Assalamualaikum... Salam manisss dan salam sayang dari CT buat semua pengunjung yang sentiasa setia menceriakan blog Dari Dapur CT. Dengan harapan semoga semua teman-teman CT didalam keadaan yang sihat walafiat sentiasa. Maklumlah kebelakangan ni CT tengok cuaca dah semakin basah dengan hujan di sana sini. Jadi dengan keadaan cuaca macam ni kenalah kita jaga kesihatan dengan lebih baik kan. Bila nak ke mana-mana pun kenalah bersedia dengan payung sebelum hujan. Jangan sampai nanti kena demam selsema. Maklumlah badan nak pakai lama hehe.
Okeylah kita lupakan pasal hujan, kita cerita pasal resepi yang CT kongsikan hari ini ye. Sebenarnya resepi ni pun ada kena mengena dengan cuaca jugak. Sebab bila CT mendongak memandang langit melihat awan hitam yang dah mula berkumpul tanda nak hujan, mulalah kepala ni memikirkan makan apa agaknya yang sedap dalam cuaca hujan-hujan macam ni ek. Mesti sedap kalau ada kudap-kudapan untuk dikunyah ketika menonton TV sewaktu hujan lebat turun kat luar tu. Biasalah kalau hujan dan cuaca dingin mesti perut berbunyi mintak diisi hehehe.
Apa lagi teruslah CT belek-belek buku resipi yang CT salin tempohari. Terjumpa satu resipi Biskut Bijan yang namanya dalam resepi tu ialah Fortune Sesame Cookies. Biskut ni mengingatkan CT kembali ke zaman CT budak-budak dulu dan CT turut juga teringatkan arwah bapa CT. Ketika hayatnya, arwah bapa CT memang suka makan biskut bijan ni dengan dicelup bersama air kopi panas. Bila teringat kenangan tu, itu yang buat CT teringin untuk membuatnya kini. Dan ternyata memang betul rangup biskut bijan ni. Tapi yang peliknya anak-anak CT tak suka dengan rasa bijannya. Biskutnya suka tapi bijannya tak suka. Boleh pulak dia mintak lain kali kalau buat biskut ni tak payah ditaburkan dengan bijan. Sabar aje lah kan. hehehe.
Adunan asal resepi biskut ni memang banyak menggunakan bijan, tapi CT dah kurangkan daripada 2/3 cawan kepada 1/3 cawan saja. Dan CT tambah juga dengan bijan hitam sedikit untuk membangkitkan warna dan seri pada biskut bijan ni. Selain itu, CT juga tambahkan 1 sudu besar tepung jagung untuk menambahkan kerangupannya. Menderhaka sedikit dari resepi asal untuk menepati selera CT.
Tapi jangan ditanya samada ini biskut untuk Raya Haji tau hehehe. Sebab dua tiga hari je rasanya biskut ni akan licin dimakan buat kudapan semasa menonton TV hehehe. Kali ni CT buat saiznya besar sedikit dari yang sebelum ni supaya puas sedikit bila memakannya. Makan 2-3 ketul pun dah cukup. Kalau kecik-kecik sangat nanti 5-6 ketul pun belum tentu cukup. Dan nanti ada pulak yang komen..."Ehh, comel-comel sangat la biskutnya Kak CT" hehehe
Okeylah ye. Jika ada yang berminat dan ingin mencuba membuat Biskut Bijan Rangup ni, bolehlah mencuba. Kalau buat saiz comel-comel pun okey juga, cantik di mata hasilnya nanti. Yang pasti, besar ke comel ke, dah masuk mulut nanti hilang juga kecomelannya tu hehehe. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....
Biskut Bijan Rangup
Resipi Olahan Che CT
Bahan-bahan :
1/3 cawan bijan putih
1/8 cawan bijan hitam
100 gm mentega - dilembutkan
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1 biji telur B
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
¼ sudu teh kayu manis ( pilihan)
Cara-cara :
1. Bijan dipanggang sebentar didalam oven dalam 3-4 minit. Keluarkan. Alas dulang dengan 2 lapis kertas minyak dan ketepikan.
2. Putar mentega, gula dan gula perang sehingga berkrim. Tambah telur dan pukul sebentar.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan kayu manis dalam mangkuk yang berasingan. Kemudian beransur-ansur menambah tepung kedalam adunan mentega.
4. Masukkan 1/2 dari bijan yang dipanggang kedalam adunan dan gaul rata dengan spatula hingga rata.
5. Bungkus doh dengan plastik bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama satu jam.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil anggaran 20 gm setiap adunan dan bentukkan bulat. Gulingkan pada bijan hingga rata.
7. Letak diatas kertas minyak dan tekan dengan tapak tangan hingga sedikit leper. Jarakkan adunan 2 inci setiap satu.
8. Bakar pada suhu 190 ' C selama kira-kira 15 minit atau hingga perang keemasan. Biarkan 2 minit diatas dulang dan pindahkan diatas rak dawai biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.
assalamualikum kak ct..comei cookies tergoda zila...siap bijan hitam..kak, tgk ni terungat kuih rotan zaman kecik2 dulu..kak, zila dah tgk post kak kt open kitchen italiano, mamamia...superb...bangga anak malaysia di sana..congrats
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Zila, tulah bila nak makan semua benda nak buat, akhirnya buat biskut bijan aje lah hehehe. Alhamdulillah, terima kasih atas doanya Zila :D
DeleteAsslmkum kak Ct.
ReplyDeleteHehehee..sebenarnya dua tiga hari lepas masa bukak kabinet, sue nampak bijan sue yg banyak tak berguna lg. Terfikir nak buat biskut bijan. Tp tak da resepi. Last2 buat biskut telur rebus lagi untuk kudap2an. Next time boleh try buat biskut ni pula..:D
Wa'alaikumusalam Sue, hehehe. kalau banyak stok boleh cuba buat biskut ni pulak. Nak raya haji ni, buat lebih2 hantar sikit kat kak ct :D
Deleteasslm Kak Ct...wah nmpk sedap biskut ni kak...bhn pon dh tersedia kt umah tu...bleh wt utk kudap2an sambil tgk tv raya ni...hehe...amik resepi yer kak...tq
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Qasey, sentiasa mencari resipi yang mudah untuk dicuba dan dikongsikan, silakan mencuba sedap ni QH.. sama2 :D
DeleteSalam Ct. Kjee suka sgt kukis ni! Mengimau kenangan silam di zaman kanak2. Nk ajak nadia buat cuti sem nanti. Thnx.
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak Jee, betul kak zaman kecik2 biksut ni mana2 ada jual. Jadinya Kak Jee kenalah buat lebih sikit mana tahu raya ctdatang rumah dapat merasa hehehe
Deletesalam Ct
ReplyDeleteakak belum pernah mencuba ni tapi baca resepi macam senang je,akak suka yg senang2 je skrg ni dah malas nak buat yg banyak songeh hee akak pun nak copy resepi jugak ya
wa'salam Kak Noor, resipi yang mudah dan ringkas memang ct suka. nak dikongsikan dengan kawan2 pun senang, cubalah kak..
Deleteassalammualaikum kak CT....
ReplyDeleteboleh jg buat ni masa raya kurban....
dan selalu suka dgn pic kak ct,,,, mebeles... :)
Wa'salam Mimie, boleh juga kalau nak buat untuk raya korban.. sedap juga tu buat kudap2 ya Mimie :D
DeleteEnak kayanya ,melly pun pernah makan nya tapi pasti suka deh,ssysng kalo mau buat mesti di skip bijan ,sama ngan anak anak akak,anak anak melly pun tak suka bijan.kalo di skip bijan nya jadi biskuit apa dong namanya..hehe
ReplyDeleteHai Melly, bisa juga diubah dengan almond atau kekacang yang lain. kalau dah letak kekacang kena ubah namanya Biskut kekacang rangup hehehe
Deletesalam kat ct,
ReplyDeleteteringat saya masa kecil2 dulu biskut bijan nie yg selalu ayah saya beli...mmg sedap, lagi2 ada bijan...biskut nie comel mcm tuan yg buat biskut nie ..
kak ct.....puas saya cari bijan hitam kat kedai tak de....huhuhu.
ReplyDeletesalam syg kak ct,
ReplyDeleteayah zila pun sama suka sgt mkn biskut bijan cicah kopi,zila pun suka beli biskut bijan yg jual kilo2 tue..sedap btl klu dapt mkn ..cantik kukis akk nie..bleh try buat jgk nnt kak:)
Assalamualaikum kak CT.. terima kasih kongsi resepi. Semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki. Izinkan sy simpan resepi ni,nak buat utk anak2
ReplyDeleteSalam sis.. Saya try buat cookies ni tapi doh dia lembut sgt.. Semua ikut resepi.. Okay jugala tp Nak make sure Saya buat Betul ke tak. Saya tambah tepung biasa sakit sbb doh mmg melekat Kat tangan
ReplyDeleteHai. Berapa biji boleh dapat ea dlm adunan ni?
ReplyDeleteHai. Berapa biji boleh dapat ea dlm adunan ni?
ReplyDelete