Monday, June 17, 2013

CT bersama RASA - Edisi Julai 2013


Assalamualaikum. Salam sayang dan salam rindu buat semua teman-teman dan pengunjung setia dapur CT yang diingati. CT pasti ramai yang tertanya-tanya kemana CT menghilang selama hampir dua bulan dan CT muncul kembali secara tiba-tiba hari ini. Kemana menghilangnya dan apa sebabnya? hehehe..

Buat teman-teman yang rapat pasti tahu yang CT tidak kemana-mana pun. Cuma CT mengambil masa yang agak panjang sedikit kali ini dan sehingga semalam, hampir 2 bulan CT menyepikan diri dari berblog buat seketika untuk merehatkan diri. Agak banyak peristiwa yang berlaku diawal-awal tempoh tersebut yang membuatkan CT mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari menulis di blog dan merehatkan diri sepenuhnya. Kiranya CT ambil cuti tahunan lah ni. Maklumlah, orang bekerja di pejabat ada cuti tahunan kan. CT yang bekerja sebagai suri-rumah sepenuh masa ni pun perlu bercuti dari mengadap komputer juga kan hehehe. Walau bagaimanapun, entri pertama ini setelah 55 hari CT menyepi adalah entri pembukaan untuk hari-hari yang akan CT kembali sibuk diblog. Tapi, beri CT sedikit saja masa lagi ye. Maklumlah nak panaskan enjin setelah lama enjin sejuk ambil masa sikit. Bermula Isnin minggu depan, CT akan mula berblog seperti biasa.

Sebelum CT mengundur diri, CT tampilkan di atas muka depan Majalah RASA keluaran bulan JULAI 2013 yang sudah pun berada di pasaran sejak lebih seminggu yang lepas. Sebanyak 10 resepi baru dari CT di tampilkan dalam majalah tersebut di halaman 62, 63 dan 148 hingga 152 yang kesemuanya merupakan lauk-pauk tradisional. Bagi yang berminat untuk mengetahuinya bolehlah dapatkan majalah tersebut ye. Selain dari majalah RASA, terdapat 3 juga resepi CT yang ditampilkan dalam Majalah MIDI keluaran Jun, tapi itu resepi yang pernah disiarkan di blog. Selain itu, nantikan juga 8 resepi Biskut Raya Tradisional yang akan dipaparkan dalam Majalah KELUARGA yang akan dipaparkan dalam keluaran bulan Ogos nanti jika tak silap CT.

Okeylah, panjang sudah CT berbicara, CT berhenti di sini dahulu ye. Buat semua yang tidak jemu-jemu memberi sokongan buat CT, CT ucapkan ribuan terima-kasih dan sehingga kita berjumpa kembali Isnin minggu depan, salam sayang sayang dan salam rindu dari CT buat semua. Muahhh!

18 comments:

  1. Rindu kak CT... sebab dlm Fb pun tak brp aktif... welcome back...because i'm happy blog ni kembali ceria dengan gambar2 kak CT yg cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu semua kawan2 serta adik2 kak ct juga. Terima kasih masih tetap setia menjadi pengunjung Dari Dapur CT ya *hugs*

      Delete
  2. rindu kakak ct..meh nak hugging2 kiss2 cikit..lama tau akak g..balik cpt kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu zila juga, peluk kuat2 jangan bagi kak ct terbang jauh2 lagi hehehehe

      Delete
  3. welcome back...tak sabar nak tunggu new idea dari CT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hanim, InsyaAllah kak ct akan kongsikan hidangan lauk pauk dari Majalah RASA tu nanti. boleh kasi idea untuk memasak ya :D

      Delete
  4. Assalam Ct, tahniaaahhh dan selamat kembali berblog...semoga terus berkongsi...salam sayang dr akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak hjh Ummi, terima kasih kak. sayang kak ummi ketat2 *hugs*

      Delete
  5. Replies
    1. Rindu juga nak menyapa seperti biasa diblog Gee. InsyaAllah nanti ct singgah ya :)

      Delete
  6. Assalam ct,
    wah another perkembangan yang membanggakan..tahniah dari kita ya..
    habis ct yang kes kemarin tu macam mana ya..dah settle belum?
    welcome back dear..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Ayu, wahh ayu... ct tak tahan tengok lauk pauk yang you post kat FB menyelerakan hehehe. oh pasal tu ker? okeylah, tapi belum dapat apa2 lagi sebab ct dah mintak penerbit tu poskan buku tu,tapi tak dapat lagi.

      thanks dear :)

      Delete
  7. salam syg utk akk..kembali trjalin kak..he hehe moga lps nie lg suksess..thniah atas kemunculan di mag juga..insyallah akan di cari mag tue..:)

    ReplyDelete
  8. Atlast boleh buka blog kak Ct lagi.. sukses selalu akak yang cantik dan imut.. baru semalam Melly tengok majalah rasa.. esok mau beli ahh.. lepas tuh ask kak Ct sign sekali...hehe
    Miss u kak.. take care.. ;)

    ReplyDelete
  9. Dapat dh ke sini....fuhhhhh...tahniah kak ct..semoga terus aktif dgn karya nya..terbaik!

    ReplyDelete
  10. As.salam. Puan masih simpan majalah ni lagi tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...