Saturday, March 19, 2011

Kuih Lompang




Assalamulaikum... Alhamdulillah jumpa lagi kita disini. Walaupun lama hampir nak naik sawang labah2 kat sini. Tapi masih ada gak yang sudi singgah dan mencuba resipi dan membaca omelan dari CT ni... hehehe. Rindu sebenarnya nak keudara disini seperti dulu2, tapi situasi CT sekarang ni agak terbatas sedikit. Faham2 ajelah ya bagi surirumah macam kita2 ni. Tapi ada gak surirumah yang masih sempat update setiap hari, namun CT tak dapat nak lakukan seperti itu. Maaflah ya... kekadang tu ada gak kawan2 yang bertanya kenapa lama tak update lagi Dapur CT ni. Apa nak kata... nak kata malas, tidaklah cuma ada sesetengah pekara yang CT tak dapat nak mengelakkan nya harap maaf ya. Berbalik pada resipi Kuih Lompang ni dah lama dah buat, cuma tulah nak update jer tak ada masa. Resipi ni CT ambil dari MyResipi dari Hazel memang lembut, sedap sangat2. Terima kasih pada yang tuan punya resipi ni. Alhamdulillah anak2 dan my laling CM suka sangat2 makan kuih ni. Tak cukup buat satu adunan, CT buat lagi selang 3hari adunan ni... hehehe. Buat bercolor2 nampak menarik nak makan. Tak jemu mata memandang dan tak jemu untuk mencuba resipi kuih2 lama ni. Kalau ada yang nak buat kuih ni untuk hidangan keluarga, jom tengok resipi ya :))


Kuih Lompang
Resipi dari MyResipi

Bahan-bahan: ( 40 biji )
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sudu teh Air Mawar (CT x letak)
4 cawan Air (2 cawan campur dengan tepung / 2 cawan masak dengan gula)
Daun Pandan

Cara-cara:
1. Satukan Tepung Beras & Tepung Sagu.
2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5. Masukkan sedikit Air Mawar. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..


Friday, March 18, 2011

Kuih Lapis 1 Malaysia



Nama kuih lapis ni glamour nampak... ekekeke. Ini lah kuih lapis 1 Malaysia memandai jer bagi nama ni kan. Cuma tak letak kale kuning, biru jer kat kuih lapis ni... hihihi. Apa pun nama kuih ni, ia tetap sedap dan sentiasa mendapat tempat dalam hati pengemar2 kuih tradisonal. Macam Ct juga lah suka kuih2 lama ni dari yang baru. Bukan tak suka sangat cuma makan sekali2 okeylah... huhuhu. Resipi ni pun dah ada gak, tapi CT cnp juga lah untuk kesenangan kawan2 yang nak mencuba nya. Tak payah nak tercari2 kat senarai tu, kang tak jumpa ada yang merajuk terus tak nak masuk Dapur CT...hahaha. Jangan lah macam tuuuu... Sila lah datang jangan jemu ya... hehehe. Sayanggggg kamu ... *wink2*


Kuih Lapis 1 Malaysia
Resipi dari RinnChan

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)
3 cawan santan (tambah jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dengan sedikit minyak. Masuk loyang dalam kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Biarkan selama 6 min-8 min atau hingga masak baru tindih dengan lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

*TIPS untuk mendapatkan hasil kukusan yang tidak keras atau tidak terlalu lembik: (i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cawan, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cawan. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.

(ii)Gunakan cawan yg sama untuk semua sukatan.

(iii)Kalau tak de pewarna merah, rinn kekadang guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros daaaahh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...