Friday, September 21, 2012

Apam Ambon


Assalamualaikum... Salam manis dan salam penuh keceriaan dari CT untuk teman-teman semua. Semoga hidup kita ni sentiasa ceria aje ye. Kalau rasa nak marah pun pujuk hati tu supaya ceria ye hehe. Lagipun tak boleh nak layan sangat perasaan marah waktu hati tengah panas, nanti kena penyakit darah tinggi pulak sebab asyik marah-marah aje kan. Macam kes CT pulak, geram betul bila suruh anak-anak kemas bilik sendiri yang kadang-kadang tu bersepah macam tongkang pecah tapi tak juga bergerak. Akhirnya kita jugalah yang kena buat semuanya. Itulah perangai anak-anak bujang CT tu, kalau disuruh mengemas pun macam ala-ala nak tak nak aje. Ahirnya Mama dia jugalah yang buat segalanya. Dalam mulut bising-bising tapi terpaksalah juga pujuk hati supaya senyum dan sabar hehe. Dah namanya anak, kalau tak didik dari rebung payahlah bila dah jadi buluh nantikan ya tak.


Okeylah kita lupakan pasal geram tu, kita bercerita pasal resepi Apam Ambon yang berwarna warni yang CT kongsikan hari ini ye. Kuih muih yang berwarna-warni macam ni memang menjadi kegemaran CT sebab nampak ceria dan menarik di mata. Resipi ni CT pernah buat lama dulu iaitu pada tahun 2009. Lama dah tu kan. Resipinya CT ambil dari blog Home Sweet Home, siapa lagi kalau bukan Kak Ummi kita tu. Dan resipi asalnya pula adalah dari Zaliana, tapi tak dapat CT nak terjah kesana. Apapun, CT ucapkan terima-kasih kepada kedua-duanya kerana menyumbangkan resepi yang sedap ini yang telah CT cuba dan Alhamdulillah memang menjadi dan juga sedap.


Adunan apam ni CT kukus mengunakan acuan silicone, kalau yang tak ada silicone mould boleh juga mengunakan loyang bulat atau empat segi berukuran 8inci. Waktu CT buat Apam Ambon ni hari dah petang. Bila dah siap dikukus, hari dah pun malam. Jadi malam tu juga CT ambil gambar apam ni yang masih sebuku hangat dikeluarkan dari acuannya. Kalau tunggu esok, maknanya tak dapatlah nak shoot sebuku macam tu sebab dah dipotong-potong untuk santapan anak-anak. Jadi bila ada kesempatan tu CT shoot ajelah walaupun hari dah malam. Cuma kalau shoot waktu siang, dapatlah CT gunakan cahaya semula jadi. Kalau dah malam, kena bantuan dari cahaya flash lah gayanya.


CT suka apam ni sebab teksturnya yang lembut dan manisnya pula sedang-sedang aje sebab CT dah kurangkan sedikit adunan gula tu. Maklumlah kesihatan perlu dijaga kan. Jadi kenalah kurangkan manisan dalam masakan dan minuman dan lebihkan manis dalam senyuman pula ye hehehe. Lain kali CT nak cuba lagi resepi ni menggunakan acuan yang comel-comel pulak sebab nak tengok bagaimana rupa kejadiannya berbanding mengunakan acuan besar. Cuma leceh sikitlah sebab kena kukus berulang-ulang. Tapi kalau hendakkan hasil yang kita harapkan kenalah kerja lebih sikit ye tak. Okeylah, Jika ada yang ingin mencuba resepi ini, silakan rujuk resipi yang telah CT kongsikan dibawah ni ye. Dan jika nak lihat resipi asalnya, boleh lihat di blog Kak Ummi juga. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Apam Ambon
Sumber : Kak Ummi Zaihadi
Resepi olahan: Che CT

Bahan-bahan:
4 biji telur
100 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100 gram gula kaster
2 sudu teh ovalette
40 ml susu segar - suhu bilik
40 ml minyak masak

Pewarna dan perisa:
Pewarna pink - Strawberi emulco
Pewarna coklat - Coklat emulco
Pewarna oren - Oren emulco
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan hingga mendidih. Sediakan loyang 8 inci yang digris dengan sedikit minyak atau acuan silicone jika ada.
2. Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang dan gebu kira-kira 5-6 minit . Pastikan ia kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
4. Masukkan minyak masak dan susu segar sedikit-sedikit. Kacau sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama rata. Satu bahagian warna asal dan letak esen vanila, kacau rata. Yang 3 bahagian lagi letak pewarna dan perisanya sekali, kacau rata.
6. Tuangkan adunan bewarna berselang seli hingga habis dan diakhiri dengan adunan perasa vanila diatasnya, ratakan.
7. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
8. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak. Uji dengan dicucuk lidi sate, jika lidi keluar bersih, tandanya apam dah masak.


36 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih Mel, kena cuba buat baru tahu ia sedap atau tak, tapi pada che ct apam ni memang sedap dan lembut.

      Delete
  2. cantik betul penampilan kuenya kak CT. Adduuuuhhh....jadi ingin buat juga nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rina :)

      kalau suka boleh dicoba senang banget ni sedap juga.

      Delete
  3. Salam kak CT....marbeles la kak kalernya....geram tgk!!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Asmah

      geram tu tandanya kenalah mencuba hihi

      Delete
  4. Salam CT, cantiknyer apam ni kejadiannya yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Marsita

      terima kasih, memasak ni perlu sabar dan nanti eloklah jadinya :)

      Delete
  5. slm Kak CT...aduhhh cantiknye kak apam ambon tu...suka tgk gambo yg kedua tu...kalerful...trasa mcm nk try skrg ni jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Qaseh

      terima kasih QH, bermain dengan kaler2 ni memerlukan keberanian, jadi jom kita memasak mencuba bermain dengan warna warni yang memikat eh hihi

      Delete
  6. Wahhhh cantik kek dan semestinya sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanim

      terima kasih, memang sedap tak caya cuba tanya dengan kak Ummi :)

      Delete
  7. Sakam kak.. cantiknya apam nie...
    nk tanya kalau susu segar tu ambil dr dalam peti ais.. boleh jgk ker..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Fazlina

      susu tu kalau boleh biarlah dalam suhu bilik. bukan susu aje apa2 yang kita keluarkan dari peti sejuk biarlah dalam suhu bilik sebelum mengunakan nya. kecuali memang nak mengunakan yang dari peti ais baru kita guna yang sejuk :)

      Delete
  8. cantik kombinasi warna apam tapi tak da warna hijau pun ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mala

      Oh ya, maaf masa mengedit tu terlepas warna oren, hijau tu dah habis stok.. hehehe. nasib baik mala perasan, terima kasih ya memberitahu.

      kita ni memang tak lepas dari membuat kesilapan :)

      Delete
  9. Assalam CT cayang...akak pun dah lupa rasa apam ambon nih...apa kata bagi kat akak sikit...nak2 pulak tengok cantik je guna acuan tuh....nampak kelasss gituu..! ^__^ Time kasih sudi selongkar dapur akak yg dah semakin sunyi tuh....kalau rajin sesekali tu tolonglah sapu sawang semasa akak tiada yea...time kasih atas doa CT di FB tu...hanya Allah yg dpt membalasnya....salam cayanggg beribu kali cayanggg....huhuu *mood sedih dah skrg ni... *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Kak Ummi sayanggg..

      Insya'Allah kak blog tu jangan dirisau ramai yang nak menolong jaganya, mana2 yang termampu ct akan tolong hehehe

      kak Ummi..ct sebagai seorang adik, teman dan sahabat juga memang layak untuk mendoakan kesejahteraan sesiapa saja, tak kira walau keluarga sendiri kak, jadi ct mengharapkan kak Ummi sentiasa sihat dan diberi kekuatan diri semasa di tahan suci tu nanti...Insya'Allah. Jangan sedih2 ya kak, doakan untuk kami juga disini ya.. T__T huhu

      Delete
  10. Salam lagi sekali CT,
    Masa tgh masak tadi teringat CT ada kata anak2 degil, bila suruh kemas bilik tak mau akhirnya CT yang kena kemas. Teringat pada doa kat bawah ni, Mas selalu amalkan masa menyediakan/masak makananan atau selepas habis masak untuk keluarga. Cuba CT amalkan, Insyaallah berkesan, anak2 akan lebih lembut hati dan dengar cakap kita.

    Doa nya dalam BM aje.. Mas lupa nak salin yang bahasa Arab masa dapat doa ni dari seseorang.
    "Hai org yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertakwalah kpd Allah, supaya kamu berjaya"

    Baca doa ni dan hembuskan ke makanan yang CT sediakan atau nak hidangkan kepada anak & keluaraga...Insyallah dgn izinnya akan lembut hati nak kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas..anak2 k.ct bukan degil mana pun cuma bila k.ct cakap baru dia gerak. alah biasalah anak2lelaki kan kalau mama dia cakap payah nak geraknya. cuba kalau ayah dia besuara laju aje buat kerja hehehe

      apa pun terima kasih ya Mas, insya'Allah k.ct akan cuba ya :)

      Delete
  11. Asslmkum Kak CT.
    Tak mo tulis panjang2..Just nak ckp..Lawo dan sedap..Colour2 tu menarik sangat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Sue

      hehehe..okeylah k.ct pun tak nak cakap panjang2. terima kasih ya Sue hahaha

      Delete
  12. Ct.......cunnye apam tu.....kreatif tol awak ni.....

    ReplyDelete
  13. Marsita yahya.......doa tu dlm surah Ali Imran ayat 200.....sama2 kita amalkan

    ReplyDelete
  14. wahhhh...cantik banget Che Ct kue nya, kl misalnya susu diganti dengan santan, tetap pakai minyak juga ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih Rusmi Ati, boleh aje diganti sama santan, tapi enggak pasti harus diletak minyak atau enggak. Tapi resepnya sudah begitu harus diletak rasanya.

      Delete
  15. assalamualaikum kak ct..
    waduhhh kok jelita benarr apam ambon kak ct ini.. kaget gue melihatnya.. ikikiki... kak ct kalau bagi masakan warne warni camni, memang kelassss gtu. tangkap gambo time malam pun malatop cantiknya kak, kalau saya hmmmm blur n tah apa2 je hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam ..makasih ya Mbak Izah hahaha. gambar ni kena bantuan dari flash juga Jah kalau tidak tak terang macam tu. Masih belajar2 lagi ni nak ambil gambar waktu malam. Selalunya shoot siang aje guna cahaya matahari atau cahaya semula jadi..

      Delete
  16. salam kak..menarik apam ni, teruja tengok lip lap nyalaan kaler apamnya..time membakingnya mesti hati kita terhibur kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'asalam Rohah... a'ah lip lap dah macam lampu raya lip lap gak dah rupanya tu hehehe. seharusnya hati mesti happy jadi kuih atau apa saja yang dimasak akan menjadi dengan baik :)

      Delete
  17. bahan sumer ada ni..hurmm..rasa mcm nak cuba :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yati... kalau dah ada, jangan tunggu lama2 meh lah cuba :)

      Delete
  18. Apam ni kena kukus satu satu ke ikut warna?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...