Monday, October 31, 2011

Marble Cake




Assalamualaikum... Selamat berhari Isnin untuk pengunjung setia Dapur CT. Minggu lepas rasanya dah banyak kongsi resepi kuih, jadi hari ni CT nak kongsi resepi kek pulak. Dan kek hari ni pulak berposing dengan kamera klasik my laling hehe. Bukannya apa. Yang sebenarnya, kamera dan makanan yang ditayangkan adalah gandingan yang paling akrab dan tidak dapat dipisahkan. Kalau tak kerana kamera, takdelah gambar2 makanan yang cantik tu kat muka2 majalah, kat blog, kat facebook segala betul tak? Cuma, biasanya kamera jadi 'orang belakang tabir' je. Kamera yang buat keje, tapi makanannya yang dapat nama, betul tak? hehe. Jadi CT buat sedikit penghargaan pada 'orang belakang tabir' dari zaman dulu-dulu koleksi my laling CM yang berjumlah lebih 50 buah tu untuk diposingkan sekali-sekala bersama resepi CT sebagai props hehehe. Dan untuk yang ditampilkan hari ni, kamera klasik Yashica FX-3 yang my laling telah gantikan dengan kulit berwarna merah.

Berbalik pada resipi CT hari ni, resepi Marble Cake yang CT ambil dari blog JUN. Mula2 masa pukul telur dan gula tu punyalah naik tinggi sampai naik penuh mangkuk adunan. Bila dah masukkan tepung segala dia turun plak... hehehe. CT tak ada serbuk koko sebab dah kehabisan masa buat RVC tu hari. Jadi CT gantikan dengan susu tepung dan buat marble 3 warna jer. Itu pun tak berapa jelas kalernya. Tak kisah yang pasti kek ni memang moist dan sedap. Next time nak guna loyang empat segi 6 inci biar dia naik tinggi sikit. Yang CT buat ni guna loaf pan 8x5x2.5 jadi dia duk nipis dan memanjang. Walaupun dia nipis rasanya sedang2 elok jer tak berapa manis sangat. Terima kasih ya JUN untuk resipi kek yang betul2 sedap dan lembut ni. Jika disimpan semalaman lagi sedap. Izinkan CT berkongsi resipi ni dalam Dapur CT pula ya JUN. You follow, I followwww......


Marble Cake
Sumber : JUN Yummylicious
Resepi di olah : Che CT


Bahan-bahan :
4 biji telur (CT guna gred A)
200 gm krim masam
120 gm butter - dicairkan
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat + 1 sudu teh cuka masak
1 sudu besar susu tepung (resepi asal guna serbuk koko)

Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu selama 5 minit . (pastikan ada jam disebelah anda ya :) )
2. Masukkan butter cair dan krim masam. Masukkan tepung, campuran soda dan cuka. Pukul lagi pada kelajuan sederhana.
3. Adunan dibahagi dua, satu campurkan dengan serbuk koko. (CT bahagi 3 dan warnakan berasingan setiap satu).
4. Masukkan adunan kedalam loyang beralas dan bergris secara berselang-seli. Bakar pada suhu 175C selama 40minit atau hingga masak.





Friday, October 28, 2011

Roti Pandan Kukus



Assalamualaikum... Salam mesra dan selamat bersua kembali untuk semua teman2 Dari Dapur CT. Macamana hari ini? harap semuanya sihat2 lah ya. Yang penting, kita semua mesti amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat juga. Kadang2 penyakit ni tak dapat kita jangka kalau dah nak datang kan. Jadi lebih baik kita mencegah sebelum terlambat. Kenapa pulak Che CT membebel pagi2 ni ye. Bukannya apa, kita yang dah meningkat usia ni kena saling ingat-mengingatkan satu sama lain untuk sentiasa menjaga kesihatan. Ye tak? hehehe.

Alhamdulillah.... menu yang CT sediakan ini pun kira sihatlah juga, sebab dikukus. Tapi, kena kurangkan manisnya ye hehe. Roti Pandan Kukus ni dah seringkali CT buat dan dah beberapa kali CT post kat Dapur CT ni juga. Tapi di post lagi kali ni huhuhu. Ini gara2 terpandang dalam blog Kak Ummi Kuantan lah ni... hehehe. Kebetulan memang beli roti ingat nak buat sandwich tapi memandangkan ada anak bujang CT yang alah dengan ikan sardin, CT batalkan niat tu. Buatlah roti kukus ni jer, lagipun memang kegemaran seisi keluarga juga ni. CT tengok ramai juga yang pernah buat dan bermacam2 kepelbagaian kelainan yang dicuba, tapi semuanya lebih kurang sama jer hanya sukatannya jer ada sikit2 berbeza. Apa pun yang pasti semuanya sedap2 belaka. Kita terus pada resipi jer ya.. ada yang nak follow.... I followwwww


Roti Pandan Kukus
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi).
200 ml santan kotak
21/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir (boleh dikurangkan sukatan).
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit paste pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara :
1. Panas kan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan2 kecuali roti. Kacau sebentar. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
3. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping2 susun kedalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit balance adunan atas roti.
4. Kukus selama 15 - 20 minit dengan api besar. Biarkan betul2 sejuk dahulu baru boleh dipotong. Selamat mencuba :)




Thursday, October 27, 2011

Terung Berlada



Assalamualaikum.... Salam penuh kemesraan buat semua teman2 Che CT. Sebelum panjang lebar CT berbicara nak bagi tahu gak ni. Hampir seminggu dah CT jarang sangat dapat blogwalk dan tinggalkan komen kat blog teman2. Bukan sengaja tapi line tenet yang CT guna ni dah mula slow sangat2. Bila dah nak hujung2 bulan memang macam nilah situasinya sebab had 5GB sebulan dah diguna habis ..hehe. Kadang2 nampak dah loading penuh setelah lama menunggu tapi langsung tak nak keluar gambar dan resipi. Lepas tu bila dah keluar pulak dan part nak klik comment terpaksa menunggu lagi dan ambil masa yang lama sangat2. Macam nak pengsan kalau nak menunggu hehehe. Bila jadi macam tu terpaksalah CT batalkan niat nak meronda blog kawan2. CT mohon maaf banyak2 harap dapat fahamilah ya, bukan CT sengajakan. Ni nak upload resepi setiap hari pun kena bersabar menunggu siapnya. Tapi terpaksalah sabar, kalau tak maknanya tak berasaplah blog ni hehehe.

Berbalik pada resipi hari ni. resepi Terung Berlada. Memang CT tak pernah masak dan tak pernah makan pun sebelum ni. Inilah pertama kali CT cuba masak dan pertama kali CT merasa. Ini pun permintaan dari my laling CM yang ingin sangat makan. Tapi bila CT dah merasa... wallahhh! memang sedap rupanya... hehehe. Itulah lain kali mesti rasa dan cuba dahulu baru tahu kannnn.. Terima kasih pada Kak Ummi kerana resipi ini yang menjadi pilihan CT kali ini. Terima kasih banyak2 ya Kak Ummi, mintak izin CT letakkan resipi dalam senarai Dapur CT ya. Macam biasa copy dari blog HomeSweetHome lah ya... hehehe. Jangan mintak dah habis dah. Daaaa....


Terung Berlada - memang sedap!
Resipi : Ummi Zaihadi

Bahan-bahan :
3 biji terung sederhana besar (CT guna 5 biji terung kecil dan kerat serong)
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar cili boh (CT guna cili blender)
2 - 3 sudu makan gula/secukup rasa
garam secukup rasa

Bahan dikisar :
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering

Cara-cara :
1. Basuh terung dan belah 4 di tengahnya, jangan putus.
2. Goreng dalam minyak hingga 3/4 masak, jangan layu sgt..lembik nanti. Angkat dan letakkan dalam bekas sesuai, ketepikan.
3. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali jika terlalu banyak. Tumis bahan kisar dan cili boh dengan api perlahan. Kacau hingga cili benar2 masak dan naik minyak sikit.
4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga agak pekat.
5. Tutup api dan tuangkan ke atas terung tadi dan rata-ratakan.




Wednesday, October 26, 2011

Kuih Bingka Telur




Assalamualaikum.... semoga teman2 CT semua sentiasa ceria dan sihat walafiat sentiasa. Hari ni hari yang sesuai untuk berceloteh panjang tak ek..? Emm... mungkin tidak kot, sebab hari ni pun tuan umah cuma hidang kuih aje. air pun tak nampak sangat. Kalau celoteh panjang2 kang, kering pulak air liur, dahlah air pun tak nampak kan... hahaha.

Kita pergi terus pada resipi hari ni jer lah ya. CT buat kuih bingka telur ni untuk sarapan anak2 dan suami tersayang. Resipi kuih bingka telur ni CT ambil dari blog Hana. Hana pulak amek resepi ni dari Ela Qatar katanya. Ela Qatar ambik dari mana, CT tak tahulah pulak, mungkin juga resepi sendiri kan. Dah lama juga resepi ni dok tersimpan dalam senarai buku resipi CT tu. Kalau tuan punya ada ternampak mintak dihalalkan ya. Kuih ni memang sedap, dan lembut terasa. Tapi CT buat 1/2 adunan dari resipi yang asal, tu yang nampak nipis jer. Terima kasih pada tuan punya resipi dan juga Hana. CT mintak izin untuk tepek dalam Dapur CT untuk rujukan di lain kali dan juga untuk teman2 CT yang lain. Macam biasa copy dari blog Hana jer... hehehe. Jom lah kita tengok resipi dibawah kalau ada teman2 yang ingin membuatnya juga. Daaaa.....


Kuih Bingka Telur
Resipi : Hana Kuantan

Bahan-bahan:
6 biji telur
2 cawan air daun pandan (CT guna 2 cawan air + pewarna kuning)
2 tin santan (400 ml x2) atau santan pekat
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 tsp garam
4 tbs butter-cairkan

Cara-cara:
1. Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
2. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang..lenserkan. Masukkan dalam oven. (CT panaskan dulu oven dalam 5 minit).
3. Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih.
4. Masak sehingga perang. (CT bakar guna suhu 180C selama 50 - 60 minit).




Tuesday, October 25, 2011

Kuih Seri Muka




Assalamualaikum.... Salam penuh keceriaan buat semua teman2 CT. Mula pada hari ni sampai hujung minggu ni, CT rasa macam nak buat minggu kuih-muih, nak tayang kuih jer lah... hehehe. Dan hari ni CT tayang kuih seri muka. Kuih ni adalah permintaan anak bujang CT yang bongsu tu, Haqim. Katanya "... dah lama mama tak buat kuih nasi, Haqim suka tau ..." Haaa...special kan nama kuih ni, kuih nasi.. Haqim yang bagi nama. Bila nak buat lagi nanti tak nak letak nama kuih seri muka, nak letak nama kuih nasi hijau pulak... hehehe. Pandai2 jer anak2 ni kan, tapi tak kisahlah yang penting kuih ni habis dimakan dan sedap pulak tu.

Nak ucap terima kasih banyak2 pada kedua2 penyumbang resipi ni Yatie dan juga pada Chef Hanieliza. Kuih seri muka ni memang lembut sangat2 bahagian atas tu. Kalau makan macam cair jer dalam mulut, tak percaya..? cer cuba... cer cuba buat dulu baru boleh citer... hehehe. Okeylah layan dulu resipi kat bawah ni ya. Kalau ada yang nak mencuba tu silakan ya :)


Kuih Seri Muka - Memang berseri lahh..
Resipi : Chef Hanieliza
Sumber : Yatiememories

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (CT gunakan 1 1/2 cwn je..)
sedikit garam

Cara-cara :
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak. (CT rendam selama 90 minit)
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-Cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

**Utk adunan ni, masak sebentar lapisan atas tersebut di atas api perlahan sehingga nampak berwap dan kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tersebut. Kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana. Sejukkan dahulu dan potong kuih menggunakan pisau plastik.





Monday, October 24, 2011

Ikan Kerisi Masak Taucho




Assalamualaikum... Salam mesra dan salam ceria semoga kita semua sihat cergas dan awet muda selalu ya. Kurangkan manisan dalam minuman, lebihkan manisan dalam senyuman dan mulakan hari dengan senda gurauan ye. Tapi jangan bergurau sampai memudaratkan silaturrahim sudahlah ya. Agak2 kita happy gitu sudahlah, matlamatnya kita semua sama2 gembira tak gitu ;)

Okey berbalik pada menu hari ni, ikan kerisi masak taucho. wahhh.... ni adalah menu ikan yang pertama dalam bulan 10 ni... hehehe Itu pun request dari my laling Che Mat sebab teringin nak makan lauk taucho katanya. Lama juga CT tak masak taucho, nasib baik ada permintaan. Kalau tak entah bilalah stok taucho dalam peti ais tu nak luak. Ikan taucho ni khas untuk suami, jadi CT tak makan pun. Anak2 lagilah memang tak gemar makan ikan, jadi biar suami jer yang makan. Bersih, licin semua sedikit kuah pun tak tinggal dalam periuk, sedaplah tu... hehehe. Air tangan isteri lebih sedap kot kalau dibandingkan lauk2 yang dimasak diluar tu betul tak..? hehehe. Okey jom lah kita layan resipi yang senang dan simple ni ya. Daaa..


Ikan Kerisi Masak Taucho
Resipi : Che CT

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi (boleh juga ganti dengan ikan lain)
2 labu bawang besar *
2 ulas bawang merah *
7 biji cili padi *
1 biji lada merah *
2 biji lada hijau *
1 camca kecil air asam jawa
2 camca besar kicap manis
sedikit belacan
1 camca besar gula pasir
1 senduk taucu
Sedikit minyak masak
Sedikit kunyit serbuk
(Bahan bertanda * - dihiris)

Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.
2. Sapukan sedikit garam dan kunyit serbuk pada ikan dan goreng hingga garing.
3. Angkat dan asingkan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan cili padi kedalam kuali yang digunakan untuk mengoreng ikan tadi.
5. Goreng dan balik-balikkan.
6. Masukkan pula air asam jawa, belacan, kicap manis, taucu, gula. Kacau hingga rata.
7. Setelah mendidih baru masukkan ikan.
8. Balik-balikkan selama beberapa minit dan setelah beberapa minit dan setelah kuahnya likat matikan api dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.





Friday, October 21, 2011

Muffin Coklat Bakar




Assalamualaikum.... bersua kembali dipagi yang indah ni, semoga semua teman2 CT sentiasa ceria hendaknya. Alhamdulillah... walaupun CT sibuk, tapi CT dapat mengupdate blog Dapur CT hari ni dengan jayanya hehe. Maklumlah, minggu lepas seminggu CT menghilang tu.. hehehe.

Untuk menu kali ni, CT buat muffin coklat bakar pulak. Sebelum2 ni CT buat muffin coklat dari resepi Maklang Azie ni versi kukus. Tapi kali ni CT mencuba versi bakar pulak, memang tak menghampakan menjadi pulak muffin ni. Cuma cara bakar tu jer tak bolehlah 10 minit macam kukus tu. Kena lebihkan masa membakar nya. Lembut juga walaupun dibakar, sukatan dalam adunan tu macam biasa cuma masa isi dalam papercup tu jangan penuh2 sangatlah ya takut membuak pulak nanti. Okey kita teruslah tengok resipi pulak ya... :)


Muffin Coklat Bakar
Sumber asal: Maklang Azie
Resepi olahan Che CT

Bahan A:
2 cawan susu segar (boleh diganti dengan susu cair)
1 cawan minyak jagung atau 250 gm butter cair
1 3/4 cawan gula castor
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250 gm tepung superfine atau tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisk saje.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin.
3. Bakar dengan suhu 175C selama 30 minit atau sehingga masak.





Thursday, October 20, 2011

Kuih Talam Gula Merah




Assalamualaikum... Bersua lagi Dari Dapur CT. Kali ni CT buat kuih Talam Gula Merah pulak. Memang menepati citarasa sungguh kuih ni. Sangat sedap, kemanisan nya pun sedang2 gitu, amat sesuai dengan tekak CT yang tak gemar manis2 sangat. Lembut jangan cakaplah sampaikan my laling CM pun kata "..lembut kuih ni sedappp..." hehehe. Cuma adunan gula merah tu ada berketul sikit sebab CT dok tinggal minum air masa tengah kacau atas api... tu yang macam berombak sedikit...hehehe. Apa pun kuih ni memang sedaplahhhh!

Terima kasih Yatie untuk resipi kuih talam yang sememangnya lembut dan sedap ni. Semoga Yatie sentiasa dimurahkan rezeki selalu hendaknya... aminnn. Tak moh celoteh panjang2 kali ni, kita terus pada resipi. Macam biasa CT akan copy dari blog Yatie jer lah ya :)


Kuih Talam Gula Merah
Resipi : Yatie

Bahan Lapisan Bawah :
200 gm gula merah
2 sudu gula pasir
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara-cara :
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak, cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Bahan Lapisan Atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
Sedikt garam

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.





Wednesday, October 19, 2011

Red Velvet Cake - Semerah Cinta Hatiku




Assalamualaikum... Salam ceria, salam paling manis.. semanis senyuman yang paling indah khas untuk semua teman2 CT yang tersayang. Alhamdulillah.. pejam celik.. pejam celik, sampai juga hari yang CT tunggu2 untuk diraikan bersama teman2 CT di sini hari ni.

Hari ini 19 hb October adalah hari yang bersejarah dalam hidup my laling Che Mat iaitu suami CT, En Rahmat Hj Abd Aziz. "... Selamat Ulang Tahun Sayang..." CT panjatkan rasa syukur kehadrat Allah kerana memanjangkan usia suami tersayang hingga ke hari ini. Semoga suami CT diberi kesihatan yang baik setiap masa, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah didunia dan akhirat.. Insya'Allah.... Aminnn Ya-RabbalAlamin.

Sebenarnya suami CT nak makan pulut kuning jer dihari lahirnya. Katanya kek dah biasa makan. Tapi CT buatkan juga Red Velvet Cake khas untuk suami tersayang. Sebab masa hari raya CT tak sempat nak buat kek RVC ni (masa tu suami teringin nak makan). Jadi hari ini CT buat lah untuk menunaikan permintaan yang dah lama 'tertunggak' tu kan... hehehe. Pulut kuning dan rendang CT buat juga tapi nanti2 lah CT publish ya... insya'Allah. Tapi nak jadi cerita kan, tengah2 CT buat kek ni, 2 kali letrik tak ada tau. Rasa macam nak pitam sekejap. Nasib baik lah ngam2 siap habis bakar... hehehe.

Resipi RVC ni dah pernah CT publish masa birthday CT dulu. Jadi CT ulang letak semula di sini untuk rujukan bersama sekali lagi ya. Selamat menjamu selera. Opss..! selamat menjamu mata ... hehehe. Daaaaa..


Red Velvet Cake - Semerah Cinta Hatiku
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan Kek:
250 gm tepung kek *
1/2 sudu kecil garam *
15 gm @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113 gm @ 1/2 cawan butter
160 gm gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
1 sk esen vanila
240 ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2 sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:
227g cream cheese
227 mascarpone - ( hana ganti cream cheese)
115 gm @ 1 cawan gula kastor
360 ml @ 11/2 cawan whipping cream
( hana tambah susu segar sedikit untuk frosting yang agak lembut)

Cara-cara:
1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dengan sukatan yang sama.
2. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 - 2 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
7. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan hingga sebati.
8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. (CT guna loyang 8 inci dan bakar lebih kurang 50 minit).
9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.




Tuesday, October 18, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau




Assalamualaikum.... Apa khabar semua? Alhamdulillah... bersyukur kerana CT diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan rutin seharian seperti biasa. Semoga teman2 CT semua begitu juga hendaknya ye. Hari ni CT muncul dengan menu Kuih melayu. Menu ni simple je dan nak menyediakan pun tak ambil masa yang lama sangat. Tak sempat nak begerak dari depan periuk kukus ni kuih dah sedia masak. Haaa...memang betul kalau tak percaya sila cuba resipi kuih lapis kacang hijau ni.

Selalunya kalau CT buat kuih lapis hanya mengunakan tepung gandum. Tapi yang ni ada sedikit penambahan pada adunan ni, iaitu mengunakan sedikit tepung kacang hijau. Memang sedap dan kelembutannya pun jelas terasa. Resipi asal dari sebuah majalah Rasa tahun 2009. Itu yang CT tahu sebab CT ambil resipi ni dari blog AnaWahid. Dok selongkar2 blog Ana terjumpa resipi ni, terus salin tanpa menunggu lama. Terima kasih daun keladi buat AnaWahid lain kali boleh buat lagi, sebab stok tepung kacang hijau ada banyak...hehehe.

Okey jangan menunggu lama2 silalah mencuba memang berbaloi. Cuma CT mengunakan acuan kuih lompang yang kecil. Jadi nampak kecik sikitlah kejadian kuih ni. Tak apa lain kali nak cuba dalam loyang pulak. CT copypaste dari blog Ana jer, apa lagi tunggu... jom cuba try test :)


Kuih Lapis Kacang Hijau
Resipi : AnaWahid

Bahan-bahan :
150 gram Tepung Beras
100 gram Tepung Ubi
50 gram Tepung Kacang Hijau
1 liter santan pekat
150 gram Gula
50 ml Air
Secubit garam
1 helai daun Pandan
5 pewarna yang berlainan

Cara-cara :
1. Masukkan gula kedalam periuk bersama air dan daun pandan, masak sehingga gula hancur dan sejukkan.
2. Sementara itu, panaskan pengukus dan acuan/loyang. Satukan semua tepung dan ayak tepung tadi kedalam sebuah bekas.
3. Masukkan air gula, secubit garam dan santan kedalam tepung tadi dan kacau sebati dan tapis.
4. Bahagikan adunan tadi kepada 5 bahagian dan setiap 1 diwarnakan dengan warna yang berlainan.
5. Kukus setiap lapisan diantara 2-3 minit, dan ulang kesemuanya sehingga habis.
6. Lapisan terakhir kukus selama 10 hingga 15 minit. Sejukkan dan barulah boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan. Siap!

* Kalau gunakan acuan comel2 macam CT, kurangkan masa kukusannya *




Monday, October 17, 2011

Light Blueberry Cheese Cake




Assalamualaikum... salam mesra buat teman2 CT semua. Dah seminggu lebih tenggelam, hari ni CT muncul semula. Sebenarnya, minggu lepas mak mertua CT datang ke rumah, jadi bila masakan dah siap, segan plak CT nak ambik2 gambarnya. Paham2 ajelah kan hehehe.

Kembali pada menu dan resipi hari ni, Light Blueberry Cheese Cake. Resepi ni CT ambil dari mek HaSue, sungguh tertarik nak mencuba. Ramai juga teman2 yang dah membuatnya. Semuanya cantik jer, tapi CT letak jem strawberry sebab jem blueberry tak cukup stok...hehehe. CT punya kek macam tak cantiklah pulak. Jem tu tak kelihatan macam segan2 nak timbul... hahaha. Adunan yang CT buat tu macam sedikit cair lah, nanti nak tanya tuan punya resipi HaSue kenapa jadi macam tu. Tak apa yang penting kita nak mencuba kan, apa pun kek ni memang sedap anak2 pun suka makan, CT pun suka gak makan. Tapi kena ulang2 lah tak boleh sekali ngadap, muak lah pulak... hehehe.

Macam biasa CT copy paste dari blog tuan punya resipi tepek kat sini untuk rujukan semua yang ingin mencubanya pula. Terima kasih ya HaSue untuk resipi kek ni. Dan mintak izin Kak CT panjangkan lagi resipi ni dalam Dapur CT. Daaaa.....


Light Blueberry Cheese Cake
Resipi : HaSue

Bahan-bahan :
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya ( CT ganti dengan jem strawberry)

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C, gris loyang dengan mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
2. Dengan api perlahan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin. Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
3. Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yang agak besar untuk 1 adunan).
4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah).
5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi..kacau perlahan.
6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata.
8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan.
9. Ambil loyang yang sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yang digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis.
11. Bakar pada suhu 175 C menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven).




Tuesday, October 4, 2011

PanCake




Assalamualaikum... Selamat pagi. Apa hidangan untuk sarapan buat keluarga tersayang hari ni ya. Kadang2 pening juga bila idea tak kunjung datang. Tapi kalau dok tunggu tapi wahyu tak sampai2 juga, hmmmm.. roti bai jerlah jawabnya juadah untuk anak2 dan suami dipagi hari... hehehe. Alhamdulillah...itu pun kena bersyukur jugakan. Tapi untuk pagi ni CT buat PanCake untuk hidangan sarapan sekeluarga, sebab ini salah satu menu yang senang banget. Bak kata suami CT, kacau-kacau, tuang, dah jadi dah.. hehehe. Lagipun pancake ni anak2 dan suami dah memang semuanya suka. Tambah pula kalau disapu bersama jem yang digemari, lagi sedap rasanya.

Resipi PanCake ni macam2 versi yang dah CT cuba. Memang tak rugi kalau kita mencuba berbagai2 resipi. Hasilnya kita juga yang dapat betul tak..? CT pernah cuba resipi dari Mat Gebu, dari MyResipi dan banyak lagilah. Dan yang ini pula CT ambil dari blog Dayang Jack. Memang sedap, kalau nak tahu sila lah cuba sendiri, ditanggung sedap!!.. hehehe. Terima kasih ya Dayang sebab berkongsi resipi pancake ni yang resipi asalnya dari Chef Hajar. CT copy paste dari blog Dayang jer :D


PanCake
Resipi: Dayang Jack

Bahan-bahan :
3 sudu besar butter - dicairkan (boleh juga guna minyak masak atau minyak jagung)
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon (jika tak nak letak pun tak apa)
secubit garam (atau secukup rasa)

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati (CT guna whisk jer, subuh2 guna blender takut bising sangat :D )
2. Biarkan adunan selama 10 minit
3. Tuangkan sesudu adunan dalam kuali non stick yang telah panas.*
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (permukaan seakan berbuih atau berlubang2).*
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.

Nota : *Panaskan non-stick frying pan menggunakan api paling kecil, sapu dengan sedikit mentega kemudian lap dengan paper towel. Kemudian tuang 1/2 cawan adunan pancake di tengah2 pan tadi. Biar sehingga permukaannya berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap. (Ini cara Mat Gebu).





Monday, October 3, 2011

Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!



Assalamualaikum dan salam sayang serta salam bertemu kembali untuk semua teman-teman dan pengunjung setia DDCT semua! Alahai rindunya kat blog ni sebab dah sebulan lebih ditinggalkan tak ber-update! Mulanya CT cadang nak cuti sepanjang bulan Syawal tapi rupa-rupanya terlajak sampai beberapa hari melewati Syawal dah pun hehe.

Apapun, gempak tak tajuk entri pertama kemunculan setelah lama CT bercuti? Sebenarnya bukan gempak tapi serammmm!! Bagi yang dah biasa tengok siri Masterchef kat ASTRO tu pasti tahu yang siri tu dah jadi semacam fenomena dan sekarang ni dah mula nak menjangkit ke Malaysia pulak. Fenomena pun fenomena lah kan. Yang buat CT seram tu bila minggu lepas wakil dari Nuffnang telefon mintak CT join contest "Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!". CT tak tahu nak respon macamana tapi bila CT cerita kat anak-anak dan suami, dorang 'paksa' CT sahut cabaran tu. Dorang kata "alah mama bukan tak biasa masak, boleh aja.. dan resepi mama yang paling, masak Rendang!" tapi, CT kata.. itu masak di rumah, bukan untuk pertandingan, mana sama! hahaha.. apa pun, kerana galakan (ke desakan? hehe) CT rasa, CT sahut jugalah cabaran ni dalam ketar2 lutut. Tapi bukan untuk menang atau sewaktu dengan tu tapi sebagai menyahut cabaran keluarga hehe. Sebagai syarat memasuki pertandingan tu, CT kena war-warkan informasi kat bawah ni:

- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Background Information on MasterChef – MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!



Okeylah. Kita semak Resepi Signature CT iaitu Rendang Daging DDCT, resepi original turun-temurun keluarga CT.

RENDANG DAGING DDCT
Resepi Che CT

Bahan-bahan:
500 gm Daging
2 sudu besar Kerisik
1/2 cawan Minyak Masak (untuk menumis)
1 cawan Santan Cair
1/2 cawan Santan Pekat
3 cawan Air
1 sudu kecil Garam (secukup rasa)
1 sudu besar Gula Pasir
1/4 buku Gula Melaka
1 helai Daun Kunyit (dimayang halus)
Sedikit Rempah Tumis

Bahan Kisar:
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Kunyit
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
15 tangkai Lada Kering
2 batang Serai
5 helai Daun Cekur
2 helai Daun Limau Purut
2 sudu besar Ketumbar
2 sudu besar Jintan Halus

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar bersama rempah tumis dan gula melaka sehingga pecah minyak.
2. Kemudian tambahkan air, kerisik, garam, gula dan kacau rata.
3. Selepas itu masukkan daging dan tunggu hingga empuk.
4. Masukkan santan cair dan biar seketika hingga mendidih.
5. Tambahkan santan pekat dan daun kunyit.
6. Bila sudah mendidih, kecilkan api sedikit dan kacau sekali-sekala. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Sedia utk dihidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...