Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Nampaknya minggu ni CT bersiaran di tengah-tengah minggu. Selalunya entri permulaan CT pada setiap minggu bermula pada hari Isnin, tapi untuk minggu ni, entri pertama CT ialah pada hari Rabu.
Sebenarnya, CT berkejar juga cuba untuk publish pada Isnin lepas tapi
tak berkesempatan. CT sibuk sikit pada hujung minggu lepas disebabkan
ibu mertua dan anak-saudara CT datang dari JB. Hari Isnin pagi baru
diaorang balik. Disebabkan itulah CT terlepas kesempatan untuk update
entri seperti biasa.
Okeylah, kita kembali semula kepada entri yang CT update hari ini ye.
Tajuk entri CT hari ni "OKI Feb 2013 & RV Rocky Stick Cake". Tajuk
sebenarnya ialah "Open Kitchen Italy - Februari 2013 dan Red Velvet Rocky Sticky Cake"... haa panjang kan? Sebab tu lah CT pendekkan tajuk tu jadi macam kat atas hehehe.
Resepi yang CT kongsikan hari ini ialah resepi CT yang telah CT kongsikan kepada pihak
Majalah Open Kitchen Italy keluaran bulan Feb 2013. Red Velvet Cake ni
dah banyak kali CT buat sebelum ni. Tapi untuk yang CT kongsikan pada
pihak Open Kitchen, CT buat pembaharuan sikit pada persembahannya dengan menggunakan biskut Rocky Stick berperisa Strawberry sebagai salah satu bahan hiasannya.
Idea CT menggunakan biskut ini adalah untuk melengkapkan tema cinta di dalam konsepnya. Untuk toppingnya, CT taburkan crumbs lebihan kek tersebut dan kemudian CT paipkan coklat masakan membentuk lambang hati. Untuk melengkapi keseluruhan konsep, itu yang CT susunkan biskut Rocky Stick yang membentuk seperti pagar disekeliling kek. Kiranya ini macam hati yang telah dipagar oleh cinta lah ni hehehe. Disamping cantik sebagai hiasan, sedap juga untuk dinikmati kan.
Okeylah, cukuplah CT berceloteh sampai di sini dulu. Kalau CT nak jamu dengan kek ni pun dah lama habisnya, jadi cukuplah jamu mata dengan gambar-gambar yang CT kongsikan ye..hehe. Kalau ada yang berminat nak mencuba, bolehlah semak resepi kat bawah tu. Tapi CT mintak maaf sebab resepinya dalam bahasa Inggeris, kalau perlu alih bahasa, teman-teman gunakan Google Translate ye. Okeylah, sampai kita jumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa...
Red Velvet Rocky Stick Cake
Ingredients :
2 1/2 cups all-purpose flour
1 1/2 cups sugar
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1 teaspoon cocoa powder
1 1/2 cups vegetable oil
1 cup buttermilk, room temperature
2 large eggs, room temperature
2 tablespoons red food coloring
1 teaspoon white vinegar
1 teaspoon vanilla extract
6 quantity packets of strawberry cream pocky
Instructions :
1. Preheat oven to 180 C. Grease and flour 8 inch cake pans.
2. In a medium mixing bowl, sift together the flour, sugar, baking soda, salt, and cocoa powder. Set aside.
3. Lightly stir eggs in a medium bowl with a wire whisk. Add the oil, buttermilk, eggs, food coloring, vinegar, and vanilla with a handheld electric mixer. Add the sifted dry ingredients to the wet and mix until smooth and thoroughly combined.
4. Pour into cake pans and then drop the pans on the counter a few times to release any air bubbles. Bake for about 30-35 minutes or until a toothpick inserted comes out clean.
5. After about ten minutes, remove from pans and cool completely on a wire rack. Then make the frosting.
Cream Cheese Frosting
Ingredients :
1 cup cream cheese, softened
1/2 cup butter, softened
1 teaspoon vanilla extract
4 cups sifted confectioners' sugar
Instructions :
In a large mixing bowl, beat the cream cheese, butter and vanilla together until smooth. Add the sugar and on low speed, beat until incorporated. Increase the speed to high and mix until very light and fluffy.