Selamat bertemu kembali... Sebenarnya esok aku nak balik kampung, ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Jadi petang ni aku buat kek ni untuk bekalan hari esok. Nak buat mengunyah dalam perjalanan dalam keta nanti. My laling tu bukan suka nak berhenti2, kecuali anak2 atau aku nak terkucil buang air kecil barulah singgah kat R&R. Lagi pun aku suka bab2 suap menyuap kat mulut my laling ni, nampak manjaaaa gitu ahakssss. Jangan jeles... jangan jeles ngeh ngehhh. Okey kembali pada resepi kek ni. Resepi asalnya ialah green carpet cake dari Dayang Jack. Tapi yg aku tepek kat sini aku amik dari blog Kak Ummi jer. Terima kasih untuk kedua2 chef ni. Tapi nak mintak maaf kat Dayang kerana aku ubah color cake tu dan namanya, sebab stok hijau dah habis. Tapi bahan2 masih sama jer okeyyy... hehehehe. Tu yang aku ubah namanya jadi Red Carpet Cake. Jom... jom... tengok resepi dan bole cuba tau nanti :-D
Red Carpet Cake (Kukus)
Resepi dari Kak Ummi
Bahan-bahan: (loyang 6 inci/5"x 9")
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar / ditumbuk halus)
3 sudu besar horlicks1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco (ct guna paste strawberry dan perwarna merah)
1/4 cawan susu pekat manis
Cara-cara:
1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul2 hancur). Gunakan kelajuan maksimum.
4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima sahaja.
5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (tak perlu letak warna, ia akan menjadi kekuningan selepas dikukus).
8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri). Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek dan sedia utk dipotong.