Thursday, June 25, 2009

Bingka Jagung




Salam buat semua... minta maaf lah sebab dah lama masakan baru tak muncul di Dapur CT ni. Bukan aku tak memasak, ada juga. Tapi cuma masak yang biasa2 jer. Lagi pun yang dimasak dah ada dalam senarai menu dalam ni. Jadi untuk mengubat rindu kat kawan2 semua, aku buat lah bingka jagung ni semalam. Bingka ni aku bakar lama sikit sebab nak dapatkan kerak dia yg sedap tu hehe. Resepi ni dari chef Hanieliza, jom lah kita cuba resepi ni ye. Boleh buat minum petang atau pun sarapan pagi. Aku CnP resepinya dari blog beliau jer.


Bingka Jagung
Resepi dari Hanieliza

Bahan-bahan:
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter/majerin cair

Cara-cara:
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak pada loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.

Tuesday, June 16, 2009

Chocolate Chips Oreo Muffin




Hari ni aku datang kerajinan sedikit... sikit jer tau, tak banyak pun. Masa kemas2 kat dapur pagi tadi ternampak pulak sebungkus biskut oreo. Entah zaman bila beli memang tak ingat lagi dah hahaha. Nasib baik belum berkulat you. Dan check tengok belum expired lagi. alahaiii. Apalagi projek pun startlah... Mula-mula sekali, cari resepi dulu. tup... tup... terjumpa kat umah Noreen. Apalagi... Dengan segeranya aku dok membancuh dan membakar. Dan akhirnya.. jadi ler muffin oreo ku ini hehehe. Aku buat dua adunan dari resepi dibawah. Jom kita cuba dan layan resepi ni ya :-D


Chocolate Chips Oreo Muffin
Resepi dari Noreen

Bahan-bahan:
1 biji telur
120 ml susu segar
55 gm mentega - dicairkan
170 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
80 gm gula pasir
70 gm chocolate chips
70 gm oreo cookies - dipatah-patahkan

Cara-cara:
1. Susunkan muffin cup cases ke dalam muffin pan. Ketepikan.
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 200C atau 190C (bergantung pada oven masing2).
4. Dengan menggunakan whisker pukulkan telur, susu, gula dan mentega sehingga sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama2 dengan chocolate chips ke dalam adunan, gaulkan sebati.
6. Akhir sekali masukkan oreo cookies dan gaulkan rata.
7. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak (CT taburkan sedikit pecahan kecil biskut oreo diatasnya).
8. Keluarkan dari oven dan biarkan sedikit sejuk barulah dihidangkan.

Monday, June 15, 2009

Bingka Labu




Assalamulaikum... selamat petang. Dah lama bercuti, baru ni lah dapat masak2 macam biasa, sebab cuti2 dari memasak dah habis dah hehehe. Masa gi umah MatGebu hari tu, aku dapat buah labu untuk dibawa balik. Lama gak dok terperam jer kat umah MIL tu. Kena tunggu balik KL baru boleh dimasak hehehe. Jadi tak nak buang masa lagi jom kita layan resepi bingka labu yang sedap dan manis ni... aku CnP dari myResepi. Jom layannnnn....


Bingka Labu
Sumber dari myResepi.Com

Bahan-bahan: (Untuk acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm)
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (boleh juga guna santan kotak)
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 gm labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2.Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi. (ct guna loyang biasa jer)
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Sunday, June 14, 2009

Asam Pedas Tetel




Salam hari minggu buat semua. Hari ni aku masak Asam Pedas Tetel resepi dari MatGebu. Haritu masa balik kampung aku singgah kat umah MatGebu di Sedenak dan salah satu menunya ialah masakan ni. Masa darling aku makan dia kata sedap sangat2, tu yg aku mintak resepi dari Mat. Sebenarnya hari ni aku masih malas nak kedapur tapi oleh kerana hari ni last day my laling cuti, aku masakkan menu ni utk dia. Selamat menjamu selera dan meh kita layan resepi ni yg aku CnP dari umah MatGebu.


Asam Pedas Tetel
Resepi dari MatGebu

Bahan-bahannya:
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*
Air secukupnya
(bahan bertanda* - dikisar halus)

Cara-cara Membuatnya:
1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Thursday, June 4, 2009

Pengat Keledek & Nangka




Urmmmm..... memang sedap makan pengat ni sebagai dessert kan, tak kiralah pengat apa pun gerenti sedap. Kebetulan pulak masih ada keledek seketul kat rumah, lebihan dari buat buah melaka hari tu. Sebelum masuk angin atau tumbuh akar dia, lebih baik dibuat pengat, boleh gak kenyangkan perut hehehe. Selalunya kalau buat pengat keledek ni aku lebih suka campurkan dgn kepingan tepung jer. Tapi kali ni aku campurkan dgn buah nangka masak sebab kebetulan hari tu ada beli nangka masak kat giant (asyik kebetulan jer ek..hehe). Pengat ni buat utk makan petang2, dicecah pulak ngan roti putih ummmm sodapppp !!


Pengat Keledek & Nangka
Resepi original CT

Bahan-bahan:
1 ketul keledek yang sederhana besar
6 ulas nangka masak - dipotong memanjang
1 ketul gula melaka - dipotong kecil
1/2 cawan gula pasir
200 ml santan pekat
1.25L air
garam sedikit
1 helai daun pandan - disimpulkan

Cara-cara:
1. Keledek dikupas dan dipotong kiub. Bersihkan dan direbus hingga empuk. Toskan.
2. Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
3. Masukkan santan, cairan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam kedalam periuk. Kacau hingga rata kemudian masukkan keledek dan juga nangka tadi.
4. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan dikacau selalu agar tidak pecah santan. Rasakan kemanisannya sebelum ditutup api.
5. Boleh lah dihidangkan. Selamat menjamu selera....


Daging Tempra




Salam semua dan selamat tengahari. Harap dah siap menjamu seleralah ya. Hari ni hari kedua my laling ada kat rumah. Jadi kena paksalah hanto aku pi cari bahan nak memasak pagi tadi. Semalam aku tak sempat nak masuk blog Mat Gebu, pagi ni bila aku masuk jer... tadaaaa! Wah!! nampak sedap lak daging tempra resepi peranakan tu. Apalagi dalam kepala takder lain dah, terus nak cuba resepi ni. Cuma aku tambahkan tomato cherry utk menambahkan lagi adunan warna dalam resepi tu hehehe. kalau ada yang belum mencuba, atau yang dah masuk dalam list ker... jangan tunggu lama2 okey.. Memang marvelous, dan lazat sesungguh hehehe. Malas nak taip ler... aku CnP dari umah Mat Gebu jer kih kih kih... Zassss...Tapi sebelum tu, nak balas pantun Mat lah hehe

Selendang labuh pemberian baba
Cantik dipakai si nyonya dara
Masakan peranakan sudah kucuba
Terbukti enak menggamit selera


Daging Tempra 'Mat Gebu'
Resepi dari MatGebu

Bahan-bahannya:
700 g daging batang pinang, hiris nipis* (resipi asal guna ayam)
1/2 inci halia, tumbuk lumat*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh gula*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 biji cili hijau, hiris serong
2 biji cili merah, hiris serong
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
(bahan bertanda * - digaul rata dan perap 30 minit)

Bahan A:
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1/2 cawan air
1 camca besar jus limau nipis (atau cuka makan)

Cara-cara:
1. Satukan bahan2 "A", kacau rata dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga harum. Masukkan daging yang diperap tadi dan masak dengan api besar selama 7 - 10 minit hingga daging lembut.
2. Masukkan bahan "A" dan kacau rata. Kecilkan api dan renihkan hingga daging lembut. Kacau sekali sekala. Bila kelihatan pekat, tambah 1 camca teh minyak masak, gaul rata.
3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman....

Wednesday, June 3, 2009

Meehoon Goreng Lada Hitam




Salam buat semua.... Hari ni aku masak menu yang sedap dan ringkas jer untuk lunch. Bukan malas nak masak.... tapi saje nak makan meehoon hari ni. Dah lama nak buat sebenornya, tapi baru hari ni nak masaknya. Lagi pun semua dah ada kat umah, termasuk daling CM kita ni. Dah amik cuti siang2 sebab nak balik kampong nanti kan. Resepi ni aku amik dari umah Hana, dan resepi asalnya dari cik kak Anawahid lah sape lagi huhuhu. Terima kasih kepada kedua2 nya kerana memberikan resepi yang sedap lagi enak utk dicuba.. hehehe tocehhh.... :-D Ni nak CnP jer dari umah Hana jangan mareee mak yong ye.. ngeh... ngehhh...


Meehoon Goreng Lada Hitam
Sumber dari myResepi.com


Bahan-bahan:
1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam (rendam terlebih dahulu)
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
4 sudu besar udang kering *
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu (kecil)
1 paket fish ball dibelah dua (boleh ganti dgn fish cake)
1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci (CT ganti ngan sawi)
2 genggam taugeh (CT tak letak sebab tak suka hehe)
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak
(bahan bertanda * - direndam terlebih dahulu dan dikisar halus)

Cara-cara:
1. panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan.
2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit.
3. masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar.
4. masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak.
5. masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap.
6. akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati.

Tuesday, June 2, 2009

Kek Kukus Berinti Daging




Pagi tadi aku takde idea nak masak apa... so aku dok jalan2 kat blog kawan2. Lepas masuk kat umah RinnChan, terus teruja nak mencuba resepi terbaru dari Rinn. Resepi asalnya dari Chef Zubaidah Chepa. Kebetulan semua bahan2 yang nak buat ada dalam simpanan. Petangnya terus jer aku buat, tapi nak mintak maaf kat Rinn sebab aku ubah sikit resepi tu... maaf ya Rinn. Tapi rasanya tetap sedap (aku terus masuk mulut rasa setelah masak). Kalau kawan2 nak cuba jom lah kita intai resepi ni ya, senang jer tu. Tapi Kalau nak tahu step2 yg lebih detail boleh tengok kat FP RinnChan ya. Jommmm....


Kek Kukus Berinti Daging
Resepi dari RinnChan Fp

Bahan untuk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
Secubit garam
100gm tepung superfine (CT guna tepung Hong Kong)
1/4 tsp baking powder
Sedikit pewarna kuning (ni CT tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.


Bahan untuk inti daging:
250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.


Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.

Monday, June 1, 2009

Onde-Onde Buah Melaka




Sedapnya Onde-onde Buah Melaka yg aku buat untuk santapan keluarga ni. Lama dah tak buat kuih ni sebenarnya. Dan selalunya orang buat kuih ni cuma dengan menggunakan tepung pulut sesaje. Tapi kalau aku buat kuih ni, aku letak keledek dalam campuran tepungnya. Jadi tak lah dia liat sangat dan rasanya pun ummmm sedap!!! bila masukkan dalam mulut dan kunyah jer, "Pop!!" dia meletup dalam mulut kita..sedapnya!! hehehe. Tak yah cakap panjang2 ya.. penat menelan liur dah ni hehe.. Kita layan resepi ni ya :-D


Onde-Onde Buah Melaka
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut
1 biji keledek yang sederhana besar
1 buku gula melaka - potong kuib
1/2 biji kelapa parut putih
7 helai daun pandan - dikerat kecil
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
Sedikit air

Cara-cara:
1. Kupas keledek dan rebus dengan garam hingga empuk. Angkat dan toskan. Lenyek hingga lumat dan sejukkan.
2. Blend daun pandan bersama sedikit air. Kemudian tapis untuk mendapatkan 1/3 cawan jusnya.
3. Campurkan jus daun pandan kedalam keledek yg dilenyek tadi, gaul hingga sebati.
4. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit kedalam campuran tadi dan gaul hingga sedikit pejal.
5. Ambil sedikit adunan, buat bentuk bulat dan leperkan sedikit. Bubuh gula melaka yang dipotong kiub tadi, gumpal (tutup) semula hingga menjadi bulat. Buat sampai habis.
6. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan adunan tadi. Kuih akan timbul setelah masak.
7. Setelah kuih masak, toskan airnya dan golekkan diatas kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
8. Bolehlah dihidang untuk sarapan pagi atau minum petang. Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...