Thursday, June 30, 2011

Bubur Som Som




Assalamualaikum... salam penuh kemesraan dari DDCT. Terlebih dulu CT nak minta maaf kepada teman2 sekalian sebab semalam tak dapat nak bertandang dari blog ke blog. Entah kenapa semalam masa lepas hantar anak CT, Haqim, kepala ni berdenyut2 sakit semacam. Tu yang lepas tu CT bantai baring dan tido jer sampai petang. Masak untuk dinner pun hanya goreng kailan ikan masin, telur dadar dan sayur kobis goreng itu jer. Ni pun masih ada rasa sikit2 lagi, harap cepat2 lah baik. Tak senang kalau sakit kepala ni kan.

Untuk resepi hari ni, bubur som som ni CT buat petang semalam dan lepas siap terus tangkap gambarnya. Macam tak ada mood nak amik gambar lagi pun semalam cuaca pun melebih pada mendung dari panas. Biasa lah bila cahaya matahari dah mula suram kenalah guna teknik pencahayaan sekadar apa yang ada jer. Akibatnya gambar macam malap je CT rasa. Tapi tak apalah ye. Resipi bubur som som ni CT masih gunakan resipi yang sama juga dari RinnChan. Memang CT suka sebab senang nak ingat dan juga sedap rasanya. Terasa kenyal2 dan bergoyang2 inul juga.. hehehe. Tak tinggal dengan goyang inul jer kannn. Dan sebahagian dari adunan tu CT marble kan sedikit, saje jer dok mengodek2 untuk nampak kelainan, tapi rasanya tetap sama. CT pun tak nak borak panjang lebar, CT letakkan kembali resipi bubur som som ni sekali lagi dalam Dapur CT untuk teman2 jika ada yang nak mencuba resipi ni ya. Terima kasih sekali lagi pada RinnChan yang sekarang ni dah sepi jer dari masak2 ni nampaknya. Semoga RinnChan akan kembali :)


Bubur Som Som
Sumber : RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee (Ganti dgn Tepung pulut pun boleh. Kalau tak ada juga.. guna aje tepung beras kesemuanya)
1 camca teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula:
2 ketul gula kabong atau 150 gm gula merah
250 ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah untuk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti.



Wednesday, June 29, 2011

Kek Yogurt Mangga




Assalamualaikum... Salam buat semua pengunjung setia DDCT. Alhamdulillah, di sini CT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Israk dan Mikraj buat semua umat2 islam walau dimana jua mereka berada. Peristiwa Israk dan Mikraj bukanlah peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya. Dan sebagai Muhasabah kepada diri kita semua, marilah kita renungkan petikan dari firman Allah yang bermaksud: "Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” Surah al-Taubah ayat 18.

Berbalik kepada resipi CT hari ni. Inilah resipi Kek Yogurt Mangga yang telah CT buat semasa bersama Chef Liza Zainol. Kek ni memang sedap, moist dan bila kita gigit semacam ada bunyi sesuatu macam apa yek, tak tahu macamana nak gambarkan... hehehe. Tapi apa yang pasti CT suka sangat2. Semasa membakar kek ni semerbak baunya hingga satu rumah harumnya. Resipi ni salah satu dari resepi yang terdapat dalam buku resipi yang CT dapat dari Chef Liza. CT dah janji untuk berkongsi dari apa yang CT pelajari hari itu kan. Minta maaflah sebab lama dok simpan resipi dari Chef Liza ni. Kalau nak tahu bagaimana rasanya silalah cuba dan bagi feedback pada CT ya... hihi. Banyak lagi resipi yang ingin CT berikan tapi slow2 lah ya. Ada 4 buah buku resipi istimewa dari Chef Liza Zainol yang ingin CT cuba. Jadi inilah yang pertama CT letakkan dalam Dapur CT. Mintak izin ya Chef Liza, CT letakkan dalam Dapur CT pula.

Dan ini pula petikan dari kata2 Chef Liza Zainol.. "Saya mengesyorkan Minyak Jagung Daisy! ia mangandungi Soft-Poly untuk kek dan biskut yang lebih gebu, sedap, ringan dan cair di mulut". Haa.. Apa tunggu lagi, selamat mencuba ya. Daaaaa......


Kek Yogurt Mangga
Sumber : Chef Liza Zainol

Bahan : A
2 biji telur
3 biji kuning telur
1 sudu kecil pemantap kek @ ovalette
100 gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning masakkan

Bahan : B
120 gm minyak jagung daisy
80 gm minuman yogurt mangga
2 sudu besar yogurt mangga

Bahan : C
30 gm serbuk gajus *
20 gm tepung jagung
120 gm tepung naik sendiri *
60 gm tepung gandum * ( * disatukan)


Cara-cara :
1. Putar telur, kuning telur dan ovalette selama 1 minit. Masukkan gula kastor dan garam, putar lagi 4 minit dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan yogurt mangga dan bahan C yang telah dicampur sekali. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan minyak jagung daisy.
5. Tuang kedalam loyang . ( CT masukkan dalam bekas aluminium cup 4 segi )
6. Bakar selama 20- 25 minit pada suhu 165 C. Atau hingga masak ikut oven masing2 ya. (CT bakar selama 30 minit).
7. Sejukkan kek dan hias dengan hirisan mangga, ceri merah/hijau dan daun pudina.

*Nota* Guna mangga yang isinya bewarna oren kerana lebih cantik dan tahan lama apabila dibuat hiasan.




Tuesday, June 28, 2011

Kari Kerisik Merah Berapi




As'salamualaikum... Salam sayang buat semua pengunjung dapur CT. Semoga kita semua sihat walafiat dan dalam keadaan terbaik setiap masa. Aminnnn. Kita kena selalu berdoa mintak perkara2 yang baik macam ini kan. Dan mintak juga dijauhkan dari sebarang musibah dan perkara yang tak baik. Bila dah berdoa tu kenalah juga sertakan dengan usaha ye tak. Usaha yang macamana? Contohnya, mesti makan makanan yang baik dan berkhasiat, dan selalu jaga fizikal diri dan berhati2 selalu. Dan kalau berjalan di lantai yang licin tu, kenalah hati-hati lebih sikit. Macam anak dara CT kat kampus UiTM Jengka sana, semalam dia bagitau yang dia jatuh kat bilik air disebabkan memakai selipar jepun yang dah haus tapaknya dilantai yang licin. Kesian CT dengar bila dia kata yang badannya sampai lebam2 dan dagu lebam serta bengkak. Alahai anak mama.. kesian CT dengar, nak tolong sapu ubat, jauh. CT cuma dapat berharap semuga tak serius sakit lebamnya tu dan yang lebih penting semoga selepas ini dia akan lebih berhati-hati.

Berbalik kepada resipi hari ini. CT bagi nama Kari Kerisik Merah Berapi... Ayoooo. Saja jer kasi gempak lebih, padahal tak berapi pun mulut anak2 dan suami masa makan tu... hihihi. Resipi ni macam biasa juga yang pernah CT buat sebelum ni. Cuma tambahkan kerisik lebih sedikit sebab suka pada aroma kerisik yang emmm... wangi betul... Tapi, CT ni tak makan kari, cuma CT suka masak jer... sebab family suka. Okeylah, kita semak dulu resipi Kari Kerisik Merah Berapi ni ya.


Kari Kerisik Merah Berapi
Sumber: Che CT

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan dibersihkan
3 biji kentang - belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari ayam
2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
Minyak jagung daisy - untuk menumis

Bahan tumis :
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan kisar :
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

2 sudu besar cili kisar


Cara-cara :
1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak jagung daisy dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar halus yang dicampur rempah kari tadi bersama cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang santan cair kacau dan masukkan kentang. Besarkan api hingga mendidih, biar hingga ayam dan kentang empuk.
3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Perasakan dan jika sedang elok rasanya boleh matikan api.
4. Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga dimakan bersama roti jala atau cecah dengan roti putih.




Monday, June 27, 2011

Kuih Lompang




Assalamualaikum.... Salam pagi Isnin buat semua. Kembali bersiaran dihari pertama diminggu kelima bulan Jun. Bagaimana cuti hujung minggu yang lepas? Seronok tak? CT boleh dikatakan seronok dalam tak seronok. Seronok sebab semalam dapat 'membeli-belah' di kedai bekalan bakeri iaitu di Bagus Shah Alam. Memang jarang dapat ke sini sebab jauh sangat dari rumah CT, jadi bila my laling offer nak hantar ke sana semalam, seronok lah CT di samping dapat juga membeli barang basah di Pasar Tani Mega di sebelah Stadium Melawati Shah Alam tu. Itu part seronoknya. Yang tak seronoknya, CT keluar rumah dalam pukul 7-30 pagi sebab jangka dapat sampai di sana dalam pukul 8-00. Tapiiii.. boleh pulak semalam ada KL Marathon dan hampir semua jalanraya di KL di tutup! habis rosak rancangan CT sebab terperangkap dalam kesesakan lebih 1 jam! Oleh kerana tekad juga nak pergi akhirnya selepas berpusing2 mengelak jem, kami ikut laluan jauh melalui Jalan Sungai Besi dan selamat juga sampai kat sana tapi jam masa tu dah hampir pukul 10 dan matahari dah mula terik. Terbantut nak berlama2 kat pasar tani sebab bahang yang panas, akhirnya cuma beli apa yang patut jer dan cepat2 bergegas ke Giant dan selepas tu terus pula ke Bagus. Aduhai, frust betul! Nasib baiklah mood datang semula setelah masuk ke Bagus.. huhuhu.

Okeylah, cukup dah CT membebel panjang lebar pasal kekecewaan semalam, jom kita balik pada resipi kuih lompang ni, dulu CT dah pernah buat dah. Yang mula2 tu berkaler2 meriah sikit, tapi yang ni buat dua kaler jer, sebab marah semalam tak habis lagi hihihi. Resipi yang sama juga iaitu dari MyResipi, dan CT letakkan sekali lagi untuk teman2 yang ingin mencubanya :D


Kuih Lompang
Resipi : MyResipi

Bahan-bahan: ( 40 biji )
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sudu teh Air Mawar (CT tak letak)
4 cawan Air (2 cawan air campur dengan tepung / 2 cawan air masak dengan gula)
Daun Pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Satukan Tepung Beras dan Tepung Sagu - diayak
2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5. Masukkan sedikit Air Mawar (CT tak letak) Gaul rata. Asingkan kepada 2 - 3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit.
7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..




Friday, June 24, 2011

Udang Rimau & Telur Puyuh Cili Madu 3




Assalamualaikum... salam mersa untuk semua teman2 CT. Sekejap saje rasanya dah sampai hari Jumaat. Macam baru semalam je Senin hehe. Terasa pantas sungguh masa berlalu sekarang ni kan. Kalau dulu zaman kita kecik2 (zaman masa CT kat kampung dulu) terasa lambat sangat masa berlalu. Nak sangat cepat besar, supaya lepas tu terus keja dan bila dah keje bolehlah kahwin. Tup-tup sekarang dah kahwin rupanya hahaha.

Sebelum jauh lagi CT dok celoteh, CT nak minta maaf pada teman2 semua, sebab CT jarang dapat blogwalking sekarang ni. Maaflah ya bukan disengajakan, Sebabnya bila dah nak hampir hujung2 bulan, broadband CT biasanya dah sampai limit penggunaan 5GB. Bila jadi macam tu, kelajuan loading dah jadi slow. Kekadang sampai tension nak tunggu lama sangat loading. Tapi ada masanya kadang2 dia okey sikit, dan bila okey macam tu CT terus jer blogwalk tinggal jejak kat blog teman2 serta balas semua komen2 di blog sendiri.

Berbalik kepada resipi CT kali ni, resipi nun jauh dari negara Brunei Darussalam iaitu dari KakMon @ Nina Suria. Memang lama betul CT tak dengar khabar KakMon ni. Malam semalam sempatlah CT meronda2 dan terjumpa resipi Udang Rimau Cili Madu 3. Tapi CT dah tambah telur puyoh kat dalam ni, jadi ada tambahan sikit lah kat nama asalnya. Tak tahu kenapa KakMon bagi nama resipi udang ni ada madu 3. Mungkin letak sukatan madu tu 3 sudu besar lah kot... hehehe. ".. Kesian pulak kat udang tu kena madu sampai 3... hahaha". Apa2 lah asal menu sedap dan menepati citarasa CT sekeluarga. CT tak ada udang rimau, jadi CT ganti udang kapas jer. Dah cari udang rimau tapi tak jumpa pun, mungkin RIMAUnya tu dah lari masuk hutan kot.. hahahaha. Terima kasih untuk KakMon diatas resipi yang sedap ni. Lain kali CT dok baca lagi coretan KakMon sampai habis ya...


Udang Rimau & Telur Puyuh Cili Madu 3
Sumber : KakMon @ Nina Suria

Bahan-bahan :
1 kilogram Udang Harimau (CT guna udang kapas)
15 biji telur puyoh - rebus dan bersihkan (CT tambah)

Kisar kasar :
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
5 biji lada hidup (cili merah)
1 biji buah pala

Sos :
3 sudu besar sos cili Nasi Ayam Thailand (CT ganti sos tomato 2 sudu besar)
3 sudu besar sos cili Lingham (CT guna sos cili maggi)
5 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram

3 sudu makan madu
2 biji jus limau nipis (CT ganti jus asam jawa)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara :
1. Tumis bahan kisar kasar hingga garing. (CT kisar halus)
2. Masukkan bahan2 sos. Masak lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang harimau, telor puyoh, madu, jus limau nipis dan garam. Masak anggaran 5 minit.
4. Angkat dan taburkan daun sadri.
5. Hidangkan sementara panas.




Thursday, June 23, 2011

Puding Roti Pandan Kukus




Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Sarapan apa kita pagi ni ye? Kadang2 buntu juga difikiran tak tahu nak buat sarapan apa. Itu yang bila dah buntu aje, ah belasah ajelah roti disapu dengan jem atau kaya, betul tak? hehehe. Bercakap pasal roti, hari ni CT nak sharekan resepi roti tapi bukan disapu jem atau kaya, tapi roti putih yang dikukus, resepi original MIL. CT pernah siarkan resepi ni lebih dua tahun yang lepas iaitu pada April 2009. Kiranya ni resepi yang diulang tayang tapi dah berusia 2 tahun lebih lamanya. Sebelum CT buat entri tersebut dua tahun yang lalu, CT pernah search google dan tak pernah nampak sesiapapun yang pernah buat roti ni tapi selepas daripada tu CT nampak yang resepi ni dah semakin 'menular' dan juga 'berkembang-biak' dengan pelbagai pengubahan dan penambah-baikan. Tapi yang CT nak sharekan ni masih juga resepi yang asal sebab my laling tak suka kalau diubah apa-apa. Dah kehendak my laling yang tak lekang dengan resepi ibunya, jadi kenalah CT turutkan ye tak. Siapa tak sayang laki oii.. hehe.. Okeylah, jom kita semak resepi ye.



Puding Roti Pandan Kukus
Resepi Original CT (from my MIL)

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)
1/2 sudu teh esen vanila
20 gm kismis (untuk tabur-optional)
* sedikit pewarna hijau
* sedikit garam

Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air. Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan.
2. Masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut kedalam mangkuk. Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.




Wednesday, June 22, 2011

Milky Peach Pudding




Assalamualaikum... salam mesra buat semua teman2 yang CT ingati. Alhamdulillah bersua kembali kita di sini. Hari ni CT tak nak celoteh banyak sangat sebab rasanya banyak benda CT nak buat. Biasa lah kan kerja memang tak akan habis, cuma rasanya macam hari ni CT banyak sangat benda nak kemas.

Okeylah, terus aje pada resipi puding ni ye. CT terjumpa resepi ni dalam FP Cek De Sam lagi. Memang tertarik nak mencuba, ibarat pertemuan pertama kali gitu hati terus terpaut... hihihi. Tapi Cek De Sam mengunakan buah strawberry, CT pulak tak ada stok. Cuma stok buah peach dalam tin jer yang ade, jadi sebelum niat tu terbantut, terus aje CT tukar jadi puding peach hehe. Memang mewahlah buah peach tu CT letak dalam tu, saja letak banyak2 sebab nak makan sendiri. Kalau nak jual, tak boleh letak banyak2 macam tu, rugi... hahaha. Sedap juga rasanya puding dengan buah peach ni, tapi terpaksalah ubah nama puding tu dari Milky Strawberry Pudding menjadi Milky Peach Pudding.... memang sedap sesuailah dengan keadaan cuaca yang dah mula nak panas2 jer sekarang ni. Terima kasih buat Cek De Sam @ Ctsamsena nama sebenar nya. Alhamdulillah... jika ada teman2 yang nak mencuba silakan ya :D


Milky Peach Pudding
Sumber : FP Cek De Sam

Ingredients:
1 pkt (13gm) of agar-agar powder
500 ml water
500 ml evaporated milk (CT guna 250 ml susu sejat 250 ml susu segar)
200 ml sugar (CT letak 1 cawan)
1 tsp vanilla essence
1 1/2 tbsp corns flour - mix with a bit of water
Canned Peach

Method:
1. Place water,jelly powder and sugar in a large saucepan and bring to the boil.
2. Pour in the evaporated milk, vanilla essence and let it boil again.
3. Lastly pour corns flour mixture, stir well. Let it boil.
4. Arrange fresh strawberries in a mould and pour the mixture on top.
5. Place into the refrigerator and leave to set.

* NOTA CT *
CT tambah sedikit pewarna kuning untuk buat layer dua warna.



Tuesday, June 21, 2011

Sup Tauhu Jepun Dan Cendawan



Assalamualaikum... Salam mesra dari CT untuk teman2 yang setia ke DDCT. Alhamdulillah... hari ni CT dah kembali bersiaran seperti biasa. Kita tutup buku tentang cerita interframe tu semua ye. Dan untuk mengejar kembali masa yang dah tertinggal selama tiga hari yang lalu, kita terus saja ke resepi hari ini iaitu resipi sup yang simple ni. CT suka buat sup macam ni sebab CT suka menghirup supnya dan lepas supnya dah kering, CT ratah isinya pula hihihi. Sambil dok melayan rancangan kegemaran CT di ASTRO iaitu Food Network Asia tu, dalam tak sedar semangkuk dah habis CT layan. Lebih-lebih lagi bila kat rancangan tu ada si jelita Giada At Home yang sering tersenyum bila memasak, lagilah CT melekat kat depan TV. CT memang suka kat dia sebab senyuman Giada tu manis memikat ditambah pula dengan saiznya yang kecik molek macam CT ni. Aduh.. Terlebih sudah..hahaha. Jauh pulak menyimpang Che CT ni kan hehehe. Okeylah, jomlah kita intai terus resepi yang tak berapa nak special ni, senang je nak masak dan cepat je dah siap. :D


Sup Tauhu Jepun Dan Cendawan
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
2 biji kentang - potong bulat (CT potong berbentuk supaya nampak cantik :D)
Soo hoon - direndam hingga lembut
Tauhu kering - direndam dan potong kecil2
1/2 kiub pati ayam Maggi
4 keping cendawan black fungus - cuci bersih dan potong2
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - racik halus2
1/2 inci halia - racik halus2
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1 paket tauhu jepun - keluarkan dari plastik dan rendam anggaran 15 minit dalam air panas. Dan toskan.
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
2. Masukkan air dan kentang. Masak sampai mendidih hingga kentang empuk.
3. Tambah kiub ayam. Masukkan pula cendawan dan tauhu jepun yang dipotong bulat2. Setelah mendidih, tambah soo hoon, tauhu kering, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
5. Taburkan daun sup/bawang sebelum dihidang.



Monday, June 20, 2011

Selepas Kosmo, Utusan Malaysia Pulak



Assalamualaikum buat semua pengunjung DDCT yang tersayang. Sebelum CT berceloteh lebih lanjut, terlebih dahulu CT ingin meminta maaf kerana dua hari CT tak bersiaran bersama resepi seperti biasa. Dua hari yang lepas ni, Sabtu dan Ahad CT terlebih sibuk dari biasa bersama family. Jadi CT tak dapat nak meluangkan masa meng'update' blog. Apapun, CT akan mula bersiaran dengan resepi seperti biasa mulai esok ye. Kenapa esok? Sebab hari ini pun CT tak update resepi tapi update kisah interframe wajah CT di Utusan Malaysia hehehe.

Mulanya CT tak tahu pun tentang wajah CT terselit sekali lagi, kali ni di surat khabar Utusan Malaysia pulak, tapi bila salah seorang teman bagitau kat CT, terus aje CT memburu surat khabar tu, padahal sebelum ni tak adelah kisah sangat nak beli surat khabar hehe. Dan kali ni CT tak marah macam hari tu sebab kali ni dorang sebut CT sebagai ibu muda... hahaha. Apapun, ini lah saja sisa cerita CT yang masih berbaki, lanjutan dari cerita hari tu dan yang sebelum tu untuk CT simpan sebagai kenangan. Dah tua-tua nanti, bolehlah CT 'kerek' sikit kat cucu-cicit CT, "eleh.. nanny dulu pun ada masuk sokabar tau..hehehe".. hai sabor aje lah Che CT oiii.. layan kan aje lah kerenah mak budak sorang ni, esok CT kembali bersiaran seperti biasa ye. Salam sayang untuk semua :)




Sunday, June 19, 2011

Minyak Jagung Daisy - Rahsia Chef Liza



Assalamualaikum. Lanjutan dari entri CT tentang Cabaran Daisy 2011 bersama Kosmo, CT tertanya-tanya, ada tak antara teman2 blogger masak-memasak yang menyertai cabaran tersebut? CT harap jika ada teman2 blogger yang CT kenal turut serta dalam cabaran tersebut, CT harap dan berdoa supaya mereka menang. Maklumlah, kebanyakan dari blogger masak-memasak yang CT kenal, semuanya dah handal2 dan pakar dalam membuat biskut dan kek. Pelbagai resepi biskut dan terutamanya kek yang dah dicuba, jadi pasti kreativiti masing2 sedikit sebanyak dah semakin tajam dan terserlah untuk ditonjolkan dalam cabaran macam tu.

Cuma kelainan yang diperlukan dalam cabaran ni adalah penggunaan minyak jagung. Dan oleh kerana cabaran ni dikelolakan oleh Daisy, semestinya perlu menggunakan Minyak Jagung Daisy. Serius, sebelum ni CT tak tahupun yang minyak jagung boleh digunakan dalam membuat kek. Tapi selepas mengikuti majlis perasmian dan sidang akhbar cabaran tersebut, chef Liza Zainol berkongsi rahsia yang beliau menggunakan minyak jagung Daisy yang dikatakan mengandungi Soft-POLY iaitu agen pelembut yang diekstrak dari isi jagung yang hanya boleh didapati dalam Minyak Jagung Daisy untuk menggantikan penggunakan butter. Bagi CT yang dah biasa menggunakan butter, CT rasa agak canggung mendengarnya dan agak tidak percaya pada mulanya. Tapi bila dah sama2 mengikuti bengkel memasak 1 resepi biskut dan 1 resepi kek dalam majlis tersebut menggunakan minyak jagung Daisy bersama chef Liza, barulah CT percaya pada kenyataan beliau. Ternyata penggunaan minyak jagung Daisy yang chef Liza promosikan dalam resepi kek dan biskut beliau menjadikan kek tersebut menjadi lebih halus, lembut dan lembap manakala biskut pula menjadi lebih gebu, ringan dan seperti tag line chef Liza, Cair di Mulut ! hehehe. Masa biskut dan kek belum siap, CT rasa ragu2 juga pada mulanya tapi bila dah siap dan kami semua sama2 merasanya, barulah CT percaya.

Bila ada kesempatan nanti, CT akan kongsikan dua resepi yang dipelajari semasa bengkel tersebut yang menggunakan minyak Jagung Daisy iaitu Biskut Samprit dan Kek Yogurt Mangga. Memang betul2 sedap kedua-dua resepi ni. Sementara tu, sampai jumpa lagi :)

Friday, June 17, 2011

Ayam Seri Harum




Assalamualaikum.... Sebenarnya entah dah berapa kali CT dok belek2 resipi dari Nor ni. Bila ada antara teman2 yang dah mencubanya, CT pun teringin juga nak mencuba sama. Alhamdulilllah.. memang sedap rupanya resepi ni. Tambah2 lagi kerana ini resepi ayam, sebab kalau kat rumah CT ni memang tak payah nak bising2 suruh anak2 ni makan. Laju aje dorang sebab ayam memang menu kegemaran dorang. Cuma CT tambah satu je bahan lagi dalam tu iaitu CT blendkan sekali dengan buah keras. Kemudian CT tambah air tu lebih sikit, supaya rempah lebih serap dalam ayam. Kemudian CT tak masak hingga kuahnya jadi pekat sangat sebab CT lebih suka dia lebih berkuah. Tapi daun limau purut cuma ada 2 lembar jer, jadi nampak macam kurang berseri lah sikit masakan CT ni bila dihidang... hihihi. Apapun terima kasih pada Nor@SecubitGaram kerana berkongsi resipi yang sedap ini dan pastinya akan diulang masak lagi di lain kali. Jika ada yang belum mencuba, silalah cuba ye. Memang sedap, jujur CT cakap ni.


Ayam Seri Harum
Sumber Nor @ Secubit Garam

Bahan-bahan :
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1inci halia *
2 biji buah keras * (CT tambah)
1 inci kunyit hidup * ( * dikisar halus)
2 batang serai - diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut - dicarik
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
2. Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
3. Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
4. Masukkan santan, air dan asam keping.
5. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
6. Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.



Thursday, June 16, 2011

Puding Roti Marble




Assalamualaikum.... Apa khabar teman2 semua hari ni, mudah2an kita semua ceria, bahagia dan dalam lindungan Allah selalu ye... aminnn. Hari ni kepala rasa berdenyut2 pulak, berdenyut yang datang setiap bulan tu.. alah takkan tak tau kot hehehe.. tapi CT tak layan pun. Buat macam biasa, walau pada hakikatnya bila berjalan tu macam bergegar je rasa kepala ni. CT jarang nak telan panadol kalau sakit kepala ni. Sebab CT tak nak manjakan diri sangat dengan ubat. Bawak berehat secukupnya dan banyak minum air masak, insyaAllah mesti hilang sendiri sakit kepala macam tu ye tak.

Resipi hari ini, Puding Roti Marble ni, CT ambil dari MyResipi dari Hana Kuantan. Dah ubah nama lak yek Hana sekarang ni... hihihi. Dulu Hana Jepun kan, sekarang dah jadi Hana Kuantan pulak. Tapi tak kisahlah sebab orang nya tetap sama. CT tak marblekan puding ni, cuma dok lapis2kan jer. Masa buat ni kepala tengah tingtong jadi hasilnya tak berapa cun sangat lah. Tapi alhamdulillah sebab rasanya memang sedap, dan saje jer CT letak hiasan buah laici atas puding tu... hihihi. Sesekali makan macam ni, memang sedap tambah lagi kalau disejukkan dulu dalam peti ais, lagilah bertambah sedap. Terima kasih buat Hana dan MyResipi juga. Ada yang nak mencuba ker puding roti marble ni, meh lah cuba ye :D


Puding Roti Marble
Sumber : Hana & MyResipi

Bahan-bahan : ( satu loyang )
4 keping roti - disiat2
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter / marjerin - (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)

Cara-cara :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis / me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding / agar2 ni mudah sejuk / membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!




Wednesday, June 15, 2011

Wajahku di Akhbar Kosmo



Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Selepas entry yang sebelum ni, nampaknya hari ni tak habis lagi CT bercerita tentang Cabaran Daisy - Kosmo, tapi kali ni tentang CT di interfrem dalam akhbar tu hehe. Semalam salah seorang kenalan yang turut serta dalam majlis tu hantar message kat CT bagitau yang muka kitorang terpampang kat akhbar tersebut. Apalagi, terus CT hantar message kat my Laling mintak dia belikan surat khabar tersebut di tempat kerja dia. Sementara nak tunggu my laling balik kerja, berdebar-debar rasa hati menunggu nak tengok gambar yang manalah yang ditayangkan tu.

Sebaik saja my laling sampai kat rumah malam tadi, terus CT bukak akhbar tu dan hehehe.. sukanya sebab kenangan majlis tu terpahat di dada akhbar. CT cadang nak simpan keratan akhbar tu sebagai kenangan penglibatan CT dalam berblogging masak-masak.

Cuma satu je yang CT tak puas hati. Ada ke diaorang tulis umur CT 45 tahun! CT baru je 43+ nak masuk 44 diaorang dah pandai2 tokok setahun lagi jadi 45. Dusyummm! nah kau sebijik hehehe. Apapun diaorang dah buat CT gembira hari ni. Dan sebab nak simpan kegembiraan tu lama sikit, CT tak tayang menu masakan hari ni ye. Sampai jumpa lagi esok.. Daaaaaaaa.. :)






Tuesday, June 14, 2011

Muffin Pisang Mudah (Di Kukus)




Assalamualikum... Salam sayang penuh keceriaan buat semua. Hari ni CT buat muffin pisang lagi untuk sarapan anak2 dan Hubby. Resepi Muffin yang CT ambil dari CMG ni memang sedap, lembut dan mudah untuk disediakan. Hasilnya memang lembut dan CT tahu memang sedap dan lembut sebab memang itulah jawapan yang CT dapat bila CT tanya pada my laling CM dan anak2 bila setiap kali mereka makan. Dah jadi kebiasaan, CT akan mintak komen dari ahli keluarga setiap kali mereka menikmati hasil masakan CT dari setiap resepi masakan yang CT cuba. Jika kurang manis ke, kurang masin ke atau kurang sesuatu apapun, dapatlah CT beringat dan tambah baik dalam sukatan resipinya bila CT mengulang buatnya lagi nanti.

Dalam resepi asal Resipi muffin pisang ni Mat Gebu bakar, tapi CT pula menggunakan kaedah mengukusnya selama 25 minit. Kalau teman2 nak bakar pun boleh juga, ikut citarasa masing2 lah ya. Terima kasih pada Mat Gebu untuk resipi yang mudah dan sedap ni. Mintak izin untuk diletakkan dalam Dapur CT pula ya :D


Muffin Pisang Mudah (Di Kukus)
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh baking powder *
1/3 camca teh garam halusv*
3/4 camca teh soda bicarbionate * ( *disatukan dan diayak)
3 biji pisang emas, dilecek halus (CT guna pisang berangan)
1 camca besar mayonnaise (CT guna jenama KRAFT)
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang
1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair (CT guna minyak jagung Daisy)

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak jagung daisy, esen pisang. Kacau rata.
2. Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda * tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.



Monday, June 13, 2011

Mee Goreng Basah




Assalamualaikum.... Salam buat semua dipagi hari Isnin yang blues. Sememangnya hari ini macam malas benar nak bangun awal. Maklumlah, dah dua minggu tak perlu bangun terlalu awal, tapi hari ni rutin seharian dah bermula seperti biasa. Maklumlah, cuti sekolah dah berakhir, terpaksa jugalah bangkit walaupun kelat2 biji mata nak membukaknya... hehehe.

Hari Sabtu dan Ahad yang lepas, CT teramat sibuk hingga tak ada masa nak menjengah blog teman2. Hari ini akan CT cuba walau pun sesibuk mana masa mencemburi ya. Untuk menu hari ni, Mee Goreng Basah yang CT olah mengikut apa bahan yang ada dalam peti ais tu. Jika ada yang terkurang atau terlebih tu harap maklum lah ya. Biasalah.. mana2 yang ada tu lah yang CT sumbat dalam mee goreng tu... hehehe. Menu biasa jer ni, tapi dah tentunya resipi yang simple macam nilah yang sedap bila dah tak tahu nak masak apa. Okey ... layan lah menu yang simple ni ya :D


Mee Goreng Basah

Resipi Che CT

Bahan-bahan:
Sepeket mee kuning - cuci dan toskan
15 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
Sebungkus fiss ball - belah dua - goreng sekejap dan toskan
1 keping tauhu dadu kecik dan goreng, toskan
sayur sawi - potong2 cuci dan toskan
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap * (* blend halus)
Secubit gula
1 kiub ayam "Maggi"
Sedikit air rebusan kulit udang
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata, tuang air, kacau rata.
2. Tambah udang, gula, tauhu, fiss ball dan kiub ayam, kacau rata. Tambah mi kuning dan gaul rata. Tambah kicap secukup rasa rasa. Kalau ingin mi kelihatan basah, tambah sedikit air rebusan kulit udang.
3. Akhir sekali masukkan sayur sawi, gaul rata, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan..




Saturday, June 11, 2011

Orange Mocha Brownies




Assalamualaikum. Untuk entri kali ni CT nak letak entri tertunggak hari Rabu yang lepas. CT buat ni masa hari Rabu tu tapi dek kerana sibuk, tak sempat nak siapkan entrinya untuk di publish, jadi hari ni CT letaklah ye. Resepi ni bernama Orange Mocha Brownies, tapi kalau tengok pada rupanya tak nampak orennya kan. Itu kerana orennya adalah pada rasanya ye puan-puan, bukan pada warnanya... hehehe. Sedap rasa kek ni sebab ada rasa masam2 oren bercampur dengan rasa Mocha. Pada yang berminat untuk mencuba, silakan ye.


Orange Mocha Brownies
Sumber : RinnChan

Ingredients:
1 1/2 cups plain flour, sifted (tepung gandum diayak)
2/3 cups cocoa powder (serbuk koko)
1 tbl spn coffee powder (serbuk coffee/nescafe)
1 1/2 or 1 cup castor sugar (gula halus - CT guna brown sugar untuk kurangkan manis).
250gm butter, thawed
4 eggs, lightly beaten (pukul dulu)
1 tsp vanilla essence
1 orange, juiced about 1/2 cup and rind grated (jus oren dan parutan kulit oren)
1 cup of dark & milk chocolate chips mix

Method:
1. In a bowl mix all ingredients except orange juice, orange rind and choc chips. Beat using mixer at med speed until well combined. (campur semua bahan kecuali oren jus, parutan kulit oren dan choc. chip...pukul guna mixer biar semua sebati).
2. Chuck in orange juice and rind. Mix again. (masukkan oren jus dan kulit oren..gaul).
3. Stir in choco chips. (masuk choc chip..kacau).
4. Pour into baking tray, pre-lined with baking paper overhanging from both sides. (masuk dalam tray yang dialas).
5. Bake for about 25mins @ 170 degree C
6. Take out from oven, leave in tin for 5 mins and take out to cool on wire rack.
7. Pour and scrape choc frosting evenly on surface. Cut into squares


Chocolate Ganache :
250 gm cooking chocolat bar - patah2 kan
1 sudu besar butter
1 susu kecil susu cair

Topping :
1/ Panaskan coklat secara double boiler.
2. Bila coklat dah cair, padamkan api. terus masukkan butter kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati. Salut pada brownies dan hias.




Friday, June 10, 2011

Cabaran Daisy 2011 - Sehari Bersama Chef Liza



Assalamualaikum.. Salam ceria di pagi Jumaat buat semua. CT harap kita semua berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik ye. Amiinnnn.. Hari ni CT tak bercerita pasal menu masakan ye, tapi CT nak cerita tentang kisah semalam di pelancaran majlis "Cabaran Daisy 2011 - Sehebat Chef". Majlis pelancaran dan sidang akhbar ini di adakan di studio masakan Chef Liza Zainol di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bermula pukul 1 - 5 petang.

CT pergi ke majlis ni ditemani my laling CM. Dari rumah CT nak ke sana tak lah jauh sangat tapi disebabkan alamat yang diberi oleh pihak Kosmo macam tak berapa tepat, CT dan suami berpusing lebih 1 jam untuk sampai hehe. Keluar rumah pukul 12.00 tapi sampai kat sana lebih kurang pukul 1.30 huhuhu. Nasib baik sampai, kalau tidak mahu CT berpatah balik aje hehehe.

CT tak nak bercerita panjang lebar, biarlah gambar saja yang berbicara ye hehehe. Tapi kesimpulannya CT memang sangat gembira dapat bersama dalam majlis tu sebab CT dapat pengalaman yang baru dan dapat tips-tips yang sangat berguna dari Chef Liza Zainol yang tidak kedekut ilmu. Selain daripada pelancaran majlis, Chef Liza juga mengadakan bengkel khas untuk semua yang hadir untuk membuat dua menu kek dan biskut di mana kami semua bersama-sama membuatnya dengan tunjuk ajar beliau. Chef Liza turut berkongsi rahsia bagaimana nak jadikan kek sangat lembut dan gebu seperti kapas dan bagaimana nak jadikan biskut rangup tetapi 'cair di mulut', memang best. Dan yang bestnya lagi, masa majlis dah tamat dan sebelum CT balik tu, wartawan dari Kosmo dan Utusan dok usik-usik CT. Dorang kata, "Kak, lain kali kalau ada majlis sebegini lagi, akak bole join kitorang lagi tak?" CT jawab, "boleh aje, asalkan bukan di hari biasa sebab anak2 bersekolah, kalau hari cuti okeylah sebab akak tak bole drive". Lepas tu dorang kata "Takpe kak, kalau tak bole drive nanti kitorang ambik akak, nanti kita calling-calling eh" ... ehhehe.. CT ketawa aje mendengarnya..

Okeylah, CT tak nak bercerita panjang lebar lagi, layanlah sedikit dari gambar2 yang sempat diambil di sana ye.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...