Jom menjamu selera dengan Puding Sago Gula Melaka... lepas makan pedas2 kena lah makan dessert yg sejuk cam ni pulak kan. Yang ni pun request dari my laling gak lepas dia tengok rancangan Travel & Living kat Astro 707 yg tunjukkan chef Mat Saleh tu meneroka makanan Malaysia, salah satunya puding sago ni lah. Banyaknya permintaan my laling ni kalau dia ada kat umah hehehe. Tapi tak apa lah, untuk yang tersayang sanggup ku korbankan apa jua hehehe. Dah ramai gak yang buat dessert ni, tapi tak apalah aku kongsikan resepinya kat sini ya :-D
Puding Sago Gula Melaka
Resepi Original CT
bahan-bahan:
200 gm biji sago
200 gm gula melaka
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:
1. Masak sago dengan air mendidih, masak sehingga jernih. Setelah siap diangkat, cuci bawah air mengalir hingga hilang kanjinya. Toskan dan masukkan sago dalam acuan dan dinginkan.
2. Untuk kuahnya, Santan pekat dimasak dengan daun pandan yang disimpul bersama sedikit garam. Jangan sampai pecah santan ya.
3. Sebagai pemanisnya, Gula melaka dimasak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat.
4. Untuk menghidangkan, sago yang telah disejukkan diletak dalam mangkuk dan dituangkan santan sejuk keatasnya. Diikuti dengan sirap gula melaka. Sedap dimakan semasa sejuk.