Monday, October 15, 2012

Magazine Open Kitchen Italy - Oct 2012


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera dan salam sayang untuk semua teman-teman tersayang dan semua pengunjung setia Dapur CT. Apa khabar teman-teman semua. Semoga kita semua sentiasa didalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu sepanjang masa disamping keluarga tersayang. Nampaknya musim panas sekarang ni dah diselang-seli dengan hujan lebat kan. Agaknya musim tengkujuh dah mula nak datang kot. Tapi musim-musim hujan begini walau payah sedikit untuk bergerak kesana-sini, tapi sesuatu yang CT suka bila datang musim begini adalah hawa dingin yang di bawa bersamanya. Sejuk terasa dan selesa sikit bila tidur waktu malam. Tu yang nak bangkit dari tidur waktu pagi tu liat sikit hehe.

Untuk entri hari ni, CT cuma nak berkongsi tentang satu resepi CT yang dipaparkan dalam Open Kitchen Magazine Italy, versi bulan Oktober 2012. Oleh kerana pihak penerbitan majalah meminta supaya CT tidak memaparkan resepi tersebut di blog CT sehingga 3 minggu selepas majalah tersebut di siarkan, jadi CT tak letakkan resepinya di sini dulu. Tiga minggu nanti baru CT kongsikan di sini ye. Walaubagaimanapun, sebagai teaser, gambar resepi tersebut adalah gambar yang paling kanan sebelah bawah di Cover Page majalah tersebut. Bagi yang berminat untuk melihat majalah tersebut, bolehlah klik link INI ye. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa...

     

13 comments:

  1. salam sejahtera,
    Siti yg hebat!
    Teruskan usha jgn jemu berbakti utk memberi yg bermanafat kpd dunia!

    ReplyDelete
  2. bertambah tambah bizi lah ct ye. Selamat maju jaya dalam dunia masakan.

    ReplyDelete
  3. salam CT

    Tahniah daripada ita
    Teruskan bakat dan semoga berjaya!

    ReplyDelete
  4. Salam kak.......sya tumpang gembira dan semuga akak terus brjaya

    ReplyDelete
  5. As-salam sis..
    Tahniah & semoga terus success ya sis..

    ReplyDelete
  6. Teruskan usahamu Che Ct.... semoga terus maju ke hadapan!

    ReplyDelete
  7. jutaan tahniah dari kak noor utk Ct semoga akan lebih jauh lagi resepi Ct pergi lepas2 ni mudah2an akak tumpang bangga :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... terima kasih pada yang singgah dan meninggalkan komen, Insya'Allah jika ada waktu terluang CT akan balas setiap kunjungan ^__^

    ReplyDelete
  9. Assalam ct,
    aduhai belum sempat nak wish on your achivements
    buat yang lalu masuk majalah, dah ini pula yang tiba..
    memang bangga dgn pencapaian blog ct delima ni..
    tiada apa2 yang kita mampu ucapkan selain dari tahniah dan
    semuga teruslah berkarya ya ct..nak minta otograp ler kalau jumpa ct ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam, thanks Ayu. sekadar berkongsi berita mengembirakan pada kawan2 diluar sana. alahai...nak kena sain otograf ker hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...