
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Sarapan apa kita pagi ni ye? Kadang2 buntu juga difikiran tak tahu nak buat sarapan apa. Itu yang bila dah buntu aje, ah belasah ajelah roti disapu dengan jem atau kaya, betul tak? hehehe. Bercakap pasal roti, hari ni CT nak sharekan resepi roti tapi bukan disapu jem atau kaya, tapi roti putih yang dikukus, resepi original MIL. CT pernah siarkan resepi ni lebih dua tahun yang lepas iaitu pada April 2009. Kiranya ni resepi yang diulang tayang tapi dah berusia 2 tahun lebih lamanya. Sebelum CT buat entri tersebut dua tahun yang lalu, CT pernah search google dan tak pernah nampak sesiapapun yang pernah buat roti ni tapi selepas daripada tu CT nampak yang resepi ni dah semakin 'menular' dan juga 'berkembang-biak' dengan pelbagai pengubahan dan penambah-baikan. Tapi yang CT nak sharekan ni masih juga resepi yang asal sebab my laling tak suka kalau diubah apa-apa. Dah kehendak my laling yang tak lekang dengan resepi ibunya, jadi kenalah CT turutkan ye tak. Siapa tak sayang laki oii.. hehe.. Okeylah, jom kita semak resepi ye.
Puding Roti Pandan Kukus
Resepi Original CT (from my MIL)
Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)
1/2 sudu teh esen vanila
20 gm kismis (untuk tabur-optional)
* sedikit pewarna hijau
* sedikit garam
Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air. Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan.
2. Masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut kedalam mangkuk. Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.

wahhh..pagi2 jejalan sini...tgk ada puding roti la..lama tak buat, buat pun versi bakar jer..mintak sikit kak CT..
ReplyDeleteyaw!! sodapnyer...
ReplyDeletewahh kk ct ade bekpes yg sedap ni..!! bole dicuba ni..:))
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeletenpk sedap puding roti tu..bagus utk sarapan pagi...
Ida,Japan ~
ReplyDeleteIda, kak ct memang suka yang kukus berbading yang dibakar. sbb resipi turun temurun dari MIL ni :D HB yang paling suka roti kukus ni.
Gee ~
ReplyDeleteyup memang sedap, kadang2 ct letak dulu dalam petiais 1/2 jam baru makan ..hehehe
sasha rahmat ~
ReplyDeleteCha, cubalah, kalau banyak buat jer 1/2 adunan tu, ikut suka nak banyak mana okey :D
ady ~
ReplyDeleteWa'salam ady
bila2 pun memang sesuai dimakan ady. tapi kak ct memang buat untuk bf jer selalunya :)
CT - nampak sungguh sedap...mst best dgn harum pandan lgk tuh...kan..nnt buatkan tuk akak kalau akak tersinggah rumah CT nnt eh..hehe
ReplyDeleteMemang nampak moist je, lagi mengancam kalau letak vanilla sauce ke..
ReplyDeletesejukk mata memandang..ijauu..
ReplyDeletenampak lembut jerk puding roti tu..
sedappp..
Ummi ~
ReplyDeletekak ummi memang sedap kak, lembut2 goyang inul gitu... hahaha. tapi ct suka makan kalau disejukkan dulu dalam petiasi baru ngapp! hihihi
hazila ~
ReplyDeleteboleh jer nak letak esen vanila kalau suka. tapi harum daun pandan tu dah hilangkan bau telur tu zila. ikut masing2 lah kan :D
Mas ~
ReplyDeleteselalunya kalau hijau jer mesti damai jer mata melihat kan mas :D
Masak apa hari ni mas, jap lagi kak ct singgah dapur eh :)
Assalam ct, wah ini buat minum petang sedap ni..pagi kita datang ni ada lagi tak..mana tahu kot2 ada lagi sikit ..heheh
ReplyDeletetak apalah ct, recipe ulang tayang asal sedap dan kalau ada ulang tayang tu dah tentunya sedap kan..
elok jer cantik color puding tuh.. mesti sedap. kite kalo beli roti smpai msk kt cik tong!!! sbb xtaw nk buat ape.. msk dlm list ye kak.
ReplyDeletewah~~nmpk sedap dan cntik je puding roti kak CT:))sye ingt nk buat puding roti gak smlm..bhn2 sume dah beli..skali tgk roti dah expired la plak..huhu..
ReplyDeletex dpt mkn,dpt tgk puding roti kak CT pon ok la..hehe
salam kak.. nampak pun tahu sedap.. tambah makan sejuk2
ReplyDeleteSalam CT..
ReplyDeleteKita pun nak mintak maaf jugak lama tak menyinggah sini.. bukan tak ingat.. tp almaklum sajalah.. masa tak mengizinkan nak bertandang ke semua 'rumah' kwn2.. kenalah gilir2... hehhe.. tak dpt nak lawat hari2..
puding tu nampak moist betul.. mesti bestkan? pernah gak buat puding roti versi kukus ni dulu2.. tp takdelah letak perisa pandan.. resepi main hentam keromo jer.. hehe.. tp dah lama tak buat jugak sampai dah lupa resepi sbb lately ni dok buat mesti yg versi bakar..
Ayu ~
ReplyDeletewa'salam ayu, itulah pasal. kadang2 nak masak ni menu kita asik sama jer saban hari. tu yang nak pubis macam malas. Nak tak nak lepas masak terus jer makan. malas nak amik gambar segala. Kalau hari2 menu yang lain2 apa kata Mat Gebu pengsannnn.. hahaha
Aloy ~
ReplyDeleteResipi roti ni memang menjadi kegemaran kak ct sekluarga. kiranya resipi MIL lah kena ingat sampai bila2 :D
Miera Anjami ~
ReplyDeleteMacehhh miera, kadang2 nak masak dan nak dihidang ni mesti ada seni gak kan baru ada selera nak makan. kadang2 tu kalau mood tak best masak pun alah kadar jer...hihihi.
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteWa'salam Ita..ya memang betul tu. yang suka makan kasi sejuk kak ct lah tu.. hihihi. suka bila part kita nak cucuk roti kukus dgn garfu dia macam kenyal2 gitu, nampak lagi sedap :D
MaDiHaA a.k.a Ratna ~
ReplyDeleteWa'salam Ratna, betul tu, kalau dah lama tak buat selalunya resipi ni kita ingat tak ingat gitu kan. mulalah nak menambah macam2 benda dalam resipi tu. apa pun yang ni ct kena ingat lah sebab Hb memang suka resipi dari mak dia kan..hihihi
lyn at home ~
ReplyDeleteOleh kerana masa kukus roti ni kak ct sibuk tengok drama korea, jadi bau tu tak tercuim sangat ler. sebab kak ct memang masak dapur kat luar jadi jiran2 jer lah yang dapat baunya Lyn :D
ada2 aje idea ct ye.... mmg isteri, menantu & ibu mithali, boleh jadi role model utk kawan2 yg lain...
ReplyDeleteAmie ~
ReplyDeleteAminnnn... Alhamdulillah masakkan ct ni yang biasa2 jer Amie.
ct ni orang yang biasa2 jer masakkan pun yang simple dan kawan2 yang lain boleh mencubanya. tak ada yang boleh dibanggakan pada diri ni :)
NaDia CoMaNeCi ~
ReplyDeleteOkey Nadia. Terima kasih sebab sudi nak mencuba ya. kalau family kecil buatlah 1/2 adunan jer ikut suka lah ya :D
sedapnya tgk..colour hijau yg menawan...ada buat lbh tak kak?..nk tapaula sikit..hehe
ReplyDeletediana pun nak tapau gak nie akak.. hehehe... suka makan puding roti mcm nie... pasti harum nie kan.. perisa pandan lg gitu.. sedapnya...
ReplyDelete