Saturday, August 27, 2011

Biskut Raya 6 - Biskut Chocolate Rich




Assalamualaikum. Ini resepi Biskut Raya CT yang keenam. Terkejar-kejar CT nak cukupkan jumlah yang telah dirancang untuk dibuat tahun ni. Entahkan sempat atau tidak ya. Kalau tak sempat, buat yang termampu ajelah nampak gayanya nanti. Jom semak resepinya.


Biskut Chocolate Rich
Resepi Che CT

Bahan-bahan :
250 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji kuning telur
450 gm tepung gandum - di ayak
50 gm serbuk koko - di ayak
50 gm serbuk badam
2 sudu teh esen vanila
Sedikit coklat urai - Untuk hiasan

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila.
3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko, pukul hingga adunan menjadi lembut.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli adunan, kemudian terapkan dengan acuan pilihan.
5. Taburkan dengan coklat urai diatasnya dan bakar pada suhu 170' C selama 20 minit atau hingga masak. (Sapu putih telur atas biskut untuk memudahkan coklat urai melekat semasa ditabur).





1 comments:

  1. yummy...!!
    Slmt Hr Raya buat CT sekeluarga Maaf zahir & batin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...