Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua teman setia dan pengunjung setia Dapur CT yang CT kasihi. Sebelum CT berbicara lebih lanjut, terlebih dahulu CT ingin merakamkan jutaan ucapan terima-kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua teman-teman yang sentiasa menyokong kehadiran CT dalam arena food blogging ini. Tanpa sokongan teman-teman dan juga pengikut-pengikut setia Dapur CT yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat, dorongan dan juga komen-komen yang membina untuk setiap resepi yang CT kongsikan, tidak mungkin CT akan terus bertahan dan melangkah sejauh ini dalam food blogging. Tidak terkecuali, pastinya kredit juga harus CT berikan kepada semua penyumbang-penyumbang resepi yang telah CT cuba resepi-resepi mereka dan seterusnya CT kongsikan pula di blog ini untuk manfaat yang lainnya.
Ketika CT mula-mula memberikan perhatian yang serius kepada blog ini, suami CT memberikan cabaran supaya CT bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik untuk setiap resepi yang ingin CT kongsikan kepada umum. Selain dari itu, suami juga meminta supaya CT sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan menanamkan matlamat supaya apa yang CT kongsikan di blog ini bukan setakat dapat diterbitkan dalam majalah sekali-sekala tetap juga dapat di abadikan didalam buku masakan sendiri pada suatu hari nanti.
Alhamdulillah ternyata doa CT akhirnya terjawab juga. Hati mana yang tidak berbunga apabila hasil penat-lelah perkongsian resepi di dalam blog CT selama ini akhirnya mencuri hati penerbit buku masakan apabila beliau menawarkan untuk menerbitkan sebuah buku masakan khas daripada gabungan resepi kek, muffin, apam dan juga kuih-muih yang telah dipaparkan dalam blog ini. Dan impian ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan jika tidak kerana seseorang yang telah mencadangkan nama CT dan membuka laluan tersebut kepada CT. Individu yang CT maksudkan tersebut adalah Siti Dimiati iaitu editor kepada Majalah AROMA yang telah berhubungan secara langsung dengan CT dan tidak pernah mengeluh penat walaupun terpaksa berulang-alik ke rumah CT beberapa kali semasa proses pengumpulan bahan untuk dimuatkan ke dalam buku masakan tersebut. Selain daripada buku masakan "Istimewa Pemanis Mulut" solo ini, ada resepi perkongsian CT yang lain yang turut dimuatkan di dalam 2 buah buku masakan yang berasingan bertajuk "Agar-agar dan Puding" dan "Variasi Koleksi Biskut Raya" dimana resepi-resepi yang dimuatkan didalam buku tersebut adalah gabungan resepi daripada 5 orang blogger. Untuk kedua-dua buku kompilasi tersebut, resepi CT telah menjadi penghias kulit muka depan. CT ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada Siti Dimiati. Tanpa kamu, impian CT masih tetap kekal sebagai impian.
Bersempena Ramadhan yang akan menjelang tinggal sehari saja lagi, CT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua teman-teman dan juga pengunjung setia Dapur CT yang beragama Islam tidak kira jauh atau dekat. Semoga Ramadhan kali ini membawa bersamanya barakah dan raudhah dan semoga kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan beroleh kemenangan dan keredhaan Allah didunia dan akhirat.
Sebelum CT menutup bicara, CT ingin meminta maaf sekiranya selama CT berblog ini, CT ada menyinggung atau mengguris hati teman-teman samada dengan gurauan, komen-komen atau penulisan yang menyentuh perkara yang tidak disenangi. Selain itu, CT minta dihalalkan juga untuk semua resepi teman-teman yang dikongsikan di blog, FB dan media lainnya dan kemudiannya telah CT cuba dan olah mengikut cara dan citarasa CT dan CT kongsikan pula untuk manfaat pembaca dan pengunjung blog Dapur CT ini. CT berdoa semoga apa yang telah dikongsikan oleh teman-teman tersebut akan mendapat imbalan yang terbaik dari Allah. Akhirkata, salam sayang dari CT dan semoga CT akan terus diberi kesihatan yang baik supaya CT akan dapat terus mengemudikan blog Dapur CT ini yang matlamat asalnya sejak mula-mula CT berblog lagi malah masih tetap matlamat yang sama hingga ke hari ini iaitu supaya hasil usaha perkongsian CT ini dapat memberikan manfaat kepada semua, InsyaAllah.
Kompilasi resepi bersama 4 rakan blogger
Kompilasi resepi bersama 3 rakan blogger
tahniah CT tahniah CT tumpang gembira dengan pencapaian CT selamat berpuasa buat CT sekeluarga
ReplyDeleteTahniah kak CT atas penerbitan buku masakan sendiri. Semoga maju jaya.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT Ani datang ni .. Cak Cak.. Tahniah Ani ucapkan utk Kak CT keep it up.. Alhamdulillah.. Ani juga ingin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa ya..
ReplyDeletep/s menten cun je tau Kak CT ni.. nanti buat satu ntry kongsi petua menten cun tu ya.. ;)
salam ct..inilah yg kak ilah tunggu2 ..sejak ct khabarkan tempoh hari tak sabar2 kak ilah nak lihat hasilnya..SYABAS ya..semoga terus maju jaya... dan selamat menyambut ramadan..ampun dan maaf dipinta... tahniha buat suami c t yg byk beri semangat dorongan...
ReplyDeletesalam dan tahniah buat CT
ReplyDeletekak rose tumpang gembira dengan kejayaan CT mecapai impian untuk menerbitkan buku masakan sendiri. tahniah sekali lagi ya..
dan selamat berpuasa buat CT dan keluarga.
Alhamdulillah...tahniah kak Ct. Saya tumpang gembira juga. Semoga dgn perkongsian resepi ini dpt dimanfaatkan bersama. Selamat berpuasa buat akak sekeluarga.
ReplyDeletesalam kak ct delima...tahniah ye dr sury...mantap lah kh ct kali ni dapat terbit sebuah buku lagi tu..tahniah setinggi2 tahniah..;))
ReplyDeletennti nak cari buku resepi pemanis mulut tu..kalau ada jodoh nnti nk g mintak otograp..hihi..:)
semoga kak ct delima terus sukses dlm dunia food blogging ni.
Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak..selamat berpuasa lah ye..dr sury_25february.
Tahniah Kak CT.
ReplyDeleteSue tumpang bangga juga. Semoga akak terus sukses dimasa2 akan datang. Selamat berpuasa kak :)
as-salam..
ReplyDeletetahniah sis di atas keluaran buku resepi, semoga sis terus sukses ya..dan salam ramadhan buat sis dan keluarga..
congrats kak ct...moga terus sukses...tumpang bangga ngn akak...dah ada buku sendiri ;)
ReplyDeleteSalam Ct....Ucapan Tahniah dari saya buat Ct...hehe semuga berjaya lagi...Amin
ReplyDeleteAssalamualaikum CT.....tahniaaahhh dan syabaassss atas penerbitan koleksi resepi2 CT ni...akak tumpang seronok dan gembira dgn perkembangan terbaru ini....semoga apa yg dikongsikan dapat lagi dipanjang2kan kepada semua wanita di luar sana yang tidak berkesempatan menempuh alam maya ini untuk korek2 resepi...boleh korek majalah je kan.. Tahniah CT.
ReplyDelete*akak tau ada seorang lagi blogger femes jgk yang telah diberi tawaran oleh Aroma untuk koleksi buku ni, tp beliau terpaksa menolak atas alasan tersendiri.... ^_^
TAHNIAH BERIBU-RIBU LEMON BUAT CT...MUAAAHHH...TERUS BERKARYA DAN BERKONGSI YEAA...
Tahniah CT, gee dh beli buku tu... waaaa...makin glamer la CT nanti yer...
ReplyDeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteCongrats for your new book ya Kak CT, ikut bahagia mendengarnya. Semoga di masa masa depan lebih sukses lagi.
Tahniah CT! Faeez yakin buku ni akan dapat sambutan yang menggalakkan. Selamat berpuasa!
ReplyDeletetAHNIAHHH KAK CT DELIMAA!!...FEEEE WEEETTTT!!....
ReplyDeletetahniah CT...lepas nie buat buku pasal kek dan biskut pulak ye...saya suka sbb CT kreatif, mesti nti hasilnya kebabommm....
ReplyDeleteAs salam..tahniah kak Ct..shu pasti akak dapatkan buku ni.. :)
ReplyDeletetahniah 100X utk kak CT..smg makin sukses!..selamat Berpuasa!
ReplyDeleteAs'salamualaikum kak CT cayanggg ...
ReplyDeleteTAHNIAH kak ..!!! Moga kak CT terus berkarya dan terus berjaya mencapai impian kak CT. Nina disini tumpang bangga dan happy sangat dengan pencapaian kak CT.
Selamat menjalani ibadah puasa kak..
Ikhlas,
Nina
Salam, Kak CT. Wahhhh, semakin meriah dunia buku masakan dengan kehadiran bingkisan dari Kak CT ini, tahniah ya, kak.
ReplyDeletedan Salam Ramadhan juga dari saya, semoga sntiasa dipermudahkan dalam mnjalani ibadah,
Wassalam.
Salam sis CT..
ReplyDeleteTAHNIAH...atas kejayaan akak...memang berbaloi dan layak. Tumpang gembira kak...
salam che ct
ReplyDeletePertama kali reen ingin ucapkan kalungan TAHNIAH buat sahabat reen ini..Tahniah Che Ct..reen tumpang gembira ..:)
tahniah CT.
ReplyDeleteSelamat berpuasa pada Kak Ct sekeluarga,TAHNIAH dah ade keluaran buku resipi sendiri.....cemana nk order?boleh beli terus dari akak ke?
ReplyDeletetahniah CT... tumpang bangga dgn berita ini.. semoga lebih sukses di masa mendatang & slmt berpuasa ye CT...
ReplyDeleteSalam CT. Tahniah atas penerbitan buku ini. Nanti nk suruh my princess beli. Agak2nya di kl, nk beli kat mana? Kjee jarang beli buku masakan sbb dh bny kali terkena. Bahan2 tiada dlm resipi tetapi ada dlm cara membuat dan sbagainya. Blog CT antara blog masakan fav kjee.
ReplyDeleteAssalamualaikum CT
ReplyDeleteAlhamdulillah akhirnya penat lelah CT menghasilkan sesuatu yang cukup membangakan..
Ita tumpang bangga dengan pencapaian rakan-rakan bloger. Kejayaan demi kejayaan yang di raih menyuntik semangat untuk terus menghasilkan sesuatu yang terbaik.. bukan sahaja untuk rakan-rakan tetapi juga untuk kepuasan diri sendiri..
Tahnih CT satu perncapaian yang cukup membangakan.. ibarat kata pepatah 'kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya'
Semoga kita semua terus menyemarakan lagi dunia blog masakan dengan penuh rasa kecintaan dan keikhlasan..
Selamat berpuasa dari ita sekeluarga buat CT dan keluarga dan Semoga kehadiran bulan Ramadhan ini memberikan keberkatan buat CT dan family.
Tahniahhhh Ct.. terbaek laa koleksi Ct ni..:)
ReplyDeletesALAM SEJAHTERA,
ReplyDeleteTahniah, semalam kak dah pun belek2 buku ni di Minerva, jln TAR, KL. Kulit menarik sgt.
tahniah kak..
ReplyDeletetahniah kak!nnt saya cari buku ni..(^_^)
ReplyDeletetahniah k.ct
ReplyDeletesemoga k.ct x jemu menghasilkan resepi2 baru
Tahniah k ct. . . . Tumpang hepy tgk kejayaan kwn2 yg lain. . . lepas ni blh wujudkn buku masakan lauk pauk jugak. . . semoga terus maju jaya ye kak.. hidup GMM :-)
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt kak ct....tahniah kak ct...wan pulak yg teruja tgk teman2 blogger masuk majalah....mesti dapatkan majalah ni sebagai koleksi....tahniah sekali lagi kak.... ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteTerima kasih yang tak terhingga dari CT untuk semua teman-teman yang banyak memberikan kata semangat untuk CT selama ini. Dan terima kasih sekali lagi untuk ucapan ikhlas yang tidak putus-putus ini. Alahmdulillah..
Semoga blogger Geng Masak Masak tetap mekar mewangi setiap masa dan ketika..Salam manis dari CT buat semua..muahhh!
assalammualaikum.....
ReplyDeletetahniah kak ct...moga semakin sukses di arena ini.....
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTahniah kak CT!! Bestnya dapat tgk kak CT dgn buku sendiri..^^
i want that book. d sabah nnt ada kah? hehehe :)
Tahniahhh kak ct...
ReplyDeletememang terbaikkkkk la.....
Tahniah Ct memang hebat, Tie rasa seronok tengok bloggers 2 yang mencapai tahap keseterusnya dari masa ke semasa ada peningkatan. Syabas
ReplyDeleteHEARTIEST CONGRATULATIONS DEAR!!! I'm so so so proud of you...job welldone!
ReplyDeleteTak tahu macamana nak express my feelings right now...but seeing a wellknown food blogger with her own book makes me really happy! Cayaaaaa ;)
Selamat Berpuasa buat kak CT sefamili...
tahniah Siti..
ReplyDeleteSalam ramadan...nanti saya nak carilah buat koleksi...
Assalamualaikum Kak CT,
ReplyDeleteTahniah ,wowww hebatlah, tak sabar nak cari buku ni...moga terus sukses...salam ramadhan juga buat Kak Ct sekeluarga...
Assalamualaikum Ct..Tahniah dan Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..
ReplyDeleteAssalam ct, tahniah Dari kita diseberang tambak ni ya...
ReplyDeleteSemuga ct terus Dan terus kehadapan..memang sesuatu yg membanggakan sebagai seorang blogger masak2 bila di berikan peluang beginikan..
Tahniah! Tahniah Ct.... teruskan perjuangan memartabatkan hidangan tanahair kita... mudah-mudahan bukan sahaja dikenali dalam kalangan rakyat malaysia, tapi juga ke seluruh dunia... seronoknya!
ReplyDeletecongrats, ct! i hope your book does well ^^ you deserve it.. i baru saja follow your blog last week and i really like your posts and the very well-styled/taken photos. all the best on your book!
ReplyDeleteSalam Ct.Pastinya ini hadiah istimewa untuk CT sempena Ramadhan kan???Tahniah
ReplyDeleteTahniah kak.... Tumpang bangga dgn kejayaan akk.... Harus mas cari buku tu nnt :-)
ReplyDeleteSalam ramadhan dan slmt menjalani ibadah puasa kak
salam K.CT.Tahniah atie ucapkn.Mmg bangga ada kawan blogger yg dah mengeluarkn buku koleksi resepi cam akak ni.
ReplyDeleteSealmat majujaya kak & Selamat menyambut Bulan Ramadhan kpd akak sekluarga.
woww tahniah ct cayaaangg!! dah dijual kt kedai buku ke ct? wajib cari nih..salam ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa wat ct sekeluarga ye! muaah!
ReplyDeleteTahniah!!Semoga terus berblog ya CT, saya bangga dengan ct.. teruskan ya..:)
ReplyDeleteWah...tahniah Kak Ct..semakin hari semakin bersinar dapur kak ct...nampak memang menyelerakan semua pemanis mulut itu....
ReplyDeleteSelamat berpuasa kak ct...
Tahniah, CT. You deserve it.
ReplyDeletetahniah kak ct.....
ReplyDeleteTahniah kak CT. Memang dah betul la tu...salurkan minat pada masakan dan berkongsi dgn yg lain. Semoga semua dapat kebaikan. Tahniah sekali lagi...
ReplyDeleteWowwwwwwwwweeeee... dah ada buku, TAHNIAHHHHH...bestnyee.. kene cari senaskah ni
ReplyDeleteSalam Ramadan dan Tahniah Ct. muncul dg buku resepi sendiri....moga terus maju...
ReplyDeleteNak cari lah buku ni.. tapi kat Spura buku ni ada dipasarkan tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum Ct...
ReplyDeleteMama ni baru sampai. Maklumlah naik kereta lembu, jadi selo ler sampainya.
Nak tanya ni, kalau mama nak dapatkan buku tu terus dari Ct with autograph, agak-agak Ct layan tak ek? Kalau layan, nanti Ct email kat mama ye... mamafami66@gmail.com. Tenkiu...
Ehhh lupa lak, SEKALUNG TAHNIAH BUAT CT....
Congrats to you CT :D lovely looking cookbook.
ReplyDeletetahniah kak ct. semoga akan terus berjaya di masa depan.. insyaAllah akan mm cari buku nie.
ReplyDeletetahniah k.city..resepi2 akak byk membantu insan yg br berjinak2 dlm dunia masakan ni..smg Allah merahmati hdp akak sekeluarga.
ReplyDeleteTahniah kak CT...Semoga Terus BerJaya dalam Bidang ini..
ReplyDeletePuteri mmg Suka Masakan kak CT dan banyak Jua yang Puteri telah Cuba..
adakalanya Menjadi Adakalanya Perlu Usaha lg.
Thanks kak CT kerana BerKongsi Resipi. =)
salam...sy nak tanya mana sy blh dapatkan buku resipi kak ct ni ye...sy slalu ke popular dan mph untuk beli buku resipi masakan tapi xprnah jumpa pon..saya berminat dengan buku agar2 dan puding , dan buku pemanis mulut.
ReplyDelete