Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT yang dikasihi. Hari ni CT rasa gembira sangat dan hati ni juga rasa agak berbunga. Kegembiraan tu disebabkan oleh Majalah Saji keluaran bulan Oktober 2012 yang turut menampilkan foto CT sekeluarga. Jika resepi-resepi CT di dalam majalah yang lepas-lepas hanya menampilkan diri CT saja, tapi di dalam majalah Saji, CT diberi peluang untuk turut menampilkan foto CT bersama keluarga tersayang kepada umum. Hikss.. sukanya rasa di hati hehehe. Memang patutlah kegembiraan CT turut sama dikongsikan bersama keluarga yang tersayang kerana anak-anak dan suamilah yang menjadi pendorong dan peniup semangat untuk CT berdiri di tempat di mana CT berada sekarang dan untuk CT terus menggapai impian CT yang seterusnya.
Dalam majalah ini juga, ada 2 gambar CT yang sedang beraksi ketika CT sedang mengambil gambar resepi yang hendak dikongsikan. Pada tanggapan ramai, tentu ada yang berfikir macam tu lah agaknya setiap kali bila CT ambil gambar-gambar masakan CT. Tapi hakikat yang sebenarnya tidak selalu macam tu. CT hanya menggunakan lighting begitu bila cahaya semulajadi tidak memihak kepada CT. Pada kebanyakan masa, CT lebih suka mengambil gambar menggunakan cahaya semulajadi dimana lokasinya adalah di balkoni atau ditepi tingkap bilik dengan dibantu oleh reflector saja sebab lebih ringkas dan cepat penyediaan set-up nya.
Seperti kebiasaannya setiap kali bila CT berkongsi kegembiraan CT kepada teman-teman semua bilamana resepi CT terpapar dihalaman majalah, CT ingin mengambil kesempatan untuk mengungkapkan ucapan terima-kasih yang tidak terhingga kepada semua teman-teman yang terus setia memberi sokongan dan dorongan kepada CT. Rasanya tanpa sokongan dari teman-teman, CT tidak akan berada di tempat di mana CT berdiri ketika ini. Bak kata orang, nak memulakan sesuatu memang mudah, tapi nak mengekalkannya yang susah. Samalah dengan berblog untuk food blogging ni. Nak memulakannya senang aje, tapi untuk mengekalkan terus berblog dengan semangat yang tidak luntur dan standard perkongsian yang ditetapkan, itu yang susahnya. Walau bagaimanapun, CT berdoa supaya CT terus diberi semangat yang jitu untuk terus berada di laluan ini kerana jalan yang CT ingin tempuh masih lagi panjang. CT harap teman-teman terus setia dan doakan untuk CT ye. CT mohon berundur diri dulu dan sampai kita bertemu lagi, salam sayang dari CT untuk semua. Daaaa...
tahniah kak..kak mmg layak
ReplyDeleteterima kasih Kama, Alhamdulillah :)
DeleteMorning Che Ct... seronok melihat perkembangan Ct dalam dunia masakan, moga terus menerus ke hadapan ye Che Ct....
ReplyDeleteSalam pagi Amie :)
DeleteAlhamdulillah..doa yang tak putus2 diberikan untuk ct juga ni, kejayaan ct kejayaan untuk kawan2 juga kan Amie :)
Tahniah kak CT!kagum cikwan tengok...ehem2...akak, ape petua awet muda.???hihihi
ReplyDeleteTerima kasih CW, petua! hiss mana ada petua, biasa aje tu sebelum masuk tido basuh muka sambil selawat dan baca doa tido tu jer hehehe
Deletejutaan tahniah dari kak Noor buat Ct yg terus berkembang dalam dunia masakan dan blogger ni,mmg hebat semua foto2 Ct hidup je semua mcm tengok depan mata...
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Noor, terima kasih yang tak terhingga sering memberikan sokongan buat ct, moga Kak Noor suksess juga ya :)
DeleteTahniah...Tahniah...Tahniah... !!!
ReplyDeleteTerima kasih yang tak terhingga Gee, sering memberikan sokongan buat ct..muahh!
DeleteTahniah kak ct..haritu cari buku kak ct kat MPH tapi masih tak jumpa2 lagi...suka tengok kak ct kiut miut aje :)
ReplyDeleteTerima kasih ZZ, k.ct cari kat Putrajaya tu hari pun tak ada. Lastnya jumpa kat kedai mamak aje hehehe
DeleteTahniah, segala usaha & penat lelah berbayar sudah...
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukur dan terima kasih Marsita :)
DeleteTahniah kak hee harus dapatkan ni...baru ada satu koleksi buku akk..nnt saya nak kumpul...
ReplyDeleteTerima kasih Sheila, harus tu beli sebab ada banyak resipi2 menarik dalam majalah SAJI tu juga.
Deleteterima kasih sekali lagi ya Sheila banyak beri sokongan buat blog DDCT :)
Tahniah CT.Saya nak dapatkan Saji sekarang juga .
ReplyDeleteTerima kasih Leah, sudi meninggalkan jejak dan singgah DDCT ya :)
DeleteTahniah CT.. saya tumpang bangga n happy..
ReplyDeleteTerima kasih Shiela, Alhamdulillah. Syukur dengan apa yang diberikan pada CT ini :)
DeleteTahniah!!! Well done girl...
ReplyDeleteAlhamdulillah... terima kasih ya :)
DeleteTahniah CT!
ReplyDeleteSemoga CT terus berjaya dan segala impian yg dihajatkan terlaksana
Ita doakan yg terbaik buat CT dan keluarga ^_^
Alhamdulillah...Aminnnn
DeleteTerima kasih banyak2 Azlita, segala sokongan dari Ita sentiasa ct hargai, semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita dan mendapat apa yang diimpikan, Insya'Allah :)
Wahhhhh...lg dan lg..tahniah kak..ye betul kak...nk menten tu yg susah...kak, sain otograp kak....
ReplyDeleteTerima kasih Chah..hehehe. oh nak sain ker? kat mana tudung, baju atau periuk hahaha. ada2 jer Chah ni eh..
DeleteSelamat pagi Kak Ct..
ReplyDeleteTahniah..gue kagum ama lho..teruskan...
Salam pagi Rahel cayangg..
DeleteTerima kasih banyak2, k.ct juga kagum sama hasil kerja2 Rahel juga, semoga suksess selalu ya Rahel :)
Salam CT cayang.. tahniah juta2 lemon :D K1 rasa CT adalah blogger masak yang paling kerap muncul di media hrp satu hari nnti muncul dlm program masakan di TV pula sebagai hos kerana ct mmg layak..
ReplyDeletewalaikumusalam kak wan :)
DeleteAlhamdulillah, syukur ya K1. masih ramai lagi kak yang sering keluar majalah bukan ct sorang aje. isskkk... jauh lagi nak sampai kesitu K1 hehehe. ct masih belum layak nak keluar tv ada nanti terkedu aje depan kamera hehehe
Congratulations CT. Looking forward to more yummy posting from you.
ReplyDeletethank you so much Gert :)
DeleteTahniah kak CT...gambar2 dlm blog akak memamg best...
ReplyDeleteTerima kasih Fazian, sudi2kan mencuba resipi juga ya hihi
DeleteTahniah Ct....tumpang bangga.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih Norzie :)
DeleteSalam sejahtera,
ReplyDeleteTahniah! mama suka sgt dgn CT, pandai masak dan orgnya pun cute mute!
Hantarlah proposal resepi masak kat penerbit besar mana tau boleh buat mcm hanie buat 1 resepi kuih 1 hari utk 365 hari.! Buku Hani tu baru saja diumumkan oelh popular laku 100,000 naskah.Tak giler dia punya royalti!
Salam Mama ju,
DeleteInsya'Allah dan terima kasih juga memberi sokongan buat ct. Kak Liza tu idola ct juga, suka melihat kepakaran dia bila memasak.
mudah2an satu hari ct dapat membuat yang lebih baik lagi...aminnn
salam.Tahniah sekali lagi...
ReplyDeleteWalaikumusalam Rohah. terima kasih banyak2 ya :)
DeleteAssalam CT cayang...nasib baik sempat tengok entry ni sebelum akak berangkat...Tahniaah ya CT, moga semakin maju...cantik2 posing tuk majalah tu..suka akak tengok.. Akak mohon berbanyak maaf andainya ada tutur kata yang tidak menyenangkan sepanjang kita berkawan yea CT....Salam sayang...
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak Ummi sayangggg!!
DeleteAlhamdulillah, terima kasih diatas sokongan yang kak ummi berikan selama ini. ct tak akan lupa pada kawan2 lain yang banyak membantu dari belakang. begitu juga buat kak Ummi... terima kasih banyak2 ya kak Ummi.
ct juga memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa atau terlajak kata mohon dimaafkan ya kak, semoga pemergian kak Ummi dipermudahkan segalanya, ct doakan semoga selamat sampai dan kembali, Insya'Allah...aminnnn
Assalammualaikum...huwaaahhhhhhhhh huwahhhhhhh! Kakakku masuk majelah lagiiii, tahniah kak, tumpang happy sangat2 :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeleteSekalung tahniah buat akak sekeluarga, Yatie tumpang gembira dan berbangga..moga terus sukses....sememangnya akak mmng layak...
Salam sejahtera KCT Tahniah....teruskan perjuangan dan terus cemerlang...amin
ReplyDelete