Friday, February 27, 2009

Paru Goreng Berlado



Semalam tekak ni teringin sangat nak makan paru.. mengidam ker apa Cik CT oiii. Hehehe.. mana ada ngidam2 nya, saje jer nak ikutkan selera tekak ni yang banyak sungguh ragamnya. Masa pegi kedai pagi semalam, terus jer aku tuju kat kotak2 barang basah melilau mata cari paru. alhamdulillah ada.. memang rezeki aku ler. Tapi dah tinggal sikit jer. Jadi ler dari tak ada langsung kan? Dah sampai rumah, terus rebus dulu sebab petangnya baru boleh masak. So kita layan Paru goreng Berlado dari Kak Fida di MyResepi ni yer. Memang sedap yum.. yummm..

Paru Goreng Berlado

Bahan-bahan:

1 kilo paru* - dipotong besar,4-5 ketul dan cuci.
5 helai daun salam*(CT tak letak coz tak ada)
sedikit garam*
(bahan bertanda * di atas direbus dgn secukup air hingga empuk)
8-10 batang lada merah-dikisar
7 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia -dicincang halus (CT tambah yang ini)
3 biji limau kasturi ambil jusnya
2 sudu besar gula merah tanjung
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
minyak masak secukupnya untuk mengoreng paru dan menumis lauk

Cara-cara:

1. Paru rebus dipotong tipis2 lalu digoreng terendam dgn secukup minyak hingga garing.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia sebentar diikuti dgn lada merah hingga naik baunya.Kemudian masukkan gula, garam dan kacau rata.
3. Masukkan pula jus limau kasturi, kacau rata diikuti dgn paru goreng dan kacau lagi hingga sebati.

Wednesday, February 25, 2009

Banana Crumb Muffin



Tengoklah Banana Crumb Muffin kat atas ni yg aku buat tadi.. Punyalah gebu semacam kan? meluap-luap macam nak meletop! hehehe.. Ekceli, lama jugak tak buat muffin kat umah ni. Kebetulan pulak masih ada pisang lagi.. Asyik kebetulan jer kan.. ahaks! Aku ternampak resepi ni kat umah Mamafami. Tak bertangguh terus jer aku cuba try buat...hehe.. Memang sedap sangat, tambah2 lagi bila time bakar tu sungguh semerbak bau serbuk kayu manis tu naik.. emm.. wangi semacam jer tau. Konpem jiran2 sekeliling umah aku tercari2 bau apa lah yang sedap ni hehehehe.. of cozlah dari dapur CT.. emmm yum.. yumm! Jom layannnn


BANANA CRUMB MUFFIN
Sumber : Lisa Kreft dari Allrecipes(dot)com
Di Alihbahasa oleh: MamaFami's Spice n Splendour

Bahan-bahan :

(A)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
3 biji pisang ~ dilenyek
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan mentega, dicairkan

(B)
1/3 cawan gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 375 F (190 C). Sediakan cawan muffin, serta alaskan dengan cawan kertas.
2. Di dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum (A), soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam.
3. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan pisang, gula, telur dan mentega cair. Kacau sebentar.
4. Tuangkan adunan pisang ke dalam bahan-bahan kering dan kacau hingga bersatu. Sudukan ke dalam cawan muffin yang telah disediakan tadi.
5. Di dalam mangkuk yang kecil, satukan gula perang, tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan masukan mentega. Gaulkan mengguna hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Taburkan di atas adunan yang telah disudukan ke dalam cawan muffin.
6. Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak.

Mee Hailam



Menu Mee Hailam ni dibuat utk makan tengahari tadi. Tu pun dah pukul 11.30 pagi baru tergerak nak masak coz anak aku Daniel nak gi sekolah hehehe.. Mana taknya... Mama dia asyik sibuk dok mencari resepi jer keh3, nasib baiklah sempat kan. Tapi tak per sebab sume keja rumah dah dibereskan awal2 pagi. So apa lagi kita layan jer resepi mee hailam ni yer. Terjumpa resepi ni dalam salah satu buku masakan dan terus mencubanya dan inilah hasilnya. layannnnnn

Mee Hailam

Bahan-bahan :
300 gm mee kuning
Sedikit daging ayam - dihiris
Sedikit daging lembu - direbus
2 cawan air rebusan daging
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit sayur sawi
1 sudu kecil tepung jagung }
Sedikit air } dibancuh
Sedikit garam, minyak bijan & serbuk lada hitam
Minyak masak

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak masak dlm kuali. Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing.
2.Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tomato dan air rebusan daging.
3.Apabila mendidih, masukkan garam, daging ayam, daging lembu, sawi dan serbuk lada hitam.
4.Akhir sekali, masukkan mee, minyak bijan dan bancuhan tepung jagung.
5.Kacau hingga rata, masak lagi selama 2 minit.


Tuesday, February 24, 2009

Kuih Seri Muka Pelangi



Untuk hidangan minum petang tadi, CT buat Serimuka Pelangi dari resepi Kak Liza kita yang baik hati di hanieliza.fotopages.com :-) Anak2 kat umah ni memang suka mama dia buat kueh jer hari2. So, apa lagi.. CT cuba lah resepi ni sebagai memenuhi permintaan yg banyak di rumah ni.. lagipun boleh tambah resepi kat blog kita yang baru ni hehehe..

Kuih Seri Muka Pelangi

Bahan-bahan

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi:
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

Pewarna:
kuning.. hijau.. merah .. coklat paste

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisan seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan, sejukkan betul2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Sedia utk dihidangkan.

Gulai Ikan Kayu @ Ikan Tongkol



Menu hari ini CT amik dari Naz Rinn Chan iaitu Gulai Ikan Kayu@Tongkol. Tapi CT ubah sikit dgn menambahkan kobis sebab nak bagi ia nampak lebih menarik untuk anak2 lebih berselera makan hehehe.. Terima kasih pada yang empunya resepi.. cam biasalah yer, jom layanzzzzz

Gulai Ikan Kayu @ Tongkol

Bahan-bahan:
*Ikan Tongkol sederhana besar (Dibersihkan dan dikerat lima. Direbus dengan garam, gula, asam keping dan gula melaka... tapi CT tak rebus pun)
*Santan pekat
*Santan cair
*1 sudu besar rempah kerutub (boleh juga diganti dengan rempah kurma)
*3 sudu besar rempah kari
*Sedikit air asam jawa
*Sedikit Lada Hijau
*Sedikit Gula
*Sedikit Garam

Bahan Kisar:
*1 ulas Bawang Putih
*1 inci Halia
*Sedikit Lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*3 tangkai cili kering

Cara-cara:
1. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan rempah kerutub. Tumiskan hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan dan biarkan hingga ia bergaul sebati.
4. Masukkan santan pekat dan kacau lagi hingga sebati.
5. Kemudian masukkan air asam jawa dan santan cair, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat.

Friday, February 20, 2009

Udang Black Pepper & Vadei




Mari.. mari.. jom kita makan sampai konyang yok!
tapi nasi you all kena bawak sendiri2 lah ya hahaha. Hari ni punya menu banyak simple dan emm... sedap tau. Aku suka sangat2 sebab bahan2 sume dah ada dalam esbox. Menu untuk petang ni aku buat Vadei@Magelek resepi dari blog Kak Jun, tapi disebabkan blender aku pecah kenalah menumbuk secara manual kacang dhal tu penat ohhh.. kueh hindustan ni mmg aku suka sangat2.. lebih2 lagi kalau makan ngan lada hijau, perghh.. memang pijor ler mulut pas makan tu hahaha. Dulu2 pun dah pernah buat kueh ni tapi saje nak buat lagi ari ni utk makan2 sambil duk kat balkoni hehehe. Untuk menu dinner lak aku buat sup sayur resepi sendiri :) dan aku tambah dgn menu Udang Black Paper resepi dari Maklang Azie di Resepi.Net Emm.. mmg yummy! nak2 makan ngan nasi panas terus berpeluhlah jawabnya hehehe. Terima kasih pada Maklang Azie sebab berkongsi resepi ni. Cuba la resepi udang tu yer... memang best, sbb dah rasa dulu hahaha.. jom layannnnnn

Untuk resepi Vadei@Magelek, slik klik sini ->
Untuk resepi Udang Black Pepper, slik klik sini ->

Thursday, February 19, 2009

Abuk-abuk & Ayam Goreng Percik Berkuah




Sebenarnya hari ni memang tak der mood nak buat apa2.. tak tau lah nape tah.. mungkin sebab cuaca panas sangat kot.. Tapi bila pikir-pikir yang perut ni kena diisi juga, jadi gagahkan gak ler memasak. Kang anak2 ngan my laling tak makanlah pulak.. sian kan hehehe. So terhasillah resepi seperti kat atas ni utk menu minum petang dan makan malam iaitu Kuih Abuk-abuk dari resepi Hanieliza & Ayam Goreng Percik Berkuah dari MyResepi.com.. Dan disebabkan kerajinan aku tu, untuk entri kali ni my laling tolong C&P kan resepinya.. tq sayang muahhh! jom layannn..


Resepi Kuih Abuk-abuk

Bahan-bahan:-
300 gms sagu biji
1 cawan sedang gula melaka (dah di potong kecil) atau gula merah
1/2 biji kelapa parut (buang kulitnya)
Beberapa helai daun pisang di potong persegi
secubit garam,
beberapa helai daun pandan [masukkan dalam air dalam kukusan]


Caranya:-
1. Sagu di lalukan air di atas tapisan, kemudian biarkan sebentar
2. Masukkan kelapa parut bersama garam secubit gaul hingga rata
3. Buatkan daun pisang saperti kelonsong kacang putih dan masukkan sagu separuh daun.
4. Masukkan ketulan gula melaka atau gula merah kemudian masukkan sagu biji tadi dan gaul lagi bersama kelapa tersebut.
5. Lipatkan kelonsong daun pisang dan letakkan dalam kukusan.
6. Kukuskan selama 30 minit atau masak.


Resepi Ayam Goreng Percik Berkuah

Bahan A
1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)


Bahan B (digiling/tumbuk halus)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
asam keping (4-5 keping)
gula & garam secukup rasa


Cara-cara
1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan



Wednesday, February 18, 2009

Nasi Mentega & Telor Masala




Hari ni tekak teringin nak makan nasi mentega... sebab teringat hari tu nampak kat blog sape tak ingat lah. Cari punya cari akhirnya jumpa kat umah Inahar. Emm apa lagi terus jer CnP arr hehehe. Dapat gak aku merasa nasi mentega ni, bukan nya ngidam ker apa... cuma nak merasa jer. emmm... memang lemak berkerim dan disukai anak2 hehehe. Tq inahar memang sedap lah pulak... tapi tak tau nak lawan ngan lauk apa lak? Tercari2 kat buku resepi... Last2 jumpa pulak resepi Telur Masala kat blog Noreen. Dah kena lah tu, coz hanya stok telur jer yang banyak kat umah ni... apalagi...Terus aje lah buat bising kat dapur pagi2 lagi. Dan... oleh kerana perut belum sampai lunch dah berdangdut, siap je masak aku pun apalagi.. tak tunggu lama terus jer makan hehehe...burrrpppp.. dah kenyang dah alhamdulillah... Tapi macam biasa lah yer aku ni terlampau rajin nak menaip resepi ni... so aku letakkan link jer ehh... minta ampon pada tuan punya resepi yer...kita layan jer lah yer :-)

Untuk resepi Nasi Mentega, sila klik ->
Untuk resepi Telur Masala, sila klik ->


Thursday, February 12, 2009

Menu Malam Jumaat Untuk CM



Ini la menu dinner utk my laling CM malam nie.. Rasanya dah lama Cik Ct ni duk berehat dari memasak erk. Masak2 biasa utk makan setiap hari tu selalu lah. Tapi masak2 untuk kawan2 blog jer yang sepi buat sementara. Maklum ler kalau dah start cuti ni, nak mulakan balik punya lah 'M' hehehe. Tu nasi minyak kat atas tu, kali kedua yg Cik Ct buat tuk my laling CM, tak yah resepi lah yer kita layan jer nasi minyak berlauk kan daging kurma tu :) Kat bawah ni lak Cik Ct buat ptg tadi. Jenjalan kat blog MamaFami tadi, terus terasa nak buat Rainbow Butter Cake ni. Lagi pun bahan2 sume dah ada, apalagi terus duk dapur tak kuar2 lah Cik Ct ni hehehe. Tapi utk resepinya Ct cuma letak link dari blog MamaFami jer lah yer.. ampon MamaFami :) Yang muffin lak Ct amik dari blog Hanieliza... Muffin Kopi Coklat Chip. Ampun juga yer sebab letak link jer. Tapi utk muffin tu oleh kerana tak der coklat chip nya, Ct bubuh ler coklat rice jer.. rasanya sama jer.. dah namanya coklatkan... hehehe. Jom kita layannnn...




Untuk resepi Muffin Kopi Coklat Chip, sila Klik ->
Untuk resepi Rainbow Butter Cake, sila Klik ->


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...