Untuk hidangan minum petang tadi, CT buat Serimuka Pelangi dari resepi Kak Liza kita yang baik hati di hanieliza.fotopages.com :-) Anak2 kat umah ni memang suka mama dia buat kueh jer hari2. So, apa lagi.. CT cuba lah resepi ni sebagai memenuhi permintaan yg banyak di rumah ni.. lagipun boleh tambah resepi kat blog kita yang baru ni hehehe..
Kuih Seri Muka Pelangi
Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam
Lapisan Pelangi:
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
Pewarna:
kuning.. hijau.. merah .. coklat paste
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisan seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan, sejukkan betul2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Sedia utk dihidangkan.
berseri2 kueh ct ni..
ReplyDeleteTr kasih El..color dia memang menarik coz warna warni :)
ReplyDeletewah leh gi makan kat taman pelangi ek.. apa lagi si ret.. buat ler kuih kak ct ni.. he he..
ReplyDeleteRet..bole masak ker? hahaha amponnn kang dia tutup pintu time nak gi umah dia lak hahahha
ReplyDeleteermm boring2 ni,klu mkn kuih seri muka ni,msti senyum selalu kan...
ReplyDeletemesti lah lin..ni kan kueh penaik seri muka..kompom berseri2 muka lin pas makan keh3
ReplyDelete