Assalamualaikum.... Salam buat semua dipagi hari Isnin yang blues. Sememangnya hari ini macam malas benar nak bangun awal. Maklumlah, dah dua minggu tak perlu bangun terlalu awal, tapi hari ni rutin seharian dah bermula seperti biasa. Maklumlah, cuti sekolah dah berakhir, terpaksa jugalah bangkit walaupun kelat2 biji mata nak membukaknya... hehehe.
Hari Sabtu dan Ahad yang lepas, CT teramat sibuk hingga tak ada masa nak menjengah blog teman2. Hari ini akan CT cuba walau pun sesibuk mana masa mencemburi ya. Untuk menu hari ni, Mee Goreng Basah yang CT olah mengikut apa bahan yang ada dalam peti ais tu. Jika ada yang terkurang atau terlebih tu harap maklum lah ya. Biasalah.. mana2 yang ada tu lah yang CT sumbat dalam mee goreng tu... hehehe. Menu biasa jer ni, tapi dah tentunya resipi yang simple macam nilah yang sedap bila dah tak tahu nak masak apa. Okey ... layan lah menu yang simple ni ya :D
Mee Goreng Basah
Resipi Che CT
Bahan-bahan:
Sepeket mee kuning - cuci dan toskan
15 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
Sebungkus fiss ball - belah dua - goreng sekejap dan toskan
1 keping tauhu dadu kecik dan goreng, toskan
sayur sawi - potong2 cuci dan toskan
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap * (* blend halus)
Secubit gula
1 kiub ayam "Maggi"
Sedikit air rebusan kulit udang
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata, tuang air, kacau rata.
2. Tambah udang, gula, tauhu, fiss ball dan kiub ayam, kacau rata. Tambah mi kuning dan gaul rata. Tambah kicap secukup rasa rasa. Kalau ingin mi kelihatan basah, tambah sedikit air rebusan kulit udang.
3. Akhir sekali masukkan sayur sawi, gaul rata, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan..
Salam kak Ct comel
ReplyDeletepai ni masuk dapur akk negok mee grg basah pulak tu..jg kalaparan pulak negok nya..kita,,xsempat buat sarapan just bancuh moli aje utk ank2 n cicah roti...
suka mee basah2 cam ni...
Assalamualaikum....
ReplyDeleteWaa kena pi cari sat lagi ni. Tapi kalau buat sendiri lagi sedap. Kat kedai mesti kaler di hitam jer. CT ada lagi tak?
salam kak ct...
ReplyDeleteperhhh...memang menggoda mee goreng basah tu...
sedappnya tengokkk...
salam ct..
ReplyDeletekak ilah suka masukkan cikit lada hitam tumbuk.. fuhhh terangkat panazzzz hehehe
Salam kak CT!!!!nak tumpang bf kat sini! sedapnyer! kita suke mee goreng ninja kita pun suke mee goreng :D tgk mee goreng akak ni terasa nak makan jerrr! ngapp!!!!
ReplyDeletemorning kak CT!!!
ReplyDeletesedapnyer mee goreng basah.. feveret tun nih.. mama tun kalau msk ni mmg letak air byk2 smp dh nmpk mcm mee kuah dh.. hihi.. lapa nih, nk gi bekfes umah akak laa =)
Salam Kak CT..
ReplyDeleteamboii....sedapnya mee nih! kita peberet yg basah2 & pedas2 cam ni..bak arr sepinggan kak..
hehe.. kena bangun awal semula ye kak ct.
ReplyDeletesaya suke betul mee. apa apa pun cara gorengnya, kecuali kalau mee tu sendrik tak sedap rasa kapur kan. suke sangat kalau balik kampung dapat makan mee fresh beli kat jiran yang buat sendrik. tak de rasa kapur. cume mee buat sendrik ni tak de la tahan lama kan.
akak, nak 2 pring , kasi pedas2 ye
belum lunch lg...masuk dapur kak CT terus jd lapar..hu..hu nmpknya nk kena cepat2 bukak periuk dapur sendiri...sedapp la nmpk mee tu kak..
ReplyDeletesalam kak ct... mee goreng basah mmg peberet saya...x toleh kiri kanan kalo dah mengadap tuh.. hehehe
ReplyDeletesalam kak CT.. sedapnya kalau dapat sepinggan .. lapar plak nampak mee goreng akak ni..:)
ReplyDeleteSheila Shafeareen ~
ReplyDeleteWa'salam Sheila.. ikutkan memang malas nak goreng mee, tapi kang anak2 dgn Hb tak ada benda nak makan. tu yang masak juga... hihihi
Kak Sam ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Sam... betul tu kak, mama punya mee goreng kering . kalau buat sendiri amat puas hati. nak letak rencah banyak2 pun tak kisah kan. dah habis lah kak sam.. hihihi
Mas ~
ReplyDeleteWa'salam Mas... memang nak goda mas pun. gilah buat petang ni. boleh kak ct ngendeng mas punya nanti.. hahaha
ilahjy ~
ReplyDeleteWa'salam kak ilah, kalau pedas nanti anak bujang ct yang kecik tak boleh nak amkan kak. jadi buat biasa2 jer tak pedas sangat :D
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika... patut ler sebelum amik gambo tu macam dah terkuis mee goreng tu, ni mesti keja ika ni dok amik sedudu kan..kan.. hahaha
tun_telani ~
ReplyDeleteWa'salam Tun
memang betul tun, mee goreng basah ni kalau basah2 lembab gitu lagi sedap. nak2 ada telur separuh masak kat tepi tu kan. lagi lah tambah sedap.. hihihi
Yat Maria ~
ReplyDeleteWa'salam Yatt.. samalah fav kak ct juga. anak2 pun suka gak mee macam ni memang diaorg tu suka. nak sepinggan ker..? dah habis lah..soriii :D
izahdaut ~
ReplyDeleteIzah, kak ct ada beli buatan orang kampung gak kat pasar tani. tak boleh simpan lama lah. kenapa dia cepat basi erk. kalau nak masak mee tu kak ct mesti cuci dulu izah. okeylah tak rasa pun kapur dia.
Ida,Japan ~
ReplyDeleteOh gitu ker Ida.. hehehe. itu tandanya suh masak cepat2, kang perut dah menyanyi terus leleh air liur tu.. hahaha
nOOrsha ~
ReplyDeleteWa'salam Sha. hisss.. sampai gitu sekali ker. kalau mak mertua lalu pandang kiri kanan gak tak..? hihihi
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, selalunya macam tulah. kalau orang lain masak nampak sedap jer. kalau kita sendiri masak, nak makan tu asik tertangguh2 jer. agaknya bau yang kita masak tu dah masuk dalam perut kot.. hihihi
sedapnye mee goreng kak CT~~
ReplyDeletetengah teringin nak makan mee goreng ni..tapi tunggu rajin baru nak masak..hehe
Maira Anjami ~
ReplyDeleteTengah mengidam ke maira.. hihhihi. kalau betul alhamdulillah. mee goreng basah memang sedap maira. kak ct pun suka. tapi yang ni pun sedap gak, sebab kak ct guna air rebusan kulit udang. jadi terasa2lah sedikit kemanisan udang tu lagi :D
salam ..dah malam datang...kalau tak sah dapat merasa mee basah ct ni..silap masa huhu
ReplyDeletenmpk sedapnya mee basah akak tu.... sedaaaap sesgt...
ReplyDelete