Assalamulaikummmmm!! Apa khabar semua. Rindu sangat dah kat Dapur CT dan kawan2 yang masih setia untuk singgah kesini. Ada yang rindu tak dengan CT ni erk... ekekeke. Sorilah lama sangat CT dok menyepi. Tapi ayat yang biasa orang akan kata "selalu gak masak, tapi resepi yang sama jer macam kat blog tuu"... hehehe. Sekarang ni CT sedang sibuk tolong kemas barang2 anak dara CT, Lily yang akan masuk UiTM kat Jengka esok. Ingat nak stay satu hari kat sana sebelum hari mendaftar. Tapi tak jadi lah pulak, tempat yang kami nak book tu semua dah penuh. Kena bertolak selepas solat subuh lah esok nampak gayanya. Tolong doakan untuk CT sekeluarga ya kawan2, semoga perjalanan kami selamat sampai kesana pergi dan balik. Dan dipermudahkan dalam segala urusan bila sampai kesana juga. Amboiii... Panjang lebar lak pulak kali ni ya, minta maaf lah ya... hehehe.
Untuk pertama kali CT buat roti dengan mengunakan BM ni atau lebih mesra Cik Mat Gebu panggil 'Bibik Melayu" lah senang kan... hehehe. Yang lepas2 tu dok uli guna tulang 2 kerat ni haa... lenguh betul. Tapi hari ni dengan rela hatinya CT merasmikan BM ku yang dok lama terperuk kat dapur tu. Kiranya dah 'pecah dara' lah ni kan. InsyaAllah dimasa2 akan datang ada jer lah resepi roti yang akan CT kongsikan di Dapur CT pula. Resepi kali ni Roti Kismis Gebu, resepi asal dari Resepis House. Tapi CT amik dari blog jejaka idaman Malaya tu.... sape lagi kalau bukan Cik Mat Gebu... ekekeke. Matttt...! K.CT mintak izin tepek resepi mat kat sini pulak ya. Memang gebu dan harum jer bila bakar tu, terima kasih sekali lagi buat BM ku.... Kau penyelamat dalam hidupku muahhhhh!
Roti Kismis Gebu
Resepi dari Cik Mat Gebu
Bahan-bahan:
300 gm tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 gm gula halus
8 gm instant yeast
50 gm mentega (mat guna minyak sapi@ghee) CT guna mentega.
50 gm kismis
1 biji telur #
1/2 camca teh esen vanilla # (# disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
Cara-cara:
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50gm) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan. Selamat mencuba..