Wednesday, May 19, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur




Yuhuuuuuuuuu...!!! bersiaran kembali dari Dapur CT. Alamak... tiba2 keluar lak kek hitam ni yek! hehehe. Jangan pandang rupa sebelum merasa okey. Kek coklat ni memang sedap banget, yang ni kali kedua CT buat tau. Mula2 dok skodeng dapur Nor, pastu terus masuk dapur yang empunya resepi ni. Sape lagi kalau bukan Dayang Jack. First time buat malam semalam, buat 1 adunan tapi tak cukup pulak... hehehe. Kali ni CT buat double, haaa.... baru puas makan. Anak CT, Haqim pun suka siap request nak makan lagi. Terus buat tengah hari tadi. See.... hitam2 sitampuk manggis, makin hitam makin manis... hehehe. Sila... sila... cuba lah memang berbaloi2. Nak buat pun memang senang dan sekejap jer dah siap untuk dibakar. Mintak izin ya Dayang, K.CT cNp dan letak di Dapur CT pulak. Terima kasih daun keladi, lain kali mesti nak cuba lagi ^_^


Kek Coklat Tanpa Telur
Resepi dari Dayang Jack

Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil)
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan).
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


Kuih Seri Muka




Assalamulaikum...!! Harap kawan2 semua sihat hendaknya. Puan CT pun dah sihat, lutut yang sakit pun dah baik sedikit. Terima kasih pada kawan2 yang mendoakan kesejahteraan CT juga. Rasa lama sangat tak letak resepi kat Dapur CT. Haa.... kali ni resepi macam biasa jer, main ulang tayang. Malas dah rasanya nak update resepi yang dah pernah buat. Tapi memandangkan kuih lapis pisang tu macam dah nak basi CT letak gak lah resepi kuih seri muka ni... heheheh. Resepi kali ni amik dari dapur mamasya, resepi asal dari Chef Hanieliza, terima kasih ya mamasya. Sedap banget, anak CT yang bungsu memang suka kuih ni. Haqim panggil kuih nasi, yalah ada nasi kat bawah tu... hehehe. Minta izin CnP untuk dikongsi resepinya di dapur CT ya.


Kuih Seri Muka
Resepi dari Mamasya FP

Bahan lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1/2 peket santan debu dikacau menjadi 2 1/2 cawan) + sikit garam

Cara-cara:
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik /sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan lapisan Atas:
2 cawan santan pekat (1 tin coconut milk)
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad perasa pandan
1 biji telur
1 sudu teh garam
* (resepi asal guna jus pandan tukar guna kastad yg dah ada perasa pandan dan warna hijau)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit. (CT tutup loyang dengan alumnium foil agar atas kuih cantik)
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni.. masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam.. pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata.. pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas.. then baru masukkan lapisan atas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...