
Assalamualaikum ... Salam manis buat semua teman-teman serta pengunjung setia blog Dapur CT, moga semuanya sentiasa ceria hendaknya. Sebagai kesinambungan dari resepi pembuka selera atau appetizer yang CT kongsikan pada hari Isnin lepas, hari ini CT kongsikan resepi untuk hidangan utama pula iaitu resepi Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Habang yang juga disiarkan dalam Majalah RASA keluaran bulan Mac 2013.

Nasi hujan panas ni kerap kali juga CT buat sebab ini adalah salah satu
nasi kegemaran anak bongsu CT dan Haqim gelarkan nasi ni, nasi warna
warni disebabkan kombinasi warnanya yang terang. Untuk hidangan, nasi
hujan panas ni boleh dilawankan dengan apa saja lauk kegemaran
masing-masing. Untuk CT pulak, biasanya CT akan gandingkan bersama ayam
masak merah, rendang daging / ayam atau daging masak kicap berempah.
Tapi kali ini CT gandingkan bersama lauk Ayam Masak Habang / Ayam Masak Sambal Merah dan Daging Masak Beriani. Resepi Daging Masak Beriani tu CT kongsikan pada hari yang lain nanti ye. Untuk resepi Ayam Masak Habang / Ayam Masak Sambal Merah ni, bahan-bahannya boleh dikatakan agak ringkas juga. Resipi ni di inspirasikan dari blog seorang wanita bernama Lee Mei yang katanya berasal dari seorang wanita Indonesia. Menurut katanya lagi, resipi ini adalah masakan tradisional orang Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia. Dan kalau mengikut dari resepi asal, menu ni dimasak sedikit pekat, tapi CT lebih suka ianya lebih berkuah jadi CT lebihkan sedikit airnya.

Selalunya setiap kali bila CT cuba resipi baru, CT akan tanya pendapat anak-anak setelah anak-anak selesai menikmatinya. Kalau anak-anak kata sedap bermakna memang betul sedaplah tu. Tapi kalau katanya okeylahhh... maksudnya biasa-biasa ajelah sedapnya tu. Percubaan pertama memasak resipi ni, anak-anak kata sedapppp. Jadi berbaloilah percubaan pertama ni hehehe.
Sebelum CT berundur diri, CT ingin ucapkan terima kasih pada penyumbang asal resipi ini yang memberikan satu lagi resepi baru untuk CT terus mengulangnya lagi nanti buat hidangan keluarga tersayang. Pada teman-teman lain yang ingin mencubanya juga, silakan lah ye, kita panjangkan lagi dalam senarai menu seharian kita. Sampai jumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa.....
Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmati
5 cawan air
1 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga - ketuk sedikit
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah
Daun ketumbar diracik halus - untuk hiasan
Cara-cara :
1. Basuh beras sehingga bersih, rendam selama 15 -20 minit. toskan beras.
2. Panaskan mintak sapi dalam periuk rice cooker.
3.
Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bersama bawang
besar, bawang putih, halia yang dimayang halus bersama daun pandan,
goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau rata. Matikan api dan angkat.
5. Masukkan air dan susu cair kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.

Ayam Masak Habang (Ayam Masak Sambal Merah)
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 12
1/2 biji jus lemon
1 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1/3 cawan minyak masak
Bahan Kisar Halus :
1 inci halia segar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 cawan cili kisar
1 sudu besar gula merah
1 inci belacan bakar - larut dengan sedikit air asam jawa
1 sudu besar kicap manis
Kacang pis - hiasan
Cara-cara :
1. Bersihkan ayam, lumur dengan sedikit jus lemon dan perap 15 minit. Bilas toskan airnya dan ketepikan.
2.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih,
daun limau purut, bahan kisar halus dan kacau sehingga wangi.
3. Masukan cili kisar serta bahan-bahan yang lain dan gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.
4.
Masukkan ayam gaul rata sehingga bersatu dengan rempah dan perlahankan
api. Bila ayam berubah warna, masukkan air dan gaul rata. Masak hingga
kuah pekat sedikit, perasakan dengan garam dan bolehlah diangkat dan
taburkan dengan kacang pis. Hidangkan.

salam ct dan selamat pagi. Singgah sini sekejap sebelum bersiap-siap nak ke tempat bertugas.
ReplyDeleteNampak nasi ct dalam majalah rasa. tahniah ct sebab selalu dilamar ..
nasi nampak sedap mesti rasa pun sedap. Bundo dah lama tak buat nasi special. Kami panggil nasi selain nasi putih nasi special. Ish.. teragak pulak nak buat ..
wa'salam Ibundo, Alhamdulillah...terima kasih pagi2 lagi dah menyapa Dapur CT. Rezeki tu namanya Bundo hehehe. A'ah selalu Bundo ada cakap nasi special kan, janji anak2 suka eloklah tu kan :D
DeleteAsslmkm Kak CT..
ReplyDeleteHabang?..Hee3 Habang tu kalo bahasa banjar memang merah pun. Kalau tengok balik..sampai la ni sue tak pernah try lagi nasi hujan panas ni. Makan pernah la. Bila tengok nasi akk ni macam teringin pula nak buat.
Wa'salam Ibh Sue..Ohh betul ya hehehe. Ingat salah sebutan tu, Sue orang Banjar eh :D
DeleteCubalah Sue, memang sedap nasi warna warni ni kak ct sering gak buat :)
Salam singgah CT
ReplyDeleteKak liza memang kagum dgn CT....Everything about u r beautiful...u..ur family...ur pictures n ur cooking!
Baru2 ni kak liza menjenguk ur blog n i tried ur kek gula hangus...menjadii n sedapp sgt..tq!
wa'salam Kak Haliza, Alhamdulillah terima kasih dan sudi juga mencuba resipi di blog Dapur CT. sangat2 dihargai dan dengan komen yang ikhlas :)
DeleteSalam Ct... sedapnya nmpk nasi dan lauk ayam tu... bila nk jemput dtg ke rumah ni...? hehehe... teringin nk merasa air tgn CT
ReplyDeleteWa'salam Gee, nasi fav kami sekeluarga..jom Gee cuba untuk hidangan keluarga. In Sya Allah satu hari nanti dapatlah merasa air tangan ct tu :)
Deleteassalammualaikum kak ct...
ReplyDeletewahhhh....cantik dan nampak meriah nasi tu kak..
pasti sedap... #beratur bawa pinggan kosong ...^_^
wa'alaikumusalam Mimie, hehehe..sudah dapat belom nasi nya. sampai beratur ya, harus dicoba Mimie :)
Deleteaaaw..looks so delicious, Siti. And the pictures?? Don't ask no more!! Lovely pictures as always. *just wonder, your kids are ok with hot sauce?
ReplyDeleteTerima kasih Nisa diatas komen yang sangat membina. CT hargai segalanya dengan kunjungan Nisa sentiasa menceriakan blog Dapur CT. anak2 ct sudah biasa dengan menu seperti ini.
DeleteAssalamualaikum Kak Ct :) salam perkenalan. I'm one of your blog fan kak Ct tp baru nak tinggalkan komen hee. yo've inspired me a lot! wish to be like you sis one day :)
ReplyDeletedah lama nak tanya ni tapi tak tertanya2 hee.saya ada question ni pasal Pink Velvet Cake. sorry komen dekat post ni plak sebab takut kakCt terlepas pandang hee. Hope you wouldn't mind. kek tu kak CT guna loyang berapa inci? and selapis kek tu berapa minit ye kena bakar? :)
http://www.sitidelima.com/2012/01/pink-velvet-cake.html
btw, sedappp nampak nasi tu! nyummm!
Wa'salam Nour Aien..tr kasih sudi menceriakan blog Dapur CT, salam kenal juga :)
Deleteadunan kek PVC tu kak ct bahagi kepada 3 bahangian mengunakan loyang bulat 6x2 inci. setiap satu loyang dibakar selama 30 minit atau bergantung pada oven juga. harap dapat membantu ya :)
OOoo...habang tu merah ye? Kalau bahasa jawa 'abang' tu merah..mula2 tengok tajuk resepi tertanya-tanya ayam masak habang ni macamana...masak merah rupanya...saya pun suka masak nasi hujan panas..anak2 suka sebab warna-warni
ReplyDeleteKniedaz..ya habang tu bahasa banjar merah. ct pun mula2 tertanya juga bila ada kawan2 yang kata betul memang betul lah tu. menu macam ni menarik minat anak2 bertambah makan sebenarnya :)
DeleteSalam kak ct...wahhh best nya ada nasi rona2 ni...lama x buat..nk sepinggan nasi n ayam blh...heee
ReplyDeletewa'salam Sury. dah elek..gilah godek2 nasi rona2 tu hihi
Deletesalam kenal kak ct..
ReplyDeletemula2 baca ayam masak habang tu.. terconfuse seketika.. hehe.. rupanya ayam masak merah.. my fav.. sedap.. ada masa nti may akan cuba.. tq share resepi ya :)
wa'salam May, salam kenal kembali. Ramai yang tanya dan kak ct dah bagi tahu ayam masak habang sama dengan ayam masak sambal merah. harap dapat mencuba nanti ya.
DeleteSalam Kak Ct....
ReplyDeleteBelum terlambat lagi.....hehehe...nasi ujan panas memang enak digandingkan dg ayam masak merah...mantop...
wa'salam Rahel, dah lambat sangat datang habis dah hehehe. Ia satu gabungan yang mantop gitu bah hihi
DeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteTerliuuuur sangat lihat ayam masak habang itu, pokoknya suka semua yang bercili...
Assalam ct,
ReplyDeletemaaf lambat berkunjung kesini...kena settlekan apa2 yang wajib dulu
Masih tak terlamabt kan kita nak ucapkan tahniah sebab masuk lagi majalah RASA baru2 ni..kita kirim my mum suruh beli hari tu kat pasar Larkin..
memang laris jualan bulan march nikan sebab semuanya blogger masak2 yang handal2 belaka was featured in the majalah..meriah gitu kita tengok..congrats ya Ct..
Ayam Masak Habang nama yang menarik...boleh cuba ni Ct..thank you for the recipe dear..kalau anak2 Ct suka pasti anak kita pun suka kan..:)
Uish...I dah lapar sangat lihat set nasi dan ayam yang sangat mengancam ni kak!!! Perfect combo...tambah acar timun nenas...fuh, I'll forget the world!!!
ReplyDeletetelan air liur je tengok ni.... nakkkkkkkkkkkkkkkk!
ReplyDeleteAssalamualaikum, resepi yang sangat menarik. Btw,saya ni orang baru di sini. Ada masa nanti boleh singgah2 lawat blog saya ye. Kalau boleh follow sekali saya akan follow balik :) Terima Kasih banyk2 :)
ReplyDeletehttp://zaidipargo94.blogspot.com/