Friday, November 28, 2008

Mencuba Resepi Baru...

Hari ni aku kurang on9 coz membz kan diri kat dapur lah apalagi. Rasanya dah berapa hari tak duk buat kuih tuk anak2 dan suami tercinta. Lepas makan tengahari aku pun menyibukkan diri kat dapur. Harini aku saje nak cuba buat tat telur, menjadi ker tidak belakang kira..yang penting perut terisi dan dapat belajar buat benda yang baru. Haa..ni lah 2 hasil yang aku buat satu hari ni, hehehe Tat Telur dari resepi Mat Gebu dan Kek Coklat Kukus dari My-Resepi. Nasib baik lah menjadi..yok makan2 sambil menjamu mata hehehe.

Saturday, November 22, 2008

Timbang Punya Pasal La Nie...

Image Hosted by FileHive.com
Ni semua Hana, Fiza, Mat Gebu dan gang-gangnye punya pasallah nie.. Cik CT aku dah kene jangkitan virus 'bake'... bahye virus nie.. org yg kene virus nie takde lain kejenyer selain dari gatal tangan utk baking cake, muffin dan yg sewaktu dengannnya.. huhuhu.. Nasib baik virus nie jenis virus yg baik.. so, aku juga yg untung dpt makan kek selalu.. lantak awaklah cik CT ooiiii.. buat kek yg sedap-sedap taw! ngeeeeee...

Nukilan:

Pembantuku Di Dapur Dah Sampai...

Image Hosted by FileHive.com
Jeng..jeng..jengg....haaa..ni lah dia DKS (korang tau DKS tu apa tak? Digital Kitchen Scale laa huhu) yang aku dok intai2 kat umah bloger G-Fauziah ari tu. Perghhh..akhirnya aku berjaya mendapatkan si jantung hati ku ini. Itu pun atas pertolongan adik aku lah hehehehe. Terima kasih lah kat dia kan. Kalau dia tak ada kupon Cosway tak dapatlah aku nak beli DKS n dengan harga yg murah. Kalau harga tanpa kupon RM129.00 tapi kerana bermurah hatinya adik aku tu dapat lah beli dengan harga yang rendah sikit. Apa pun memang aku dah lama nak beli coz timbang aku yang lama, aku tinggal kat Johor. Pas ni boleh lah aku merajinkan lagi diri aku ni kat dapur hehehehe....Untuk Hana & Fiza bila lagi nak beli...cepat kumpul koleksi ngehehehe.. layannnn...

Nukilan:

Wednesday, November 12, 2008

Gathering bersama Hana Kanazawa

Venue 1 - Jaya Jusco, Wangsa Maju


Semalam adalah hari yg sangat menyeronokkan, first time dpt kumpul ngan kawan2 blogger masak2 ni hehehe. Time nak pegi JJ tu aku dok numpang Kak Ina KL, maklum ler aku ni tak ada lesen nak bawak kereta. Nak dijadi kan cerita, jadi 'mak datin' ler aku sekejap duduk kat belakang... bila lagi kan hahaha. Terima kasih ya K.Ina sudi tumpangkan CT. Terima kasih juga pada Hana yang sudi gak jumpa ngan K.CT ni kan. Hana ni datang nun jauh dari Jepun sana. Hubby Hana ni dok balik cuti sebulan di Malaysia... tu yang dpt datang utk melepaskan rindu ngan kawan2 blogger semua, termasuk lah aku, Dr Inahar, Fiza Nordin, K.Ina KL, K.Intan, K.Ham dan juga Niza. Memang happy sangat2 sampai tak sedar hari dah petang kitaorg dok lepak kat situ. Dah penat dok berbual, ketawa dan makan2... apalagi sesi bergambo lah pulak. Snap sana, snap sini tak peduli dah orang keliling hahaha. Sebelum balik dapat cenderahati dari Hana dan Dr Ina... Tq so much muahhh!!






Venue 2 - Di Teratak CT


Sewaktu nak balik tu pulak, K.Ina KL, Hana dan Fiza kata nak singgah kat umah aku pulak. Maklumlah, aku menumpang naik kete K.Ina. Terlanjur dia nak hantar aku balik, aku pelawalah dorang singgah umah aku kejap. Fiza ikut sekali tapi last minute tak dapat nak singgah masuk sebab anak bujang dia dah hanyut dibuai mimpi. Tak ada apa yang dapat aku hidangkan buat K.Ina dan Hana sebab langsung tak prepare apa-apa, hanya sekadar air oren dan kuih cakar ayam jer. Mintak maaf lah ya... lain kali kalau dtg bertandang lagi boleh ler CT masak yang sedap2. Serangkap pantun utk Hana.. Kalau Ada Sumur Di Ladang, Boleh Saya Menumpang Mandi. Kalau Ada Umur Yang Panjang, Boleh Kita Berjumpa Lagi. InsyaAllah.


Murtabak Lapis Krim Kraker

Tadi aku buat Murtabak Lapis Cream Cracker. Aku amek resepi tu kat blog Rozzan's Shared Recipes. Lepas tu aku canang kat Eena. Akibatnya dia suruh aku letak gambanya kat sini pulak. Tadaaaa... ini hasilnya...



P/S - Eena.. jemputlah makan! huhuhu...

Nukilan:

Koleksi Klasik CT

Sejak akhir-akhir ni aku tengok geng2 blogger masak memasak dah ada hobi baru iaitu mengumpul koleksi pinggan-mangkuk zaman dulu-dulu. Mula2 tu tak ramai tapi semakin lama semakin ramai pulak yg dok menayang koleksi dorang. Ni yang tak boleh jadi ni sebab aku masih ingat lagi yg arwah mak aku dulu pun banyak menyimpan koleksi yg macam tu kat kampung. Hari tu masa aku balik kampung, aku selongkar almari lama dan sedihnya aku sebab banyak yg dah hilang. Ada yg pecah dan ada yg lesap cam tu aje. Tapi mana yg dapat aku ambik tu, walaupun cuma seciput, namun dapat jugalah aku menyimpan sedikit dari koleksi pinggan mangkuk antik tu. Bak kata orang tu, sikit2 lama-lama jadi bukit.



Sudu, Piring & Pinggan bercorak Bunga Kangkung



Piring 6" bercorak Mawar Liar



Piring 6" bercorak Kekwa Merah Samar



Teko bercorak Black Rose



Jug Air Kaca zaman dulu



Set cawan dengan lingkaran Jingga dan Emas



Set Gelas & Piring mini zaman dulu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...