Tuesday, April 28, 2009

Kuih Lapis Cendol




Petang semalam aku buat kuih lapis cendol ni... kuih ni pun request dari my laling lah, tapi tak ingatlah pulak my laling nak talam cendol ker, kuih lapis cendol. Aduhhhh... kalau salah buat macamana erk? Citernya, hari sabtu haritu pi giant batu caves. Aku dok tengok jer laling aku ni dok kesana sini macam cari sesuatu. Bila aku tanya, katanya dok cari cendol tak jumpa2. Hahaha..... aku terus kata, ingatkan nak cari apa tadi. Aku cakaplah hari tu ada ada beli cendol gak sebungkus. Masih ada dalam peti ais tu... nasib baiklah ada yang mengidam nak makan kuih guna cendol ni kan. Kalau tak harus duk lama lagi lah cendol tu kat dalam peti ais tu hahaha. Meh ler layan resepi dari MatGebu ni :-D


Kuih Lapis Cendol
Resepi dari MatGebu

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*
2 camca besar tepung beras*
2 camca besar tepung jagung*
1/2 cawan gula
3 cawan santan
3/4 camca teh garam
(Bahan bertanda * - disatukan dan diayak)

Bahan Lain:
1/2 cawan air gula merah (1/2 cawan air panas + 3 camca besar gula merah)
1 cawan cendol
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Gaul dan kacau semua bahan2 disatukan hingga rata dan sebati. Tapis adunan dan bahagi dua sama banyak (CT blend semua bahan2 tu sebelum tapis)
2. Satu bahagian dicampur dengan cendol dan 1/2 cawan air. Kacau hingga rata dan bagi 2 sama banyak. Ketepikan.
3. Satu bahagian lagi dicampur dengan air gula merah, kacau sebati dan bagi sama banyak. ketepikan.
4. Panaskan kukusan dan lenserkan loyang 8x8x3 inci dengan sedikit minyak. Kemudian tuang 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit. Kemudian tuang 1 bahagian gula merah pelahan2 (gunakan senduk sebagai perantaraan).
5. Lakukan lapisan seterusnya dengan 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit dan diakhiri dengan bahagian gula merah. Kukus selama 10 minit. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong.

Monday, April 27, 2009

Telur Masak Korma




Menu hari ni menu lauk biasa2 jer iaitu Telur Masak Korma. Masakan untuk memenuhi permintaan orang yang berpuasa kat rumah ni hehehe. Anak aku Lily yg request lauk ni so aku masaklah. Lagi pun petang tadi hujan lebat gak, jadi sesuailah cuaca sejuk2 ni makan lauk yg berempah macam ni kan. Jom layan resepi yang tak seberapa ni :-)


Telur Masak Korma
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
6 biji telur - direbus dan dibuat belahan sedikit supaya serap rempah.
3 biji kentang - dikupas kulit dan di belah 4
1 biji bawang besar - dihiris
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu besar jintan halus*
3 sudu besar rempah korma
1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 biji lada hijau - dibelah dua
sedikit rempah tumis
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk halus)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 tumbuk bersama bawang hiris, daun kari, dan rempah tumis. Goreng sampai naik bau dan masukkan rempah kurma, gaul rata.
2. Masukkan air dan juga kentang, biarkan mendidih sampai kentang empuk.
3. Masukkan santan pekat, telur, lada hijau, garam dan sedikit gula. Tunggu mendidih dan perasakan boleh ditutup api.

Sunday, April 26, 2009

Sambal Udang




Yang ini lak sambal udang cik CT ya... nak lawan ngan masak lemak pucuk ubi tu. Ingat nak campur ngan petai hehehe. Tapi disebabkan kat umah ni semuanya tak boleh nak terima petai, jering dan yang sewaktu dengannya, jadi tak letak apa2 lah dalam tu, cuma udang saja2. Resepi ni pun menu yang dah biasa orang masak. Nak letak resepi gak ker? emmmm.... letak jer lah ehh kot2 bole bagi panduan utk yg baru2 nak belajar memasak tu ye tak.. hahaha. Layan jer lahhhh


Sambal Udang
Resepi Original CT

Bahan-Bahan:
500 gm udang - dibuang kulit dan dibersihkan.
1 ulas bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1 1/2 cawan lada kisar
1/2 cawan air asam jawa
minyak
sedikit garam dan gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk lumat)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan bahan2 yang ditumbuk lumat hingga naik bau.
2. Goreng sebentar dan masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau rata.
4. Masukkan udang dan biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali, perasakan garam, gula dan sesuaikan rasa kemudian bolehlah ditutup api.

Pucuk Ubi Masak Lemak




Salam di hari minggu...... Minta maaflah ya, hari ni kena tayang lauk-pauk pulak. Atas permintaan dari makyong Hana di Jepun tu sebab dia kata nak tengok entri lauk pulak. Sebenarnya banyak lauk2 yang nak di masukkan kat dapur CT ni. Tapi memandangkan lauk2 tu semua lauk2 harian jer, tu yang malas nak tepek kat sini ngeh ngehhh... Hanaaa.... meh makan pucuk ubi masak lemak ni ya hehehe. Tenung lama2 tapi jangan sampai jilat screen komputer tu dahlah ya. (Maklumler.. mana nak cari pucuk ubi kat jepun sana hehe) Menu untuk hari minggu ni.... pucuk ubi masak lemak bersulam sambal udang dan ayam goreng berempah resepi CT sendiri. Masakan biasa2 jer ni, tapi kita kongsi resepi jugalah ya.


Lemak Pucuk Ubi
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1 ikat Pucuk ubi - Rebus bersama sedikit garam hingga empuk.
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang lada merah dan hijau - dihiris
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
7 gm ikan bilis*
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit garam dan gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk halus)

Cara-cara:
1. Pucuk ubi ditoskan dan diperah sedikit utk mengeringkan airnya. Ketepikan.
2. Masukkan santan cair kedalam periuk bersama2 bahan hiris dan juga bahan tumbuk dan dikacau rata.
3. Setelah itu masukkan serai yang dititik tadi, dan kacau lagi sebentar.
4. Masukkan pucuk ubi yang telah ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau lagi dan kemudian masukkan santan pekat bersama garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
5. Bila kuah mula mendidih perasakan dan bolehlah ditutup api.


Friday, April 24, 2009

Mini Tuna Puff




Ini adalah resepi yang tertangguh ya.... maaf lah tak sempat nak buat entri ari tu hehehe. Tapi rasanya dah ada kot resepi mini puff ni. Emmm... tak apa lah aku taip kan lagi resepi ni, takut ada kelainan sikit bahan2 yang di letak :-) jom layannnn

Mini Tuna Puff
Resepi dari MatGebu


Bahan-bahan:
1 pack pastry puff jenama 'kawan' (ada 10 keping bersaiz 4 x 4)
1 tin tuna*
1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi, perah ambil jusnya*
2 camca besar mayonies* (CT tak letak sbb anak2 tak suka)
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
secubit garam*
1 biji kuning telur, dipukul sedikit
(bahan bertanda* - disatukan dan kacau rata2)

Cara-cara:
1. Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian (CT potong 2 jer, dpt besar sikit hehe).
2. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna.
3. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2 nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat sampai habis.
4. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200c selama 25-30 minit bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaring dulu sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Bingka Ubi Pandan




Salam semua...... Hari ni nak cakap lebih2 pun macam takder moodlah. Cuaca panas sangat, sampai pening kepala 2-3 arini. Tapi bila difikir2 semula, baru ni je dugaan yang Allah beri, kita dah tak tahan nak menerimanya. Okeylah.. Berbalik pada resepi ni, aku buat bingka ubi pandan ni resepi dari Sue, rakan blogger yang duduk di Denmark. Kebetulan ada beli ubi kayu, ingat nak buat ubi rebus jer. Tapi lain lak yang dibuatnya. Meh layan resepi dari Suejoshua...


Bingka Ubi Pandan
Resepi dari SueJoshua

Bahan-bahan:
4 cawan ubi (diparut atau blender)
2 cawan santan
2 biji telur
1 1/2 cawan gula
4 sudu besar minyak jagung
1/2 cawan jus pandan (daun pandan diblend dan ditapis, ambil jusnya)
secubit garam
sedikit pewarna hijau (EMULCO)

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 c terlebih dulu.
2. Didalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan dan kacau sebatikan hingga betul2 sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
4. Bakar didalam oven selama 1 jam atau sehingga masak. Sejukkan barulah dipotong dan dihidangkan.

Tuesday, April 21, 2009

Kuih Puteri Ayu




Aku buat kuih Puteri Ayu kat atas ni hari ni bukannya pasal aku rajin nak memasak, tapi saja nak perabis kelapa parut lebihan semalam sebab masih elok lagi. Kelapa parut ni kalau nak elok dan tahan lama... kena lah simpan kat fridge bahagian beku tu. Mesti tahan lama punya, tak ingat amik petua ni dari mana hehehe. Berbalik semula kepada resepi hari ni. Kuih Puteri Ayu... dah lama nak buat tapi asyik tertangguh sebab acuannya takkkk terbeli lagi. Nak dijadikan cerita aku gunalah acuan yang sedia ada kat dapur ni hehehe. Tak apalah kan, kalau rotan tak ada, akar pun berguna juga :-D Meh kita tengok resepi ni yg aku amek dari umah Mat Gebu.


Apam Puteri Ayu
Resepi dari MatGebu


Bahan-bahan:
1 biji telur gred A
80 gm gula halus
80 ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
90 gm tepung gandum
1/2 camca besar tepung ubi (disatukan dan diayak)
1/2 camca teh ovellate
1 cawan kelapa parut putih
1 camca besar tepung jagung
1/4 camca teh garam halus (digaul rata)

Cara-cara:
1. Sapukan acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak, kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
2. Putar gula dan ovellate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes pandan dan gaul rata. Pelahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.
3. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. kukus atas air mendidih selama 15 minit (CT kukus 10 minit jer)
4. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan.

Monday, April 20, 2009

Kuih Kole Kacang




Teringin..... Bukan mengidam okey hihihi. Aku buat kuih ni petang tadi. Citernya semalam aku mintak my laling antor pegi OTK utk beli barang2 keperluan untuk masak. Sambil tu tangan ni capai gak tepung kacang hijau. Kalau nak menumbuk sendiri kacang hijau ni mana nak sanggup. Dah ada yang segera tu, amik jer lah kan. Teringin nak makan kuih kole kacang. Kuih ni memang sedap... kat rumah ni semua suka. So terus je aku cari resepi dan terus jer buat. Walau pun leceh sikit, tapi sedap sangat so aku buat aje lah ye tak. Aku C&P resepi ni dari Che'Iza di MyResepi.com. Terima kasih daun keladi utk Che'Iza, kalau ada resepi kongsi lah lagi :-) Jom layannnn...


Kuih Kole Kacang
Resepi dari Che'Iza - MyResepi.com

Bahan-bahan:
1 cawan santan pekat #
1 cawan gula merah *
2 sudu besar gula pasir *
1 cawan air *
Beberapa helai daun pandan - simpul *
2 cawan santan
1 cawan kacang hijau
secubit garam


Cara-cara:
1. Masak bahan bertanda # sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ketepikan tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
2. Masak bahan bertanda * sehingga gula larut, sejukkan dan ketepikan dulu.
3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.
5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, tapi terlebih dulu taburkan dengan tahi minyak. Boleh dihidang sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Saturday, April 18, 2009

Puding Kastard Berkuah




Salam Petang.... Hari ni aku dapat order dari my laling CM, suh buat puding kastard ni. Memang dah lama nak buat sebenarnya, disebabkan cuaca sejak2 ni yg agak panas dan kering, kalau buat puding atau agar2 pun memang sesuai kan. Cuaca panas2 ni memang best dapat makan benda2 sejuk macam ni. Balik je dari sekolah anak tadi, terus jer buat... tak lah susah mana, cuma tenggek periuk atas dapur, kacau jer dah siap hehehe. Meh kita layan tekak jommmm...


Puding Kastard Berkuah
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Bahan utk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yg kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (Tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.


Thursday, April 16, 2009

Nasi Lemak




Aku buat nasi lemak ni untuk makan semalam. Saja jer nak tepek kat dapur CT ni. Walaupun cuma menu harian, nak gak tumpang sekaki nasi lemak ni kat sini hehe. Membuatnya tak lah susah sangat kan. Tentu ramai dah tau nak masak nasi lemak ni tapi saje jer aku nak kongsi resepi kat sini hehehe

Nasi Lemak
Resepi Original CT

dihidang bersama:

Sambal Tumis Daging
Telur Dadar

Timun

Ikan Bilis Goreng



Bahan utk Nasi Lemak:
4 cawan beras wangi
4 1/2 cawan santan
2 helai daun pandan (disimpul)
1 sudu makan halba (tumbuk sedikit)
* sedikit garam

Cara-cara:
1. Basuh beras, toskan dan masukkan dalam rice cooker.
2. Tambahkan halba, garam, daun pandan dan santan.
3. Gaul rata dan masak nasi seperti biasa.

2. Setelah masak, hidangkan panas bersama lauk sampingan.


Bahan utk Sambal Daging:
500 gm daging lembut (potong nipis2 dan bersihkan)
* Lada kering 30 tangkai
* 4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* sedikit belacan
1 biji bawang besar- dihiris
1/2 cawan air
sedikit air asam jawa
garam dan gula
(blend hingga halus bahan bertanda *)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga mesra dan terbit minyak.
3. Kemudian, masukkan daging, sedikit air dan juga air asam jawa. Masak hingga daging empuk.
4. Sebelum tutup api, tambahkan garam dan gula.

Wednesday, April 15, 2009

Puding Roti Pandan Kukus



Salam semua..... Resepi ni adalah resepi MIL a.k.a. Ibu Mertuaku. Semasa duduk kat JB dulu, bolehlah dikatakan rajin buat Puding Roti Pandan Kukus ni. Sebab semua kat rumah ni memang suka makan puding roti ni, tu yang aku rajin buat dulu. Bila buat puding roti ni tadi, teringat bila bulan puasa mesti MIL buat hidangan ni. Dah macam hidangan wajib utk berbuka. Sejak kawin ngan my lalinglah aku pandai buat puding ni. Sebelum tu... memang tak pernah makan pun hehehe. Bila dah hidup bersama, kenalah tau apa masakan dan makanan yang my laling CM tu suka kan. Kalau ada yang nak mencuba resepi ni, amik lah ya. Kita kongsi bersama :-D


Puding Roti Pandan Kukus

Resepi Original CT (from my MIL)

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)
1/2 sudu teh esen vanila
20 gm kismis (untuk tabur-optional)
* sedikit pewarna hijau
* sedikit garam


Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air. Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.

Talam Suji



Konnichiwaaaaaa...... Inilah entri tertangguh utk tugasan memasak semalam hehehe. Buat talam suji dari K.Liza, tak lah susah sangat rupanya. Cuma perlukan kerajinan jer. Sebab, kalau dah naik mood malaszzz... semuanya tak menjadi betul tak? betuiiii... Sebenarnya lama dah nak buat kuih ni.Tapi masa nak beli tepung suji tu, aku tersalah capai tepung sagu lak hehehe. Tu yang tak dapat nak buat. Apa pun semalam dah tercapai hajat dihati nak makan kuih talam buatan sendiri. Sebelum ni kalau nak makan, kena beli. Rasa best sangat dapat buat sendiri dan suka tengok colour dia kuning dan coklat, satu kombinasi color yang menarik :-) Okey kita layan dulu resepi kuih talam suji ni ehh :-D


Talam Suji
Resepi dari Hanieliza

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
* sedikit garam
* sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cawan gula merah


Cara-cara:
1. Didihkan air dalam kukusan dahulu.
2. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.
3. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15-20 minit.
4. Adunkan semua bahan lapis atas.
5. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah tadi.
6. Kukus lagi selama 20 minit.
7. Sejukkan sebelum dipotong. Hidangkan.

Tuesday, April 14, 2009

Kuih Keria



CAKKK!!! hehehehe... apa yang menarik pada kuih keria ni erk? Emmm... tentulah kerana sedap kan. Buat kuih keria sangat lah mudah dan senang :-) Aku buat kuih ni untuk sarapan my laling dan anak2 pagi tadi. Aku suka sangat kuih ni dan aku suka buat comel2 dan kecik2, masuk mulut sekali ngappp jer :-) Nak resepi gak ker... emm boleh lah. Kita kongsi bersama ya. Kita layan resepi ni duluuuu...


Kuih Keria
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
5 biji ubi keledek (sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
50 gm gula pasir
1/4 cawan air
* sedikit garam
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. kupas ubi keledek, bersihkan dan rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
2. Toskan dan biarkan sekejap, dan lenyek2 kan. Biarkan sejuk.
3. Masukan tepung kedalam ubi keledek tadi dan adun hingga tak melekat ditangan. Jika masih lagi lembik bolehlah ditambah tepung sedikit.
4. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat2.Tekan adunan dan leperkan sedikit. Buat lubang ditengah2 macam nak buat donat tu ya. Buat sehingga habis. Goreng hingga masak.
5. Gula pasir dan air dimasak didalam kuali hingga air gula menjadi pekat. Matikan api.
6. Masukkan ubi keledek yang sudah digoreng tadi, dan gaul hingga kuih bersira gula. Angkat kuih dan boleh dihidang.

Saturday, April 11, 2009

Puding Roti Nenas Bersos



Salam semua :-) ... semoga sihat semua ya. Dah dua hari Dapur CT ni tak berasapkan. Jadi, aku buatlah puding roti nenas bersos ni. Walaupun mula2 tu malas gak nak masak2, tapi aku gagahi juga. Tak bole dibiarkan berlarut kemalasan ni kan. Puding Roti Nenas ni aku buat malam semalam... tengok kat umah K.Ummi tu rasa kecur lak air liur hehehe. Lepas tu, sambil nak menunggu puding tu masak, aku dok jalan2 pulak kat umah Dr.Inahar. Nampak dia buat pulut kuning macam teringin lak nak buat juga. Bila dah tengok tu rasa cam semuanya nak buat...hehe tapi sape lak nak kasi perabis semua tu nanti hahaha. Berbalik pada menu ni... aku C&P jer resepi nie dari umah K.Ummi. harap dihalalkan ya.. hehehe.


Puding Roti Nenas Bersos
Resepi dari Kak Ummi

Bahan-bahan:
30 gm mentega - untuk disapu pada roti
8 keping roti putih/Gardenia - tak buang kulit tepi pun tak apa
3/4 cawan nenas dalam tin - cincang
4 sudu besar gula halus
2 biji telur - dipukul ringan
1 sudu teh esen vanila
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan nenas + jus yang dikisar halus
secubit garam

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sediakan loyang (7"x7") yang disapu marjerin.
2. Roti disapu mentega dan dipotong dua bentuk tiga segi.
3. Susun roti satu lapisan dalam loyang dan taburkan nenas cincang, kayu manis dan gula halus.
4. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, esen vanila, susu dan nenas kisar.
5. Tuangkan campuran tadi keatas roti dan biarkan terendam sebentar selama 5 minit.
6. Kemudian baru lah dibakar selama 30-40 minit/hingga keperangan.


Bahan Sos:
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Masak bahan di atas hingga pekat. Sejukkan. Tuangkan ke atas puding yang telah dipotong semasa menghidang.

Wednesday, April 8, 2009

Fudge Brownies




Apa lagi projek hari ni kalau bukan Fudge Brownies. Teringin nak buat sendiri, sebab tengok orang buat macam sedap jer kat tekak ni. Ada sekali tu nampak kat kedai kek, dia jual sepotong brownies ni dengan harga RM4.90 sen. Kalau buat sendiri alangkah muai jer kan. Dapat makan dengan puas dan berulang2 lagi. Aku jalan2 kat blog RinnChan tadi, macam2 ada... terus jer cuba buat Fudge Brownies ni. Emmm... memang tak mengecewakan, memang sedap sangat2.Dah sekali buat menjadi lain kali bolehlah buat lagi. Bagi yang suka makan brownies, cubalah buat juga ya :-D


Fudge Brownies
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
1 cawan butter (cairkan)
1 cawan serbuk koko
1 3/4 ke 2 cawan gula castor (tahap kemanisan ikut suka)
1 1/2 tsp vanila
4 biji telur
1 1/3 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam halus
1 cawan pelbagai kekacang atau chocolate chips (CT letak badam cincang dan choc chips)


Cara-cara:
1. Di dalam satu bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko.
2. Masukkan gula, esen vanila dan telur. Kacau semua hingga sebati.
3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yang telah diayak bersama.
4. Akhir sekali masukkan kekacang dan choc chips yang telah digaul dengan sedikit tepung.
5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30-40 min, bergantung kepada oven masing-masing.

Bahan Topping: ( yang ni CT tambah sendiri)
100 gm chocolate masakan
1/2 cawan krim masam (sour cream)

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan cara double boil, alihkan coklat dari air panas dan biar selama 2 minit.
2. Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
3. Sapu ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan kekacang di atasnya. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Tuesday, April 7, 2009

Karipap Pusing




Hari ni datang rajin nak membuat karipap pusing ni. Dah lama sebenarnya nak mencuba... tapi baru hari ni tergerak hati nak membuatnya hehehe. Harap2 pas makan karipap ni kepala tak lah berpusing2 lah ya. Maklumlah nak membuatnya amat lah cerewet dan perlukan kesabaran. Nasib baiklah aku ni tergolong dari orang2 yang sabar, aminnn. Ramai juga kawan2 blogger yang pernah buat karipap pusing ni. Tapi yg aku buat ni, aku amik resepi ni dari RinnChan dan aku tokok-tambah sikit2 pada inti karipap nya. Sebab aku lebih suka guna ubi kentang dari ubi keledek. Kalau nak cuba buat stail aku, silalah amik resepi ya... atau boleh juga cuba ikut resepi asal kat RinChan. Selamat mencuba....

Karipap Pusing
Resepi dari RinnChan

Bahan utk Doh:

1. Doh minyak
300 gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak (CT panaskan sekejap)
1/2 cawan air suam (CT tambah sedikit lagi)
* Campurkan secubit garam dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli sehingga doh tidak melekat di tangan. Asingkan dalam satu bekas.

2. Doh marjerin
150 gm tepung gandum
100 gm marjerin
* Letak majerin sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tak melekat di tangan. Asingkan dalam bekas yg lain.


Bahan utk inti:
2 biji kentang sederhana besar
2 keping dada ayam- dipotong kecil-kecil
2 ulas bawang putih (CT tumbuk halus)
1 biji bawang besar (CT tumbuk halus)
1 genggam udang kering, direndam & ditumbuk halus.
3 sudu besar rempah kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa.
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus (CT tak letak)

* tumiskan bahan-bahan tumbuk dan daun kari, masukkan rempah kari dan tambahkan sedikit air untuk mengelak tumisan hangus. Masukkan isi ayam, gaul sebentar dan masukkan ubi kentang. Tambahkan air sehingga terendam ubi kentang. Masakkan sehingga ubi kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukan daun bawang dan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Nota: Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. CT guna ubi kentang dan ditambah dgn isi ayam.

Cara membuatnya:
1. Bahagikan doh minyak kepada 5 bahagian dan bulat2kan. Buat yg sama kepada doh marjerin. Saiz doh minyak akan menjadi 2 kali ganda lebih besar dari doh marjerin.
2. Leperkan doh minyak dan letakkan doh marjerin dan balut hingga menutupi keseluruhannya, gumpal hingga kemas dan menjadi bulat.
3. Gelek doh tersebut hingga leper dan kemudian gulung seperti swiss roll.
4. Gulungan swiss roll yg memanjang ini kemudian digelek lagi untuk meleperkannya.
5. Doh yg leper itu digulung lagi seperti swiss roll tetapi kali ini buat gulungan pendek.Setelah siap, potong setebal 1 cm utk setiap kepingan.
6. Gelek nipis setiap kepingan. Kepingan yg digelek ini akan menjadi kulit luar karipap.
7. Letakkan inti secukupnya keatas kepingan kulit karipap dan kelim kemas ditepinya.
8. Siap utk digoreng.

Nota: Untuk melihat gambar yg terperinci tentang cara membuatnya, sila rujuk entri RinnChan.

Sunday, April 5, 2009

Mee Bandung Muar




Alahaiiiii... request dari my laling CM mee bandung ni. Lama dah nak makan mee bandung buatan air tangan isteri terchenta ni. Oleh kerana asik bertangguh2 nak membuat nya, jadi arini "Tertunailah Hasrat DiHati" ni. Pinjam jap tag line tu ya
Kak Ina... nanti CT pulang balik hehehe. Lepas balik dari pasar tani, terus jer buat bahan2 mee bandung ni. Buat makan tgh hari tadi, resepi amik dari rumah Hana... yang sekarang duk jalan2 menghabiskan cuti kat kg kot hehehe. Seronok lah Hana tu ya, yang kita dok selongkar almari dapur dia pun, dia tak tahu hua hua hua. Meh leh cuba resepi ni... ringkas, simple dan sedap :-)


Mee Bandung Muar
Resepi dari Hana

Bahan-Bahan :
1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah (CT letak 15 ekor takut tak cukup hehe)
1-2 ekor sotong, potong ring (CT letak 8 ekor hehe)
50gm udang kering (blend - CT letak 80gm)
1/2 biji bawang besar (CT letak 2 biji)
3 ulas bawang putih ( CT letak 5 ulas)
5 tangkai cili kering (CT letak 10 tangkai nak pedas sikit)
4 biji telur
3 keping tauhu goreng (hiris nipis2)
*suku cawan kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - kalau tak nak letak pun takpe, tapi lebihkan udang kering untuk memekatkan kuah (CT letak sikit jer)
*sawi
*Bawang goreng (yang ni CT tak letak)
*Hirisan cili merah
*Air rebusan daging (CT tambah lagi 2 cawan air biasa)
*Gula dan garam
*Hirisan daging
*Limau kasturi/limau nipis

Cara-cara :
1. Celur mee kuning
2. Blend bawang besar, bawang putih dan cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa. (rasa kuah mee bandung manis2 pedas)
4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebijik2. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak(terpulang) Akhir sekali masukkan sawi.
5. Tutup api. Curahkan kuah diatas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...