Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman tersayang dan pengunjung setia DDCT. Alhamdulillah setelah hampir sebulan kita berpuasa, akhirnya Syawal bakal menjelang tiba sehari saja lagi. Ketika entri ini dipublish, CT sudah dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor Bahru. Sangat rindu dan tak sabar untuk bertemu kaum keluarga yang tersayang. Semoga Syawal ini dapat mengubat kerinduan yang terpendam sekian lama dan memberi seribu keceriaan dan kebahagiaan buat CT sekeluarga nanti, aminnn.
Di samping itu, CT ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman tersayang dan juga semua pengunjung yang setia menjenguk blog DDCT ini tak kira walau dimanapun kamu semua berada. Sudah pastinya juga CT ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata atau komen-komen CT yang menyentuh hati dan perasaan tanpa disengajakan sepanjang CT berblog. Mana yang terlebih atau terkurang, CT mintak dihalalkan juga ye. Semoga Syawal ini membawa selautan raudhah dan keberkatan untuk kita semua, insyaAllah.
Dalam pada bergembira menyambut syawal, sentiasalah beringat2 dan jaga keselamatan diri ye, terutamanya ketika memandu tu. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, kita bertemu kembali nanti selepas cuti Syawal. Sehingga bertemu kembali, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari CT sekeluarga.