Monday, April 27, 2009

Telur Masak Korma




Menu hari ni menu lauk biasa2 jer iaitu Telur Masak Korma. Masakan untuk memenuhi permintaan orang yang berpuasa kat rumah ni hehehe. Anak aku Lily yg request lauk ni so aku masaklah. Lagi pun petang tadi hujan lebat gak, jadi sesuailah cuaca sejuk2 ni makan lauk yg berempah macam ni kan. Jom layan resepi yang tak seberapa ni :-)


Telur Masak Korma
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
6 biji telur - direbus dan dibuat belahan sedikit supaya serap rempah.
3 biji kentang - dikupas kulit dan di belah 4
1 biji bawang besar - dihiris
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu besar jintan halus*
3 sudu besar rempah korma
1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 biji lada hijau - dibelah dua
sedikit rempah tumis
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk halus)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 tumbuk bersama bawang hiris, daun kari, dan rempah tumis. Goreng sampai naik bau dan masukkan rempah kurma, gaul rata.
2. Masukkan air dan juga kentang, biarkan mendidih sampai kentang empuk.
3. Masukkan santan pekat, telur, lada hijau, garam dan sedikit gula. Tunggu mendidih dan perasakan boleh ditutup api.

8 comments:

  1. kkdg kak, yg simple tuelah yg sedap,...hmmm dah lama tak wat lauk cm ni...husbd tak minat sgt telur rebus ni

    ReplyDelete
  2. aduhai..dugaann..cantik gambar tu..tengok telor tu biasa jerk..tang tengok cili tu buat semakin lapoooo

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak nyer CT, akak selalu masak kari telor, tak penah teringat nak masak korma telor, ni yg semangat nanti nak masak korma telor nih ...

    ReplyDelete
  4. Siti...sebenarnya semalam nak letak ayam jer..tapi memandangkan telur tu dah rebus pagi2..tu yang masak kurma telur jer hehehe ank2 memang suka lauk2 camni :-D

    ReplyDelete
  5. Pak lah...kalau letak cili tu nak buat gigit2 sambil makan nasi.memang sedap tau makan cili hijau ni hehehe bila nak cuba masak ni :-)

    ReplyDelete
  6. Akak... kalau masak kari pun sedap gak... tapi ct x makan kari lah kak. buat pun untuk anak2 dan hubby jer yang makan :-)

    ReplyDelete
  7. ye..respi ni le yg sedap dn senang kan...lama gak x bt ni...

    ReplyDelete
  8. memang lin..kalau lauk ni CM makan mesti 2 kali tambah..letak lah pedas sikit hehehehe. berpeluh dahi CM time makan huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...