Thursday, July 22, 2010

Strawberry Chocolate Cake




Selamat Hari Jadi Che CT. terlewat satu hari buat kek ni... hehehehe. Sendiri punya birthday, sendirilah kena buat kek. Abis... nak suh sape lagi tolong buat kat umah ni, kalau bukan diri sendiri kan... anak2 bujang lagi kecik tak pandai nak buat. Pandai makan n komplen bole ler... hehehe. Kalau my laling CM emm... rasanya buat kat kedai kek lah kot lagi senang... hahahaha. Apa pun nak ucap terima kasih banyak2 kat HaSue kerana resipi yang senang dah mudah nak membuatnya. Ct suka kek ni memang sedap. Kat tekak CT lah, tapi kalau tekak orang lain tak tahu lah pulak kan. Memang CT suka buat kek yang lembut2 dan ada rasa coklat macam ni. Tak bole buat selalu nanti anak2 CT kata "baik mama bukak kedai kek jer kat rumah ni senang..." hahahaha. Kenapa CT bagi napa kek strawberry, sebab ada buah strawberry kat atas tu... hehehe. Abaikan lah coklat yang meleleh kat tepi tu ya, cuaca panas tu yang cepat cair jerrrr.. huhuhu.


Strawberry Chocolate Cake
Resepi dari HaSue

Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko (CT guna Van Houten Cocoa)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus - ayak sebelum disukat

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair (CT guna butter cair jer)
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus.
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung / alas dengan kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan tak berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang).
7. Kukus sekurang2nya 1 1/2 jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus).


Friday, July 16, 2010

Bun Kelapa




Salam .... Sejak dah ada pembantu Bibik Melayu ni, CT makin rajin buat roti kat rumah... hehehe. Cuma tak done nak menepek resepi kat Dapur CT ni jer. Resepi kali ni CT cilok dari blog Mat Gebu... ampon Mat, K.CT curi malam2 buta itu hari... hahaha. Memang senang dan sedap bun kelapa ni. Sampai kurang lak time buat tu, my laling CM pun masih cari lagi lepas balik keja... huhuhu. Memang sah sedaplah kalau ada yang mencarinya lagi kan... ekekeke. CT letak kaler hijau dan perasa pandan sikit tu yang jadi hijau tu. Jom ler tinjau2 resepi bun kelapa ni pulak ya ^__^


Bun Kelapa
Resepi dari Mat Gebu

Bahan Doh:
500 gm tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 gm lemak sayur (shortening)
100 gm gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner

Bahan Inti Kelapa :
2 1/2 cawan kelapa parut putih (guna kelapa kulit basah)
60 g gula melaka
50 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 cawan air

Cara-cara:
1. Untuk doh : Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 - 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan "on". Tunggu hingga siap.
2. Untuk inti kelapa : Gula melaka dipotong kecil2 dan satukan bersama gula pasir dan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Tapis air gula tadi ke dalam kuali. Masak hingga gula berbuih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Gunakan api perlahan.
3. Untuk bun kelapa: Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 - 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 20 biji bun...

Thursday, June 24, 2010

Roti Kismis Gebu




Assalamulaikummmmm!! Apa khabar semua. Rindu sangat dah kat Dapur CT dan kawan2 yang masih setia untuk singgah kesini. Ada yang rindu tak dengan CT ni erk... ekekeke. Sorilah lama sangat CT dok menyepi. Tapi ayat yang biasa orang akan kata "selalu gak masak, tapi resepi yang sama jer macam kat blog tuu"... hehehe. Sekarang ni CT sedang sibuk tolong kemas barang2 anak dara CT, Lily yang akan masuk UiTM kat Jengka esok. Ingat nak stay satu hari kat sana sebelum hari mendaftar. Tapi tak jadi lah pulak, tempat yang kami nak book tu semua dah penuh. Kena bertolak selepas solat subuh lah esok nampak gayanya. Tolong doakan untuk CT sekeluarga ya kawan2, semoga perjalanan kami selamat sampai kesana pergi dan balik. Dan dipermudahkan dalam segala urusan bila sampai kesana juga. Amboiii... Panjang lebar lak pulak kali ni ya, minta maaf lah ya... hehehe.

Untuk pertama kali CT buat roti dengan mengunakan BM ni atau lebih mesra Cik Mat Gebu panggil 'Bibik Melayu" lah senang kan... hehehe. Yang lepas2 tu dok uli guna tulang 2 kerat ni haa... lenguh betul. Tapi hari ni dengan rela hatinya CT merasmikan BM ku yang dok lama terperuk kat dapur tu. Kiranya dah 'pecah dara' lah ni kan. InsyaAllah dimasa2 akan datang ada jer lah resepi roti yang akan CT kongsikan di Dapur CT pula. Resepi kali ni Roti Kismis Gebu, resepi asal dari Resepis House. Tapi CT amik dari blog jejaka idaman Malaya tu.... sape lagi kalau bukan Cik Mat Gebu... ekekeke. Matttt...! K.CT mintak izin tepek resepi mat kat sini pulak ya. Memang gebu dan harum jer bila bakar tu, terima kasih sekali lagi buat BM ku.... Kau penyelamat dalam hidupku muahhhhh!


Roti Kismis Gebu
Resepi dari Cik Mat Gebu

Bahan-bahan:
300 gm tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 gm gula halus
8 gm instant yeast
50 gm mentega (mat guna minyak sapi@ghee) CT guna mentega.
50 gm kismis
1 biji telur #
1/2 camca teh esen vanilla # (# disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

Cara-cara:
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50gm) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan. Selamat mencuba..


Wednesday, May 19, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur




Yuhuuuuuuuuu...!!! bersiaran kembali dari Dapur CT. Alamak... tiba2 keluar lak kek hitam ni yek! hehehe. Jangan pandang rupa sebelum merasa okey. Kek coklat ni memang sedap banget, yang ni kali kedua CT buat tau. Mula2 dok skodeng dapur Nor, pastu terus masuk dapur yang empunya resepi ni. Sape lagi kalau bukan Dayang Jack. First time buat malam semalam, buat 1 adunan tapi tak cukup pulak... hehehe. Kali ni CT buat double, haaa.... baru puas makan. Anak CT, Haqim pun suka siap request nak makan lagi. Terus buat tengah hari tadi. See.... hitam2 sitampuk manggis, makin hitam makin manis... hehehe. Sila... sila... cuba lah memang berbaloi2. Nak buat pun memang senang dan sekejap jer dah siap untuk dibakar. Mintak izin ya Dayang, K.CT cNp dan letak di Dapur CT pulak. Terima kasih daun keladi, lain kali mesti nak cuba lagi ^_^


Kek Coklat Tanpa Telur
Resepi dari Dayang Jack

Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil)
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan).
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


Kuih Seri Muka




Assalamulaikum...!! Harap kawan2 semua sihat hendaknya. Puan CT pun dah sihat, lutut yang sakit pun dah baik sedikit. Terima kasih pada kawan2 yang mendoakan kesejahteraan CT juga. Rasa lama sangat tak letak resepi kat Dapur CT. Haa.... kali ni resepi macam biasa jer, main ulang tayang. Malas dah rasanya nak update resepi yang dah pernah buat. Tapi memandangkan kuih lapis pisang tu macam dah nak basi CT letak gak lah resepi kuih seri muka ni... heheheh. Resepi kali ni amik dari dapur mamasya, resepi asal dari Chef Hanieliza, terima kasih ya mamasya. Sedap banget, anak CT yang bungsu memang suka kuih ni. Haqim panggil kuih nasi, yalah ada nasi kat bawah tu... hehehe. Minta izin CnP untuk dikongsi resepinya di dapur CT ya.


Kuih Seri Muka
Resepi dari Mamasya FP

Bahan lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1/2 peket santan debu dikacau menjadi 2 1/2 cawan) + sikit garam

Cara-cara:
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik /sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan lapisan Atas:
2 cawan santan pekat (1 tin coconut milk)
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad perasa pandan
1 biji telur
1 sudu teh garam
* (resepi asal guna jus pandan tukar guna kastad yg dah ada perasa pandan dan warna hijau)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit. (CT tutup loyang dengan alumnium foil agar atas kuih cantik)
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni.. masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam.. pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata.. pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas.. then baru masukkan lapisan atas.


Thursday, April 22, 2010

Kuih Lapis Pisang




Aaacuuuhhhh..!! Adehhh.... terus selsema bila masuk dapur Che CT ni. Berhabuk dan bersawang dah, maklum ler lama sangat tak masuk dapur ni... hehehe. Apa tak nya Che CT bz dengan berkebun di farmville dan cafe world jer.... hahaha. Bukan lupa nak jengah dan nak update di Dapur CT, ingatttt. Cuma malas nak letak masakkan yang sama jer setiap kali. Semua resepi dah ada disenarai Dapur CT. Rindu juga nak bersembang dengan kawan2 semua, rindu dengan resepi2 baru dari kawan2 juga. Ada juga singgah dan menjengah ke blog masakan kawan2 cuma tak tinggal jejak jer.... hehehe. Lagi pun 3 ari lepas laptop tak bole nak on9, jadinya tertangguh lah lagi nak masukkan resepi. Okey... untuk sekian kali ni aku cuba resepi kuih lapis pisang amik dari buku masakkan Talam & Kuih Lapis. Ada kelainan sikit dalam resepi kuih lapis ni, ada campuran pisang dalam tu. Kali ni mencuba resepi lain sikit, pasti sedap tak salah kalau mencuba kan. Kali ni kena taip lah sebab amik dari buku kannn... jenuh nak menaip ni hehehe.


Kuih Lapis Pisang
Sumber dari Talam & Kuih lapis

Bahan A:
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard/jagung (CT guna tepung jagung)
1 sudu teh garam

Bahan B:
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek halus
1/4 cawan air

Bahan C:
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah dan kuning

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada loyang. (CT letak plastik supaya senang nak keluarkan kuih nanti).
2. Gaulkan bahan A sehingga sebati. Tapiskan (CT blender dan tapis). Bahagikan kepada dua bahagian.
3. Campurkan bahan B dalam bahagian pertama dan kacau rata.
4. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan setengah cawan air. Gaulkan dengan sebati.
5. Panaskan loyang sekejap dan tuangkan satu senduk adunan B dan kukus selama 10 minit.
6. Lapiskan pula satu senduk adunan C dan kukus selama 8 minit.
7. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis.
8. Biarkan betul2 sejuk dahulu baru lah boleh dipotong.
* adunan yang dicampur dengan pisang CT letak sedikit perwarna kuning.


Saturday, April 3, 2010

Cendol




Perghhhh..... rasa nyaman dan sejukkkkk jer bila cendol ni masuk kat tekak. Tambah2 lagi kat KL ni cuaca panas membahang . Dok dalam rumah pun bole berpeluh2, lagi ler kalau jalan2 kat luar. Tu yang tergerak nak buat air cendol ni haaa.... Jom ler merasa sorang 2-3 sudu ehh.. . aku buat pun sikit jer hehehe. Sila... sila... jangan teragak2 nak merasa, gerenti dijamin halal ekekeke. Resepi cendol senang jer nak sediakan, tapi tak per aku carikan dan kongsikan di Dapur CT ni jugalah ya. Terima kasih dan mintak izin letak resepi cendol di sini ya Noreen.


Cendol
Resepi dari Noreen-homecooking

Bahan-bahan:
Cendol
kacang merah dalam tin #
Jagung #
Cincau #
Santan dicampurkan sedikit garam
Ais kiub
(Bahan bertanda#, yang ni CT tambah)

Bahan air gula:
300 gm gula melaka - dicincang
100 gm gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
1. untuk membuat air gula, jerang semua bahan hingga gula larut. biar sejuk.
2. untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, kacang merah, jagung krim, cincau dan tambah kiub ais.
3. tuangkan santan bercampur garam dan air gula dah boleh ler minum.


Thursday, April 1, 2010

Ayam Ungkep




Hari2 asik masak lauk ayam, ayam dan ayammm jer hehehe. Dah malas nak pikir2 nak masak apa dah. Kalau masak lauk ikan anak2 bujang tak akan pandang ekor mata pun. Tapi kalau ayam gerenti licin walau masak 1 ekor ekekeke. Kali ni nak mencuba resepi ayam ungkep dari Fida Daud di Myresepi. Nak kenakan dengan nasi beringin tu. Walau pun lom pernah makan dan masak, tak salah kalau kita mencuba kan. Kalau tak cuba tak tau akan kesedapannya. Jadi bila dah cuba baru lah tau sedap gak lauk ayam ungkep ni. Nom.... nom... nom... nommm macam kat cafe worlds lak erk hehehe.


Ayam Ungkep
Sumber dari Fida Daud di MyResepi.com

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8,10 atau 12 (CT potong kecik2 jer)
30 - 40 gm ketumbar - dikisar halus (CT letak 2 sudu besar rata)
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit (CT tambah yg ni)
3 sudu makan gula- saya guna 1 1/2 sudu
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
2.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih serai dan daun kunyit.
3.Apabila tumisan telah betul-betul kering / garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
4.Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
5.Masukkan air. Gaul lagi.
6.Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
7. AKhir sekali masukkan kentang yg telah siap digoreng. Siap.


Nasi Beringin




Ewahhhhh.... nasi beringin ni dah sampai keDapur CT nampaknya. Memang lama dah nak cuba buat nasi ni. Tercapai gak hajat dihati dan ini adalah first time aku makan nasi beringin ni (macam jakun lak aku ni erk hehehe). Bole tahan sama jer macam nasi2 yang lain. Masa masak nasi ni anak dara aku tengah berpuasa, tak leh tahan bau aroma nasi masuk dalam lobang hidung hehehe. Memang harum tambah lapor pun ada time tu. Resepi aku amik dari dapur Ayu Singapura, terima kasih daun keladi ya Ayu memang sedap nasi ni. Kali ni aku panjangkan pula resepi dari Ayu, nasi beringin ni di Dapur CT pulak ya.


Nasi Beringin
Resepi dari Ayu
Sources: From warisan nenek@mesra.net

Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi
41/2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 batang serai (mayang bulat nipis2) #
5 ulas bawang merah (mayang nipis2)
ulas bawng putih (mayang nipis) #
3 cm halia (ditumbuk lumat) #
4 helai daun pandan
2 cm kulit manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
5 butis biji halba
garam secukupnya
(Bahan bertanda#, CT tumbuk halus)

Cara-cara:
1. Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi.
3. Masukkan halia, rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras sengan santan dan masak seperti biasa.
5. Karih @ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari & sambal udang/sotong kering.


Sunday, March 28, 2010

Kek Pisang




Kali ni buat kek pisang lagi, tapi resepinya aku amik dari FP Maklang, sumber dari yatie'cooking. Memang gebu, bau harum masa bakar dan naik cantik jer kek pisang ni. Tapi aku ada tambah sedikit coklat urai kat adunan kek pisang ni. Resepi yang lain masih sama tak berani aku nak ubah2 resepi orang kang lain lak jadi nya. Masa dah siap adun aku tengok macam sikit jadi aku guna loyang empat segi 6 x 6 inci jer. Terima kasih buat Maklang dan juga Yatie'cooking.


Kek Pisang
Sumber dari yatie'cooking

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan gula (CTguna gula castor)
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (CT guna pisang berangan)
1/2 cawan minyak masak (bole guna butter cair juga)
sedikit esen pisang
50 gm coklat urai (CT tambah yang ini)

Cara-cara:
1. Pukul telur & gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang.
3. Masukkan minyak masak / butter cair.
4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat.
5. Bakar / kukus (CT bakar 175 C selama 1 jam atau hingga masak).


Friday, March 26, 2010

Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis




Ayam bakar ni aku buat untuk makan dengan nasi ayam tu haaa... Ingat ayam ni aku nak masak sup pas tu goreng macam biasa jer. Tapi macam nak tukar selera lak tekak ni, aku terus buat ayam bakar jer. Dah banyak kali buat ayam bakar kat rumah ni. Cuma malas nak tayang kat Dapur CT, sebab memang tak sempat nak tayang dah licin pun hehehe. Kat rumah anak2 dan my laling CM pun memang suka makan dan ratah ayam bakar ni. Jadi kerja aku pun senang, hati pun manyak suka sampai keluar itu bunga2 sebab suma suka makan lorrr.. hehehe. Terima kasih pada Ros kerana berkongsi resepi ayam bakar bermayonis ni. Memang sedap hingga menjilat jari. Yum.. yum.. yumm..!


Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis
Resepi dari Ros@Jintanmanis

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).


Nasi Ayam




Hari ni tekak aku terasa macam nak makan nasi ayam lak pulak, mula2 tu ingat nak beli jer. Tapi bila ingat insan2 tersayang kat rumah... baik ler buat sendiri. Terjamin kebersihan dan kelazatannya dan jimat pula ongkosnya betul tak...! hahaha. Buat nasi ayam ni tak ler payah mana pun. Semua geng masak2 handal belaka, tambah lagi kalau dapat makan dari hasil tangan sendiri kan. Tapi aku teringin nak merasa nasi ayam dari seseorang sebenarnya. Tapi tak leh cakap siapa lah insan 'bertuah' tu kat sini hehehe. Kang dah tau nama dia yang naik terus dia tak nak bukak pintu kalau aku kata nak datang rumah ekekeke. Siapakah dia..?? Kena undi nama siapa yang naik dulu ler. Emm... tungguuuu..! hehehe.


Nasi Ayam
Resepi dari Suejoshua

Bahan Nasi:
5 beras wangi - dibersihkan dan toskan
4 cm halia - diketuk #
4 ulas bawang putih #
2 ketul kiub pati ayam
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar mentega - ct guna minyak jagung jer
Rempah 4 beradik (rempah tumis)
Garam
Air mengikut sukatan beras
(Bahan bertanda# CT tumbuk halus)

Cara-cara:
1. Panaskan mentega/minyak didalam periuk rice cooker dan tumiskan halia, rempah tumis dan daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan beras dan air secukupnya mengikut sukatan, kacau rata dan biarkan hingga mendidih, masukkan kiub pati ayam dan garam, kacau rata dan alihkan periuk kedalam rice cooker dan teruskan masak sehingga nasi masak sepenuhnya.
2. Bila nasi masak bolehlah dihidangkan bersama ayam goreng bercili. (CT hidangkan bersama ayam bakar mayonis :D ).


Thursday, March 25, 2010

Kuih Bakar Jagung




Yuhuuuu...! Cak cak cakkk..!! minta maaf ler pada kawan2 yang setia pada Dapur CT ni. Tiada apa yang dapat aku ucapkan selain terima kasih banyak2 kerana masih sudi singgah Dapur CT ni. Bukan aku sepi malas nak duk kat dapur, tapi sepi x der mood nak update jer ekekeke. Lagi pun baru jer dapat khabar yang menyedihkan dari kampung, pakcik aku meninggal dunia semalam. Jadi mood merundum ler sekejap, sekarang ni dah okey balik. Berbalik dari resepi lak ya... aku buat kuih bakar jagung lagi. Ni kes kuih ulang tayang lah ya, tapi kali ni aku buat double dari adunan dibawah. rasanya adunan kat resepi tu macam sikit bagi keluarga besar macam aku ni hehehe. Dah pernah buat tapi buat lagi sebab sedappp..! Resepi dari Zana dan MyResepi juga. terima kasih daun keladi ya. Lain kali buat ikut resepi ni jer, senang nak ingat hehehe.


Kuih Bakar Jagung
Sumber dari MyResepi

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka

Cara-cara:
1. "Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (CT bakar 1 jam 30 minit sebab nak berkerak sikit atas kuih).


Wednesday, March 17, 2010

Muffin Pandan




Lama gak tak buat muffin kat umah ni, rasanya ini yang pertama dalam tahun ni kot hehehe. Saja buat utk anak2 time cuti-cuti sekolah ni. Resepi ni aku amik dari FB RinnChan dan sumbernya dari Cari.com, terima kasih banyak2. Oleh kerana stok paperliners dah abis, aku guna lah papercup yang besor2 tu, hasilnya dapatlah angaran dalam 10 biji. Topping lak guna bahan yang sedia ada kat dapur, aku tabur kismis jer buat bunga atas dia ekekeke. Banyak harum bila bakar muffin ni, harum bau pandan emm...wangi jer :D


Muffin Pandan
Sumber dari Cari.com

Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
1 1/2 susu kecil baking powder
1/2 susu kecil soda bikabonat
1/2 susu kecil garam halus
120 gm gula castor
200 ml santan kelapa (CT guna santan dalam kotak)
100 ml minyak jagung
2 biji telur
*1 susu kecil pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 sudu kecil pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200 ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Monday, March 15, 2010

Roti Jala




Siapa suka makan roti jala, meh kita menjala sama2 cepat sikit habis ekekeke. Siapa yang tak suka makan mesti rugi, macam aku lah. Tapi roti jalanya aku makan, cuma kuah kari jer aku tolak tepi. Masih bole makan dengan kuah lain pun kan hehehe. Buat roti jala ni haritu lagi cuma tak kesempatan nak masukkan dalam Dapur CT ni jer. Masa tu dok sibuk dengan anak dara yang nak amik result SPM dia. Jadi sumenya tergendala nak buat, baru ni lah ada masa nak masukkannya. Sori bebanyaklah ya, dah abis pun roti jala ni, tak yah mintaklah erk hehehe.


Roti Jala
Sumber dari MyResipi

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak (CT tambah)
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
3. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Sedap dimakan bersama kari ayam.


Sunday, March 14, 2010

Bubur Putih Bubur Merah




Sebenarnya aku buat bubur putih bubur merah ni sempena anak aku Lily yang dah lulus dalam exam SPM nya. Ni pun kira niat aku sebenarnya, jika anak aku lulus aku memang nak buat. Tapi aku buat pun tak lah banyak mana. Cukup lah untuk makan sendiri dan anto kat rumah adik jer. Kebetulan hari ni pun harijadi anak adik aku. Nak bagi kat jiran2 melayu, ada yang balik kampung. Dan selebihnya bukan orang melayu, takut dia orang ni tak biasa nak makan. Kalau kat kampung dulu2 arwah mak mesti buat bila anak2 perempuan mak masuk alam remaja. Dan juga jika ada sesuatu majlis kesyukuran mesti ada buat bubur merah bubur putih ni. Sekarang dah kurang dah orang nak buat kan. Bila majlis harijadi atau apa2 majlis jer ada yang beli kek dan sebagainya. Zaman telah berubah macam2 cara untuk menunjukkan rasa kesyukuran. Buat bubur ni pun main agak2 jer sukatan tadi, dan semestinya kawan2 pun dah tahu membuatnya. Tapi aku letak lah juga resepi ni, jangan tidak kata orang kan.


Bubur Putih Bubur Merah
Resepi Dari CT

Bahan-bahan:
2 'pot' beras + 1/2 'pot' beras pulut
300 ml santan pekat
Daun pandan
Garam secukupnya
Gula pasir - ikut kemanisan lah nya
Gula merah (bancuh dengan sedikit air & tapis)
Air (sukatan seperti nak buat bubur nasi)
(Nota: "Pot" ni ukuran dia lebih kurang sebesar 1 tin susu manis saiz kecil)

Cara-cara:
1. Bersihkan beras dan beras pulut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam dan masak seperti nak memasak bubur nasi.
2. Bila beras sudah kembang, masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
3. Asingkan separuh daripada bubur ini dalam bekas yang lain.
4. Kemudian masukkan bancuhan gula merah dan kacau sehingga sebati.
5. Siap untuk dihidangkan


Ayam Masak Lemak Hijau Cilipadi




Kalau lauk ayam memang dah menjadi menu utama kat rumah ni. Dalam seminggu, dua tiga kali tak bole tinggal mesti ada aje, anak2 pun memang suka makan ayam. Tapi kali ni ayam masak lemak hijau cilipadi jer. Kenapa hijau? selalunya masak kale kuning tapi kali ni kale hijau hehehe. Saje jer nak tukar kale nasib baik tak leh kale merah atau biru erk ekekeke. Ini pun tak der sukatan main sukat2 sendiri jer. Mesti kawan2 lagi terror masak lomak cilipadi berbanding aku ni kan hehehe. Tak der ramuan lain dalam tu cuma bahan2 biasa jer. Layan jer lah lauk yang simple ni ya :)


Ayam Masak Lemak Hijau Cilipadi
Resepi dari CT

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong, dibersihkan dan ditos.
1 cawan santan pekat - dari santan kotak
4 ulas bawang merah #
2 ulas bawang putih #
15 batang cili padi #
2 batang cili hijau #
1 inci kuntit hidup #
1 inci halia #
1 sudu kecil ketumbar biji #
1 biji buah keras #
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
Sedikit air
Garam dan gula pasir secukup rasa
Sedikit minyak
(Bahan bertanda # - dikisar halus)

Cara-cara:
1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau. Masukkan serai yang dititik dan kacau sebati.
2. Masukkan ayam dan sedikit air gaul sebentar.
3. Masukkan daun kunyit, masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih.
4. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Tunggu hingga ayam masak anggaran 10 minit atas api sederhana kecil. Tutup api dan hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...