
Assalamualaikum buat semua. Apa agaknya hidangan untuk insan2 tersayang dirumah hari ini ya. CT pula mencuba untuk kali kedua buat kek chiffon, tapi kali ni Marble Chiffon Cake dari Rima yang CT cuba resepinya dari blog Hana. Kejadian kek marble chiffon ni agak turun sedikit sebab CT agak terlambat masa nak terbalikkan loyang chiffon tu. Sebab masa nak keluarkan dari oven tu, lengan CT ada tersentuh sedikit besi kat oven tu... apalagi melenting lah sekejap sebab panas (careless...) Lepas tu cepat2 balikkan loyang chiffon tu, jadinya ada mendak sedikit pada kek ni. Dan suhu oven tu mungkin terpanas sedikit jadi ada rekahan diatas kek tu. Tak apalah lain kali kenalah berhati2 semasa angkat loyang keluar dari oven tu kan, jadi tak adalah kejadian yang tak diingin terjadi. Alhamdulillah... setiap kejadian itu datangnya dari Allah... kita manusia ni harus peka dan jangan leka kan.

Untuk kek chiffon ni CT letak sedikit perisa pandan dan sedikit pewarna hijau. Dan telur tu CT guna 5 biji telur gred A. Dan sukatan gula CT letak 90 gm saje (kes stok gula terhabis pulak... hehehe) yang lainnya masih pada sukatan yang sama. Terima kasih untuk Rima dan Hana yang sudi sama2 berkongsikan resipi kek chiffon yang lembut dan sedap ni. Insya'Allah lain kali nak buat lagi... lagi... dan lagi lah jawab nya... hehehe. Seperti biasalah ya CT akan copy dari blog salah seorang penyumbang resipi ni. Jadinya CT ambil dari blog Hana. Terima kasih banyak2... manalah Cikgu Hana ni ya, sepi dan sunyi jer blog dia tu. Semoga Hana dan keluarga sentiasa sihat2 selalu... Aminnn.
Jom kita lihat resipi kek chiffon marble ni ya... ada yang nak mencuba silakan. Daaa.....

Marble Chiffon Cake
source : rima@biousatoi
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan : A
7 biji telur putih (CT guna 5 biji telur A)
1/2 tsp cream of tartar
100 gm gula (CT guna 90 gm)
Bahan-bahan : B
7 biji kuning telur (CT guna 5 biji telur A)
100 gm gula (CT guna 90 gm)
175 gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
75 ml minyak masak
150 ml susu segar
1/2 tsp garam
1 tsp serbuk koko
1 tsb coklat emulco
1 tsb pandan pes (yang ini CT tambah)
1/4 tsp green colouring (yang ini CT tambah)
Cara-cara :
1. Panaskan oven suhu 170.
2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh).
4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
7. Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
8. Potong dan hidangkan.
Assalam Kak Ct, sedapnya..rajin tul akak buat chiffon kek..cantiknya rupa kek marble akak ni...gabungan warna yg cun la..:)
ReplyDeletesalam ct - semnoga ct senantiasa di bawah lindunganNYA...nampak moist cake nya pasti sedap...nak tanya lembab mcm cake caremel tu ke cake nya. lina tak pernah cuba lagi. Teringin nak cuba..
ReplyDeletesalam pagi ct.
ReplyDeletesedap betul nampak kek ct ni. Bundo dah lama tak mengadun kek. Masak untuk yang biasa-biasa ni je dah terkial-kial mengejar masa.
cun lah ct...
Kak Ct,nmpak cantik dah kek cipon akak tuh,rasa pon mesti sedaplah kan,da perasa pandan lagilah wangi semerbak bau jer..Akak kurangkan telur xper ke kak..Sy kalo kek cipon nih,rasa cam getar jer tangan nk wat,sbb takut jadi bersopak kulit masa nak sisip n nak pecahkan 7bji telur tuh adeiiii lagilah ketaq,hihi..
ReplyDeleteNieza ~
ReplyDeleteWa'salam Nieza, mesti tengah malam dah kat Finland tu erk..hihi. Tak kisahlah kira asal kesudian Nieza menyinggah Dapur CT, Alhamdulillah.
konon2 nya nak buat tompok2 kat chiffon cake ni Nieza, tapi jadi terbelang2 pulak..hehehe
lina ~
ReplyDeleteSalam pagi buat lina, Alhamdulillah ct sihat seadanya..aminnn. tr kasih mendoak kesejahteraan ct. harap lina juga sihat ya.
kek chiffon ni sedap lina lembut . kek keremal tu ct tak sempat cuba jadi tak tahu nak bezakan. dan yang pasti bila kita tekan kek ni dia akan naik balik..alah2 macam bantal empuk gitu ler..hihi
ibundo ~
ReplyDeleteSalam pagi buat Ibundo..semoga ibundo dalam rahmat Allah selalu..aminnn. CT ni pun kadang2 mengejar masa juga bundo, tapi jika ada kelapangan barulah ct buat kek. kalau tak sempat terus jer buat kuih yang cepat dan simple jer..hihi
Zaliedana ~
ReplyDeleteSalam pagi CT cayangg..tr kasih yangg kek ni sedap lembut dan gebus walaupun k.ct kurangkan sukatan telur tu. sebab resipi tu tak kata guna telur gred apa. Jadi nak tak nak k.ct guna lah telur gred A jer. Alhamdulillah..jangan ketar2 ya CT kek chiffon ni kalau kita ikut craa2 dia kek akan cantik dan akan senang nak keluarkan dia dari acuan tu. sopak kulit dah pekara biasa ada juga yang sopak ada juga yang tak CT :)
Silalah cuba CT bila sekali dah buat menjadi esok lusa mesti nak buat lagi..hihi
Salam Kak Ct..
ReplyDeletePe kabo kak?.. :)
Sedap giler nmpk kek chiffon tu.. for sure gebus gebas kan..
Nk sikit..
waaa....jelitanya kek cipon CT tu... nak seketoi...
ReplyDelete::Azura Rahman:: ~
ReplyDeleteWa'salam Azura cantik manis..Alhamdulillah k.ct sihat dear. tr kasih bertanya khabar harap Azura siaht2 juga. Biz okey kan, semoga kekal begitu ya :)
kek ni memang dah gebas bukan gebu lagi zura..hahaha. sedap macam nak buat lagi tapi tengok kerajinan nak membaking lah nanti..hihi
Gee ~
ReplyDeleteSalam pagi untuk Gee, meh join the club Dapur CT. kita makan ramai2 kek chiffon ya Gee..hihihi
Salam K CT
ReplyDeletetak kisah arr kak..merekah pun tetap cun & menggoda kek tu..kita chiffon ni ada seram sket nak mempelbagaikan resepi..selalu kita buat itu pandan aja..tapi sesekali nak gak try lain2 versi..
teringin saya nak buat kek chiffon ni...tak pernah buat lagi...cantik belang2 akak tu...teringin jugak nak rasa belang2 koko dan pandan ni..:)
ReplyDeleteTerima kasih kak CT. Insya ALLAH lina mmg nak cuba...semoga mendpt kesempatan dan masa yg sesuai.
ReplyDeletekak ct nak kek sepotong besar punya ye....
ReplyDeleteYat Maria ~
ReplyDeleteWa'salam yat, betul2..mula2 buat tu tak berapa yakin boleh menjadi Yat. Tapi bila dah bakar dia naik tinggi cun gilos sampai panggil my laling CM suh tengok..hahaha haru betul bini dia kan.
cubalah Yat kalau Yat yang buat lagi cun kek ni :)
quinnie ~
ReplyDeletejangan tunggu sampai nak datang seru quinnie. kalau rasa keinginan tu dah sampai terus jer kompom jadi punya :)
Lina ~
ReplyDeleteya cubalah kalau keinginan kita kuat, insya'Allah menjadi juga kek tu dengan cantik :) cuba ya ..
Ummiakid @ lily ~
ReplyDeleteSalam pagi untuk Ummi..meh datang umah kita suap2 kek ya..hihihi
salam kak...tgk kek akak ni tingat masa sy skolah dulu...pukul pakai tangan mcm nk tercabut rasa... :)
ReplyDeletenmpk gebuss betul cipon kek k'CT ni... possing lak cantikk...sedapnyer
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya selalu buka blof CT, rajin betul CT memasak. Byk juga resepi yg saya dah cuba yg diambil dr blog CT. Kek ni nmpk mmg gebu, ada masa kena cuba.
Selamat pagi Kak CT..
ReplyDeleteMenggoda banget itew kek sifon...warnanya sungguh berseri-seri..emmm macam nak ambik je yg dah kene potong tu..rajin sungguh Kak CT...pepagi lagi dah tayang kek sifon..
salam kak CT, nice cake. Saya tak berapa pandai buat kek. tengah belajar lagi, akan refer blog akak kalau saya nk buat entry kek ye :)
ReplyDeleteSalam KCT
ReplyDeletewoahhh sungguh lah mengoda jiwa raga ku. dari semalam asyik teringat nak buat chiffon.. my grandmother suka chiffon cake and was thinking of baking it for her since dia dah sound kita suruh buat kan.. nanti akan ku godek kejap lagi lah..
CT....
ReplyDeleteKek chiffon yang cantik menawan...nampak lembut gebu je kek ni...kak cek lum penah lagi buat kek chiffon ni...berhajat jugak nak mencuba...adoiai! sume benda nak dimasak...sapela pulak yg nak makan...:)
kak ct, cantiknya, mesti sedap kan, hai bilalah dtg rajin nak buat ni, mintak izin copy dulu ye resepi ni
ReplyDeleteSalam, slmt tgahari..
ReplyDeletewah2x.. nmpk sdp, gebu n lembut je kek akak ni.. blh xakak tlg buat tutorial ke xpn ltk pic step by step.. sng ckit jue nk blajar.. blh ye..
gula merah ~
ReplyDeleteWa'salam Nuril,sedap nama..hihihi. biasalah zaman k.ct sekolah dulu2 bila part kelas masak2. mesti suka sebab memang ada amik aliran seni rumahtangga zaman SRP dulu2. tak ada guna mixer segala. nak tak nak gunalah tulang 2 kerat ni mengodek kan Nuril..hihih
Ida,Japan ~
ReplyDeleteposing kek k.ct masih tak dapat lawan masakkan dari Ida. yang ni main tangkap muat jer ni..hihihi. sesekali baut kek kalau menjadi suka kan. Nanti nak cuba lagi buat kek perasa lain,boleh jadi atau tak :)
Hany Gallery ~
ReplyDeleteWa'salam Hani, tr kasih sudi meluangkan masa singgah Dapur CT. alhamdulillah...setiap pengunjung memang CT mengharapkan mereka suka dan sudi untuk mencuba resipi2 yang ada disini, mudah2an ia dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga ya.
terima kasih sekali lagi Hani.. :)
Rahel ~
ReplyDeleteSalam untuk Rahel...meh sini k.ct suap sikit kek dulu baru kasi komen..hehehe. tukar dengan kek belang2 Rahel tu juga boleh ya. Nanti nak cuba nampak sedap sangat2 tu Rahel..
bvlgarigirl @ Arianna ~
ReplyDeleteWa'salam Arianna, terima kasih singgah ke Dapur CT. Tak apa mula2 memang ada rasa macam tu. lama2 mesti Arianna boleh buat kek yang lagi cantik. K.ct tengok masakkan dari Arianna pun boleh tahan sedap2 semuanya.
Biar mula dari bawah akhirnya mesti berjaya juga kan :)
Rima ~
ReplyDeleteWa'salam Rima, Ohh..dah kena sound baru nak buat ya...hahaha. Jangan tunggu lama2 kang kena sound kali dua pulak dengan GM you tu..hihi
Cik Cek ~
ReplyDeleteKak cek..jangan bimbang bila kak cek nak buat panggil jer ct datang kompom boleh teman k.cek makan kek tu sampai habis eh..hihihi
masih tergaru2 dagu ni k.cek nak mencuba kek pelangi dari k. cek tu..bila nak mula pun tak tahulah..hehehe
Tina Othman ~
ReplyDeleteWa'salam Tina, kalau dah sampai seru tu cepat2 buat tak yah tangguh2 kang bila dah hilang seru tu mesti malas nak buat :)
Pada k.ct kan tak kisahlah seru sampai ke tidak kalau dah pegang tepung, telur segala2nya dan mixer mesti buat punya..hihihi
salam ct....gebusss dan menggoda kek cipon tu...Liza salin resepi dulu yer...thnx share resepi ni yer..
ReplyDeleteJujue Ahmad
ReplyDeleteWa'salam Jue...tr kasih. Insya'Allah kek ni senang jer sebenarnya nak buat Jue. kita ikut dan baca dengan betul setiap resipi yang diberi mesti jadi :)
Liza ~
ReplyDeleteWa'salam Liza..silakan mencuba Liza salin jer mana2 yang Liza suka. Terima kasih ya sebab sudi nak mencuba :)
salam CT..
ReplyDeleteaduhh.. dah petang2 ni buat terliur aje tgk kek chiffon yg gebus tu... kita mmg suka sangat mkn kek chiffon.. belum pernah lg cuba buat kek chiffon yg ni.. yg perisa pandan pernah sekali cuba tp terlebih masa membakar jd sedikit kering.. itupun careless jugak.. hehe.. masa tu tidorkan anak sampai terlelap kejap.. nasib tak lelap terus kalau tak.. mau rentung terus kek.. hehe.. timer oven memang dah lama tak boleh pakai.. itu yg susah tu.. tp itu cerita beberapa tahun yg lepas la.. skrg ni dah tak berani nak tidor2 kalau sedang membaking.. hehe.. kalau ada rezeki nnt nak beli acuan chiffon kecik sikitlah.. yg ada kat rumah tu agak besar kalau bakar kek guna resepi 6 biji telur pun masih dpt chiffon yg rendah.. tak cantik jadiknya.. huhu..
Assalam CT,
ReplyDeletebukan Ct seorang yang akan melenting kalau tangan terkena panas oven, Amie lagilah... sebab apa, sebab Amie ni cuai... he he hehh habis bopeng mopeng tangan melecur terbakar, sib baiklah tak selalu buat aktiviti bakar2 dalam oven.
Pandai Ct cari sebab musabab kenapa kejadian kek itu begitu dan begini, memang begitulah tulisan orang yang mahir dan sangat berpengalaman dalam bidang kek mengekek ni kan Ct... Amie hanya tahu buat kek kukus saja.
Kak ct, tq untuk petua tu. Nex time ada rezeki i follow ok. Hehe.. Cantik betul kjadian kek akak. Org bepantang boleh makan tak. Kikiki
ReplyDeletecantik nya kek tu akak... nampak gebu kek tu... sedaapnya nie kalu dpt merasa ... nak ckit akak.. ada lg x nie? ;)
ReplyDeleteassalam kak ct, sy tgh membaking kek chiffon ni..mase sy memutar telur putih, cream of tar-tar n gula, nape x leh jadi soft peak kak? lame sy putar..last2 sy masukkan jugak dlm keadaan cair tu..ni tgh bakar..nnti sy tgk keadaannye..hehehehe
ReplyDeleteari tu sy guna resepi kek span yg color pink tu boleh tak sy gunakn resepi yg sma utk kek marbel ni.
ReplyDeleteassalaimualaikum semua,saya ingin beri sikit komen disini kenapa byk sgt blogger yg asyik2 memuji sje, mmg tak salah utk kita memuji tp klu dicuba resepi2 yg diberi tu lagi bagus. selepas mencuba cuba beri komen2 positif dan membena utk panduan org lain yg ingin mencuba pula. Fikir2 dan renung2kanlah dan... selamat mencuba...
ReplyDeletesikit lagi saya ingin menambah disini cuba kita intai resepi2 dari Mat Salleh tu, mereka kebanyakannya telah mencuba atau setidak2nye ingin mencuba dan pertanyaan mereka betul2 mengenai cara membuatnye. Semua nye bulih dipelajari urk org2 yg ingin mencuba resepi2 itu.
ReplyDeletepls think positive tq.