Thursday, February 19, 2009

Abuk-abuk & Ayam Goreng Percik Berkuah




Sebenarnya hari ni memang tak der mood nak buat apa2.. tak tau lah nape tah.. mungkin sebab cuaca panas sangat kot.. Tapi bila pikir-pikir yang perut ni kena diisi juga, jadi gagahkan gak ler memasak. Kang anak2 ngan my laling tak makanlah pulak.. sian kan hehehe. So terhasillah resepi seperti kat atas ni utk menu minum petang dan makan malam iaitu Kuih Abuk-abuk dari resepi Hanieliza & Ayam Goreng Percik Berkuah dari MyResepi.com.. Dan disebabkan kerajinan aku tu, untuk entri kali ni my laling tolong C&P kan resepinya.. tq sayang muahhh! jom layannn..


Resepi Kuih Abuk-abuk

Bahan-bahan:-
300 gms sagu biji
1 cawan sedang gula melaka (dah di potong kecil) atau gula merah
1/2 biji kelapa parut (buang kulitnya)
Beberapa helai daun pisang di potong persegi
secubit garam,
beberapa helai daun pandan [masukkan dalam air dalam kukusan]


Caranya:-
1. Sagu di lalukan air di atas tapisan, kemudian biarkan sebentar
2. Masukkan kelapa parut bersama garam secubit gaul hingga rata
3. Buatkan daun pisang saperti kelonsong kacang putih dan masukkan sagu separuh daun.
4. Masukkan ketulan gula melaka atau gula merah kemudian masukkan sagu biji tadi dan gaul lagi bersama kelapa tersebut.
5. Lipatkan kelonsong daun pisang dan letakkan dalam kukusan.
6. Kukuskan selama 30 minit atau masak.


Resepi Ayam Goreng Percik Berkuah

Bahan A
1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)


Bahan B (digiling/tumbuk halus)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
asam keping (4-5 keping)
gula & garam secukup rasa


Cara-cara
1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...