Saturday, April 30, 2011

Blended Orange Cake




Assalamualaikum teman2 sekelian. Moga sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah... amin. CT ni nak kata sihat, macam tak sihat. Dah 4 hari CT sakit2 kepala kadang2 hilang kadang2 kena serang balik bila time tido malam. Tak tahu kenapa, nak mengeluh tak boleh kerana kita kena terima ini sebagai ujian dari Allah. Jika manusia diberi sakit sebagai ujian, sesungguhnya sakit itu adalah sebagai penebus dosa2 yang telah kita lakukan didunia ini. Namun yg pasti semua penyakit ada ubat dan penawarnya. Kita sebagai hamba mestilah sabar dan redha.

Berbalik pada resipi Blended Orange Cake ni. Resipi ni dari Kak Fida MyResipi, terima kasih pada resipi yang sedap dan mudah nak disediakan ni. CT memang puas hati 100% okey... dah ramai sangat yang membuatnya. Semua kawan2 dah mendahului dari CT. HaSue, Ayu, Hana dan ramai lagi yang dah buat. Maaflah tak terucap nama kawan2 yang dah pernah mencuba dan ucapan ikhlas dari mulut mereka yang telah mencuba... ada yang kata sedap, lembut, gebu dan macam2lah sebab masing2 punya pendapat sendiri kan. Pada CT keharuman kek ni, fuuuhhh...menusuk lobang hidung jiran berdekatan ... hahaha. Memang betul masa CT bakar kek ni anak2 baru balik dari sekolah pun kata "sedapnya bau mama, masak apa ni..." kan dah kata seedapppp !. CT kurangkan sukatan gula pada 1 cawan saja, sedang2 elok rasa kemanisan kek oren ni. Ada siapa2 yang belum cuba tu cubalahh... cubalahhh... cubalahh ehh... hihihihi


Blended Orange Cake
Resipi dari Kak Fida@MyResipi

Bahan-bahan: ( loyang 9 inci )
1 biji buah limau
1 cawan minyak (CT guna butter cair)
2 cawan gula halus (CT letak 1 cawan untuk kurangkan kemanisan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara:
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama, minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris.
4. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.



Giveaway from Moscow by Miszlullaby

Assalamualaikum.. Pagi tadi dok meronda dapur CMG, tup-tup sekali tengok CT kena tag dgn Mat. Alahai, kena sahut tag ni rasanya, dan kalau bernasib baik bolehlah menang kete kebal rusia yg mat cakap tu hehehe. Syarat2 penyertaan tu boleh di akses di SINI. Okeylah, untuk memanjangkan tag ini, CT tag pulak 5 orang kat bawah nie..

Friday, April 29, 2011

Lemak Cili Padi Ikan Sepat + Nenas




Assalamualaikum... Sejak2 ni tekak nak makan macam2 jer. Bukannya apa sangat, sekadar ingin melayan tekak yang teringin nak makan ikan sepat masin. Hari minggu lepas pegi pasar tani danau kota CT belilah 2 ekor. Memang lama sangat CT tak makan ikan sepat ni tau. Kat rumah memang tak ada yang gemar makan ikan sepat masin kecuali CT. Lepas masak terus tak tunggu lama2, nasi dah masak awal2 apa lagi teruslah baca Bismillah... kita makannnn duluuu !! hehehe. Emm... seedappp ! cap jempol kat lauk ikan sepat masin ni sebab ada rasa masam, masin dan manis2 sikit. Resipi ni CT amik dari Ros jintanmanis, terima kasih ya Ros, Kak CT cnp dan letak di Dapur CT ya. BarakAllah... Alhamdulillah ... kenyang sudah :D


Lemak Cili Padi Ikan Sepat + Nenas
Resipi dari Ros Jintanmanis

Bahan-bahan:
3 ekor ikan masin sepat - di potong 2 (CT rendam dulu 10 minit dengan air garam)
1/4 biji nenas - dipotong nipis
1 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6 - 8 biji cili padi (CT letak 10 biji cili padi kampung.. pedas wooo :D)
1 cawan santan + 1 cawan air
1 keping asam gelugor
Sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk (CT guna kunyit hidup)
Garam (Jika perlu)

Cara-cara:
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.




Thursday, April 28, 2011

Kuih Dadar / Ketayap Dot.. Dot.. Dot




Assalamualaikum... salam penuh kemesraan buat semua pengunjung yang sering singgah ke Dapur CT. Alhamdulillah semoga apa yang kita masak dan sediakan untuk keluarga tersayang adalah hidangan yang sentiasa mendapat keberkatan dariNYA, insyaAllah. Pagi ni CT sempat menyediakan hidangan Kuih dadar @ ketayap buat keluarga tersayang. Kuih Dadar atau kuih ketayap adalah antara kuih2 melayu yang paling senang dan sedap bagi CT. Tapi minta maaf lah sebab CT menderhaka sikit pada resepi ni dengan mengubah rupa dan kalernya... hihihi. Saja inginkan kelainan dan menokok tambah dot dot pulak kat kuih ni... hihihi. Ada ternampak kawan2 yang buat bentuk jalur2, tapi CT pulak buat dot dot jer. Resipi ni CT ambil dari blog resipicitarasawan (Kak Wan). Alhamdulillah lembut jer kuih ni, anak2 bujang dan my laling CM yang hampir hilang 'kebujangan' nya pun suka dengan kuih dadar ni... hehehe. Thanks Kak Wan for sharing... dan CT copy resipi ini untuk dipanjangkan di Dapur CT pula :D


Kuih Dadar / Ketayap Dot.. Dot.. Dot
Resipi dari Kak Wan

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur (CT guna 1 biji telur)
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
Pewarna hijau (CT guna pewarna kuning)
Sedikit pewarna coklat (untuk dot dot)
1 sudu besar majerin dicairkan
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
Sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut / jagung (CT tak letak)

Cara-cara :
1. Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis (CT biarkan sekejap dalam 10 minit).
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.




Wednesday, April 27, 2011

Rendang Daging




Assalamulaikum... Dah lama betul CT tak makan rendang daging. Bila dapat masak dan makan tadi macam dapat intan berlian jer seronoknya... hehehe. Maklum ler nak masak rendang ni kena sabar, tu yg kadang2 fikir dua tiga kali bila nak masak. lauk rendang ni kita boleh pelbagaikan dgn banyak jenis makanan. Makan dengan nasi impit boleh, pulut kuning boleh, nasi lemak boleh, pendek kata macam2 lah kan. Lagi satu, bila masak rendang ni baunya boleh merebak satu taman dengan keharuman daun kunyit dan daun limau purutnya ... wangiii jer. CT masak pun tak lah banyak mana sekadar masak untuk makan tengahari dan malam sekali. Beli daging pun tak banyak pun, cukup untuk hidangan keluarga jer. CT ni asik cakap jer sampai lupa pulak, resipi kali ni ada kelainannya. Rendang ni tak mengunakan rempah kari malah mengunakan rempah kurma. Dan CT juga tambah rempah 4 beradik dalam bahan ni. Memang lainlah sikit resipi ni, sedap pun ya juga. Lain kali boleh lah masak lagi resipi dari Melati dari MyResipi simple dan senang. Terima kasih buat tuan punya resipi ni.


Rendang Daging
Resipi dari MyResipi

Bahan-bahan: ( 5-6 orang )
1 kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik ( CT letak 2 sudu besar dan kerisik dibuat sendiri, lebih wangi dari yg dibeli segera di kedai)
1 biji kelapa - ambik santannya
Garam
Gula melaka / gula pasir
Sedikit air asam jawa
Rempah tumis 4 beradik (CT tambah)
Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 - 1/2 cm halia
1 - 1/2 cm lengkuas
15 - 20 biji cili kering

Bahan mayang:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara:
1. Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.




Tuesday, April 26, 2011

Ayam Masak Kicap Bersama Kentang




Assalamulaikum... Kali ni CT masak lauk yang simple dan sempoi untuk hidangan keluarga tersayang. Kat rumah CT ni memang jarang nak jumpa ikan, sebab anak2 CT tak gemar makan ikan. Hanya CT dan my laling CM jer yang makan. Kalau nak jumpa ikan tu agak2nya sebulan hanya sekali jer... hehehe. Resipi ni CT memang selalu masak, kadang2 guna telur dan ikan juga. Sebab anak2 pun suka makan lauk kicap ni. Nasib baik lah tak hitam kan ahli keluarga rumah ni.. hehehe. Nak menyediakan resepi ni tak lah susah mana, masak tak sampai 1/2 jam pun dah boleh siap. Masak sempoi2 ni kadang2 lebih menyelerakan. Tambah2 lagi makan dengan nasi hangat ada pulak sayur kobis goreng dan telur dadar. Licin nasi kat pinggan, tak adalah sampai makan dengan pinggan2 sekali okey... hehehe.


Ayam Masak Kicap Bersama Kentang

Resepi Che CT

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil2 cuci dan toskan.
2 biji bawang merah - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
1/2 inci halia - hiris halus2
1 batang cili merah - hiris
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu teh lada hitam tumbuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji kentang dipotong memanjang - goreng garing
1/2 cawan air
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk kepekatan kuah.
Sedikit garam jika perlu
Daun bawang / sup - untuk hiasan

Cara-cara:
1. Ayam dilumur dengan garam dan kunyit - digoreng kuning keemasan tapi jangan garing agak2 separuh lembap. Kemudian gorengkan pula kentang yg dipotong memanjang tadi. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan baki minyak gorengan ayam tadi sedikit dalam kuali dan goreng bawang merah, bawang putih dan halia bersama rempah tumis. Kacau rata hingga naik bau.
3. Dengan api sederhana masukkan cili kisar kacau lagi. Masukkan lada hitam tumbuk, sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau sebentar dan masukkan sedikit air.
4. Bila mendidih masukkan ayam goreng, kentang goreng dan lada merah hiris kacau rata 2-3 minit. Masukkan air tepung jagung untuk kuah pekat sedikit. Perasakan, jika perlu dimasukkan garam dan kacau rata.
5. Matikan api, angkat dan taburkan daun bawang / sup. Bolehlah dihidangkan bersama nasi hangat. Selamat mencuba :D




Monday, April 25, 2011

Kuih Lopes




Assalamulaikum.... Salam mesra dan salam penuh keceriaan buat semua pengunjung2 Dapur CT. Hari ni dengan rajinnya CT buat kuih lopes untuk hidangan seisi keluarga. Kalau kat kampung ni MIL CT mesti buat lopes dengan membungkus dalam daun pisang dan merebus nya. Kita yang duduk di Kota ni kalau nak buat cara tu pun boleh ajer. Cuma bagi kita2 ni semuanya nak cepat dan express kan... hehehe. Oleh itu, CT tidak menggunakan daun pisang untuk membuat lopes ni, main kukus jer beras pulut tu dalam loyang, cepat dan tak perlu banyak2 kerja. Resipi ni sumber dari Tulip77 dari MyResipi. Terima kasih pada yang memberi resipi yang mudah dan simple nak menyediakannnya ni. CT memang suka kuih lopes ni makan 2-3 keping belum tentu kenyang... hehehe.


Kuih Lopes
Resipi dari MyResipi

Bahan-bahan: ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 sudu teht garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam (CT kukus sekejap kelapa parut tu)

Air gula:
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
1 helai daun pandan - simpul (CT tambah)

Cara-cara:
1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan kukus lagi selama 30 minit.
2. Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik / daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar boleh kurangkan gula.


Sunday, April 24, 2011

Masak Lemak Pucuk Manis




Assalamulaikum... salam hujung minggu buat semua. Alhamdulillah... my laling CM dah beransur sihat, terima kasih pada semua kawan2 yang sudi mendoakan buat suami CT. Berbalik pada menu dihari minggu ni, CT masak lemak pucuk manis + keledek. Dah lama tak masak dan makan pucuk manis ni. Kebetulan semalam CT dan suami berbelanja barang dapur di Giant Batu Caves, kami berdua makan tengahari sekali kat situ. Masa tu lah CT ternampak lauk ni, emm.. tu yang tergerak nak masak sebab dah lama sangat tak makan... hehehe. Nak masak lauk ni tidak lah susah mana pun, memang simple saje nak menyediakan nya. CT lawan kan lauk lemak ni dengan ayam goreng kicap dan goreng ikan kerisi sekali untuk my laling CM... hihhi. Tak mengapalah CT letak jugalah resipi yang CT amik dari Blog Mat Gebu untuk di kongsikan bersama di Dapur CT ni. Terima kasih Mat untuk resipi ni, K. CT mintak dihalalkan C&P untuk menu ini di letak di Dapur CT ya.


Pucuk Manis Masak Lemak
Resipi dari Mat Gebu

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk manis, asingkan tangkai dan daun
2 biji keledek kawen, kaler oren, siang dan potong berbaji (CT guna keledek kuning)
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
200 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 batang cili merah- hiris (CT tambah)

Cara-cara:
1. Satukan santan cair, bawang merah, bawang putih, keledek dan udang kering, masak hingga mendidih. Masukkan pucuk manis, tapi sebelum tu, cuci, toskan dan ramas pucuk manis tadi sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Biar mendidih.
2. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kalau nak guna serbuk perasa pun ok.. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga keledek empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sambal belacan dan ikan masin...


Friday, April 22, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake / Muffin




Assalamualaikum.... Moga kawan2 semua sentiasa dalam naungan Allah. Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi semangat pada CT untuk terus kembali DDCT ni. Sejak 2-3 hari ni hati CT tak berapa selesa sama sekali. Bila insan tersayang tak berapa sihat, hati seorang isteri akan turut merasai kesakitannya bersama. Semoga my laling CM akan cepat sembuh, sihat waalfiat dan sentiasa di lindungi Allah selalu hendaknya.. Aminnnn.

Berbalik pada resipi ni CT buat 2 kali dah. pertama kali buat dalam muffin cup yang kecik molek jer. Sebab percubaan pertama ni CT akan buat sedikit jer dulu, tengok pada permintaan insan2 tersayang dirumah. kalau mendapat sambutan kena lah buat lagi. Haaa... memang berbaloi2 CT cakap kat you alls memang sedap, mois lah senang citer. Tapi CT ada tambah sedikit jer pada resipi tu. Ada bahan2 yang CT tak ada stok kat rumah.. hihihi.Tak apa asal resipi asal masih maintain jer kan. Kali kedua pun CT masih buat versi muffin gak, tapi kali ni yang besar sikit lah. Tu yang buat 2 adunan jadi kena tamah lah aduanan tu ya... hihihi. Thumbs up lah buat Dayang memang tak rugi mencuba resipi ni. InsyaAllah CT akan buat versi kek pulak nanti. Kena tunggu birthday kita lah kot.. hehehe. terima kasih buat Dayang Jack.... muahhhh!

Super Moist Eggless Chocolate Cake / Muffin

Resipi dari Dayang Jack

Bahan-bahan : (untuk loyang 6-7 inci)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon (CT ganti dengan 1 sdb orange sunquick ... :D )

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Monday, April 18, 2011

Kuih Lapis Pelangi




Assalamulaikum... Salam keceriaan dari Dapur CT. Masih tak habis lagi bermain dengan warna warni Dapur CT ni kan. Kenapalah agaknya Dapur CT ni dok keluarkan menu yang berkaler2 jer ni, kemaruk main water colour anak2 ker apa ni... hahaha. Sabor jer lah kan, sememangnya CT rajin buat kuih untuk sarapan anak2 sebelum ke sekolah dan my laling CM sebelum pergi kerja. Lega rasa hati bila ahli keluarga ni kenyang perut sebelum keluar dari rumah... Alhamdulillahhh. Kuih ni memang berkaler2 eh... bukan CT saje nak buat kaler maler ni. Resipi CT amik dari yatiememories. Yatie ni lah yang rajin buat kuih2 talam atau apa pun jenis kuih semuanya nampak cantik jer. Halus jer kuih buatan tangan Yatie, suka CT tengok. Tak macam kita ni ada kasar sikit bab2 nak mendeko segala... hihihi. terima kasih Yatie k.ct copy pase disini boleh ya. Jom lah kita intai2 resipi ni pulak ya :)


Kuih Lapis Pelangi
Resipi dari Yatie

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat (1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning (CT guna merah , pepel, biru & kuning)

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.


Friday, April 15, 2011

Apam Beras




Assalamulaikum... terbitkan senyuman penuh keikhlasan agar wajah berseri macam kuih apam ni ... hihihi. Berkaler2 sungguh memikat hati, macam pelangi pun ada gak. Cuma tak cukup 1 jer lagi kaler tu... hihihi. Dah lama teringin nak membuat kuih apam beras ni. Kawan2 lain semuanya dah sampai kebulan 2-3 kali. Tapi CT masih lagi duk dibumi tak sampai2... hehehe. Bukan tak mahu buat, cuma sikap tak nak 'merajinkan' diri tu jer yang membuatkan CT tak nak buat. Ni kali kedua CT buat apam beras ni. Mula2 buat tu apam ni macam segan nak senyum. Tapi kali kedua pulak semuanya senyum2 kambing aje. Harapnya supaya dia tersengih lebar.. "tersengih macam selipar koyak" kata Pak Jabit dalam movie hantu kak limah... tapi tidak pulak nampaknya ... hihihi. Dailog dalam cerita hantu kak limah ni dah jadi macam fenomena kan. Kat mana2 dengar budak2 mengajuk-ngajuk. Seronok pulak CT tengok bila anak2 semua dok melayan citer tu sambil diulang2 dailog tu sekali... hehehe. Berbalik pada resipi ni CT amik dari blog Azita Kitchen @ kak ita. Geram bila tengok apam beras yang kak ita buat tu semuanya tersenyum jer. Terima kasih pada kak ita kerana berkongsi resipi ni :))


Apam Beras
Resepi dari Azita Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula (CT tak guna gula ni tapi guna 1 3/4 cawanbrown sugar)
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam halus (CT kukus sekejap supaya kelapa boleh tahan lebih lama)

Cara-cara:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. (CT masukkan air sedikit2 hingga nasi betul2 hancur)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa putih yang telah di gaul dengan sedikit garam.. siap!


Monday, April 11, 2011

Sticky Caramel Chicken




Assalamulaikum semua... Inilah hidangan untuk seisi keluarga CT untuk lunch dan juga merangkap ke dinner. Meal serving stail london sekejap yek... hihihi. Resipi kali ni CT tidak mengunakan kepak ayam sesaje. Sebab ada yang tak berapa gemar makan kepak ayam. Tambah2 lagi dengar kata orang lelaki memang tak elok makan kepak ayam. Dimana kesahihan nya CT tak tahu, tapi yg pasti utk resepi ni CT campur2 guna semua bahagian dari 1 ekor ayam. Dah macam kat pasar malam jer bunyi orang jual barang2 keperluan RM5 bole campur2... hehehe. Tu yang tajuk tak bubuh nama 'Wing' kan. Resipi asal nya dari Ayu S'pore dan CT jengah juga di DTS Mat Gebu dan kawan2 yang lain juga. Emm... sedap juga ayam ni, tidak perlu memerlukan bahan2 yang susah nak cari. Semuanya dah ada di dapur kita. InsyaAllah bila nak cepat masak guna aje resipi ni cepat dan ringkas. Terima kasih daun keladi buat Ayu sekali lagi atas resipi ni. Dan CT copy resipi dari blog Mat Gebu, DTS jer, mintak halal ya Mat :))


Sticky Caramel Chicken
Sumber dari Mat Gebu

Bahan-bahan :
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu
* CT tambah 1 sudu kecil serbuk lada hitam. Ikut Nor67 letak ni.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

Saturday, April 9, 2011

Kek Gulung Kasih



Assalamulaikum... Sentiasa selitkan senyuman agar masakan yang kita masak itu akan sedap dan memberi keberkatan utk orang yang memakannya...alhamdulillah. Resipi kek gulung kasih ni CT buat petang semalam. Tak pernah buat kek yang bergulung2 ni, ini first time CT buat. Itu lah dah lama nak cuba, tapi macam tak berapa yakin bila nak menggulung tu takut melekat. Haaa... macam kek gulung ni lah, dimana silapnya CT tak tahu. Tapi insyaAllah CT akan cuba lagi sampai berjaya. Bukan sekali kita gagal akan terus gagal sampai bila2 kan. Dimana ada kemahuan pasti disitu akan ada jalan penyelesaiannya, betul tak!.. hihihi. Orang lain dah lama membuatya tapi CT baru nak buat, asik ketinggalan aje. Apa yang penting niat kita nak mencuba, itu yang PENTING kannnn. Jom tengok resipi tapi kalau nak tengok langkah2 buat kek ni bole lihat di blog Dayang Jack ya. Terima kasih pada Dayang kerana berkongsi resipi yang sedap ni :))


Kek Gulung Kasih
Sumber dari Dayang Jack

Bahan-bahan :
70 gm tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 gm gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning (CT guna kale biru, pink dan kuning)
CT letak jem blueberry - nak letak jem lain pun bole juga.

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
9. Gulung kek dengan kemas.
10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Saturday, April 2, 2011

Kuih Sagu




Assalamulaikum...salam satu Malaysia.. hihihi. Yalah duduk di Malaysia kenalah ucapkan begitu kan. Berbalik pada resipi ringkas tapi sedap ni, CT ambil dari MyR dari Mama kastam tioman. Terima kasih lah ya buat mama kastam. Kuih ni memang tak akan rasa jemu kalau di makan. Nak menyediakannya pun begitu mudah dan cepat. Cuma kali ni CT buat ada kukus pulak, selalunya dok tenggek atas dapur dan bior dia sejuk baru simpan dalam peti ais. Kelainan nya kali ni, kuih nampak sekata jer. Tidak ada lagi biji2 putih seperti yang pernah CT buat sebelum2 ni. Ini pun kira satu yang barulah kan. Atau cuma CT jer yang dah ketinggalan kot..hehehe. Kalau kuih ni Kak Ummi Kuantan suka ni..hehehe.


Kuih Sagu
Sumber dari MyResipi

Bahan-bahan: ( Loyang 22 cm )
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Cara-cara:
1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya.
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...