete
  21. Gee ~

    Ibarat senyuman sepanjang hari tu Gee. sebab tulah muffin tu mekar sejambak..hihi

    ReplyDelete
  22. cik cek ~

    Wa'salam kak cek, ct pernah jugalah buat muffin yang kukus gak kak cek. ada yang senyum ada juga yang tak nak senyum langsung. kalau senyum sebelah tu dah kira okey lah menjadi gak tu..hihi

    ReplyDelete
  23. Naz ~

    Ya lah Naz, happy sangat2 dia tu.. hehehe

    ReplyDelete
  24. tun_telani ~

    Tengok pada keadaan jugalah Tun. kalau anak2 nak gi sekolah ni selalunya kak ct memang buat bf yang simple. Tapi kalau anak2 request yang berat baru kak ct akan buat nasi goreng atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  25. as-salam kak ct
    mekarnye muffin tu kak ct..dah tergoda ni.. masuk list dulu...

    ReplyDelete
  26. tersenyum mekar mapin akak ni...dan apstinyer sedap ni...cantik,selembut warnanya, lembut lagi rasanya...kalau la dpt satu ketui pun jadi la..heee

    ReplyDelete
  27. suka tgk semua muffin kukus akak, cantik mekarnya...

    ReplyDelete
  28. kak ct..gebu nyo muffin tuh..leleh air lior nengok..kak ct..mana beli muffin cup tu? kita dh lama mencari tapi x jumpa..

    ReplyDelete
  29. salam CT..

    jeles betul tengok muffin CT ni.. merekah cantik jer.. aritu ada buat muffin pisang mudah resepi CMT yg CT buat tuh.. tp sy buat versi bakar.. tak berapa merkah mcm yang CT buat tu.. huhu.. tp takpelah sebab rasa muffin tu memang the best!! hehehe..

    ReplyDelete
  30. suka tengok muffin ..nak cuba buat jugak...tk kongsi resepi

    ReplyDelete
  31. kembang2 muffin akak ni.. macam apam lak kak... nak seketui kak nak rasa.. hihihihi

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum akak... sedapnya n cantik mekar nya nuffin tu akak... sukanya tgk...

    ReplyDelete
  33. wow!sungguh mekar,sungguh molek,,,,jeles tengok

    ReplyDelete
  34. salam, teruja tengok muffin berbagai rasa dan bentuk..cantik dan kemas..mesti rasa dia pun sedap kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...