Saturday, December 31, 2011

Kek Gulung Dam - Resepi Penutup 2011




Assalamualaikum... Salam ceria dan senyum2 lah selalu. Senyum juga adalah sedekah. Sedekah yang tidak perlukan modal, dengan penuh ikhlas senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sebuah ikatan persahabatan yang akan kekal berpanjangan. Senyuman yang manis mendinginkan hati dan mendamaikan jiwa. Sedingin embun membasahi dedaunan. Dan senyuman juga adalah ubat penawar bagi hati-hati yang sedang bersedih, memberi semangat bagi jiwa-jiwa yang lesu. Sesungguhnya dengan memberi senyuman itu akan buat teman2 semua awet muda. Macam puan yang cakap ni ya... hehehe. Haa.... mesti ada yang senyum2 dah tu ya, maklum lah puan CT ni pagi2 lagi dah melawak syok sendiri... hehehe. Tak apalah bergurau senda juga adalah satu amalan yang disuruh kerana dengan bergurau senda juga akan mengeratkan hubungan silaturrahim kita bersama :)



Berbalik pada resipi kek yang telah CT buat ini. Kira penutup bagi tahun ini, tanggal 31hb Disember 2011 Kek Gulung Dam yang resipi asalnya dari Chef Nor Asmawati dari Majalah RASA bulan Ogos 2011. Kek Dam yang berwarna warni ini seperti hidup kita juga, penuh dengan warna warni kehidupan. Sebenarnya dah lama juga nak buat tapi sekarang jer CT rasa ada kesempatan. Banyak sebab kenapa CT lambat nak mencuba. Satu darinya macam tak yakin boleh menjadi dengan elok, takut gulungan nya akan pecah. Dan akhirnya dengan kesabaran serta keberanian yang ada CT cuba juga. Hasilnya... lihatlah sendiri mungkin tak berapa kemas sangat. Mula2 ingat nak buat bentuk empat segi tapi jadi bulat pulak. Tapi... Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga walaupun tak seperti yang CT inginkan. Terima kasih pada Chef Asma kerana perkongsian resipi Kek Gulung Dam ni. Insya'Allah kalau ada kelapangan lagi CT akan cuba buat lagi dan lagi. CT pernah sekali berjumpa Chef Asma semasa perjumpaan event Cabaran Daisy 2011 - Sehari Bersama Chef Liza Zainol di SINI. Beliau memang sangat peramah dan tak lokek memberi sedikit tunjuk ajar, terima kasih ya Chef Asma.

Panjang selebar dah ni ya. Kesian pulak teman2 yang dok membaca celoteh dari CT ni. Kalau terasa haus bolehlah minum air atau makan kek yang CT buat tu ya. Jika ada yang sudi nak mencuba disilakan untuk mencuba memang sedap. Selamat mencuba ya. Dan SELAMAT TAHUN BARU 2012!




Kek Gulung Dam
Resipi : Majalah Rasa - Chef Nor Asmawati
Sumber : Che CT


Bahan-bahan : A
6 biji telur (CT guna gred A)
30 gm ovalette
120 gm gula kastor

Bahan-bahan : B
120 gm tepung kek
20 gm tepung jagung
(diayak bersama)

Bahan-bahan : C
50 ml minyak jagung
1/2 sudu teh perisa vanila

Bahan krim mentega :
250 gm mentega (CT letak 125 gm)
100 gm gula aising (CT letak 60gm)
1/2 sudu teh perisa vanila
Pewarna yang digemari

Cara-cara :
1. Krim Mentega : Putar kesemua bahan sehingga gebu dan berkerim. ketepikan.
2. Kek : Kesemua bahan A diputar sehingga kembang. (CT putar selama 5 minit).
3. Masukkan bahan B, gaul hingga sebati dan putar lagi sehingga kembang. (CT putar lagi 3 minit).
4. Akhir sekali masukkan bahan C kaup balik hingga rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (CT bahagi 3 bahagian sama banyak dan lebihkan sedikit adunan warna plain).
5. warnakan setiap bahagian dengan pewarna hijau, coklat, merah jambu dan satu bahagian dibiarkan plain. (CT letak hijau - perasa pandan, pink- perasa strawberry, oren- perasa limau).
6. Masukkan dalam loyang yang berlainan (4 biji dulang) dan bakar pada suhu 180C sehingga masak. (CT bakar satu2 selama 20 minit - 25 minit) bergantung pada oven masing2 ya. Glis dahulu dulang dan alas dengan baking sheet.
7. Apabila masak, keluarkan dan sejukkan dahulu sebentar. Sapukan dengan krim mentega. Susun kek yang berwarna didalamnya secara berselang seli warna. gulung dengan cermat dan ketat supaya padat.
8. Masukkan dalam peti sejuk. (CT gulung dengan clingwrap dengan kemas dan simpan dalam peti sejuk 30 minit baru cantik dipotong). Selamat mencuba :)




Pujangga menyebut :
"SENYUM ITU IBARAT KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"

Friday, December 23, 2011

Puding Dadih Strawberry & Pandan




Assalamualaikum... Salam sayang buat pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah... selesai sudah kerja untuk publish menu-menu yang CT masak untuk sepanjang minggu ini. Nasib baik jugalah sebab sampai hari ni connection masih lagi laju. Kadang-kadang bila tenet slow ni nak menunggu semput juga nyawa sekejap. Tapi bila dah laju tu terkejar2 pulak anak-anak nak conquer PC kita ni. Biasalah cuti-cuti ni anak-anak tak berhenti asyik main game jer. Kadang-kadang CT bising juga sebab bila CT nak guna nanti dah slow. Maklum lah guna broadband ni ada limit kan. Masa laju tu seronoklah lah nak BW dan sebagainya. Tapi bila dah slow tu jangan kata nak loading blog penuh, nak tinggal komen pun ambil masa yang lama. Okeylah, cukup bebel sampai sini dulu.



Untuk resepi penutup minggu ni CT buat Puding Dadih Strawberry yang dah banyak kali CT buat. Dah sampai hafal tak payah nak tengok resipi ... hehehe. Masa keluarga ipar datang rumah CT tempoh hari CT pun ada buat dan berulang2 lah tetamu yang makan semua kata sedap. Kembang jugalah hidung Puan CT ni sekejap... hahaha. Tapi yang perasa pandan ni baru first time CT cuba. My laling CM kata sedap juga perasa pandan ni. Lain kali bolehlah buat lebih2 kan kalau ada yang suka. Terima kasih banyak2 pada sifu CT siapa lagi kalau bukan Mat Gebu @ Adnan Ibrahim. Resipi ni dari beliau pertama kali makan kat rumah Mat terus terpikat sampai sekarang. Terima kasih ya Mat semoga Mat sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati hidup Mat dunia dan akhirat.. A-minnn. Rasanya macam nak bercuti2 lagi jer. Kalau ada entri hari Isnin maknanya adalah CT ya, kalau tak ada tu memang tuan rumah ni gi holidayyy! Jom kita terus pada resipilah ya. Buat yang ingin mencuba dan memanjangkan kembali resipi ni, CT alu-alukan. Daaa....


Puding Dadih Strawbery & Pandan
Sumber : Mat Gebu - DTS
Resepi diolah : Che CT


Bahan-bahan :
6 cawan air (1 cawan = 250 ml)
200 gm gula pasir (1 cawan)
3 gm serbuk jelly KONNYAKU (1/2 sudu besar)
100 gm susu cair ( 1/2 cawan)
100 gm coffemate (1 cawan)
3/4 - 1 camca teh strawberry emulco

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali strawberry emulco, ke dalam periuk, kacau dengan whisk hingga sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
2. Matikan api dan tapis bancuhan ke dalam jug air. Tambah strawberry emulco dan kacau rata. Tuang dalam bekas2 kecil atau bekas yang sesuai. Biar sejuk sedikit dan simpan dalam peti ais hingga dadih membeku.
3. Boleh hidangkan dengan hirisan strawberry di atasnya. Perisa bergantung pada kehendak masing2, jika menggunakan perisa, kenalah letak sedikit pewarna makanan...Selamat mencuba.

Nota: CT bahagi dua adunan ni untuk jadikan dua perisa. Untuk perisa pandan, CT guna perisa pandan emulco dan sedikit pewarna hijau.





Thursday, December 22, 2011

Mee Bandung Bujang




Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua teman-teman CT. Hari ni CT nak sharekan satu resepi yang simple-mimple untuk mereka-mereka yang baru nak belajar memasak. Biasanya orang yang baru belajar memasak ni rajin masak 'maggi' aje kan sebab 'maggi' ni satu-satunya mee yang cepat dimasak dan sedap dimakan. Malangnya mee segera tak elok dimakan selalu walaupun sedap. Jadi, hari ni CT kongsikan resepi Mee Bandung ni yang CT namakan sebagai Mee Bandung Bujang sebab gunakan pes segera sangat sesuai untuk golongan 'bujang', jadi tak payahlah nak sibuk2 nak mencari bahan-bahan dan menumbuk memblender segala... hehehe. Untuk resepi ni, CT gunakan 2 peket perencah Mee Bandung dari Adabi seperti dalam gambar yang akhir tu. Boleh juga jika nak gunakan perencah dari pengeluar lain asalkan sukatannya lebih kurang sama.

Jadi pada yang 'bujang' dan terkejar-kejar dengan masa tu bolehlah mencuba resepi ni. Pada yang tak berapa bujang tapi kalau nak mencuba juga apa salahnya ye tak... hehehe. Sampai jumpa lagi.. Daaa..




Mee Bandung Bujang
Resepi: Che CT

Bahan-bahannya:
2 peket perencah Mee Bandung Adabi
600 ml air (3 cawan)
300 gm daging lembut - direbus empuk
300 gm dada ayam - potong kiub dan cuci bersih toskan
200 ml air rebusan daging (1 cawan)
10 ekor udang - buang kulit tinggalkan bahagian ekor sahaja
2 keping tauhu - di goreng, kemudian di hiris
2 biji telur
300 gm mee kuning (atau 1 peket) - cuci dan toskan
Sedikit garam dan gula.
Hirisan lada hijau - hiasan
Belahan limau kasturi - hiasan
Hirisan daun sup/bawang - hiasan

Cara-cara :
1. Masukkan air dan air rebusan daging serta rempah Mee Bandung Adabi kedalam periuk. Kacau sebentar.
2. Masukkan ayam yang dipotong kiub tadi. Tunggu hingga mendidih dan ayam empuk.
3. Apa bila dah mendidih, perlahan kan api dan pecahkan telur kedalam periuk. Masukkan sekali daging yang dihiris dan juga udang.
4. Bila telur dan udang telah masak, tambahkan sedikit garam dan gula. Perasakan.
5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan kacau sebentar selama 1-2 minit. Matikan api.
6. Hidangkan dan taburkan daun sup/ bawang, tauhu goreng, lada hijau dan limau kasturi.
7. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba..




Wednesday, December 21, 2011

Sambal Tumis Telur Rebus




Assalamualaikum... Salam pagi untuk semua. Hari ni nak ringkas kan jer celoteh CT ni, mood nak menaip ada kurang sikit. Maklum lah jika kepala dah pening ni nak tengok screen laptop lama2 ni makin pening jer rasanya. Cuma CT nak kongsikan menu yang simple dan mudah nak disediakan.

Menu ni lanjutan dari menu semalam kerana Sambal Tumis Telur Rebus ni memang sangat sesuai digandingkan bersama Nasi Lemak Aroma Pandan tu. Tapi kat rumah CT ni, bila masak telur rebus macam ni ada yang nak diasingkan kuning dan putihnya sebelum di makan. Ini kerenah anak CT yang bungsu tu yang tak suka makan kuning telur. Jadi bila dah siap masak kenalah asingkan telur kuning dari putihnya untuk Haqim makan. Yang lain-lain semua makan tak ada pantang pulak. Hai.. macam-macam ragamlah anak-anak ni.. hihihi

Kita terus pada resipilah ya, bila senang2 lepas buat kerja rumah nanti CT akan cuba BW blog teman2 pulak ya. Sampai jumpa nanti... Daaa....


Sambal Tumis Telur Rebus
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
8 biji telur - dibersihkan dan rebus hingga masak
2 cawan lada kisar
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji bawang merah #
3 ulas bawang putih #
1/2 incin belacan # (tumbuk atau blender halus)
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan serbuk perasa jika suka
Sedikit gula merah
(Bahan bertanda # - ditumbuk atau blender halus)

Cara-cara :
1. Telur yang siap direbus dikupas kulit dan belah dua tapi jangan putus (macam dalam gambar tu). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan hiris dan bahan tumbuk, goreng hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak, kemudian masukkan air asam jawa dan gula merah, kacau sebentar.
4. Masukkan telur rebus dan kecilkan sedikit api dan masak hingga kuah hampir kering sedikit.
5. Tambah garam dan sedikit serbuk perasa, kacau rata. Perasakan dan bolehlah ditutup api.





Tuesday, December 20, 2011

Nasi Lemak Aroma Pandan




Assalamualaikum... salam pagi yang ceria. Kalau tak ceria macam mana nak naik seri dimuka tu, jadi kenalah ceria dan senyum2 selalu ya. Kot2 kalau tak boleh senyum gak, pi tengok gambar Che CT yang pegang sudip tu gerenti mesti senyum punya... hehehe.

Hidangan hari ini Nasi Lemak Aroma Pandan. CT nak kongsikan bersama teman2 semua. Walaupun resipi ni simple tapi semua mesti suka makan. Tak kisahlah pada waktu bila dan dimana jua pasti suka. Zaman dulu2 selalu dibungkus dalam daun pisang wangi jer aroma nasi ni. Sekarang pun ada juga. Cuma sekarang ni Nasi lemak dah dimeriahkan hidangannya. Ada sambal sotong, sambal paru, sambal udang, sambal ikan masin, rendang daging atau ayam, serunding dan macam-macam lagilah. Tak macam dulu cukup dengan hanya sambal ikan bilis atau sambal telur rebus hehehe. CT pulak pertama kali makan nasi lemak berlauk banyak ni masa CT duk kat Puchong dulu bilamana CT sering ke Pasar Tani Shah Alam. Ada satu gerai makcik tu memang sedap gilos nasi lemak dia. Ambik banyak mana pun harga dia tak lebih dari RM5. Selalunya CT akan ambil paru sambal, sambal sotong kembang, kerang sambal dan rendang daging. Perghhh... lepas makan payah betul nak bangun... hehehe. Sebab tu sebelum makan mesti beli dulu barang2 yang lain, baru makan. Kalau tidak lepas makan duduk lah kat situ sampai hilang senak perut... hahaha.



Okey2..kita balik pada resipi Nasi Lemak Aroma Pandan ni ya. Ni kali kedua CT buat, yang pertama tu masa CT bawak bekal utk dimakan masa perjalanan semasa bercuti ke Melaka ketika awal cuti sekolah kemarin. Masak lima setengah pot beras habis bersih kenyang sampai malam, sedap dan enak makan anak beranak... Alhamdulillah. Tapi hari ini CT buat lagi sebab teringin nak makan. Alah resipi dia senang jer semua dah expert masak nasi lemak kan. Tapi CT sajelah tepek kat sini kot2 bila anak2 CT besar nanti boleh cuba2 resipi dari blog Mama dia ni... hihihi.


Nasi Lemak Aroma Pandan
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dari santan kotak #
3 cawan air #
10 helai daun pandan + 1 cawan air ##
Sedikit pewarna hijau # (disatukan dalam mangkuk dan kacau sebentar. ketepikan)
1 sudu kecil halba - ditumbuk sedikit
2 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 cm halia - hiris nipis
2 helai daun pandan - simpul
secubit garam
(bahan bertanda # #- di blender halus dan di tapis)

Bahan Sampingan :
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Telur dadar yang digulung dan hiris nipis

Cara-cara :
1. Beras dibersihkan dan tos airnya. Masukkan halba, bawang merah, halia, serai, garam dan daun pandan ke dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan santan yang telah dicampur sedikit pewarna hijau dalam rice cooker gaul sebentar. Terus masak nasi seperti biasa. (sukatan santan tu ikut beras masing2lah ya. Lain beras lain sukatannya)
3. Lagi berapa minit nasi nak tanak, buat 3 lubang dan titikkan sedikit saje pewarna hijau dalam lubang tadi. Dan tutup balik periuk nasi tanak hingga masak.
4. Bila nasi dah masak, baru digemburkan nasi lemak tadi rata2. Senang dan mudah kan.
5. Hidangkan nasi lemak aroma pandan ni bersama lauk kegemaran yang disukai. Selamat mencuba :)





Monday, December 19, 2011

Puding Tembikai




Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria semuanya. Semakin hari semakin laju pulak nak update kat blog Dapur CT ni. Maklum lah tengah rajin ni kan, jadi masa ni lah nak masak2 bagai. Kalau dah datang mood malas tu satu keja tak jadi. Untuk menu seterusnya CT cubalah buat puding tembikai yang sikit hari dulu mendapat sambutan hangat dari semua blog-blog masakan. CT ni dok tenung renung tak kelip2 mata... hehehe. Maklum lah tengah pikir2 gak nak buat ni kang jadi ker tidak erk..? Nanti buat tak ada siapa nak makan, sayang pulak. Tiba2 dengar satu suara macam berbisik jer kat tepi telinga ni haa... " Ayanggg... nanti buat puding tembikai sedap... " Emm... rupa2nya My laling CM yang request suruh buat puding tembikai ni... hehehe. Alah macam orang mengidam jer nak makan macam2, tak sampai hati pulak kan. Terus esoknya CT ajak My laling CM ke Econsave beli apa2 yang patut. Dan dengan gigihnya buat puding tembikai ni dibantu oleh My laling CM juga. Sesekali duduk bersama didapur tolong CT memasak ni memang seronok kan. Tahulah macamana ayang dia ni kat dapur hari2 kan... hehehe.



Resepi yang CT buat ni My laling CM mintak dibancuh sedikit dengan isi buah tembikai. Katanya barulah betul2 rasa buah tembikai, betul juga kan. Dan berlainan cara sedikit dari ramai yang dah buat, My Laling sarankan untuk buat lapisan hijau tu berlapis dibawah dan juga bahagian atasnya jadi bila dipotong kedua-dua bahagian atas dan bawahnya boleh dipakai. Malah masa nak potong tu My Laling yang potong sebab CT tak berapa paham cara nak potongnya, lepas My Laling buat barulah CT paham. Untuk rujukan cara potongnya boleh klik kat SINI. Memang sedap cuma kejadian puding ni adalah comel sikit sebab CT terguna loyang 4 segi ukuran 6" jadi isi merahnya kurang tebal jadinya. Tapi tak kisahlah yang pasti puding ni memang betul2 sedap. Agak2nya ada siaran ulangan tak nanti erk... hehehe.



Resipi ni ramai yang dah buat, tapi CT ambil dari blog Nieza Finland dan CT olah semula mengikut cara yang CT buat. Mohon share ya Nieza untuk Kak CT kongsikan pula dalam Dapur CT untuk panduan teman2 lain yang ingin mencubanya nanti. Jika ada yang berminat, selamat mencuba ye. Daaa....


Puding Tembikai
Sumber : Kak Long Lyn & Nieza
Resepi olahan : Che CT

Bahan-Bahan :
1 paket agar2 serbuk (CT guna agar2 10 gm)
2 keping roti gardenia
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan hitam
100 gm isi tembikai + 1 sudu besar air (diblend halus)
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-Cara:
1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus.
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) dan bahagikan kepada 2 bahagian. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan dan tunggu hingga adunan jadi agak keras sedikit.
5. Kemudian tuangkan sedikit adunan yang berwarna asal (juga dibahagikan kepada 2 bahagian) ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan hingga agak keras sedikit juga.
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah dan dicampur sekali dengan tembikai yg diblend, kacau rata. Curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal tadi). Semasa menuang adunan, selang-selikan dengan taburan bijan hitam sebagai pelengkap biji tembikai. Biarkan lagi hingga agak keras sedikit.
7. Kemudian tuangkan bahagian kedua adunan berwarna asal dan setelah keras sedikit tuangkan adunan akhir yang berwarna hijau.
8. Biar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nota:
1. Semasa menunggu untuk menuang dari satu lapisan ke lapisan yg lain, adunan yang menunggu untuk dituang hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak mengeras.
2. Loyang acuan sebaik-baiknya di letak dalam dulang yang berisi air sejuk (CT tambahkan ais juga didalamnya) untuk mempercepatkan proses adunan di dalam loyang mengeras.





Friday, December 16, 2011

Blended Banana Cake




Assalamualaikum.... Salam mesra buat pengunjung setia Dapur CT. Rasa macam sekejap sangat jer masa ni berlalu. Rasa macam 2-3 ari lepas jer sekolah tutup, tuptup dah pertengahan bulan 12 dah. Lagi dua minggu je lagi dah nak sampai awal tahun 2012. Cepatnya, dan semakin cepatlah juga peningkatan usia kita ye. Semoga dengan bertambahnya usia bertambah jugalah amalan baik kita didunia ni. dan jangan lah kita lalai dalam membuat sesuatu pekerjaan sampai kita lupa kepadaNYA. Semoga segala amalan yang kita lakukan tercatit di 'bahu kanan' ye... Insya'Allah.

Alhamdulillah... CT nak ucapkan berbanyak terima kasih pada seorang adik ni. Kalau dulu CT tak mengenali beliau pun. Memang lah mula2 yang singgah ke Dapur CT ni langsung CT tak kenal. Tapi lama2 kemesraan tu akan nampak walaupun tak pernah bersua muka. Hanya dialam maya sahaja. Siapa dia yang CT maksudkan... RAHEL masak apa? yang duduk di Sabah. Mesti ada yang sudah mengenali beliau. CT suka melihat masakan dari Rahel walaupun kekadang tu bahan2 yang nak dimasak tak mencukupi dirumah CT cuba juga mengikut. Dan untuk hari ini CT cuba buat satu lagi resipi dalam blog Rahel. Alhamdulillah... menjadi dengan lembut dan sedap kek ni. Sebelum tu ada buat juga, tapi CT tak publish kat Dapur CT sebab buat 1/2 adunan dalam acuan kecil cukup2 untuk sarapan di waktu pagi, sapan habis...hehehe. Tapi kali ni buat lagi kek dari Rahel ni. Tadaaa.... Blended Banana Cake. CT tambahkan serbuk koko sikit dalam resipi ni. Terima kasih Rahel untuk resipi kek yang lembut ni. Cuma CT tak letak pun sos coklat macam Rahel tu sebab CT ikutkan selera tekak CT.

Terima kasih sekali lagi ya Rahel sebab berkongsi resipi kek ni. K.CT mohon share dalam Dapur CT untuk rujukan teman2 yang lain juga untuk K.CT juga. Jika ada yang terlebih atau terkurang mintak halal. Jika ada yang nak mencuba, silakan ya. Daaa....




Blended Banana Cake
Resipi Asal : Rahel
Olahan : Che CT

Bahan-bahan :
4 biji pisang berangan dipotong kecil2
180 gm minyak jagung/ minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek# (dikurangkan 5 sudu besar)
1 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh soda bikarbonat #
5 sudu besar serbuk koko #
1/3 cawan coklat chip bersaiz kecil
Sedikit badam hiris sebagai hiasan atas kek

Cara cara :
1. Panaskan ketuhar 170C selama 15 minit.
2. Pisang yang dipotong kecil, telur, minyak jagung dan gula disatukan kemudian di blender hingga halus selama 10 saat.
3. Tuangkan bahan yang di blender dalam mangkuk, kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan sehingga rata. (Jangan lama sangat ya sekadar bercampur saja).
4. Tuang adunan kedalam loyang yang diglis dan alas kertas minyak. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.



Thursday, December 15, 2011

Talam Sekoteng




Assalamualaikum... Apa khabar teman2 CT semua? Semoga semuanya sihat dan ceria, seceria kaler Kuih Talam Sekoteng Che CT. Hehehe... Macam dah senyap sikit update kat blog2 pasal kuih talam sekoteng ni kan. CT dah tertinggal keretapi jauh dah ni. Tapi tak kisahlah terlambat atau tercorot yang penting CT dah cuba buat juga kuih talam yang memikat kalbu ni. Apa yang penting kaler PINK tu yang benar2 memikat hati CT sebenarnya. CT kan suka pada kaler PINK ni kalau masuk blog Yat Maria tu mesti CT suka sebab banyak kaler yang CT suka terang benderang semuanya. Jadi masa buat tu hati berbunga2 indah pink lah sekejap... hehehe. Sebenarnya lama juga dah beli sekoteng ni atau orang Melaka yang CT beli masa tu panggil 'Mata Ikan'. Sebelum tu My laling CM lah beria2 tanya dengan CT macamana rupa sekoteng tu, ingat tanya sebab suka2 jer. Rupa2 nya masa CT bercuti2 ke Melaka My laling CM ni dok tanya kat gerai2 RnR Air Keroh Melaka tu. Yang kelakarnya hubby tanyalah kat kakak yang jual tu.. " Kak.. ada jual SEKOTENG tak..? " dengan muka berkerut2 tanpa suara, kakak tu tenung muka Hubby semacam jer terus geleng kepala... hahaha. Last2 masa nak minum ABC tu Hubby terjumpa kat satu gerai sebelah gerai ABC tu terus bagitau kat CT dan sambar 2 plastik kecik sekoteng ni. Terus CT tanya kat penjual tu nama sekoteng tu, katanya orang kat sini panggil "Mata Ikan" laaahh... Kesian My laling CM kan... hehehe. Terima kasih lah Ayang sebab bersusah payah bertanya dan carikan benda ni. Dan akhirnya CT buatlah kuih talam ni untuk suami dan anak2 tersayang.



Panjang pulak celoteh pasal sekoteng ni erk. Resipi kuih talam ni CT ambil dari Blog Ayu Curlbabe's Satisfaction. Menurut kata Ayu resipi ni Ayu ambil dari Blog Kak Am-Flora. Dan resipi asalnya dari Chef Nor Asmawati. Terima kasih daun keladi untuk semua penyumbang resipi ni. Semoga sumbangan ikhlas ni akan Allah balas dengan berlipat ganda lagi banyaknya, Insya'Allah. Untuk resipi ni CT juga buat 1/2 adunan dari resipi asal. Jadi CT copy terus dari Blog Ayu. Mohon izin CT letakkan juga resipi ni dalam Dapur CT ya Ayu. Moga dapat juga dimanfaatkan teman2 yang lain yang ingin mencuba Kuih Talam Sekoteng ni nanti. Selamat mencuba dan sampai jumpa lagi. Daaa.....




Talam Sekoteng
Source: Chef Asma
Recipe: Ayu@curlybabesatisfaction
(Recipe untuk 1/2 adunan)


LAPISAN BAWAH
Bahan : A
35g sekoteng (rebus dahulu & toskan)

Bahan : B
90 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)
110 gm gula castor
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
Bahan A, direbus dan toskan, bancuh bahan B dan tapis. Masak Bahan B sehingga naik wap, masukkan sekoteng dan gaul rata. Tuangkan kedalam loyang 8" dan kukus selama 25 minit.


LAPISAN ATAS
Bahan:
90 gm tepung gandum
125 gm gula halus (boleh juga guna gula kastor)
3 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil-esen ros cap star + 1/2 sudu kecil pewarna rose pink

Cara-cara :
Bancuh semua bahan2 atas, tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap & tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit.





P/S - Kamera Klasik ke-12 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Halina 35X Super.

Wednesday, December 14, 2011

Slice Orange Cheesecake




As'salamualaikum... salam penuh keceriaan buat semua teman2 Che CT. Apa khabar pagi ni moga semuanya sihat2 lah. Sememangnya kita rasa bersyukur apabila bangun dari tido dengan perasaan yang segar dan rasa badan yang sihat walafiat... Alhamdulillah. Sememangnya nikmat kesihatan adalah nikmat Allah yang terbaik dan tiada bandingan. Tapi janganlah pula kita keluh-kesah jika kita kurang sihat atau diduga dengan penyakit sebab segala penyakit itu ada penawarnya. Dan untuk kita yang diberi kesihatan yang baik ni, jagalah kesihatan kita sebaik2nya ye. Panjang pulak ceramah Che CT pagi ni... hehehe.



Resipi kali ini CT buat Slice Orange Cheesecake yang asal namanya Slice Cheesecake. Dah berapa kali CT buat memang sedap dan anak-anak CT puji kata sedap. Tapi walau banyak kali buat tapi tak letak kat blog maklumlah resipi ulang2 kan. Resipi yang dulu tu boleh klik kat SINI.Tapi kali ini CT tambah bahan lain sikit2 untuk memberi kelainan pada rasa kek ni. Saje jer nak alter sikit2, tak banyak punnnn... bahan resipi yang lain masih sama. Hanya dalam adunan ni CT tambah parutan kulit orange, dan sedikit pewarna orange. Tadaaaa... adalah bau2 yang menyengat hidung masa bakar kek ni. CT suka sebab kek ni lembut sangat2 dan cair jer bila masuk dalam mulut. Emm... tak reti nak cakaplah, kalau sesiapa yang dah pernah buat mesti tahu macamana rasanya. CT sampai dah ingat resipi ni dalam kepala sebab mudah nak buat dan jimat ongkos pun ada jugak. Kalau kita beli cheesecake ni kat luar dah berapa seketul kan... hihihi



Penyumbang resipi ni dari Ros@Onigiri, siapa yang tak kenal tu memang tak patutlah kan... hihihi. Yang sebelum2 tu CT ambil dari blog Hana. Tapi kali ni CT terjah dapur Nor Secubitgaram, dan terima kasih untuk kedua2nya. Semoga Allah merahmati hidup teman2 CT berdua ni... A-minnn. Okey2 panjang selebar dah ni, kita terus pada resipi yang CT copy dari Blog Nor jer ni. Daaa....


Slice Orange Cheesecake
Resipi : Ros@Onigiri MyR
Sumber : Nor67@SecubitGaram

Bahan-bahan :
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M (CT guna gread A 3 biji)
beberapa titik esen vanila (CT tak letak)
1 sudu kecil parutan kulit orange (CT tambah)
Sedikit pewarna orange (CT tambah)
1/2 sudu kecil emulco orange (CT tambah)

Cara-cara :
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.( CT masukkan sesudu kecil emulco orange dan pewarna orange. kacau rata).
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul (CT masukkan sekali parutan kulit orange).
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan.
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.





Tuesday, December 13, 2011

Donut Kentang




Assalamualaikum... Selamat pagi dan salam ceria. Hari ini CT nak share satu lagi resipi donat yang CT buat untuk sarapan anak2 dan My laling CM. Donat ni amat lembut sekali, walaupun dah disimpan keesokkan nya tetap masih lembut. CT suka donat2 yang macam ni. Anak2 pun memang suka tak ada yang nak menolak kalau dihidang donat yang disalut coklat macam ni. Sekali ngadap habis 4 ketul juga CT masukkan dalam mulut memang tak perasan... hehehe.

Selalunya kalau nak buat donat yang cepat siap tu CT akan guna resipi dari HaSue jer. Tapi yang ini CT cuba pula resipi dari ROS Jintanmanis. Emm... memang berbaloi2 lah kan. CT buat dua adunan donat ni... banyak juga dapat tu. Dan untuk menarik minat anak2 cepat makan donat ini CT salut dengan coklat masakan putih dan yang selebihnya CT letak sedikit pewarna pink.. cantiknya pink kaler... hehehe. Terima kasih buat ROS yang sudi berkongsi resipi pada kita semua kan. Semoga ROS sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki hendaknya... A-minnn. Untuk itu resipi donat ni CT copy jer dari blog ROS dan izinkan K.CT letak juga resipi ni dalam Dapur CT ya. Sampai jumpa nanti. Daaa....




Donut Kentang
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan :
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil).
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur (dipukul sedikit)
80/90 ml susu segar (boleh juga diganti dengan air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)

*Tips - susu diletak beransur-ansur. Jika mencapai 80 ml tu dah memadai dan doh dah nampak okey, gunakan setakat 80 ml je. Jika rasa masih tak cukup lembut habiskan terus 90 ml. Banyaknya sukatan dipengaruhi oleh saiz telur yang digunakan jadi kena pandai agak-agak sukatan susu susu ni supaya doh tidak lembik sangat, jika terlalu lembik akan menyerap terlalu banyak minyak bila digoreng.




Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.





P/S - Kamera Klasik ke-11 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Certotix 6x9 folding Camera.

Monday, December 12, 2011

Kek Lapis Filling Blueberry




Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis dari CT untuk semua. Sebagai memulakan hari pertama untuk minggu ini marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan kita baik ditempat kerja mahu pun dirumah... Insya'Allah. Alhamdulillah, hari ni CT dapat berkongsi kek kegemaran CT sekeluarga lagi. Sebenarnya ini resipi olahan dari kek lapis strawberry dari E-na. Tapi yang ini telah CT tambah dan olah mengikut loyang dirumah yang besar sedikit dari yang disarankan. CT tambah sukatan dan letak filling blueberry didalam dan layerkan creamcheese diatasnya. Ini pun sebab balance creamcheese tu dah tinggal sikit. Tinggal 3-4 hari akan tamat tempoh lebih baik CT buat sesuatu dari disumbat dalam cik tong, jangan membazir amalan syaitan tu. Kalau dapat diselamatkan taklah masuk dalam perut cik tong ye tak.. hehehe



Untuk adunan ni kalau teman2 punya loyang yang agak kecil bolehlah buat 2 loyang ya. Sebab kalau ikut loyang CT memang sedamg2 je ketebalannya sebab CT guna loyang besar saiz 10" x 14". Kalau nak tebal boleh juga masukkan dalam loyang segi empat sama 7". Rasanya sedang eloklah ketebalannya. Dan kek ni juga CT buat dua adunan, satu buat kaler oren dan satu kaler coklat yang tak berapa coklat tu... hehehe. Saje jer duk main2 dengan tepung kat dapur tu dari tak tahu nak buat apa kan. Kalau duk diam je kang mengantuk lah pulak. Yelah, nak layan FB dan Blog, laptop dua2 dah kena konker dgn anak-anak, maklumlah cuti sekolahkan. Jadi mama dia ni terpaksalah mengalah dan mengatur masa untuk duduk update blog dan layan FB. Tu yang kadang2 pagi lepas My laling CM gi kerja terus duduk dulu sementara anak2 masih diulit mimpi... hehehe. Okey2... jangan buang masa sebab masa itu emas, jadi kita terus pada resipi lah ya. Walaupun resepi ni hampir sama dengan dua resepi yang lepas tapi bak kata seorang teman..."Resepi semuanya sama, hanya beza tangan yang menbuatnya dan beza pada hasilnya..". Sampai jumpa nanti dengan menu yang lain pula ya. Daaa....




Kek Lapis Filling Blueberry

Resipi : Che CT

Bahan-bahan A :
100 gm butter dicairkan
90 gm gula kastor (kalau rasa manis boleh kurangkan)
100 gm tepung kek
5 biji telur gred A
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil Pewarna oren

1 sudu kecil pewarna coklat (CT buat dua adunan dan satu diletak pewarna coklat).
1/2 sudu kecil coklat emulco.

Bahan B :
Jem Blueberry secukupnya (CT campur sedikit air dan masak atas api kecil sebentar).
CT guna loyang 10" x 14" (Boleh juga guna loyang 8" x 11" ya) .

Cara-cara :
1. Pukul gula, telur dan ovalette dengan kelajuan maksimum selama 3 minit sehingga adunan kembang dan berkrim. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang diayak bersama kedalam adunan telur tadi dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 4 minit.
2. Masukkan pewarna gaul rata dan masukkan butter cair kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
3. Panaskan oven dengan suhu 180 C
4. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
5. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
6. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 25 minit (bergantung pada oven masing2 atau cucuk dengan lidi sate keluar besih kek dah masak).
7. Sejukkan atas redai dan sapukan jem blueberry. Potong kecil dan hias ikut kreativiti anda. Selamat mencuba.






"Ya Allah kurniakan kepada kami iman yang berkekalan, rezeki yang berterusan dan kemuliaan memasuki syurga dengan Rasulullah"... A-minnn

Friday, December 9, 2011

Pais Ikan Selayang




Assalamualaikum... Salam manissss dan senyum2 selalu, kerana senyuman teman2 menambah mood ceria buat Dapur CT. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua, CT sayang kamu... muahhh!. Alhmdulillah, kali ini CT tak nak banyak bicara sebab nak kongsikan satu menu yang CT belajar dari IBU mertua masa beliau datang ke rumah hari tu. Inilah menu yang My laling CM dan CT suka makan sebab resipi ni dari IBU mertua terchenta. CT hanya menumpang kasih sebab mak CT dah tak ada kan. Jadi, selain menumpang kasih, apa salahnya CT turut menumpahkan kasih pada beliau juga ye tak hehehe :)

Berbalik pada menu kali ini iaitu Pais Ikan Selayang, tak tahu kalau kat sini panggil apa erk... hehehe. Memang ringkas dan senang jer nak buat menu ni, tak lama sangat pun nak sediakannya. Resipi ni kita boleh pelbagaikan nak letak ikan apa2 pun boleh, udang atau pun sotong pun okey gak. Menurut IBU mertua CT kalau guna sotong lagiii sedap. Haa... nanti CT nak cuba buat juga. Masih banyak lagi nak belajar resipi2 lama dari IBU mertua ni, tapi masa tak mengizinkan. Insya'Allah lain kali bolehlah CT tanya2 resipi dari orang lama2 ni kan. Sebab resipi orang dulu2 ada yang dah jarang kita jumpa lagi dan kadang-kadang kita sendiri tak tahu langsung pun kalau tak bertanya betul tak... hehehe. Okey kita terus pada resipi lah ya :)



Pais Ikan Selayang
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
6 ekor ikan selayang (sardine)
4 biji bawang merah #
3 ulas bawang putih #
2 batang serai #
1 sudu besar ketumbar biji #
3 cm kunyit hidup #
3 cm halia #
3 cm lengkuas #
1 susu besar pes asam jawa #
1/2 cawan lada kisar
Sedikit garam, serbuk perasa dan gula jika suka.
1/2 cawan air
Daun pisang secukupnya - dilayur



Cara-cara :
1. Ikan dibersihkan dan dipotong dua.
2. Kisar semua bahan2 yang bertanda (#) hingga halus. (Jangan banyak sangat letak air masa diblender sebab adunan ni elok pekat sedikit, supaya senang nak digaul bersama ikan semasa dibungkus nanti).
3. Masukkan bahan2 kisar kedalam bekas dan campurkan bersama lada kisar, garam dan serbuk perasa dan sedikit gula. Gaul rata dan perasakan sedikit masam dan manisnya. Ikut selera masing2 lah ya.
4. Kemudian masukkan pula ikan dalam adunan tersebut dan gaul rata.
5. Ambil daun pisang yang dipotong empat segi dan masukkan 3-4 potong ikan bersama dengan sedikit adunan tersebut. Bungkus dengan kemas seperti bungkusan nak buat lepat. Susun dalam pinggan dan buat sampai habis.
6. Kukus dalam kuali yang bertutup dengan api yang kecil hingga air kering sedikit. Bila dah kering sedikit (maknanya ikan dah masaklah tu) tutup api dan angkat.
7. Untuk menambahkan kelazatan hidangan ni, ikan yang siap dikukus tu boleh juga di bakar sedikit dalam oven sehingga agak kering sebelum dihidangkan. Hidangan ni sangat serasi jika digandingkan dengan lauk asam rebus bendi bersama nasi hangat. Selamat mencuba :)



"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...