Wednesday, October 31, 2012

Spaghetti in Black Pepper Sauce


Assalamualaikum. Salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali di hari Rabu ini, hari terakhir untuk bulan Oktober 2012. Sekejap aje, esok kita dah masuk ke bulan November. Tinggal dua bulan aje lagi tahun 2012 pula akan berlalu dan meninggalkan kita.  Bila dah masuk bulan November ni maknanya banyak musim yang akan bermula. Inilah bulan permulaan untuk musim cuti sekolah, musim cuti-cuti Malaysia, musim orang kahwin dan termasuk juga musim tengkujuh dan banjir. Macam-macam musim yang bakal menjelang bermula bulan depan nanti kan.. hehehe..


Kita lupakan pasal musim-musim tu dulu, kita balik kepada resepi yang CT kongsikan hari ini ye. Seperti yang CT janjikan pada Isnin lepas, inilah resepi yang telah dipaparkan dalam Open Kitchen Magazine Italy keluaran bulan Oktober 2012. Resepi ni diinspirasikan dari permintaan pihak editor yang mahukan resepi yang bersesuaian dengan konsep majalah pada bulan tersebut iaitu hidangan sedap untuk disediakan dan dinikmati selepas penat seharian bekerja. Pada mulanya beliau mencadangkan resepi yang berasaskan Risotto. Hujung minggu tersebut, CT terus ke Carrefour untuk mencari Risotto tetapi tak jumpa. Lepas tu CT pergi pula ke pasaraya di Pavillion dengan sangkaan pasti Risotto ada terjual di sana tetapi meleset juga. Bila CT maklumkan kepada pihak editor beliau meminta CT menyediakan apa sahaja resepi lain yang bersesuaian.


Bila CT maklumkan kepada suami CT tentang kebuntuan CT untuk mencari resepi lain yang sesuai, suami CT mencadangkan Spaghetti tetapi bukan dihidangkan dengan sos spaghetti yang biasa seperti lazimnya tetapi digantikan dengan sos lada hitam. Tak menunggu lama terus CT mencari bahan dan memulakan projek didapur dan setelah siap, CT hidangkan pada suami untuk merasa hasilnya terlebih dahulu, dan ternyata hasilnya sama seperti yang suami CT bayangkan. Bila CT telah siap mengambil gambarnya dan menunjukkan hasil resepi ini kepada pihak editor, beliau merasa gembira dan teruja menerima resepi tersebut untuk disiarkan. Alhamdulillah.


Kepada teman-teman yang berminat untuk menikmati kelainan dalam hidangan spaghetti bolehlah mencuba resepi yang CT kongsikan ini ye. CT jamin hasilnya pasti tak menghampakan. Okeylah, CT mohon berundur diri dulu, InsyaAllah kita berjumpa lagi dengan resepi yang lain pula nanti ye. Salam sayang dari CT... daaaaaa..


Spaghetti in Black Pepper Sauce

Ingredient :
1 pack of spaghetti

200 gm chicken meat - cut into small cubes
1 and 1/2 cups of chicken stock
1/2 cup fresh milk
3 tsp ground black pepper
2 cm of salary stem - minced
1/2 large onion - minced
2 tablespoons dark soy sauce
1 tablespoon of oyster sauce
1 tablespoon butter
1/2 can of button mushrooms - thinly sliced
2 tablespoons of wheat flour - mixed with a little water
salt and sugar - if necessary


Method (Spaghetti):
Boil water together with a pinch of salt and 1 spoon of olive oil.
Then, put in the spaghetti and boil for 13 minutes.
Drain out the water when the spaghetti has become tender.

Method (Black Pepper Sauce):
1. Boil chicken with 2 cups of water until it become tender, then remove out the chicken.
2. Use the chicken stock for about 1 and 1/2 cups and add in the fresh milk, minced onion and salary. Continue boiling.
3. After it has boiled, put in the chicken, black pepper powder, dark soy sauce, butter, oyster sauce and button mushrooms. Add in pinch of salt and sugar if necessary.
4. Finally add in the flour mixture to obtain the desired thickness.

Monday, October 29, 2012

Chocolate & Banana Sliced Sandwich


Assalamualaikum. Salam ceria pagi Isnin dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kita telah selamat merayakan sambutan Aidil Adha dan dapat berjumpa kembali di pagi Isnin ini. CT harap sepanjang CT tidak bersiaran sepanjang minggu yang lepas, teman-teman semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera sentiasa hendaknya ye.


Sebenarnya, CT sengaja bercuti dari berblog sepanjang minggu yang lepas untuk bermalas-malas dan merehatkan badan sepenuhnya. Jumaat minggu sebelumnya adalah ulangtahun kelahiran suami CT. Kemudian Jumaat minggu lepas pula adalah hari ulangtahun perkahwinan kami, jadi CT ambil keputusan untuk merehatkan diri seminggu terus hehe. CT harap tak ada yang marah sebab CT ambik cuti tanpa memberi notis. Maklumlah, kalau bagi notis terlebih dulu, nanti ada pulak yang tak benarkan CT ambik cuti, jadinya CT ambik cuti dulu dan bagitahu kemudian hehehe.


Okeylah, kita bercakap tentang resepi yang CT kongsikan hari ini iaitu Chocolate & Banana Sliced Sandwich. Resepi ini adalah resepi yang CT kongsikan di Open Kitchen Magazine Italy keluaran bulan Ogos 2012. Untuk keluaran majalah pada bulan tersebut, pihak penerbit meminta CT membuat suatu resepi untuk dibawa ke piknik dan resepi tersebut mestilah mudah disediakan dan jika boleh tidak perlu langsung menyediakannya di dapur. Jika perlu juga disediakan di dapur, caranya mestilah yang paling mudah dan ringkas. Pening juga kepala CT dibuatnya nak buat resepi yang bagaimana untuk tema macam tu dan tidak perlu ke dapur jika boleh. Fikir punya fikir, akhirnya CT dapat idea nak kongsikan resepi seperti yang CT paparkan ni.


Jika ada teman-teman yang berminat untuk mencuba resepi ni dipersilakan lah ye. Bukan saja resepi ini sesuai untuk menu berpiknik tapi pada pendapat CT, resepi ni juga sangat sesuai untuk menu sarapan pagi yang agak berat dan berkhasiat. Untuk resepi yang seterusnya nanti CT kongsikan resepi kepada majalah tersebut untuk keluaran bulan Oktober pula ye. Sampai berjumpa lagi, salam sayang dari CT... daaaaaaa...


Chocolate & Banana Sliced Sandwich

Ingredients:
Whole Grain Bread or any type of slice bread
Few slices of ripe bananas - slice thin
Any chocolate spreads (e.g. Nutella)
Butter - to toast the bread

Method:
1. Spread the chocolate spreads onto the bread.
2. Place the banana slice in between the layered bread.
3. Heat non-stick pan with little butter.
4. Place the bread and press lightly while toasting the bread. Approximately 10 seconds, turn the other side. Toast for another 10 seconds. Cut into half and it's ready to be served.


Friday, October 19, 2012

Moist Chocolate Cake - Selamat Hari Lahir Suamiku


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, kurniakanlah kedamaian hidup serta sinar kebahagiaan buat SUAMI KU di dunia dan di akhirat, berkatilah dan rahmatilah hidup SUAMI KU, panjangkan usianya, perluaskan pintu rezekinya dan berikan SUAMI KU kekuatan dan ketabahan yang diperlukannya dalam mengharungi setiap dugaan dibumi mu ini.... Amin Ya Rabbal Alamin. 



Alhamdulillah syukur...  Selamat Ulang Tahun buat Suami yang tersayang RAHMAT HJ ABD AZIZ atau lebih senang dipanggil Che Mat. Semoga dengan bertambahnya usiamu akan bertambah juga keimanan didadamu. Penuh kesabaran penuh dengan kecintaan kepada Allah setiap masa. Sesungguhnya daku dan anak-anak berasa amat bertuah memiliki seorang Suami dan Ayah yang sangat baik hati, penyayang dan baik budi pekertinya. Tiada hadiah yang istimewa untuk diberikan di hari lahir mu, hanya sekalong DOA kudus disetiap sembah sujudku kepada Ilahi agar SUAMI KU sentiasa didalam lindungan ALLAH S.W.T. setiap masa dan waktu... Aminnnn


Sebenarnya CT tak datang ilham nak buat kek apa untuk hari lahir Suami yang jatuhnya hari ini. Tahun lepas bila CT tanya, dia hanya mintak dibuatkan pulut kuning saja. Tahun ni tak kan nak buat pulut lagi kan. Dengan kerajinan yang ada, seawal pagi semalam lagi CT dah menyiapkan segala bahan-bahan untuk membuat kek ini untuk Suami tersayang. Harap dengan apa yang telah CT lakukan ini Suami suka hendaknya. Alahhh...  deco biasa-biasa aje, maklumlah banyak bahan-bahan yang dah hampir habis. Belum ada masa nak membelinya. Jadi apa yang ada dalam pantry CT tu itulah yang CT jelmakan dengan penuh kasih sayang khas untuk hari lahir Suami tersayang hari ini. Dengan ikhlas dihati pasti apa yang kita lakukan sentiasa diberkati... Alhamdulillah


Mohon maaf ya CT tak dapat nak potong kek ni untuk diambil gambarnya, sebab ini bukan kek untuk hari lahir CT hehe. Kebetulan masa CT buat dan ambil gambarnya pun Suami sedang bekerja, jadi untuk publish dalam entri ni terpaksalah letak sebuku kek yang belum dipotong. Tapi nanti jika ada berlebih kek tu nanti CT cubalah ambil gambarnya dan update dalam entri ni ye. Jika tak sempat, harap cukuplah menjamu mata sekadar apa yang sudah dipublish ni ye. Resipi asal kek ini adalah dari wanita anggun yang sangat CT kagumi, siapa lagi kalau bukan wanita yang sentiasa segar bila kedapur NIGELLA LUCY LAWSON. CT memang suka melihat bila dia didapur walaupun usianya 52 tahun namun beliau sentiasa kelihatan muda dan sentiasa ceria serta seksi dipandang mata. Entah bila CT akan dapat menjadi sepandai dan sebaik beliau hehehe. Tinggi sungguh angan-angan CT ni hehe. Tapi, if she can do it, WHY CAN'T I DO IT TOO right?... Insya'Allah


Berbalik pada resipi kek yang telah CT cuba ni, ia memang sangat lembut. Dah nama pun Moist Chocolate Cake sudah tentulah lembutkan, sepadan dengan namanya. Tapi CT tambahkan lagi serinya dengan letak Chocolate Buttercream Frosting dan susun coklat Malteser atasnya. WOWWW ! walaupun ia mahal sedikit tapi berbaloi-baloi melihat hasilnyanya. Sambil susun atas kek tu CT pun cakap, satu untuk kek... dua untuk CT... 2 untuk kek... 3 untuk CT hehehe. Memang nikmat makan coklat ni rupanya hehehe.


Kalau berminat dan ingin mencuba silalah semak resipi dibawah ye. Adunan yang CT buat ni, sukatan gulanya CT dah kurangkan dari 2 cawan kepada 1 1/2 cawan supaya manis tu lebih kat senyuman ketika menikmati kek ni nanti. selamat mencuba dan selamat menjamu mata, jika ada keizinan dari Allah kita jumpa lagi ye. Salam ceria dan salam manisss dari CT. Daaa...


Moist Chocolate Cake With Malteser
Resipi olahan Che CT

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan gula kaster
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1 cawan buttermilk
1 cawan kopi / nescafe - bancuh dengan air panas
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu teh ekstrak vanila

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar kepada 180 'C. Gris 2 loyang 9 inci dengan butter dan alas dasar dengan kertas minyak dan gris lagi. Diketepikan.
2. Dalam mangkuk adunan satukan gula, tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder. Putar sebentar dengan mixer pada kelajuan rendah sehingga sebati. Tambah telur, buttermilk, air kopi panas, minyak sayuran dan ekstrak vanila. Pukul pada kelajuan sederhana selama kira-kira dua minit, hingga adunan sebati. Tuangkan adunan sama rata ke dalam loyang  yang disediakan.
3. Bakar dalam ketuhar selama 30 hingga 35 minit untuk loyang bulat, 35 hingga 40 minit untuk loyang segi empat tepat atau sehingga diuji dengan lidi sate ia keluar bersih.
4. Biarkan kek dalam loyang 10 minit, keluarkan dari loyang dan biar kek sejuk sepenuhnya di atas rak dawai.
5. Hias kek dengan chocalate buttercream dan susun coklat Maltreser atasnya.


Chocolate Buttercream Frosting

Bahan-bahan :
250 gm mentega - suhu bilk
3 cawan gula icing - ayak
1/2 cawan serbuk koko - ayak
2 sudu teh esen vanila
4 sudu besar susu - suhu bilik

Cara-cara :
1. Putar mentega sehingga berkrim selama beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Matikan mixer.
2. Masukkan gula icing dan serbuk koko didalam adunan mentega dan putar lagi dengan kelajuan rendah hingga gula dan koko sebati dengan adunan mentega.
3. Naikkan mixer pada kelajuan sederhana dan tambah esen vanila dan susu, putar selama 3 minit.
4. Jika inginkan adunan pekat sedikit tambahkan gula icing. Dan jika inginkan adunan sedikit lembut tambahkan sedikit lagi susu.
5. Biarkan sebentar buttercream dalam peti sejuk kemudian bolehlah dihias pada kek.

Wednesday, October 17, 2012

Biskut Bijan Rangup


Assalamualaikum... Salam manisss dan salam sayang dari CT buat semua pengunjung yang sentiasa setia menceriakan blog Dari Dapur CT. Dengan harapan semoga semua teman-teman CT didalam keadaan yang sihat walafiat sentiasa. Maklumlah kebelakangan ni CT tengok cuaca dah semakin basah dengan hujan di sana sini. Jadi dengan keadaan cuaca macam ni kenalah kita jaga kesihatan dengan lebih baik kan. Bila nak ke mana-mana pun kenalah bersedia dengan payung sebelum hujan. Jangan sampai nanti kena demam selsema. Maklumlah badan nak pakai lama hehe.


Okeylah kita lupakan pasal hujan, kita cerita pasal resepi yang CT kongsikan hari ini ye. Sebenarnya resepi ni pun ada kena mengena dengan cuaca jugak. Sebab bila CT mendongak memandang langit melihat awan hitam yang dah mula berkumpul tanda nak hujan, mulalah kepala ni memikirkan makan apa agaknya yang sedap dalam cuaca hujan-hujan macam ni ek. Mesti sedap kalau ada kudap-kudapan untuk dikunyah ketika menonton TV sewaktu hujan lebat turun kat luar tu. Biasalah kalau hujan dan cuaca dingin mesti perut berbunyi mintak diisi hehehe.


Apa lagi teruslah CT belek-belek buku resipi yang CT salin tempohari. Terjumpa satu resipi Biskut Bijan yang namanya dalam resepi tu ialah Fortune Sesame Cookies.  Biskut ni mengingatkan CT kembali ke zaman CT budak-budak dulu dan CT turut juga teringatkan arwah bapa CT. Ketika hayatnya, arwah bapa CT memang suka makan biskut bijan ni dengan dicelup bersama air kopi panas. Bila teringat kenangan tu, itu yang buat CT teringin untuk membuatnya kini. Dan ternyata memang betul rangup biskut bijan ni. Tapi yang peliknya anak-anak CT tak suka dengan rasa bijannya. Biskutnya suka tapi bijannya tak suka. Boleh pulak dia mintak lain kali kalau buat biskut ni tak payah ditaburkan dengan bijan. Sabar aje lah kan. hehehe.


Adunan asal resepi biskut ni memang banyak menggunakan bijan, tapi CT dah kurangkan daripada 2/3 cawan kepada 1/3 cawan saja. Dan CT tambah juga dengan bijan hitam sedikit untuk membangkitkan warna dan seri pada biskut bijan ni. Selain itu, CT juga tambahkan 1 sudu besar tepung jagung untuk menambahkan kerangupannya. Menderhaka sedikit dari resepi asal untuk menepati selera CT.


Tapi jangan ditanya samada ini biskut untuk Raya Haji tau hehehe. Sebab dua tiga hari je rasanya biskut ni akan licin dimakan buat kudapan semasa menonton TV hehehe. Kali ni CT buat saiznya besar sedikit dari yang sebelum ni supaya puas sedikit bila memakannya. Makan 2-3 ketul pun dah cukup. Kalau kecik-kecik sangat nanti 5-6 ketul pun belum tentu cukup. Dan nanti ada pulak yang komen..."Ehh, comel-comel sangat la biskutnya Kak CT" hehehe


Okeylah ye. Jika ada yang berminat dan ingin mencuba membuat Biskut Bijan Rangup ni, bolehlah mencuba. Kalau buat saiz comel-comel pun okey juga, cantik di mata hasilnya nanti. Yang pasti, besar ke comel ke, dah masuk mulut nanti hilang juga kecomelannya tu hehehe. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Biskut Bijan Rangup
Resipi Olahan Che CT

Bahan-bahan :
1/3 cawan bijan putih
1/8 cawan bijan hitam
100 gm mentega - dilembutkan
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1 biji telur B
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
¼ sudu teh kayu manis ( pilihan)

Cara-cara :
1. Bijan dipanggang sebentar didalam oven dalam 3-4 minit. Keluarkan. Alas dulang dengan 2 lapis kertas minyak dan ketepikan.
2. Putar mentega, gula dan gula perang sehingga berkrim. Tambah telur dan pukul sebentar.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan kayu manis dalam mangkuk yang berasingan. Kemudian beransur-ansur menambah tepung kedalam adunan mentega.
4. Masukkan 1/2 dari bijan yang dipanggang kedalam adunan dan gaul rata dengan spatula hingga rata.
5. Bungkus doh dengan plastik bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama satu jam.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil anggaran 20 gm setiap adunan dan bentukkan bulat. Gulingkan pada bijan hingga rata.
7. Letak diatas kertas minyak dan tekan dengan tapak tangan hingga sedikit leper. Jarakkan adunan 2 inci setiap satu.
8. Bakar pada suhu 190 ' C selama kira-kira 15 minit atau hingga perang keemasan. Biarkan 2 minit diatas dulang dan pindahkan diatas rak dawai biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, October 15, 2012

Magazine Open Kitchen Italy - Oct 2012


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera dan salam sayang untuk semua teman-teman tersayang dan semua pengunjung setia Dapur CT. Apa khabar teman-teman semua. Semoga kita semua sentiasa didalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu sepanjang masa disamping keluarga tersayang. Nampaknya musim panas sekarang ni dah diselang-seli dengan hujan lebat kan. Agaknya musim tengkujuh dah mula nak datang kot. Tapi musim-musim hujan begini walau payah sedikit untuk bergerak kesana-sini, tapi sesuatu yang CT suka bila datang musim begini adalah hawa dingin yang di bawa bersamanya. Sejuk terasa dan selesa sikit bila tidur waktu malam. Tu yang nak bangkit dari tidur waktu pagi tu liat sikit hehe.

Untuk entri hari ni, CT cuma nak berkongsi tentang satu resepi CT yang dipaparkan dalam Open Kitchen Magazine Italy, versi bulan Oktober 2012. Oleh kerana pihak penerbitan majalah meminta supaya CT tidak memaparkan resepi tersebut di blog CT sehingga 3 minggu selepas majalah tersebut di siarkan, jadi CT tak letakkan resepinya di sini dulu. Tiga minggu nanti baru CT kongsikan di sini ye. Walaubagaimanapun, sebagai teaser, gambar resepi tersebut adalah gambar yang paling kanan sebelah bawah di Cover Page majalah tersebut. Bagi yang berminat untuk melihat majalah tersebut, bolehlah klik link INI ye. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa...

     

Thursday, October 11, 2012

Rainbow Pudding


Assalamualaikum... Salam penuh keceriaan dan salam manisss dari CT buat pengunjung setia Dapur CT. Syukur Alhamdulillah dapat juga CT mengupdate blog hari ni walaupun masa senggang CT minggu ni agak ketat sedikit. Ditambah pula dengan cuaca yang panas dua tiga hari yang lepas lagilah bertambah ketat CT nak duduk mengupdate entri hehe. Nasib baiklah petang semalam hujan lebat turun membasahi bumi Kuala Lumpur. Alhamdulillah.. Lega sungguh rasanya.


Bercerita tentang resepi yang CT kongsikan pada hari ini, resepi ini adalah hasil perkongsian seorang teman dari seberang Indonesia, Ricke Indriani. CT ternampak resepi ini di Facebook beliau kelmarin. Merasa agak tertarik, tanpa bertangguh terus CT salin resipi yang dikongsikan. Menurut kata beliau, resipi diambil dari Mbak Enno Alura Kurniawan. Alhamdulillah... akhirnya sampai pula giliran CT untuk mencubanya pula kali ini. Terima kasih kepada kedua-kedua penyumbang resipi. Semoga mendapat limpahan keberkatan dariNYA.. Insya'Allah.


Sebenarnya CT dah lama ingin mencuba pudding yang sebegini, selepas ternampak Melly mencubanya. Tapi masih tak berani disebabkan takut tak cukup kesabaran untuk proses melapisnya. Tapi dengan keinginan yang kuat, akhirnya gesa untuk mencubanya datang juga dan akhirnya...Tadaaaa! Alhamdulillah berjaya juga menghasilkannya. Walaupun hasil kejadiannya nampak seperti masih tak cukup sifat disebabkan lapisan warnanya hanya sekadar enam warna kerana sepatutnya Puding Rainbow ni dilapiskan menjadi 7 warna disebabkan acuan yg CT gunakan tak cukup tinggi. Tapi tak mengapalah ye. Kiranya ini pelangi versi CT lah ni hehehe.


Tampak menarik pulak bila melihat hasil puding yang berlapis penuh warni-warni begini. Ibarat warna warni kehidupan kita yang penuh seri dan harmoni, bersatu di dalam rumpun masyarakat 1 Malaysia yang berbilang kaum dengan suasana penuh keharmonian dan aman damai. Semoga kehidupan kita akan sentiasa ceria dan berseri seperti cerianya warna-warni Puding Pelangi ni ye. Jika ada yang ingin mencuba nanti, gunakan loyang yang agak tinggi sedikit ye. Jika tidak nanti tak cukup untuk melapis kesemua warna yang diperlukan seperti CT. Tapiii... yang lebih penting lagi, penyediaan puding ni memerlukan tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Walaubagaimanapun, kesabaran dan ketelitian yang tinggi memang perlu kita terapkan dalam setiap kerja dan usaha yang kita lakukan jika kita mahukan hasil yang terbaik dan memuaskan hati, betul kan.


Okeylah CT berhenti sampai di sini dulu. Sampai kita berjumpa lagi, jika ada yang ingin mencuba resepi ini, dipersilakan ye. Kita panjang-panjangkan lagi resipi ini didapur yang lain pula. Salam manisss dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa....


Rainbow Pudding
Di Olah : Che CT

Bahan pudding plain :
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter air - 4 1/2 cawan

Bahan pudding susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter susu cair - 4 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanilla

Pewarna makanan:
merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu. Cukup sekadar 1-2 titik setiap lapisan atau sesuai keperluan.

Cara-cara :
1. Masak pudding plain dan pudding susu didalam periuk berasingan hingga mendidih, kemudian kecilkan api hingga yang paling kecil, cukup sekadar pudding sentiasa panas.
2. Siapkan loyang/acuan pudding pilihan, basahkan dahulu dengan air.
3. Ambil 150 ml pudding plain, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang ke loyang /acuan. biarkan hingga bahagian atas pudding seperti ada lapisan, jika disentuh dengan jari sudah tidak melekat tapi pudding masih belum beku. 
4. Kemudian ambil 150 ml pudding susu pula, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang di atas pudding merah tadi secara perlahan-lahan sesudu demi sesudu dengan jarak dekat dari permukaan pudding sebelumnya agar lapisan pudding di bawahnya tidak bocor.
5. Ulang proses tersebut berulang-kali dengan warna yang berlainan hinggalah warna yang terakhir dengan cara yang sama. Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan dari loyang/acuan. Dan sajikan ketika sejuk.

NOTA : Proses melapis mesti dilakukan dengan perlahan-lahan dan cermat untuk mendapat lapisan yang cantik.


Tuesday, October 9, 2012

Ice Cream Cone Cupcake


Assalamualaikum... Salam Manisss dan salam ceria dari CT buat teman-teman semua. Minggu ini adalah minggu peperiksaan penting untuk 2 orang anak CT, anak dara yang di UITM Jengka dan anak bujang yang di tingkatan 3. Dengan penuh debaran... CT panjatkan doa kehadrat Allah, semoga anak bujang CT, Mohamad Azree ditenangkan hati, diperluaskan pemikiran dan dipermudahkan jalan dalam menduduki peperiksaan PMR nya hari ini. Sebagai ibubapa kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dalam getir mereka menempuh pelbagai ujian peperiksaan sepanjang zaman pengajian mereka untuk mencorak masa depan. Walau apa pun, CT sentiasa mengharapkan anak-anak dapat buat yang terbaik Insya'Allah... Aminnn


Resepi yang CT kongsikan hari ini diinspirasikan oleh cuaca yang sangat panas kebelakangan ini. Rasanya sudah beberapa hari cuaca panasnya sangat melampau hinggakan air dalam badan pun terasa cepat sangat kering, sekejap-sekejap mesti terasa nak minum air.  Mungkin disebabkan cuaca yang panas dan kering, Haqim anak CT yang bongsu demam. Suami pun sama, nampak tak berapa sihat juga semalam. Dalam cuaca yang macam ni nampaknya segala aktiviti luar kenalah ditangguhkan dulu. Nanti bila dah ok sikit bolehlah sambung semula ye.


Berbalik pada resipi kali ini, CT kongsikan resipi ini yang mudah dan ringkas untuk disediakan dan inilah pertama kali CT mencubanya. Resipi ini hasil intipan CT seminggu yang lepas dari Classic Chocolate Cupcake tapi CT olah resepinya menjadi seperti kejadiannya sekarang dan CT namakannya Ice Cream Cone Cupcake. Lepas aje siap dibakar, anak CT yang bungsu terus teruja nak merasanya. Tapi CT cakap tunggu selepas Mama deco dan ambil gambar dulu baru boleh makan hehehe.


Bila dah siap diambil gambarnya, tak sempat pulak Haqim nak merasa sebab dah nak kesekolah. Abang-abang dia lah yang dapat merasa dulu. Dan masing-masing dah chop dulu nak yang itu, nak yang ini, hehehe. Akhirnya CT bagi aje apa yang dah siap tu, janji merasa sorang satu. Dan bila dah makan, masing-masing kata "tak cukuplah Mamaaaa...." hehehe. Apa taknya, CT cuma buat 1/2 adunan dari resipi asal tu sebab takut kalau buat banyak-banyak nanti tak habis. Rupanya jangkaan CT meleset, kurang pulak jadinya. Alahaiiii.... nampak gayanya kenalah buat lagi nanti.


Penyediaan resepinya amat mudah. Semudah ABC aje. Kalau nak tahu sendiri kenalah cuba kan. Tentang kejadiannya pulak bolehlah mengikut kreatif masing-masing untuk digayakan. Dan kalau nak buat dengan perasa vanila atau coklat pun boleh juga. CT juga pasti Ice Cream Cone Cupcake ni juga sesuai untuk dihidangkan dalam sambutan majlis harijadi anak-anak. Kalau ada cone ice cream yang kecik-kecik macam ais krim cone yang mini tu lagi cantik agaknya, tapi mana nak beli. Satu perkara yang buat CT ralat ialah CT terlupa nak ambil gambar cupcake ice cream yang sudah dipotong.


Okeylah CT tak nak cakap panjang-panjang, jika ada yang berminat untuk mencubanya, dipersilakan. CT buat cuma 1/2 adunan dari resipi asal dibawah. Tapi kalau nak dapat banyak, buatlah satu adunan ye. CT pasti ia nya akan mendapat tempat dihati anak-anak. Salam manisss dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa.....


Ice Cream Cone Cupcake
Resipi Olahan : Che CT

Bahan-bahan
:
225 gm mentega - suhu bilik
225 gm gula kaster
225 gm + 2 sudu besar Self-raising flour
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila

Pewarna makanan :
pink, oren, kuning

Cara-cara :
1. Panaskan oven 175 ' C. Sediakan acuan muffin yang dilapik aliminium foil dan dicucukkan cone ice cream kedalamnya. Ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk adunan dan putar mixer pada kelajuan sederhana selama 5 minit.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama rata. Letak pewarna dan kacau rata.
4. Sudukan adunan atau paipkan dengan piping beg kedalam cone ice cream hingga 3/4 penuh.
5. Bakar selama 20 minit atau hingga adunan masak. Biarkan cone didalam loyang muffin 5 minit. Kemudian pindahkan atas rak dawai dan sejukkan sepenuhnya.
6. paipkan dengan buttercream yang digemari sebagai hiasan toppingnya.


Friday, October 5, 2012

Chocolate Bottom Banana Squares


Assalamualaikum... Salam manisss dan salam ceria untuk semua teman-teman. Apa khabar, semoga sentiasa didalam rahmat Allah dan sihat-sihat selalu hendaknya. Che CT sihat juga cuma sekarang ni CT betul-betul jaga badan. Tak nak penat atau stress sangat. Kena ikut cakap Doktor kena lebihkan rehat dan makan ubat mengikut waktu. Bukan apa, beberapa minggu lepas CT ada jumpa Doktor lepas diperiksa rupanya tekanan darah dah naik sedikit. Jadi kenalah berpantang sedikit nampaknya. Apa pun, rasa pening-pening sebelum ni dah hilang, cuma kena maintain jaga permakanan dan rehat yang secukupnya. Dah berusia ni berbagai penyakit nak singgah tu yang semuanya kena jaga betul tak...


Resipi yang akan CT kongsikan bersama Chocolate Bottom Banana Squares. Haa... panjang juga namanya, tapi sukatan tu tak lah banyak mana pun. Bila dah siap bakar kena tunggu sejuk baru boleh potong, dannn... bila CT rasa memang sedapp! lembut dan terasa-rasa coklat dan pisang dalam adunan ni. CT ada tambah coklat masakan yang diparut atas adunan koko tu, lagilah terasa kecoklatannya. Tak sedar nak 3-4 potong juga masuk dalam mulut hehehe.


Terima kasih buat penyumbang resipi asalnya Tammy's Recipes. CT olah sikit-sikit aje, pisang tu biasalah CT lebih gemar menggunakan pisang berangan dari pisang lain. Kalau nak guna pisang lain pun okey. Adunan CT buat ni CT guna dalam 6 biji pisang berangan aje sebab comel sikit pisang berangan yang CT beli kali ni. Tekstur kek ni agak lembut dan sedap dan seeloknya dibiarkan semalaman baru elok dipotong jika tidak potongannya sedikit berderai. Kandungan gula dari adunan asal juga dah CT kurangkan kepada 3/4 cawan, resepi asalnya mengunakan 1 cawan gula. Pisang berangan yang CT guna tu dah masak jadi pastilah manis ditambah pula dengan adanya coklat chip lagi, sebab tu lah CT kurangkan sukatan gulanya.


Kalau nak bakar dalam acuan muffin pun boleh juga. Tapi waktu pembakarannya kenalah dikurangkan juga. Filling dalam adunan tu bergantung pada selera kita nak letak apa. Untuk CT pulak memang suka kuih atau kek yang berunsurkan pisang.  Teringat dulu-dulu masa CT masih duduk kat Johor, kalau ada saudara dari Kuala Lumpur datang je pasti tak sabar menunggu dorang sampai, sebab dorang mesti akan bawak kek pisang yang sedap dan lembut yang dibeli dari Perhentian Bas Pudu Raya sebagai buah tangan. Maklumlah dulu mana pernah buat kek dan tak pandai masak pun hehehe. Tapi sekarang dah lain, rajin dengan tidak aje nak membuatnya. Semuanya hanya dihujung jari, hanya klik aje terus resipi muncul kat depan mata, betul tak.

Okeylah, CT berundur diri dulu ye. Jika ada yang ingin mencuba, silakan semak resepi di bawah ni dan panjang-panjangkan resipi ini ye. Sampai jumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa.....

Chocolate Bottom Banana Squares
Resipi Olahan : Che CT

Bahan-bahan:
113 gm mentega - dilembutkan
3/4 cawan gula kaster
1 biji telur A - dipukul ringan
1 camca teh esen pisang
1 1/2 cawan pisang masak - dilecek halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan cip coklat

50 gm coklat masakan

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga berkrim. Tambah telur, esen vanila, pisang lecek dan pukul sebati.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, dan garam yang tekah diayak kedalam adunan pisang tadi. Dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata dan 1 adunan ditambah serbuk koko dan gaul rata. Tuang adunan koko kedalam loyang  9 x 13 inci persegi. Ratakan adunan dengan sudu atau spatula getah. Parutkan coklat masakan diatasnya.
4. Tuang baki adunan plain di atas dan dengan perlahan-lahan ratakan adunan dan taburkan dengan cip coklat atasnya.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga lidi sate keluar bersih kek dah masak. Sejukkan sepenuhnya atas rak dawai dan dipotong 4 persegi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...