Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung
Dapur CT. Rasanya ramai yang mungkin dah mula pulang semula dari
kampung setelah bercuti panjang 4 hari sempena CNY. Bagi yang bekerja pastinya juga sudah mula
bertugas walaupun anak-anak sekolah masih lagi bercuti. Untuk pengurus
(rumahtangga) sepenuh masa macam CT ni, cuti umum ke tak cuti umum ke
sama je CT rasa hehehe. Yang pasti, tanggungjawab perlu digalas dengan
baik dalam menguruskan rumah-tangga di samping cabaran untuk menguruskan
masa dengan baik untuk hal-hal lainnya seperti blogging untuk blog
Dapur CT ni.
Untuk entri hari ini, CT sekadar ingin berkongsi kegembiraan walaupun sudah sedikit terlewat kerana kisah dan resepi CT dimuatkan dalam majalah RASA edisi bulan Mac 2013 dan turut dijadikan sebagai Cover Page majalah. Dan untuk pertama kalinya juga aksi CT di dapur turut dimuatkan bersama di atas permintaan pihak penerbitan majalah RASA di samping wajah-wajah ceria dalam foto keluarga CT bersama suami dan anak-anak.
Ada yang bertanya kepada CT, apa rasanya setelah banyak kali resepi dan gambar tersiar dalam Majalah. Bagaimana perasaannya? Bila di ajukan soalan yang sebegitu, CT termanggu sekejap dan cuba memikirkan apa perasaan yang sebenarnya sebab CT tidak pernah terfikir pun tentang perkara ini sebelum ini. Setelah mengambil masa seketika untuk berfikir dan cuba memahaminya secara mendalam, apa yang dapat CT simpulkan adalah perasaan gembira untuk setiap satunya adalah unik. Tiada satu persamaan pun dalam setiap satu darinya dan tidak pernah ada rasa jemu atau bosan sebab dari awal lagi CT telah bertekad untuk terus mengorak langkah ke hadapan dan menjadi lebih baik dari hari semalam. Cuma sebagai insan biasa yang memikul banyak tanggung-jawab, kadang-kadang CT terbatas dengan masa. Namun CT bersyukur dan gembira dengan perjalanan yang telah CT tempuh setakat ini dan semoga CT terus diberi kekuatan untuk berada di laluan yang telah CT pilih ini. InsyaAllah.
Untuk paparan kepada media kali ini, CT berasa puas dan gembira sebab CT turut dapat berkongsi kepada umum wajah-wajah kegembiraan ahli keluarga CT yang merupakan sumber inspirasi untuk CT melahirkan kreativiti dan banyak memberi dorongan dan peransang dalam CT menguruskan blog Dapur CT selama ini.
Disamping itu, CT juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada lima rakan blogger yang lain yang turut sama disunting untuk paparan media oleh pihak majalah RASA edisi Mac 2013 bersama CT iaitu Che Mat Gebu, Azlita Aziz, Kak Wan, Noorsha dan Penyulawa. Kepada yang belum memiliki majalah RASA edisi Mac ini, sila dapatkan ye sebab dalam keluaran inilah satu-satunya peluang untuk menatap wajah otai blogger masakan Mat Gebu yang sebelum ini sentiasa mengelakkan diri dari di paparkan oleh media disamping kesemua resepi-resepi menarik yang telah dikongsikan oleh mereka.
Sebelum CT mengundur diri, CT ingin memohon berbanyak-banyak maaf sekiranya ada antara kata-kata dan celoteh CT samada di blog ini atau di FB yang telah menggores hati tanpa disengajakan. Maklumlah CT hanya insan biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan. CT harap, CT akan terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk CT terus melahirkan kreativiti dalam perkongsian resepi dan mengemudikan blog Dapur CT ini untuk manfaat semua.
Akhirkata dan tak lupa setinggi ucapan terima kasih juga buat Cik Nani Saudiah Zakir dari pihak majalah RASA yang telah memberi ruang kepada blog Dapur CT untuk paparan bulan Mac ini dan juga untuk keluaran bulan April nanti, InsyaAllah.
Salam Sayang,
Syabas dan terus maju jaya buat CT...
ReplyDeleteAssalamualaikum CT.... Tahniah CT... saya memang salah sorang yang suka menerjah dapur CT untuk mencari resepi2 terbaru. Tq for sharing.
ReplyDeleteCt...tahniah...hehe i like it. Nampak muka muka ceria Alhamdulilah..anak anak dah besar tapi ibunya tetap comel.
ReplyDeleteTahniah.
ReplyDeleteMasa iklan lama dulu masa RASA kata akan ada masakan dan blogger popular mama memang ternanti2. Dah beli.
Tahniah Ct! Sesungguhnya Ct menjadi sumber ilham dan mencetus motivasi dan membuktikan bahawa masak-memasak bukan hanya keperluan rumahtangga tetapi boleh dikomersialkan dan diketengahkan untuk perkongsian pelbagai lapisan masyarakat, budaya dan negara! Moga terus maju!
ReplyDeletetaniah kak ct sayang....
ReplyDeletebangga bisa kenal kak ct...
dan jeles sangat lihat body kak ct yg menten je.... ^_^
tahniah kak.ct, che mat, norshaa, kakwan dan kaknim! sayang u olls!! mmuahhhhh
ReplyDelete*gojes tgk akak ngan cikmat masak! hihihihi.. kim salam anak2 kak
Tahniah kak ct dan semua...semoga terus majujaya :-D
ReplyDeleteNk sain otograp mehhh...:-D
tahniah Ct wah best nye sana sini majalah dah kuar wajah Ct famous betul lah, akak pun dah suruh hubby beli RASA ni tapi belum sampai umah lagi, tak sabar jugak nk tengok wajah CMG tu cemana lah ya heee
ReplyDeleteTahniah kak CT. Kak CT best.....Teruskan menyumbang resepi & selalu beri ilham masakan
ReplyDeleteCongrats kak Che ct .. terbaik :)
ReplyDeleteselamat kak ct...
ReplyDeleteikut senang dan bangga pula...
Salam kak ct...tahniah ina ucapkan atas kejayaan akak...moga terus ke hadapan lg
ReplyDeleteAssalam CT cayang...sori dah lama x blogwalking, duk berlegar di FB jek...dah ucap tahniah hari tu kan, tp hari ni masuk blog CT, rajin ni nak ucap tahniah lagi dan lagi...juga untuk semua yg disambar RASA Mac 2013 ni...semoga kalian semua semakin mantap dan tak jemu2 berkongsi.... (*akak dah jemu ke...hehe). Salam sayang... (*psst - tengok gambar CM duk sekali kat dapur tu....mesti dia takut tangan CT terkena oven panas tu...kalau kena, dia cepat2 sambar ubat...kan..kan..hehe)
ReplyDeleteThanks so much for this information. I have to let you know I concur on several of the points you make here and others may require some further review, but I can see your viewpoint. 192.168.l.254 is mostly used by modern routers such as Linksys switches, 2Wire routers, TP-Link routers Alcatel ADSL Modems, Thompson ADSL routers, Westell ADSL Modems, 3Com routers, ADSL billions of router, SRW2023 and many more.
ReplyDelete