Friday, January 11, 2013

CT bersama MIDI - Jan 2013


Assalamualaikum dan salam ceria buat semua teman-teman dan pengunjung Dapur CT. Hari ni CT sekadar ingin berkongsi kisah 4 resepi yang telah CT kongsikan sedikit masa dulu dan kini di siarkan pula untuk dikongsikan kepada pembaca-pembaca Majalah MIDI keluaran 1 Januari 2013. Yang sebenarnya CT ingin publish pada 1 haribulan hari tu tapi disebabkan CT terlalu sibuk, baru semalam CT berkesempatan untuk ambik betul-betul gambar kulit majalah dan halaman yang menyiarkan resepi tersebut.


Menurut kata editornya, resepi dari CT ini merupakan paparan pembuka tirai yang pertama bagi merasmikan ruangan terbaru dalam majalah MIDI iaitu ruangan Resepi Blogger. CT harap selepas ini rakan-rakan blogger masakan yang lain akan turut menyusul pula ye. Dan CT memang bersetuju dengan teks editornya, Siti Mariam Elias bahawa sekarang ini golongan pembaca media cetak kini turut sama mengaplikasikan media internet sebagai bahan bacaan teras disamping menggunakannya untuk media sosial. 

Pada pendapat CT, perkembangan ini adalah suatu perkembangan yang sihat kerana secara tidak langsung perkongsian yang seperti ini dapat memberi manfaat kepada golongan sasar yang sangat besar. Pendek kata, zaman kian berubah dan semoga perubahan ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang baik oleh semua golongan.

Okeylah rasanya CT dah terlebih celoteh pulak ni. Bagi yang berminat nak semak kembali resepi CT yang diterbitkan dalam majalah tersebut, bolehlah klik link INI, INI, INI dan INI ye. CT mohon berundur diri dulu, kita jumpa lagi minggu depan ye. Salam sayang dari CT untuk semua. daaaa....

12 comments:

  1. Assalam Che CT.. Tahniah dari saya..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak ct. Selangakh lagi ke hadapan

    ReplyDelete
  3. tahniah Ct, mesti nak kena beli MIdi lagi ni nak buat koleksi resepi dari Ct senang nak refer bila2 nak buat hebat lah Ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor beli majalah MIDI setiap bulan kak, banyak info yang berguna dan juga resipi menarik ya. Terima kasih kak :)

      Delete
  4. Tahniah akak... Moga terus berjaya lg d masa akan dtg...

    ReplyDelete
  5. tahniah kak.ct...... dan tima kasih sbb bgtau..... sayang akak! hehe

    ReplyDelete
  6. Assalam CT cayang, aritu dah congrats kat FB, hari ni nak masuk sini, tinjau2 byk gambar...hehe.. Tahniah sekali lg CT...moga terus melangkah yeaa....sukses hendaknya...muuaahhh!

    ReplyDelete
  7. tahniah ct... teruskan berkongsi resepi-resepi hebat..

    Nak kongsi 1Rahsia

    ReplyDelete
  8. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the enjoyment here! keep up the good work. With best Pictame2, you can stalk any users and stories highlights, Anonymously Online Instagram User Posts and Highlights Story web ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...