
Assalamualaikum.... Salam penuh kemesraan buat semua, harap semua sihat2 hendaknya ye. Hari ni dah masuk hari ketiga cuti persekolahan. Seperti biasa jika cuti sekolah, para ibu2 jadi terlebih aktif dan sibuk menguruskan hal2 rumahtangga dan dapur masing2. Maklumlah, anak-anak ni bila dah berkumpul ramai-ramai, pelbagai ragam kerenahnya. Riuh rendah rumah kita dengan suara anak2 kita ni. yang bergaduhnya lain, yang menjeritnya lain, pendek kata memang bingit memanjanglah telinga ni... adoiiii memang mengucap panjang jer lah ibu2 ni kan. Termasuklah CT sendiri, itu yang kadang-kadang terpaksa kita jadi tarzan sekejap. Tapi dah namanya budak-budak, kejap je dia dengar kita, tak sampai 5 minit dia buat lagi dahhhhh.. sabor ajelah.. hehe. Tapi tak apalah, daripada dia orang semua pakat duduk diam-diam tak berbunyi macam batu, haa lagi kita risau ye tak. Apa pun, untuk musim cuti ni CT tak ada rancangan cuti-cuti Malaysia lagi, sebab my Laling tak dapat ambil cuti sekurang-kurangnya hingga bulan September nanti. Ikut kata hubby, lepas bulan September nanti bila project dia dah live, barulah boleh rileks sikit dan ambik cuti panjang. Sementara tu, sabor ajelah kita ni kan. Mungkin untuk cuti kali ni, duduk rumah jer kot layan tengok tv cerita Upin & Ipin... hahaha
Berbalik pada resipi Ketam Masak Lemak Cili Api ni. Haa... memang berapi lah lidah kalau makan... hahaha. Nasib baiklah cili api ni CT letak sikit jer, tapi itu pun dah rasa macam terbakar jer kat tekak dan lidah... huhuhu. Tapikan CT ni kekok lah kalau makan lauk ketam ni bersama nasi. Macam tak pandai nak balance kan yang mana nak dimakan dulu. Selalunya, ketam tu mesti tak disentuh langsung bila CT mula dengan nasi dulu. Tapi kalau dok ralit meratah ketam tu dulu alamatnya nasi tak akan luak langsung ... hehehe. Memang macam tulah dari dulu. Sebab tulah CT kurang gemar nak makan ketam. Dalam famili, yang hantu ketam adalah My laling CM, anak bujang nombor tiga Daniel dan my girl Lily. Okeylah tu, tak payah selalu beli ketam macam ni.. kan jimat tu... sebab ketam kan mahal. jimat... jimatttt duit CT... hahaha. Jom lah intai resipi ya, tapi masakan ni simple aje, rasanya semua dah tahu kan :D
Ketam Masak Lemak Cili Api
Resipi Che CT
Bahan-bahan :
3 ekor ketam (saiz besar)
1 helai daun kunyit, disiat
400 ml santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
7-8 cili padi * (ikut suka pedas masing2)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup tua*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis - rendam sekejap * ( * kisar semua bahan yang bertanda )
2 batang serai - dititik
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara :
1. Siang ketam, buang kulit keras, gunting sedikit kaki2 ketam yang kecil dan ketuk sepit ketam, biar retak. Cuci bersih dan toskan. ( kepala ketam tu jangan buang boleh masukkan sekali masa masak untuk tambah rasa manis2 ketam :D )
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar bersama serai titik, asam gelugor dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan ketam dan masukkan daun kunyit. Bila mendidih, tuang pati santan dan tambah sedikit gula jika suka.
4. Masak hingga mendidih atas api perlahan. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan panas2.

