Assalamualaikum... Salam mesra buat teman2 semoga dihari ni lebih ceria dan indah dari semalam. Semoga semuanya dalam rahmat dan naungan Allah SWT... A-minnn. Kuih puteri ayu ni juga hidangan untuk insan2 tersayang dicuti2 sekolah. Sudah menjadi kebiasaan bila cuti sekolah jer atas meja mesti sentiasa ada hidangan. Tak kisahlah kuih apa2 pun asal ada. Anak2 CT ni jenis makan berulang2. Bukan sekali ngadap terus habis. Kena 3-4 round jugalah anak2 ni makan. Macam biasa acuan kuih puteri ayu ni cuma ada berapa ketul jer, yang lain tu gunalah acuan lain. Dapat ambil gambar pun tinggal yang ini jer. Yang cun2 nya dah habis kena ngappp!... hehehe.
Resipi kali ni CT cuba dari Ros Jintanmanis, menurut Ros resipi asal dari saudari Rohaya MyResipi. Sebenarnya semua resipi kuih puteri ayu ni lebih kurang jer adunannya. Cuma ada sikit2 jer yang ditambah. Rasanya tetap sama sedap, lembut dan menjadi kegemaran CT juga dan yang penting bila buat sendiri ni, jimatt!. Kalau beli banyak dah berapa RM kan. Jadi kita yang dikurniakan kelebihan masa dan tulang 4 kerat ni kenalah merajinkan diri memasak untuk keluarga. Dapat jimat lebih banyak dan dijamin kebersihannya. Bukan yang dijual diluar tu tak bersih, tapi... kalau buat sendiri lebih terjamin dan lebih puas hati kan. CT copy dari Blog Ros Jintanmanis jer ni. Terima kasih ya Ros kerana berkongsi resipi kuih yang sentiasa ayu ni. Semoga Ros sekeluarga sentisa dalam lindungan Allah... A-minnn. Kita terus pada resipi lah ya :)
Kuih Seri Ayu
Resepi Asal: rohaya1710@myresipi.com
Sumber : Ros Jintanmanis
Bahan-bahan : (25 - 30 biji)
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum*
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dengan sikit tepung gandum dan garam
*ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum
Cara-cara :
1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati.
3. isikan kelapa putih dalam acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
Nota tambahan dari ros@jintanmanis.com untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut:
Langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.
Petua dari ros@jintanmanis.com bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan:
1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.
Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28): "Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar."
amboiiiii...ayunya Cik CT harini... pepagi lagi gee dh bertandang nak mengorat si Ayu tu...heeee
ReplyDeletesalam CT
ReplyDeletewaaa... ada puteri ayu pagi ni.. seayu cik CT kita pagi ni...
piring tu nostlgia betul CT teringat pinggan mak ita.. tapi rasanya banyak yang dah tak de.. dah pecah sebab anak2nya ni ganster kampong semuanya.. hihi
selamat pagi kak ct,sedapnya kuih puteri ayu nie.minggu nie tema traditional yer.semua kuih dulu-dulu :)
ReplyDeleteGee ~
ReplyDeleteSalam untuk Gee, ct ni kan sentiasa ayu Gee..hahaha. Tr kasih Gee pagi2 dah singgah Dapur CT..Alhamdulillah rezeki tu namanya kan. jangan lah ngorat kuih jer Gee, jomlah ngrat ct sekali..hehehe
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, tr kasih Ita masih mengingati ct..hihihi. segan lah kita kuih pagi2 ni biasa2 jer nak hidang tuk Ita..hehehe.
Piring2 lama ni ct simpan elok2 Ita. Umah IBU mertua dah tak ada. Tapi rumah makcik ct kat Teluk Sengat masih banyak lagi. segan pulak nak mintak..hehehe. Biasalah ct dulu pun sama gak nakal perangai mengalahkan budak2 lelaki jer..hahaha
nonierahman ~
ReplyDeleteSalam pagi Noni, yalah macam tulah kiranya. sebab yang datang kerumah IBU mertua jadi kuih2 lamalah kena dihidangkan. nak hidang kuih2 terBARU kang tak biasa pulak nak makan..hehehe.
ada juga buat kek, tapi dia tak suka sangat, manis katanya...huhu
Ct,
ReplyDeletetl laa kan ile cuti kena buat kuih ke apa apa laaa janji ada benda nak dikunyah,kalau takde aje kena tanya.lama teringin nak buat kuih nie tapi biker ada bahan kelapa esti miss
saya suka kuih puteri ayu tapi tak pernah terfikir pun nak guna acu mcm ni, lain kali boleh lah letak dlm ni, sebab acu yg ada tu sikit sangat =)
ReplyDeleteslm k'CT..ayunyer kuih ni..sesuai dgn namanyer kan kak...ida kalau buat pun tak pakai acuan dia sbb tak de
ReplyDeleteSelamat pagi Kak CT...memang ayu jer kuih ni..hehehe..waa bestnya pekena kuih seri ayu pepagi ni..suka banget.
ReplyDeleteOhya,Kak CT,Rahel nak share pulak resepi "kuih serimuka pelangi" tu,maaf kerana diam2 ambik resepi..
KakAsma ~
ReplyDeletesalam pagi kak asma, anak2 bujang ct ni semuanya tengah meningkat naik kak. Jadinya kena sediakan hidangan setiap masa, maklum lah yang paling besar tu dah nk masuk tgk 3 jadi masa nilah nak isi badan jer..bila tak ada kuih, roti bai pun jadi..hehehe
Tina Othman ~
ReplyDeleteSalam pagi Tina, memandangkan acuan seri atu tu k.ct beli hanya ada sikit, jadi apa yang ada tulah k,ct guna. Tak kisahlah kan asal ada dari tak ada :)
Ida,Japan ~
ReplyDeleteWa'salam Ida, memang betul tu Ida. kadang2 bila nak buat sesuatu tu k.ct cari dulu acuan apa nak guna. baru boleh buat. kalau dah siap adunan baru nak cari acuan maknanya letak dalam loyang jer lah senang..hahaha
Rahel ~
ReplyDeleteSalam pagi untuk Rahel, kuih ni tayang gambar jer dik Rahel. dah habis pun..hihihi.
Tak apa, k.ct halalkan segala resipi kat sini. kalau ada teman2 yang sudi nak mencuba silakan. Kalau Rahel nak cuba pun Alhamdulillah k.ct lagi suka. Tapi k.ct pun ada cuba resipi dari Rahel..tunggu ya..hihi
Assalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletemmng sedap dan lebih kurang sama je resepi apam seri ayu nikan...yg penting bau pandan yg harum tu..yatie mmng suka kuih ni dari dulu,kini dan selamanya..
dah lama betul saya tak buat kuih ni..nak membacuh nya yg lama..tapi masa kukus tu kejap je dah masak..hehehe..
ReplyDeletesaya pun kalau nak tangkap gambar kena sambar cepat2 kuih yg cantik2..kalau dak habis kena ngap...hehehe
He he...kak cek jugak yg tak sampai2 seru nak buat kuih Putri Ayu ni...memang lama dah tak makan...adoiai!...nakkkk putri Ayu... :)
ReplyDeletesalam kak ct.. sedapnyer puteri ayu.. tun pun buat guna resepi nih. mmg lembut.
ReplyDeleteAssalam Kak CT, sedap kuih seri ayu ni, sedap mkn lemak2 n masin2 kelapa tu
ReplyDeleteKak CT..Sedapp..meh tukaq dgn kek sue nak..Ngeee
ReplyDeletesalam kak ct..ayu sungguhlaaa sri ayu akak nih... suke tengok..comeyyy je :)
ReplyDeleteayu je akak tgk kuih ct nih.dah lama tak buat..rasa2nya nak buat jugak esok.nak bawak ke rumah adik.mesti anak2 dia suka.
ReplyDeletect,tu lah kita ni kan.waktu ada kita tak minta resepi2 istimewa dari org tua kita bila diorang dah takde baru lah kita terkenang2 kan?
macam akak,akak tak pernah merasa kasih sayang nenek apa lagi atuk diorang semua meninggal muda.mak akak pulak pakar dlm bidang jahitan..siap ada diploma dr spore lagi.
masa dia ada takmo belajar bila dah takde ni,....isshhhh susah nak cakap bila rasa menyesal dtg ni kan?
amboi...meh nak amek aura ayu sket...
ReplyDeletesalam kak CT..
ReplyDeleteantra kue pbret kita jgk nii..memang sdpp kna nga kopi O kan..nk buat xleh la plak..acuan xbwa..tmpang tgk yg kak pnye dlu la ye..muahhh..mksih ye kak sdi sngah jnguk kita..kita pun lama brtapa..dkat stngah thun knci dpur tu..hehee..
kalau kelapa tu banyak sikit lagi sedap ..... yum ... yum .. yum ...
ReplyDeleteYatie ~
ReplyDeleteWa'salam yatie
betul tu Yatie, kuih ni memang k.ct suka tak jemu lah kalau makan kan. Biasa lah kalau dah duk ramai2 tu sekali ngadap bersih kuih ni. Ini pun Hubby k.ct alihkan dulu 4 ketul sebab nak masuk dalam blog. kalau lambat sikit sapan dah semuanya..hihi
quinnie ~
ReplyDeleteSalam quinnie, yalah kan anak2 ni kalau kuih sedap laju jer masuk mulut seketul2 masuk mulut. cuba kalau kuih yang tak berapa gemar lambat betul kuih tu nak luak. Ini pun sambar 4 ketul sebab k.ct nak letak kat blog quinnie. letak balik terus hilang..hihi
Cik Cek ~
ReplyDeleteKak cek..nanti ct buat lag terus simpan dulu untuk kak cek ya..sian kak cek ku sorang ni :)
tun_telani ~
ReplyDeleteWa'salam Tun..ini first time guna resipi ni. lain kali nak buat lagi sebab permintaan kekkuih seri ayu ni amat "memberangsangkan"..hahaha
EmbunRosaliza ~
ReplyDeleteWa'salam Liza, yalah masa buat kuih ni kelapa dah dah banyak, jadi kuranglah sikit bahan kelapa tu kat kuih. kalau letak lebih sikit lagi sedap kan :)
ibh ~
ReplyDeleteSue..jom kita tukaq2 ya. tapi kek coklat tu kasi lebih tau. Sue amik jer yang 4 ketul ni ha..hehehe
nOOrsha ~
ReplyDeleteWa'salam Noorsha, kuih jer yang ayu, k.ct pun ayu gak tau..hahaha
anymz ~
ReplyDeleteKak anim kalau buat kuih ni kak kena double kan lah kak. sebab anak2 macam tak cukup jer bila ct buat 1 adunan ni..hihihi. maklum lah cuti sekolah tambah2 kalau cuaca hujan jer. masing2 perut tu asik mintak makan jer..hihihi
mokwo ~
ReplyDeleteSalam mokwo,hehehe..aura dia dah lari awal2 ni mokwo..hihihi. sebab dia dah terbau yang mokwo dah nak sampai agaknya tu :D
Maz ~
ReplyDeleteWa'salam Maz..tr kasih Maz sudi singgah walaupun sibuk ya. K.ct pun lama juga tak singgah blog Maz tu. semalam sekali masuk habis k.ct selongkar semuanya..hehehe Tapi dah kemas balik tau :)
Roses_Leo09 ~
ReplyDeleteHanim..kuih ni kira yang akhir2 k.ct buat sebab dah tinggal sikit sangat kelapa tu. Yang mula2 buat anak2 dan IBU mertua dah makan jadi yang tinggal ni yang dah tak cun ler..hihihi