Sunday, January 31, 2010

Popiah Kentang




Mari... mariii... sebelum habis jom ler menjamu selera dengan popia kentang yang panassss! Oppsss... sapa yang datang dulu dia yang dapat merasa, yang lambat sori dah habis hehehe. Buat popia ni untuk ahli keluarga tersayang kat rumah. Tu lah kesian kat kulit popia ni, lama sangat dok terperuk dalam peti ais. Apa salahnya aku buat2 rajin kannn... yang kenyang pun perut sendiri hihihihi. Resepi amik dari dapur Rinnchan, tapi ada buat tambahan sikit2 arr dari resepi tu. Harap Rinn tak kisah ya. CT C&P jer ya Rinn :DD



Popia Kentang
Resepi dari Rinnchan

Bahan-bahan (untuk inti):
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar udang kering ditumbuk (CT tambah)
5 sudu besar daging cincang (CT letak 100 gm)
2 keping dada ayam potong dadu (CT tambah)
1/2 cawan bawang goreng (CT tak letak sebab suami tak suka)
2 batang kacang panjang hiris kecil2 (CT tambah)
1 batang carrot potong dadu kecil (CT tambah)
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang dan ayam. Masak sehingga air daging dan ayam kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan carrot dan kacang panjang kacau sekejap.
4. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
5. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
6. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.


Friday, January 29, 2010

Daging Prune




Dah berhari2 dok menayang kuih muih jer kan (berhari2 ker? bukan baru 2 hari ker aku update hehehe). Kemarin pagi2 buta lagi dah terbang ker Jepun, terus tercongok kat depan dapur Hana. Terus melekat terpikat nak mencuba daging prune tu. Hari selasa gi pasar malam beli daging. Ingat nak buat daging masak kicap, tapi dah jatuh cinta ngan daging prune ni pulak hehehe. Terus jer salin resepi, siap2 kan apa yang nak dimasak nanti. Petang baru masak daging ni. Memang sedap tak rugi amik resepi ni. Cap jempol untuk Hana dan terima kasih pada chef hanieliza juga. Sori lah ya... daging tu tertutup sedikit dengan kuah, saje buat berkuah sedikit baru sedap kan... kan... Cuba jangan tak cuba gerenti tak menyesal punya :DD Rutin kebiasaan main CnP jer yek... Hana k.CT mintak halal ehh ngeeee....


Daging Prune
Resepi dari Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
600 gm daging (dipotong nipis)
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
4 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah*
2 inci halia*
(bahan bertanda* - dihiris)

Cara-cara:
1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.


Thursday, January 28, 2010

Muffin Coklat Kukus




Rasanya dah 2 kali buat muffin coklat kukus ni. Yang mula2 dulu guna resepi dari maklang Azie. Tak ingat bila agaknya, tapi memang dah lama jugalah buat. Tapi kali ni nak cuba lak resepi dari Rinnchan. Memang tidak menghampakan. Emmm... sangat sedap, lembut dan tak tau ler nak kata apa, yang penting memang sedap tak rugi kalau mencubanya. Kalau nak buat makan2 atau buah tangan kenduri kendara pun bole. Aku memang paksalah you als cuba buat memang berbaloi baloiiii hehehe. Sumber asal dari Chef Zubaidah Che Pa, tapi aku amik jer dari dapur Rinnchan. Meh ler cuba buat, senang dan sedapppp!!


Muffin Coklat Kukus
Sumber dari Chef Zubaidah Che Pa

Bahan-bahan:
250 gm tepung superfine/ tepung halus. (CT guna tepung gandum)
75 gm serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder (Yg ini CT tambah sendiri coz guna tepung gandum)
Secubit garam
350 gm gula icing (CT guna gula kastor)
250 gm mentega
3 biji telur
1 cawan air panas

Cara-cara:
1. Ayak tepung, soda bicarbonate, baking powder, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi berselang-seli dengan air panas.
5. Isikan adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15 minit.


Tuesday, January 26, 2010

Kuih Nagasari




Hari ni buat Kuih Nagasari untuk keluarga tersayang. Dah lama nak buat, cuma stok pisang jer yang tak ada (stok pisang tak ada atau malas nak beli) hehehe. Bila dah ada buah pisang, daun pisang lak yang tak ada (ni kes malas nak cari) huhuhu. Jadinya masuk loyang ler kuih nagasari ku ini senang keja ngeeee.... Pisang ni pun pemberian bapak saudara masa kami sekeluarga balik JB hari tu. Banyak gak pakcik aku bagi, tapi separuh dah bagi kat MIL. Yang selebihnya aku makan dan buat ler kuih apa2 ler. Atau lain kata menu pisang ler minggu ni hehehe. Resepi aku mintak dari dapur Suejoshua mintak halal ya dik, bilalah kita dapat jumpa lagi. Macam kebiasaanlah ya CnP jer yek hehehe. Nak menaip banyak lagi keja nak buat, biasa ler suri rumah keja rumah melambak2 nak buat. Jadinya main tepek2 jer cepat sikit. Kalau angin rajin baru lah bole taip kannnn.... :D


Kuih Nagasari
Resepi dari Suejoshua

Bahan-bahan:
180 gm tepung beras
1000 ml santan pekat
150 gm gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
Pisang nipah (dibuang kulit dan dibelah 2 memanjang)
Daun pisang secukupnya (dilayur terlebih dahulu)
Secubit garam

Cara-cara:
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan didalam periuk, letakkan diatas api yang sederhana sambil digaul hingga adunan pekat dan masak.
2. Cedokkan sedikit adunan diatas daun pisang yang telah dilayur, kemudian letakkan sekeping hirisan pisang dan tekankan, tutup pisang dengan sedikit lagi adunan, lipat daun pisang seperti melipat kuih belebat, buat sehingga habis dan susunkan didalam periuk pengukus, kukus selama 30 minit, angkat dan bolehlah dihidang.


Puding Kastard Berkuah




Salam teristimewa untuk teman2 semua. Terlebih dulu ingin ku pohon maaf jika lama tak keudara di Dapur CT ni. Baru balik dari JB jadinya lambatlah nak mula memasak. Lagi pun aku baru saja kehilangan insan yang tersayang. Kesedihan tu masih lagi terasa, tapi aku redha akan pemergiannya. Terima kasih buat teman2 yang sudi singgah di Dapur CT dan turut mendoakan untuk arwah bapa ku juga. Tiada apa yang dapat untukku balas walau dengan kata2, hanya berdoa agar Allah saja yang dapat membalasnya. Terima kasih sekali lagi untuk kesekian kalinya.

Berbalik pada resepi kali ni, puding kastard berkuah. Resepi ni dah ada dalam senarai Dapur CT. My laling CM teringin lak nak makan dessert, jadinya hari sabtu yg lepas pergi Giant beli lah apa yang patut. Memang kesukaan seisi keluarga puding berkuah ni, makan sejuk lagilah sedap. Senang jer nak buat godek2 kat dapur dah siap, cuma kena tahan bediri jer lah :D :D


Puding Kastard Berkuah
Resepi asli Dapur CT

Bahan Puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kembudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam peti sejuk.

Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yang kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.


Friday, January 15, 2010

Kuih Dadar @ Ketayap




Assalamulaikum... Salam bertemu kembali Dari Dapur CT. Puan dapur ni selalu benor tenggelam timbul yek hehehe. Hari ni timbul dengan kuih dadar, kuih gulung, kuih ketayap, banyak benor nama dia erk. Kalau orang Johor panggil kuih dadar, bukan dada okey ngeee... Buat sarapan pagi untuk insan2 tersayang dirumah. Selalu gak buat kuih, cuma nak klik2 camera tu macam malas. Biasa ler guna DSLR my laling CM tu berat macam anak batu giling hahaha. Sabor jer ler... tau dek hubby ku sure lepas ni tak leh pinjam lagi kang hehehe. Resepi dari MyResepi dan terima kasih pada Mama Kastam Tioman. Mesti mama ni duk kat Tioman kot. Jemput makan tapi jangan lupa cuci tangan dan baca doa dulu ya :D :D


Kuih Dadar @ Ketayap
Sumber dari MyResepi

Bahan-bahan:
3 cawan tepong gandum
1 biji telor
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali. (CT guna non-stick pan supaya tak lekat)
3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
5. Dah siap..makan..makan..


Sunday, January 3, 2010

Rainbow Marble Pudding




Salam..... Selamat Tahun Baru 2010 buat kawan2 semua. Rainbow Marble Pudding ni resepi pertama dalam tahun 2010 ni. Semalam ramai kawan2 blogger Msjbox yang datang ke rumah. Di antara menu2 simple yg disediakan adalah puding ni. Memang dah lama nak mencuba resepi ni. Tapi baru semalam dapat membuatnya. Testimoni dari yg merasa, masing2 kata sedap dan licin habis hehe. Lain kali bolelah buat lagi. Nak membuatnya pun tak susah. Terima kasih pada Mak Lang dan K.Ummi juga utk resepi yg sedap ni. Akhir kata aku mintak izin untuk CnP dari blog K.Ummi. Daaaa.......


Rainbow Marble Pudding
Resepi dari K.Ummi

Bahan-bahan:
1 paket agar2 serbuk (13 gm)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
beberapa titis pewarna merah dan kuning

Cara Membuatnya:
1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan.


Friday, January 1, 2010

Kek Pisang




Cak.. cak.. cakkk... hehehehe. Sori ler lama tak berupdate Dapur CT ni. Sebelum masuk tadi dah kebas2 semua habuk2 cuma tak sempat nak mop jer. Rasanya tak der habuk lagi lah dapur ni ya hehehe. Terima kasih pada semua kawan2 yang tak jemu2 sudi singgah ke Dapur CT ni. Biasalah bila dah nak awal tahun mulalah sibuk dengan urusan sekolah buat itu dan ini. Penat segalanya baik kaki, badan dan poket juga hehehe. Okey okey merepek ke lain dah ni. Berbalik pada resepi ni, aku buat kek pisang dari Yani di MyResepi.com. Memang sedap dan lembut jer bila masuk mulut dan tetap moist walau dah simpan satu malam. Anak2 pun puji kata sedap dan tak cukup pulak, lain kali bole buat lagi. Terima kasih pada Yani dan MyResepi.com yang sudi berkongsi resepi ni.


Kek Pisang
Sumber dari MyResepi

Bahan-bahan: (loyang 20 cm )
2 biji pisang (CT guna pisang montel)
140 gm butter
120 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream (CT ganti dgn plain yogurt)
1 sudu besar jus lemon
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...