Assalamualaikum... Salam mesra untuk semua pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kali ini CT ulang buat lagi kek yang sangat sedap dan lembut. Ini kali kedua CT buat, jika masih ingat pada kek pandan lapis serikaya yang CT buat sebelum ni?. Haa... yang ini CT ubah perisanya kepada lapis strawberry pulak. Sukatan gula tu CT kurangkan sebab jem strawberry ni dah manis kan. Kalau kita sayang pada jari2 kaki dari di 'potong', kenalah kurangkan manis dalam setiap masakan kita ya. Sukatan kali ni CT buat dua adunan jadi tak payah nak lapik tebal2 macam kek pandan dulu tu. Kalau teman2 guna loyang yang kecik sedikit pasti dapat lebih tebal.
Kek Lapis Strawberry ni CT buat pun dah petang, jadinya kelam kabut sikitlah nak siapkan dan cepat2 shoot sebab kalau dah gelap hilanglah sumber pencahayaan yang diperlukan. Resipi ni hampir sama dengan yang lepas cuma ada yang ditukar, dikurangkan atau ditambah. Kalau nak lihat hasil kek pandan lapis serikaya tu boleh lihat dalam entri CT yang lepas tu ya. Terima kasih pada semua pengunjung setia Dapur CT yang tak jemu2 meninggalkan komen dan singgah ke sini. Dapur CT akan bercuti selama 3 hari mulai esok kerana CT bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga. CT akan bertolak sebentar lagi lebih kurang pukul 10 macam tu. Jika ada yang ingin mencuba silakan, jangan segan2 ya. Sampai jumpa lagi.. Daaaa......
Kek Lapis Strawberry
Resipi asal : E-na Lovely Kitchen
Di olah : Che CT
Bahan-bahan A :
60 gm butter dicairkan
60 gm gula halus / gula kastor
60 gm tepung kek
5 biji telur gred A
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit Perisa Strawberry
Sedikit Pewarna Pink
Bahan B :
Jem strawberry secukupnya
Loyang 10" x 14"
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan A 'KECUALI' butter cair ke dalam bekas.
2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna pink, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
9. Paipkan untuk membuat garisan lurus yang halus.
10. Dengan menggunakan lidi sate/ pencungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas garisan lurus di atas adunan tadi secara melintang dan lembut dari hujung ke hujung untuk melorek coraknya.
11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pada oven masing2).
12. Sejukkan dan belah dua.
13. Sapukan jem strawberry, potong kecil untuk di hidangkan.
11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pada oven masing2).
12. Sejukkan dan belah dua.
13. Sapukan jem strawberry, potong kecil untuk di hidangkan.
P/S - Kamera Klasik ke-9 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Canon Canonet 28.