Thursday, October 27, 2011

Terung Berlada



Assalamualaikum.... Salam penuh kemesraan buat semua teman2 Che CT. Sebelum panjang lebar CT berbicara nak bagi tahu gak ni. Hampir seminggu dah CT jarang sangat dapat blogwalk dan tinggalkan komen kat blog teman2. Bukan sengaja tapi line tenet yang CT guna ni dah mula slow sangat2. Bila dah nak hujung2 bulan memang macam nilah situasinya sebab had 5GB sebulan dah diguna habis ..hehe. Kadang2 nampak dah loading penuh setelah lama menunggu tapi langsung tak nak keluar gambar dan resipi. Lepas tu bila dah keluar pulak dan part nak klik comment terpaksa menunggu lagi dan ambil masa yang lama sangat2. Macam nak pengsan kalau nak menunggu hehehe. Bila jadi macam tu terpaksalah CT batalkan niat nak meronda blog kawan2. CT mohon maaf banyak2 harap dapat fahamilah ya, bukan CT sengajakan. Ni nak upload resepi setiap hari pun kena bersabar menunggu siapnya. Tapi terpaksalah sabar, kalau tak maknanya tak berasaplah blog ni hehehe.

Berbalik pada resipi hari ni. resepi Terung Berlada. Memang CT tak pernah masak dan tak pernah makan pun sebelum ni. Inilah pertama kali CT cuba masak dan pertama kali CT merasa. Ini pun permintaan dari my laling CM yang ingin sangat makan. Tapi bila CT dah merasa... wallahhh! memang sedap rupanya... hehehe. Itulah lain kali mesti rasa dan cuba dahulu baru tahu kannnn.. Terima kasih pada Kak Ummi kerana resipi ini yang menjadi pilihan CT kali ini. Terima kasih banyak2 ya Kak Ummi, mintak izin CT letakkan resipi dalam senarai Dapur CT ya. Macam biasa copy dari blog HomeSweetHome lah ya... hehehe. Jangan mintak dah habis dah. Daaaa....


Terung Berlada - memang sedap!
Resipi : Ummi Zaihadi

Bahan-bahan :
3 biji terung sederhana besar (CT guna 5 biji terung kecil dan kerat serong)
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar cili boh (CT guna cili blender)
2 - 3 sudu makan gula/secukup rasa
garam secukup rasa

Bahan dikisar :
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering

Cara-cara :
1. Basuh terung dan belah 4 di tengahnya, jangan putus.
2. Goreng dalam minyak hingga 3/4 masak, jangan layu sgt..lembik nanti. Angkat dan letakkan dalam bekas sesuai, ketepikan.
3. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali jika terlalu banyak. Tumis bahan kisar dan cili boh dengan api perlahan. Kacau hingga cili benar2 masak dan naik minyak sikit.
4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga agak pekat.
5. Tutup api dan tuangkan ke atas terung tadi dan rata-ratakan.




16 comments:

  1. Terung masak cenggini memang sedap...sayur wajib kalau beli terung...alaa pe susah2 kak ct, unifi kan aje tenet tu...baru amannnn....:) salam ukhwah dr saya...

    ReplyDelete
  2. sedapnyer terungg.. dulu2 suka sgt mkn. skrg dh xleh makan sbb angin teruk sgt bila makan.. sedih sedih..

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan kak.. silent reader je sblm nih.. mmg tgh cr resipi terung yg simple2 je nih.. sbb husband suke mkn.. thanks kak sbb share resipi ni.. BTW gamba2 blog akak sume cantik2 la..

    ReplyDelete
  4. yam2x... terung is my fav...!! sedapnyaaaa........

    ReplyDelete
  5. faveret akak gak terung cam ni, simple tapi sedappp sgt

    ReplyDelete
  6. salam kak ct,sedap nie mkn dengan nasi panas,nk minta dh habis,nmpak gaya kena buat sendiri la :)

    ReplyDelete
  7. Dulu saya pun tak suka terung, tapi bila makan terung sambal bilis terus jatuh chenta....

    ReplyDelete
  8. ida suka terung, hubby lak tak brp suka...kalau msk..dia rasa2 jer la...so yg tukang abiskannyer ida...last2 jarang2 msk terung kak.pstt...sedap nmpk terung sambal tu

    ReplyDelete
  9. feberet ira ni...kalau ada ni laju je makan nasi...

    ReplyDelete
  10. Salam CT...
    Tengah buat pe tu....masak2 apa hari ni...he he kak cek dtg singgah nak rasa terung berlada..molek je susun dalam pinggan tu...sedap je nampaknya...:D

    ReplyDelete
  11. cantiknya kak ct susun terung mcm tu. saya pun sukeee sangat terung berlada ni. lebih kurang la juge resepi yg biasa saya buat tu. cume saya akan tabur ikan bilis halus tu yang digoreng garing2 atas sambal ni. sedap tau kak. try laaa..hehee

    ReplyDelete
  12. Emmm...suka banget...siok guna copstick..ngap..byk cili lg best..

    ReplyDelete
  13. terima kasih ...esok saya nak cuba, sbb encik suami suka terusng

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...