Aku buat nasi lemak ni untuk makan semalam. Saja jer nak tepek kat dapur CT ni. Walaupun cuma menu harian, nak gak tumpang sekaki nasi lemak ni kat sini hehe. Membuatnya tak lah susah sangat kan. Tentu ramai dah tau nak masak nasi lemak ni tapi saje jer aku nak kongsi resepi kat sini hehehe
Nasi Lemak
Resepi Original CT
dihidang bersama:
Sambal Tumis Daging
Telur Dadar
Timun
Ikan Bilis Goreng
Bahan utk Nasi Lemak:
4 cawan beras wangi
4 1/2 cawan santan
2 helai daun pandan (disimpul)
1 sudu makan halba (tumbuk sedikit)
* sedikit garam
Cara-cara:
1. Basuh beras, toskan dan masukkan dalam rice cooker.
2. Tambahkan halba, garam, daun pandan dan santan.
3. Gaul rata dan masak nasi seperti biasa.
2. Setelah masak, hidangkan panas bersama lauk sampingan.
Bahan utk Sambal Daging:
500 gm daging lembut (potong nipis2 dan bersihkan)
* Lada kering 30 tangkai
* 4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* sedikit belacan
1 biji bawang besar- dihiris
1/2 cawan air
sedikit air asam jawa
garam dan gula
(blend hingga halus bahan bertanda *)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga mesra dan terbit minyak.
3. Kemudian, masukkan daging, sedikit air dan juga air asam jawa. Masak hingga daging empuk.
4. Sebelum tutup api, tambahkan garam dan gula.
kuah supnya tak de ke. kat sini..asal nasi lemak je mesti ada kuah sup.
ReplyDeleteCT!...CM tengah lapar ni...baru balik dari station petronas cari nasi lemak..tapi tak ada...tengok nasik lemak CT..huhu lapar!
ReplyDeletekuah sup..? ada gak ehh nasi lemak makan ngan sup :-) x tau pun hehehe
ReplyDeleteCikmanggissss...nasi lemak ni kalau makan.ct mesti nak cari bantal hehehe coz pas makan mata nak tido jer hahaha
ReplyDeletenasi lemak buah bidara
ReplyDeletesayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan.
(apa kena mengena nasi lemak ngan pantun ni aik hehehe)